HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, March 4, 2009

Tidak Sama PAS dengan UMNO

Tidak sama Perjuangan
PAS dengan UMNO


Sempena Dialog dan Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau kelmarin membawa tetamu undangan dari Kelantan al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz .

Saya berkesempatan untuk turut serta mengiringi Al Fadhil Ustaz Nik Abduh menyampaikan amanah beliau kepada saf kepimpinan pemuda kawasan Kuala Krau .

Saya tertarik kepada beberapa nokhtah yang digariskan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh ketika membezakan perjuangan PAS dan UMNO sekali gus menjawab tanggapan kononnya PAS dan UMNO serupa dan sama - sama memburu kuasa dan takhta politik . Ketika mengulas perkara ini , Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh berhujjah dengan surah Faathir . Ayat : 22 :

و ما يستوى الأعمى و البصير
dan tidak sama orang yang buta berbanding orang yang celik .

Perbedaan orang buta dengan orang yang celik pasti sahaja jauh bezanya . Bukan sahaja dilihat pada jurang penguasaan pancaindera tetapi juga dilihat pada pengaruh dan kesannya. Penafsiran orang yang buta berbanding orang yang celik dalam sesuatu perkara tentulah menatijahkan kesimpulan yang berbeza .

Sebagai seorang muslim , kecelikan bukan terhad di sempadan dunia semata - mata pula tidaklah hanya menggunakan pancaindera mata untuk melihat sebaliknya tahap kecelikannya menjangkau sempadan akhirat dan turut melihat dengan mata hati yang dianugerahkan oleh Allah swt berasaskan petunjuk wahyu bagi membezakan antara yang hak dan yang bathil .

Mereka yang gagal membezakan antara yang hak dan yang bathil , taat dan maksiat , islam dan jahiliyah , iman dan kufur adalah mereka yang buta . Buta mata hati walau mata zahirnya celik . Apalagi kebenaran yang telah terbentang di depan mata dengan segala fakta dan figure yang tepat , namun masih tidak nampak . Golongan ini samaada benar - benar buta atau buat - buat buta , jelasnya golongan ini mesti dipimpin oleh orang yang celik mata dan mata hatinya .


و لا الظلمات و لا النور
dan juga tidaklah sama kegelapan berbanding cahaya

Mereka yang berada di dalam kegelapan pastinya gagal mencari arah perjalanan yang betul dan pasti pula ia teraba - raba mencari arah . Lebih parah apabila suasana gelap menyukarkan mereka berhadapan dengan apa jua kemungkinan dan fenomena ini menimbulkan risiko kepada diri mereka sendiri .

Kegelapan bererti dunia tanpa hidayah justeru hidayah adalah cahaya yang memandu mereka melandasi jalan yang lurus bagi mendapatkan redha Allah swt . Hidup dalam kegelapan ialah hidup bergelumang maksiat dan mungkar . Hidup yang tidak mengenal dosa pahala apalagi syurga neraka . Mereka yang terperangkap dalam kegelapan ini akan melakukan apa sahaja tanpa menilai dari aspek hukum dan implikasinya . Tanpa cahaya hidayah , panduan mereka ialah nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah swt .


و لا الظل و لا الحرور
dan tidaklah sama tempat teduh berbanding tempat panas .

Teduh memberi keselesaan malah nikmat kepada siapa sahaja yang mampu bernaung di bawah teduhan tersebut . Jiwa tenang dan emosi terkawal berbanding mereka yang berjemur di tengah panas yang pastinya menimbulkan keresahan dan gangguan emosi .

Akhirat kelak , mereka yang berada di bawah teduhan arasy ialah mereka yang telah dipilih oleh Allah swt . Antaranya ialah pemuda yang hatinya bergantung dengan rumah Allah swt [ masjid ] sementara mereka yang terpaksa berjemur dibawah terik matahari yang hanya sejengkal dari kepalanya ialah mereka yang derhaka kepada Allah swt. Meninggalakan tanggungjawab dan amanah Allah swt untuk mengurus kehidupan didunia berdasarkan syariat yang telah diwahyu .


و ما يستوى الأحياء و لا الأموات
dan tidak juga sama orang yang hidup berbanding orang yang mati .

Tentu sahaja terdapat perbezaan yang tiada siapa mampu menyangkalnya antara orang hidup dengan orang yang telah mati . Orang yang mati terputuslah hubungan dengan segalanya kecuali sedekah jariah , anak soleh yang mendoakannya dan ilmu yang bermanafaat . Ada pun orang hidup masih mempunyai ruang dan peluang untuk berbakti kepada Allah swt dan melaksanakan tanggungjawab di atas muka bumi .

Begitulah jua orang yang hidup tetapi mati jiwanya . Tidak sama dengan orang yang jiwanya hidup dan senantiasa mengingati Allah swt lalu mengawal diri dari terjebak dalam kancah politik yang tidak amanah , rasuah , penyelewengan dan salah guna kuasa .

Orang yang jiwanya mati tidak dapat memahami bahkan tidak mengerti apa - apa . Tidak tahu nilai kebenaran apalagi mahu membezakannya dengan kebathilan . Baginya hidup hanya untuk makan dan minum , puaskan nafsu syahwat dan melakukan apa sahaja yang didorong oleh nafsu . Jiwa yang mati tiada perhitungan dan perkiraan .

akhirnya al Fadhil ustaz Nik Mohd Abduh membawakan sepotong ayat dari surah al Hasyr . Ayat 20 :

لا يستوى أصحاب النار و أصحاب الجنة أصجاب الجنة هم الفائزون
Tidak sama penghuni neraka berbanding penghuni syurga . Penghuni syurga adalah mereka yang beroleh kemenangan .

Penghuni syurga ialah mereka yang mendapat redha Allah lantaran hidup mereka berpaksi agama benar yang diwahyukan Allah swt . Mereka yang berjaya menunaikan perintah Allah dengan penuh taat dan tanggungjawab . Mengorbankan diri menempuh cabaran demi menegakkan agama Allah dan mendaulatkan syariatnya .

Berbeza ahli neraka yang hidup dibawah pengaruh maksiat dan mungkar . Menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah swt . Mengabaikan amanah dan perintah Allah kerana mementingkan nafsu yang buas dan syahwah yang tidak pernah puas

Sebagaimana wujudnya perbezaan ketara antara buta dan celik , gelap dan cerah , teduh dan panas , hidup dan mati demikianlah bezanya ahli syurga dan ahli neraka . Tiada siapa yang boleh menganggap serupa melainkan golongan yang jahil lagi bodoh yang tidak tahu membezakan .

Demikianlah ketaranya perbezaan antara perjuangan PAS dan UMNO . Mana boleh dianggap sama . Jauh langit bumi apabila PAS berjuang untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas tanahair ini sementara UMNO masih setia bersama fahaman kebangsaan dan sehingga kini memusuhi PAS dan enggan menerima tawaran PAS untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang mendaulatkan syariat Allah swt .



19 comments:

Anonymous said...

Memanglah Tak sama,Takde mana mana parti yang sama dengan PAS pun.PAS tu FUN KILLER!Semua tak boleh,artis luar masuk asyik dibantah,kumpulan2 rock buat konsert untuk palestin pun ta boleh..apa?golongan yang boleh bersedekah ni orang2 yang pakai sarban(mana padang pasir kat malaysia eh?)aje?Seriously can't imagine if PAS ruling this country,it would be sucks alot!!Im prefer any Party rule this country BUT NOT PAS!!No way boogeyman!

Anonymous said...

jadi ustaz, tak perlulah kita igaukan tentang kerajaan perpaduan dgn BN hanya kerana 'bosan' asyik bertelagah dan bertentangan saja.Bukankah sudah terang lagi bersuluh 'bezanya' pas ngan UMNO ?...mana mungkin kita kuburkan sikap asyik 'membangkang' saja kalau memang keseimbangan itu hanya wujud bila ada pro and kontra.

selagi umno tak jadikan Islam sebagai dasar perjuangan selagi itulah kita akan jadi pihak yg menentang

Anonymous said...

pekebende kome wahai anony...

nak sedekah kat palestin pun buat konsert dan nyanyi-nyanyi...bercampur laki pompuan, berhibur dan berjoget dulu. Apa hal ni...nak buat amal pun kena puaskan nafsu dulu. kalo tak puaskan nafsu tak boleh beramal ke ?nak buat derma pun bermaksiat dulu, kalo tak de maksiat tak boleh derma ke ?

bukan orang berserban je yang boleh derma, yang pakai skirt dan pompuan tunjuk aurat pun boleh derma juga, soalnya....Allah nak terima ke ?

sebab nakkan amalan diterima Allahlah maka kita buat amalan yang selaras dgn tuntutan agama.

sapa kata asal artis luar masuk je tak setuju ? kalo sami yusof sama zain bikha yg masuk kiterang suka aper...yg kita tak suka artis cam inul gelek tu ke memang le meluat...

Anonymous said...

Salam Ustaz.

minta izin nak amik artikel untuk post kat friendster. sebenarnya,saya dah selalu copy.tapi ni baru nak minta secara rasmi.syukran ya Ustaz.

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Semua artikel yang disiar disini jika tiada larangan men"copy"nyas maka copy jer lah . Halal :)

Anonymous said...

haha!artist macam tu alatmanya tak maju2 la otak kita..lembik aje.
Ingat negara kita ni pun banyak non muslim dan depa pun nak enjoy juga,tapi doh asal artis luar masuk nak kena bantah atas alasan islam tak suruh apa cerita?takkan yang non muslim pun terkena juga dengan undang undang muslim(yang entah benar atau tidak)??Kami RAKYAT mahu DEMOKRASI YANG SEBENAR!!!!!!!!!SEBAB ITU KAMI PILIH ANWAR IBRAHIM!!!!Kami tidak akan sesekali memilih PAS!!hisk..tak nak aku malaysia jadi negara Taliban.

Anonymous said...

kome tak pilih pas pun pas tak rugi. Perjuangan Islam ni kalau ada 1000 org muslim tapi tak seorang pun menyokongnya perjuangan islam itu tak pernah rugi, yang rugi muslim tu sendiri.

kalau nak demokrasi yg menepati nafsu sendiri baik pilih najib dari anwar....najib lebih 'demokrasi' hatta isteri sendiri peluk hero India pun sikit tak de jeles dihati...itu adalah hak kebebasan isteri.

pandainya kome jaga hati non muslim, kalo kerajaan buat konsert maksiat tu bukan non muslim saja yang pegi. yang muslim macam kome juga mungkin nak tumpang sekaki malah gelojohnya mengalahkan non muslim yang tiada pegangan hakiki. Tu yang kami cuba nak hindari..

lagi pun konsert yang mengarut ni tiada nilai baik pada mana-mana penganut agama pun....kalo tak de pun tak rugi

kome ni lain macam jer...muslim ke non muslim ni ??

Anonymous said...

non muslim 'takde hakiki'??sila jelaskan..apakah pandangan saudara saudara muslim di dalam ni terlalu hina terhadap non muslim yang 'kafir'?

Anonymous said...

wahhhh.....confirm ni, non muslim.

kat sini siapa pernah kata hina pada non muslim ??.....kita menegur pada muslim yg nak mengikut cara hidup non muslim. Pada non muslim yang nak ikut cara hidupnya dan amalan agamanya, silakan....tapi dia tidak boleh mengajak org islam turut bersama melakukannya.

pegangan yang hakiki adalah satu perbahasan antara agama....itu satu perkara yang lain.Kalau anda seorang non muslim, pegangan anda dihormati tapi bukan diimani.

Tapi bagi muslim, mereka kena ada keyakinan bahawa hanya Islam agama dan pegangan yg hakiki.Tidak ada keyakinan selain dari agamaini.Sekiranya mereka mengaku muslim , maka mereka adalah terikat dgn ajaran agama ini.

Anonymous said...

Tak kukuh lagi..masih lagi menampakkan bahawa kamu memandang agama lain itu tidak suci..'penghuni neraka' neraka kan?'the Infidel'..

Anonymous said...

Kalau saya memandang semua agama adalah suci maka saya seperti orang yang tiada pegangan.

Dalam pegangan agama kami bukan saja kafir yang menghuni neraka, muslim yang menyeleweng dan membelakangkan agama juga akan memasuki neraka.Ini bukan membawa erti kami menghina agama lain tapi amaran kepada kami untuk tidak memasuki agama lain dan amaran untuk muslim supaya berpegang teguh pada agamanya.

Anonymous said...

kalau convert juga??kamu rejam?bunuh?bakar?demonstrasi kat tengah jalan?HEHEHEHEHE

Anonymous said...

sebelum apa2 saya minta maaf ye..dlm banyak2 penganut agama saya tengok muslim la yang paling banyak buat kacau..tak payah jauh jauh,kat dalam malaysia ni saja..kenapa orang muslim suka mengcomplicated kan sesuatu?bargaduh,memekik kat tengah jalan..kenapa?padahal yang begaduh tu pun muslim sesama muslim.kenapa macam itu?kata agama yang suci?tapi??

Anonymous said...

kalau murtad ia wajib dinasihati sehingga beberapa kali untuk kembali, sekiranya enggan dan berkeras utk murtad maka dihukum bunuh.Inilah ketetapan dlm al-quran tetapi sayang tidak termaktub dalam perundanga negara ini sekalipun pemerintah tertingginya adalah muslim.Pegangan agama adalah suatu perkara yang besar dalam Islam dan penganutnya tidak boleh sewenang-wenang untuk keluar dari pegangan ini. Murtad adalah jenayah besar dan kekufuran yg dasyat.

Islam tidak mengizinkan penganutnya bertelagah sesama sendiri tetapi Islam menyeru umatnya membela agama ini dari penindasan, kezaliman maupun pencerobohan oleh sesiapa sahaja sekalipun dari penganutnya sendiri. Maka jika sesama muslim itu berkrisis, krisis itu mesti diatas alasan mendaulatkan agama ini.

kalau bergaduh, demonstrasi dan memekik di jalanan itu rasanya bukan sahaja muslim, hindu budha dan kristian juga ada melakukannya...anda perlu meneliti semula pasti anda akan berjumpa contoh-contohnya.Ianya semulajadi, menifestasi kepada rasa tidak puashati terhadap sesuatu.Demonstrasi jalanan menentang kezaliman jauh lebih baik dari perhimpunan tarian di kelab-kelab malam, atau perhimpunan orang ramai menonton nyanyian dan persembahan artis yg mendedahkan tubuh badan.

Anonymous said...

huiyooo..its like there's no turning back once you're converted to muslim..very spooky....its like communist.

Anonymous said...

you are so damn stupid and you deserve for it...

Anonymous said...

stupid??I am?really?whys is that?tell me please..

Anonymous said...

Tak payah debat bab ni di ruang komen yg terhad ni. Tak sampai apa yang hendak disampai. Si anonymus tu akan terus buat provokasi. Jalan terbaik, sila jumpa berdepan dan berbincang dengan elok. Bukan duk provok2 kat sini.

Kalau masih berdegil, Lakum deenukum waliyadeen....

Anonymous said...

takut depa xpaham.,
untukmu agamamu , untukku agamaku.,

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive