HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, March 25, 2009

Transformasi UMNO Kemana Arahnya ?


Saya mengikuti perkembangan Mesyuarat Agong UMNO melalui media mereka sendiri yang turut memaparkan pertarungan sengit antara calon yang bertanding bagi mengisi jawatan penting dalam UMNO seperti Ketua Pergerakan Pemuda , Wanita dan Puteri .

Berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO kini . Sebagai contoh Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri .

Wanita kini disandang oleh Datuk Sharizat Jalil , Pemuda oleh Khairy Jamaludin dan Puteri pula dimenangi oleh Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin .

Sepintas lalu , dalam senarai nama mereka bertiga yang memenangi kerusi ketua bagi sayap - sayap UMNO ini , saya kira Pergerakan Pemuda UMNO paling malang apabila Khairy Jamaludin seorang yang telah disabitkan bersalah terlibat dalam politik wang atau melanggar tataetika UMNO dan telah diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO masih diberi kepercayaan untuk memimpin .

Apakah ini wajah Transformasi UMNO ?

Mendengar ucapan mereka sejurus mereka mencapai kemenangan kerusi masing - masing tiada siapa dari mereka yang serius untuk memartabatkan Islam yang kian dipukul teruk oleh musuh dan mereka yang tidak bertanggungjawab .

Mereka hanya mengulangi retorika mereka untuk mempertahankan melayu . Isu mereka ialah melayu , melayu dan melayu . Mereka bermula dengan melayu dan berkahir dengan melayu . Berkobar - kobar semangat mereka mempertahankan melayu . Islam bagaimana ? Syariat bagaimana ? Keadilan dan ketelusan bagaimana ? hukum halal dan haram bagaimana ? nilai akhlak dan moral bagaimana ?

Apakah kerana mereka telah hilang kepercayaan kepada cina dan india yang rata - rata mutaakhir ini berpihak kepada PAKATAN ?

Tidaklah salah mempertahankan melayu , tetapi jangan cakapnya lain tetapi realitinya mereka yang memusnahkan masa depan melayu selama ini .

Tanah rezab orang melayu terlepas ke tangan bangsa asing , bahasa melayu kian dihakis penggunaannya , persempadanan pilihanraya yang sekian lama digubal oleh mereka , langsung tidak memberi kelebihan kepada orang melayu .

Setelah mereka kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu , menyaksikan sokongan melayu terhadap mereka kian merosot lalu mereka kembali memainkan isu perkauman kononnya merekalah hero bangsa melayu .

Isu penderhakaan terhadap institusi Raja - Raja Melayu menjadi isu mereka sebagai mengalih perhatian rakyat terhadap kelemahan dan kepincangan mereka . Walhal dunia menyaksikan bahkan sejarah telah terpahat betapa UMNO lah selama ini merendah - rendahkan martabat raja - raja melayu .

Bukankah UMNO yang menghilangkan kekebalan raja - raja melayu seketika dulu ? Bukankah UMNO yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan sedang Sultan Ismail Yahya Petra masih menjadi sultan yang sah di Kelantan ? Bukankah UMNO membuat perarakan menentang keputusan Sultan Terengganu dan Perlis dalam isu perlantikan Menteri Besar di negeri tersebut ?

Siapa yang sebenarnya derhaka ?

Saya pernah mencabar Khairy Jamaludin untuk berdebat atau mujadalah dalam isu siapa derhaka kepada Institusi raja - raja Melayu ? tetapi malang beliau tidak menyahutnya . Saya harap selepas ini , setelah memenangi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy bersedia untuk turun padang berdebat dalam isu ini . Kalau sekadar berteriak di gelanggang sendiri lalu menuduh PAKATAN derhaka , saya kira ini tindakan penakut bukan pahlawan .

4 comments:

Anonymous said...

Ustaz bunyi semacam cemburu aje dengan khairy..dari semua faktor ustaz memang tak dapat kalahkan khairy.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,

bukan politik wang ustaz, tapi rasuah. Istilah politik wang hanya digunakan oleh umno utk 'melembutkan' sikit perbuatan keji mereka. tapi rasuah tetap rasuah.

Anonymous said...

Usaz,hang tak layak la nak berdepan dengan khary,dah la gemuk tak hensem plak tu.mana laaaa layak!

Pendita Padi said...

assalamualaikum,
pada pendapat ikhlas saya, apabila negara dihimpit oleh masalah dua parti bercakaran, segala perjumpaan dan pertemuaan selalunya menyemarakkan lagi api pertelagahan sesama sendiri terutama dikalangan penyokong. ini adalah benar jika kita rujuk kepada beberapa isu lepas. yang untung hanyalah pihak media dan seangkatan dengannya.

mari kita berfikir sejenak, tidak semua perkara buruk datangnya dari UMNO dan perkara baik itu datang dari pihak PAS. masing2 ada kelemahan dan kelebihan sendiri.
UMNO itu sendiri sudah elok perlembagaannya untuk membela nasib bangsa dan agama, cuma kelemahan yang nyata datang dari kepimpinan UMNO itu sendiri.

apalah salahnya daripada kita memburuk-burukan orang, menjatuhkan imej individu dan mengecap mana-mana pihak, adalah lebih elok kita memberitahu orang ramai apa yang kita boleh buat dan
boleh buktikannya.

itu adalah cara yang saya yakin dapat menarik ramai penyokong secara efficient dan perjalanan politik akan berjalan lebih lancar.

tidak guna jika kita menyalahkan sesama sendiri, tetapi kita masih ditahap itu.

firman Allah,
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.
(Surah al-Hujurat:12)

renung2kanlah demi kebaikan semua pihak.

saya akhir comment saya dengan sepotong kata-kata hamka
"Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya."

sekian terima kasih

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive