HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, March 17, 2009

Tahniah Nurmadihah



Dewan Pemuda PAS Pusat sangat berbangga malah merakamkan setinggi - tinggi Tahniah atas kejayaan Adik Nik Nurmadihah binti Nik Mohd Kamal .

Kunjungan Exco DPPP ke kediaman Adik Nurmadihah yang berjaya mencipta kejayaan cemerlang dalam SPM baru baru ini dengan pencapai terbaik di peringkat Kebangsaan 20A [ 19 A1 dan 1 A2 ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga sangat berbesar hati menghulurkan sumbangan dan hadiah penghargaan buat Adik Nurmadihah atas kejayaannya . Semoga Allah mengukuhkan semangatnya untuk terus maju dan jaya dalam pengajian seterusnya menjadi insan yang mampu berbakti bukan sahaja kepada Tuhan dan ibubapa tetapi juga kepada perjuangan Islam di tanahair kita ini insyaallah .

Adik Nurmadihah memberitahu saya bahawa beliau sangat meminati bidang Fizik dan bercita - cita menyambung pengajian fiziknya di Timur Tengah . Minatnya terlalu tinggi untuk menjadi ahli fizik yang beriman dan bertaqwa , justeru itu barangkali beliau sanga berminat untuk ke Timur Tengah .

Saya yakin Adik Nurmadihah mampu melakukannya . Keupayaannya istiqamah berpuasa isnin dan khamis sebagai amalan rutin dan solat malam menjadi pemangkin kepada kejayaannya. Biarpun hidupnya tidaklah bernasib baik seperti orang lain yang jauh lebih senang dan mewah , Nurmadihah nyata sangat berdisiplin dan memanafaatkan sepenuhnya keadaan diri dan keluarganya untuk tegas dan yakin berdikari lalu membina kegemilangan akademi .

Semasa saya berbual dengan ayahnya Nik Mohd kamal , lafaz - lafaz syukur terus membasahi bibirnya yang turut terharu atas kejayaan anaknya . Beliau turut menafikan laporan akhbar yang mengatakan anaknya terpaksa berpuasa kerana faktor kemiskinan yang mencengkam keluarga mereka . Sebaliknya puasa isnin khamis telah menjadi ibadah dan amalan rutin anaknya sejak awal lagi .

Pelajar Maahad Muhammadi lil Banat Kota Bharu Kelantan ini berjaya membuka mata masyarakat bahawa sekolah yang berorientasikan agama mempunyai potensi tinggi untuk melakar kejayaan akademi yang baik . Sebelumnya Adik Fatimah dari sekolah yang sama juga merupakan pelajar terbaik peringkat Kebangsaan dalam peperiksaan SPM biarpun Kerajaan Persekutuan kelihatan enggan mengiktiraf kejayaan mereka berdua .

Kerajaan Negeri Kelantan juga telah mengambil langkah wajar dengan memberikan insentif yang sangat tinggi nilai moralnya buat kejayaan Nurmadihah apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengumumkan satu lot rumah baru untuk didiami oleh keluarga bertuah ini .

Turut hadhir dalam kunjungan Dewan Pemuda PAS Pusat ini ialah Akhi Zuraidin , Adram dan Dr Rosli .

5 comments:

Anonymous said...

Tahniah buat Normadihah. Hidup Islam

Anonymous said...

UMNO tak iktiraf madihah sebab dia datang dari sekolah kerajaan negeri yg ditadbir oleh PAS

Anonymous said...

Seawalnya saya merasa tidak selesa bila akhbar menceritakan Madihah berpuasa Isnin Khamis kerana tiada makanan dan kerana hidupnya yang sangat miskin.Saya yakin dia melakukan ibadah ini sebagai amalan kerana kefahaman tentang besarnya hikmah dan ganjaran kerana menghidupkan sunnah tersebut, bukannya kerana tiada pilihan ada secara kebetulan dia tiada makanan.

Saya bersyukur kebelakangan ini makin ramai pelajar yang aliran agama mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka dan menjelaskan bahawa kecemerlangan itu bukan semata terletak di atas usaha yang gigih ' tapi juga hasil dari niat yang baik serta hubungan yang dibina dengan Allah.

Sangat menyedihkan kerana penghuni pusat pengajian tinggi hari ini ramai dari kalangan mereka yang gawat dalam hal agama dan sahsiah diri. Saya berdoa semoga makin banyak golongan cendiakawan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah yang dapat dilahirkan bagi mengisi struktur kepimpinan dan sosial masyarakat pada masa akan datang.

PemudaPC said...

SALAM.
memang la kerja umno cari kesempatan,cuma nak betulkan sikit...bukan maahad lil banat.!!

Anonymous said...

Memang bukan Maahad lilbanat . ustaz tulis Maahad Muhammadi lil banat maknanya Maahad Muhammadi Perempuan . cuba cek balik apa yg ustaz tulis .

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive