Akademi Kepimpinan Pemuda
Akademi Kepimpinan Pemuda [ DPPP ]
Alhamdulillah , 14 Mac 09 yang lalu , Dewan Pemuda PAS Pusat telah berjaya memiliki dan merasmikan sebuah Kem yang telah dibangunkan dan kini tersergam bagi membolehkan aktiviti - aktiviti pengkaderan berlangsung .
Kem yang bertempat di Kok Lanas Kelantan ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan capacity building dikalangan pimpinan dan bakal pimpinan DPP disemua peringkat.
Bahkan Kem ini insyaallah akan menjadi salah satu pusat pembinaan fikrah , syakhsiyyah dan kemahiran kontemporari dalam pembinaan keterampilan diri , pengurusan , pengucapan awam , kemahiran berfikir , komunikasi interpersonal dan komunikasi global .
Saya sebagai Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda ingin merakamkan setinggi - tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan khasnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana sokongan padu yang diberi malah sudi merasmikan Kem AKP ini biarpun beliau tidak dapat hadhir kerana keuzuran dan teks perasmian beliau dibacakan oleh Yb . Tuan Hj. Abdul Fattah bin Mahmood selaku Exco Pembangunan Insan , Belia , Sukan dan Ngo Kerajaan Negeri Kelantan .
Yb. Tuan Hj. Abdul Fattah bin Mohmood juga adalah orang penting disebalik kejayaan pembinaan kem AKP ini . Semoga Allah swt memberikan ganjaran sewajarnya kepada beliau .
Tahniah juga ingin saya kalungkan buat semua ajk AKP bermula dengan Timbalan Pengerusi AKP sdr Zuraidin Abdullah , Pengarah AKP Dr. Supyan Hussin , Setiausaha AKP Khairulfahmi Mat Som dan seluruh Ajk AKP .
Kini AKP telah memiliki modul yang siap untuk diaplikasi dan dihayati oleh pesertanya kelak . Modul AKP berkait langsung dengan :
Teori Amalan Kepimpinan Organisasi
Keterampilan diri
Protokol dan etiket sosial
Pengucapan awam
Komunikasi Interpersonal
Pengurusan
Kemahiran berfikir
Komunikasi global
R & D
Komunikasi Bahasa Inggeris
Pengurusan Masa
Pengurusan Tekanan diri
War - game dan Kepimpinan
Nilai diri dan pasukan dalam Jamaah
Asas utama dalam Akademi kepimpinan Pemuda ialah membina circle kefahaman yang jelas terhadap pengurusan dan kepimpinan . Kefahaman yang dimaksudkan ini boleh dilihat secara garis kasarnya dalam membentuk :
Faham struktur , kepimpinan , sumber dan budaya dalam organisasi
Faham peranan pemimpin dalam organisasi
Faham kepentingan wawasan dalam kepimpinan.
Faham konsep plan , organize , lead dan control
Faham proses analisa scenario , swot dan sebagainya
Faham proses strategic planning
Faham asas pengwujudan struktur organisasi
Faham proses membuat keputusan berasaskan objektif
Faham kepentingan kawalan dan penambahbaikan
Faham disiplin bekerja untuk mencapai matlamat
Faham mekanisme kawalan dalan organisasi bukan berorientasikan keuntungan .
Faham asas politik secara tersusun
Faham asas pendekatan jamaah dalam pendekatan politik Malaysia
Saya harapkan AKP yang seketika dulu pernah diideakan oleh Yb. Dato' Hj. Mahfuz Omar [ bekas Ketua DPPP ] dalam ucaptama beliau pada tahun 2003 dan kini dijadikan satu gagasan besar dibawah kepimpinan Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayub selaku Ketua DPPP dapat dilaksanakan dengan jayanya .
Kejayaannya pula pasti sahaja melalui sokongan dan dokongan seluruh anggota pemuda dipelbagai peringkat agar DPP akan senantiasa dapat melahirkan kepimpinan yang menepati piawaian standard sebagai seorang pemimpin warisan perjuangan Nabi saw .
Akhirnya saya juga mengucapkan tahniah buat DPP Negeri Kelantan yang kini dipimpin oleh Yb . Zaki Ibrahim di atas kerjasama gigih bagi menjayakan penubuhan dan perasmian Kem AKP DPPP ini . Tahniah jua buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak . Semoga segalanya menjadi amal soleh dan memperoleh ridha dari Allah swt .
5 comments:
tahniah....makin maju nampaknya dewan pemuda.Harap semakin mantap dan semakin mampan barisan pemuda dan kepemimpinannya untuk memikul perjuangan membentuk daulah Islamiyyah di Malaysia.
Seronok juga tengok gambo-gambo ni....ada sorang sahabat kami terselit dalam gambo ustaz ni...hehehe
lagi satu....rasanya istilah atau kata imbuhan yang betul ialah 'kepemimpinan pemuda' kerana ia berkaitan dengan pemimpin. kalau ditulis 'kepimpinan pemuda' maknanya pimpin tangan macam nak melintas jalan tu....
Saya baru perasan sebab saya sendiri pernah ditegur oleh pakar bahasa di sekolah dulu, malah saya juga sering silap dengan penggunaan kata 'kepimpinan' ini.
Sekadar menegur...
bagitu menarik sungguh tentang akademi kepimpinan pemuda ini ustaz,
Bagaimana saya boleh mendaftarkan diri sebagai ahli untuk join sama dalam kem akademi kepimpinan pemuda ini.
Harap, ustaz dapat perjelskan dengan lebih detail.
Moga ALlah sentiasa memberi kekuatan kepada ustaz. Pemuda alaf ini akan sentiasa mendorong perjuangan ustaz, InsyaALlah.
peserta akan diambil mengikut pemuda negeri dan kawasan .
Tu ker bakal ketua dan timbalan ketua pemuda pas pusat :) syabas syabas
Inilah yang ditunggu2 selama ini..
harap sangat seluruh DPPP dapat memanfaatkan sebaik2nya akademi ini...
pasti Biro Tata Negara cuak dan cemburu dengan akademi ini...
melihat kepada modul2 pengisiannya pun sangat2 menarik..
maka sesapa yg 'dijemput' untuk hadir ke program2 yg dianjur oleh akademi tapi tak hadir memanglah sangat2 rugi...
sebagai ahli pemuda, secara peribadi saya memang dah tak sabar untuk dipilih oleh kawasan untuk hadir program di akademi ni...
ALLAHHUAKBAR!!!
Post a Comment