HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, March 2, 2009

Unity Government

Kerajaan Perpaduan :
Merentas Kepentingan Politik Kepartian


حدثنا أبو نُعَيْمٍ حدثنا زَكَرِيَّاءُ قال سمعت عَامِرًا يقول سمعت النُّعْمَانَ بن بَشِيرٍ رضي الله عنهما عن النبي قال مَثَلُ الْقَائِمِ على حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فيها كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا على سَفِينَةٍ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا فَكَانَ الَّذِينَ في أَسْفَلِهَا إذا اسْتَقَوْا من الْمَاءِ مَرُّوا على من فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لو أَنَّا خَرَقْنَا في نَصِيبِنَا خَرْقًا ولم نُؤْذِ من فَوْقَنَا فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وما أَرَادُوا هَلَكُوا جميعا وَإِنْ أَخَذُوا على أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جميعا


Perumpamaan orang-orang yang menjaga batas-batas agama Allah SWT dengan mereka yang melanggarnya, bagaikan satu kaum yang menaiki sebuah bahtera. Sebahagian mendapat tempat di atas dan sebahagian lagi di bawah . Mereka yang berada di bawah , jika ingin mendapatkan air (terpaksa) melewati orang-orang yang berada di atas, akhirnya mereka berkata, "Seandainya kita menebuk lubang di bahagian bawah bahtera ini untuk mendapatkan air, tentu kita tidak lagi mengganggu orang-orang yang berada di atas." Jika orang yang berada diatas membiarkan tindakan mereka yang berada di bawah bagi mendapatkan apa yang mereka mahu , tentu semuanya akan binasa. Jika mereka menghalanginya, mereka akan selamat malah semuanya akan selamat "


Hadis Riwayat Imam Bukhari
Fathul Baari : Kitab Asy Syarikah . Bab ke 6 . Hadis ke 2493


Negara bagaikan sebuah bahtera yang sedang berlayar di tengah lautan luas yang pastinya berdepan dengan badai yang ganas dan gelombang yang besar serta gelora yang buas . Demi keselamatan bahtera dan seluruh penumpangnya , bukan sahaja kemahiran dan kepakaran laksamana atau nakhodanya diperlukan tetapi juga sikap dan rasa tanggungjawab semua penumpang bahtera sangat besar malah penting peranannya .

Situasi dan ekspresi yang sama mestilah dimuat turun ke pentas politik tanahair kita dewasa kini yang juga saya lihat bagai sebuah bahtera yang sedang dilanda badai dan dihentam gelombang .

Badai ekonomi yang parah , gelora politik yang getir dan gelombang sosial yang berisiko bagi mewujudkan sebuah negara aman , makmur , adil dan stabil hari ini memerlukan pemimpin dan rakyat yang berjiwa besar , sanggup berkorban dan melupakan perseteruan politik dengan pihak yang berbeda saingan dan fahaman politiknya .

Bertolak ansur , meminimakan jurang pertelingkahan dan saling menumbuhkan nilai persefahaman antara parti - parti politik dan juga ngo - ngo dalam negara adalah elemen positif ke arah mewujudkan sebuah kerajaan solidariti dan sekaligus memberikan ruang serta peluang kepada semua pihak memainkan peranan dengan penuh amanah dan tanggungjawab bagi masa depan rakyat dan negara .

Kerajaan Perpaduan : Idea yang Bertanggungjawab .

Saya melihat idea besar telah dilontarkan dengan penuh tanggungjawab oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ] untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan melibatkan semua parti politik diberi peranan membangunkan negara sekaligus menyelamatkan negara dari perangkap politik sempit dan kemelut ekonomi yang menjunam .

Bermula dengan understanding politic dan politik damai , idea ini boleh diorak dengan cermat dan teliti tanpa sikap yang prejudis terhadap ruang dan peluang yang beri atau digalas oleh mana - mana parti politik dalam pentadbiran dan kepimpinan negara selama mana ia tidak memberi kesan buruk dan pulangan negatif kepada rakyat dan negara .

Saya sangat tertarik dengan idea Kerajaan tanpa Pembangkang , antara terma yang dilontar oleh Al Fadhil Tuan Guru Presiden .

Kerajaan Tanpa Pembangkang : Bukan PAS Masuk UMNO

Namun perlu ditegaskan bahawa ini bukan idea membawa masuk PAS ke dalam UMNO atau BN tetapi mewujudkan sebuah kerajaan yang melibatkan semua parti politik [ Barisan Nasional + Pakatan Rakyat ] berperanan memimpin , mentadbir dan mengurus negara demi kepentingan agama , rakyat dan negara itu sendiri .

Tiada lagi masa yang dibazirkan untuk bertelagah dan bertembung antara satu sama lain semata - mata didorong perbedaan ideologi politik . Sebaliknya masa itu dimanafaatkan sepenuhnya untuk duduk bersama , berbincang , mencari titik persamaan , bertolak ansur dalam perbedaan , menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh rakyat , cari strategi berkesan membina negara agar mampu menyaingi kuasa luar yang sering mengeksploitasi kelemahan kita .

Saya kira kini kita telah terlalu matang berpolitik setelah lebih 50 tahun negara kita merdeka . Terlalu banyak pengalaman yang boleh kita pungut sepanjang tempoh itu dan terlalu banyak pengajaran yang boleh kita teladani sejauh perjalanan itu .

Kini tibalah masanya untuk sebuah Kerajaan tanpa Pembangkang atau Kerajaan Perpaduan ini diwujudkan dalam negara kita . Sebelumnya Indonesia di zaman kepimpinan Habibie telah menunjuk model Kerajaan Perpaduan di Nusantara dan terbaru Kerajaan Perpaduan dicapai kata sepakat ke arah penubuhannya antara Hamas dan Fatah yang sekian lama bertelagah dan berperang antara satu sama lain .

PAKATAN dan BARISAN belum sampai ke peringkat berperang dan berbunuhan antara satu sama lain . Saya percaya , andai keegoan boleh ditundukkan dan kepentingan rakyat serta negara diutamakan , semua pihak mesti sedia menerima idea penubuhan Kerajaan Perpaduan ini , khasnya BARISAN sebagai parti pemerintah hari ini .

Biarpun agak sukar mendapat laluan , idea Kerajaan Perpaduan yang terlebih awal dilontarkan oleh al Fadhil Tuan Guru Presiden , seketika dulu ditenggelamkan oleh isu muqabalah UMNO dan PAS kini mula mendapat reaksi pelbagai pihak .

Politik damai cetusan al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz , seketika dulu juga terpinggir sebelum siasah hari ini mengangkatnya menjadi head line keluaran terbarunya .

Saya kira , suasana dan latar belakang politik dan ekonomi hari ini membuatkan idea Tuan Guru Presiden dilihat tepat pada masanya . Tinggal lagi semua pihak sewajarnya melihat idea ini dengan rasional tanpa sangsi .

Kerajaan Perpaduan memberi hak dan tanggungjawab yang sama kepada pembangkang untuk berperanan memimpin , mengurus dan mentadbir negara . Pembangkang tidak lagi dengan imej membangkang atau hanya tahu membangkang tetapi memberi segala upaya untuk membangunkan negara secara efektif .

Andai ia menjadi kenyataan , ia akan membentuk satu fenomena yang positif dimana negara akan pesat membangun pula secara seimbang spiritual , material dan fizikalnya apabila ia didokong bersama oleh semua pihak .

Tentu sahaja kepentingan agama , rakyat dan negara dapat difikirkan bersama dengan semangat perpaduan .

8 comments:

Anonymous said...

Saya selalunya membantah ustas tapi kali ini saya SANGAT SETUJU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!UNITY GOVERNMENT!!!kalau betul lah kita ingin menegakkan bangsa dan agama mengapa perlu bergaduh hanya kerana politik??

Anonymous said...

politik damai ini harus dikemudi oleh PAS. keadaan politik di Malaysia terutama di Perak sedang runcing. Jika, perang saraf ini semakin memanas, kelak nanti bencana politik akan menimpa.

lihat http://mahasiswamenggugat.blogspot.com/2009/03/politik-sepakat-sebagai-alternatif.html

dan hannanfarhana.blogspot

Anonymous said...

Anonymous said...
politik damai ini harus dikemudi oleh PAS. keadaan politik di Malaysia terutama di Perak sedang runcing. Jika, perang saraf ini semakin memanas, kelak nanti bencana politik akan menimpa.

=tak kisahlah sesapa nak mengemudi,pas ke umno ke asalkan kita tak dengar lagi gaduh2 pasal politik ni..cukup cukup lah!!dua2 pihak selalu membuat kenyataan 'rakyat nak,kehendak rakyat'bla bla bla rakyat' PADAHAL RAKYAT YANG MENDERITA disebabkan kedua2 parti sibuk merebut kuasa!?betulke yang dorang cakap 'rakyat rakyat' betul dari rakyat?

Anonymous said...

Salam Ustaz,..

Apa modus operandi PAS untuk melaksanakan 'kerajaan tanpa pembangkang'? Elok juga tak de lah kerajaan kita membazir duit untuk buat pilihanraya yang menelan kos berjuta-juta...

WUZARA said...

Salam...

Menjelang PRU yang lepas, PAS mencadangkan Negara Kebajikan (Welfare State). Bagi mereka yang belajar sains politik, welfare state adalah konsep kenegaraan kapitalisme yang disadur dari sosialisme. Saya tak tahu ke mana idea itu sekarang.

Tiba-tiba sekarang timbul idea kerajaan perpaduan, gabungan BN & PKR. Jika kita fikir secara tajam, ia jelas ia adalah gabungan antara Islam dan kekufuran. Hukum apa yang nak digunapakai? Yang paling jelas adalah demokrasi, suara manusia dalam membuat hukum.

Boleh dikatakan, Ibnu Khaldun adalah cendekiawan Islam yang pertama yang mempopularkan perkataan 'daulah' untuk membawa makna darul Islam iaitu khilafah. Tetapi hari ini takrif, negara Islam dikembangkan dengan negara republik, monarki, demokrasi, negara kebajikan dan dll. Mereka berpandangan Islam tidak menunjukkan secara detail bentuk kenegaraan, maka diperbolehkan mengambil apa2 bentuk sistem kenegaraan yang ada.

Mungkin sebab itu, ada yang sibuk memperjuangkan macam2 bentuk kenegaraan. sampai yang menyedihkan, sistem khilafah yang dinyatakan oleh hadith nabi dan dipraktik oleh para khalifah kemudiannya, tak mahu diperhebah apatah lagi untuk diperjuangkan.

Anonymous said...

saya pun nampak 'tak de jalan' kerajaan perpaduan dgn BN yang diidamkan itu...kerana matlamat perjuangan yg berbeza. kalau pun ada sesuatu yang boleh diusahakan, mungkin sekadar beberapa program kerjasama utk kepentingan rakyat seluruh malaysia dan juga kepentinga Islam.

ambil usaha yg 'kecik' dulu. Contoh yang kecil mungkin ialah program dan kerja-kerja amal utk Palestin. Saya rasa isu itu melahirkan sentimen yg besar dikalangan muslim baik dari UMNO mau pun pas. kan elok kalo ada kerjasama dalam program mengumpul dana untuk tabung palestin secara menyeluruh di kalangan muslim di malaysia atas nama " PKR, PAS dan UMNO'....

cuma saya geram sungguh dengan wuzara. Tak habis-habis memperbesarkan 'istilah' tanpa mahu cuba mengetengahkan konsep disebalik istilah tersebut.Negara kebajikan yang dibawa pas cuba nak di samakan dgn welfarestate yang jelas salah.Sedangkan semasa p/raya dulu TGHH telah menjelaskan terperinci maksud negara kebajikan yang ingin pas tawarkan.Kenapa itu tidak pula anda komen...


salahkah perkataan negara berkebajikan sedangkan dlm Islam itu kebajikan adalah sesuatu yang sangat dituntut. Di sebabkan tiada Khilafah pada hujung nama 'negara' itu maka adakah semua kebajikan yang ingin dilaksanakan adalah tertolak ?

fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

Salam,
Agaknya penasihat-penasihat Presiden kita dah keletihan untuk menegakkan makruf dan mencegah mungkar sehingga takda angin takda ribut, Presiden datang dengan idea malang ni.

Gelombang kebangkitan PAS perlu di teruskan dengan gerakerja dakwah supaya masyarakat faham dan memberi sokongan kepada usaha PAS.Tubuhkan Pusat Dakwah untuk menyelaras, merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah dari Sabah hingga ke Perlis.

Unity govt. ni adalah dua langkah kebelakang !

Anonymous said...

APA YANG PENTING ?

KERJASAMA

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive