Mengapa Perlu Diperkasa Mahkamah Syariah?
Abu Hurairah radhiyallaahu’anhu, berkata;
لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ اْلمَرْأَةِ، وَ اْلمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ
“Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam melaknat orang lelaki yang berpakaian wanita, dan (melaknat) wanita yang memakai pakaian lelaki.” (Riwayat Abi Dawud juz 4, hal. 60, no. 4098)
Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, ia berkata;

لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم اْلمُتَشَبّهِيْنَ مِنَ الرّجَالِ بِالنّسَاءِ وَ اْلمُتَشَبّهَاتِ مِنَ النّسَاءِ بِالرّجَالِ
“Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan (melaknat) para wanita yang menyerupai lelaki.” (Riwayat Bukhari juz 7, hal. 55)
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ الْمُرْسَلِينَ (١٦٠) إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلا تَتَّقُونَ (١٦١) إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ (١٦٢) فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (١٦٣) وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلا عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ (١٦٤) أَتَأْتُونَ الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ (١٦٥)وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ عَادُونَ (١٦٦) قَالُوا لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ (١٦٧) قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُمْ مِنَ الْقَالِينَ (١٦٨)
“Kaum Luth telah mendustakan para Rasul. Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka; Mengapa kamu tidak bertakwa?. Sungguh, aku ini seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu. Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (homoseks) di antara manusia. Dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab; Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir. Dia (Luth) berkata; Aku sungguh benci kepada perbuatan kamu.” (surah al-Syu’ara ayat: 160-168).
Ayat al-Quran serta Hadis di atas cukup menjelaskan bagaimana Allah menterbalikkan bumi akibat perbuatan kaum Luth dan bagaimana Rasulllah sallallahu’alaihi wasallam melaknat orang-orang yang berpakaian berlawanan jantinanya sendiri dan berkelakuan sedemikian. Jelas hukum Allah telah berjalan sekian lama serta tidak perlu di jelaskan lagi keadaannya. Sebagai umat Islam, segala yang terkandung didalam al-Quran dan Hadis wajib diikuti tanpa ada berprasangka dan mempertikai.
Menjalankan amanah adalah satu tanggungjawab sebagaimana yang telah ditetapkan, tambahan lagi amanah serta tuntutan agama usahkan amanah dunia. Mencegah sesuatu yang dilarang agama adalah tanggungjawab setiap Muslim namun apabila ditugaskan secara spesifik sebagai penguatkuasa, wajib menjalankan amanah.
Tidak ada ayat-ayat al-Quran dan Hadis diturunkan atau disampaikan tanpa sebab, semuanya untuk kebaikan manusia dan supaya patuh kepada ajaran agama. Begitu juga sebab di haramkan sesuatu, natijahnya Allah lebih mengetahui. Dengan akal yang di kurniakan maka jelas dan terang boleh kita berfikir kenapa dilarang atau di haramkan sesuatu ke atas setiap Muslim.
Berkaitan insiden di antara pegawai-pegawai JAWI dan sekumpulan Transgender di sebuah hotel di ibukota, hanya satu yang perlu difikir sebagai seorang Muslim apakah di larang atau sebaliknya. Tidak perlu bergantung kepada undang-undang atau tafsiran lain sebetulnya namun negara kita mempunyai undang-undang tersendiri. Sebagai rakyat kita harus patuh dan akur dengan undang-undang tersebut kerana kita adalah warganegara yang patuh dan taat.
Namun insiden tersebut sepatutnya menyedarkan kita, adakah kita benar-benar seorang Muslim yang taat kepada agamanya atau tidak, atau hanya kita seorang Muslim pada namanya sahaja sedangkan diri dan jiwa kita tidak sebagai seorang Muslim yang hakiki. Jangan sesekali mempertikai hukum Allah hanya berbekalkan ideologi atau atas nama kebebasan, kerana Islam mencakupi segalanya sama ada yang hidup mahu pun yang mati.
Disinilah murninya cita-cita PAS hendak memperkasakan Mahkamah Syariah, bukan sahaja untuk melaksanakan hukum tetapi apa yang lebih penting kefahaman tentang Islam itu sendiri terutama kepada umatnya. Bagaimana Islam itu berjalan, kaedahnya, hukumnya, tanggungjawabnya serta kewajipan ke atas setiap individu Muslim. Selagi mana tidak mendapat kefahaman sebenar selagi itulah umatnya terkeliru dengan pelbagai persepsi dan tafsiran yang salah tentang agamanya sendiri.
Berilah peluang kepada umat islam mengamalkan urusan agamanya sendiri, tidak rosak pun negara malah akan lebih baik dari sebelumnya. Islam tidak membawa mudarat malah membawa kebaikan. Yang membawa mudaratnya ialah orang yang tidak faham serta keliru dengan agamanya sendiri. Mahkamah Syariah perlu dijadikan asas serta tapak untuk pemahaman kepada Islam dan hukum-hukumnya. Biarlah ia berdiri dengan sendirinya agar dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sendiri.

Mungkin ada yang berkata Mahkamah Syariah hanya akan melaksanakan hukuman, tiada beza dengan Mahkamah Sivil yang ada sekarang. Natijahnya apabila diperkasakan Mahkamah Syariah, sudah tentunya akan ada penerangan serta pemahaman yang lebih kepada rakyat tentang sesuatu hukum dan perkara agar tidak timbul polemik-polemik . Lebih jelas sesuatu perkara, lebih perincian undang-undangnya maka akan lebih jelaslah tentang Islam dan hukumnya kepada umum.Ada yang akan tidak setuju dan berkata merumitkan proses Mahkamah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Islam adalah agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah hanya melibatkan orang-orang Islam sahaja, tidak melibatkan agama, bangsa dan kaum lain. Sebagaimana umat Islam tidak dicampuri urusan agama, bangsa dan kaum lain, jadikan hormat menghormati satu amalam yang mengekalkan keharmonian negara, bukan dengan sikap mencampuri urusan agama orang lain yang merugikan semua pihak.
Berilah peluang kepada umat islam mengamalkan urusan agamanya sendiri, tidak rosak pun negara malah akan lebih baik dari sebelumnya. Islam tidak membawa mudarat malah membawa kebaikan. Yang membawa mudaratnya ialah orang yang tidak faham serta keliru dengan agamanya sendiri. Mahkamah Syariah perlu dijadikan asas serta tapak untuk pemahaman kepada Islam dan hukum-hukumnya. Biarlah ia berdiri dengan sendirinya agar dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sendiri.
Perkasa Mahkamah Syariah, kuatlah umat Islam berpegang teguh kepada ajarannya. Kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
0 comments:
Post a Comment