HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, April 24, 2009

Ada 2 Team dalam PAS ?

Saya tidak boleh nafikan bahawa sememangnya manusia senantiasa akan terpecah kepada beberapa golongan . Ada manusia baik dan ada manusia jahat , ada manusia yang bertaqwa dan ada pula manusia yang fujur , ada yang mahu ke kanan dan ada pula yang memilih ke kiri , ada golongan yang bahagia dan ada golongan yang celaka , ada yang akan ke Syurga dan ada yang akan ke neraka .

Saya lihat golongan ini ada di mana - mana dan tiada siapa yang boleh claim dirinya selamat atau terlepas dari golongan - golongan ini termasuk ahli - ahli PAS , demikian juga kita tidak boleh blame orang lain menjadi ahli neraka . Namun secara mata kasarnya , saya lihat kini di dalam PAS juga terdedah kepada kemungkinan wujudnya golongan - golongan ini . Paling tidak tergolong kepada 2 team . Team pertama ialah Team As Saadah dan kedua ialah Team Asy Syaqaawah . Firman Allah swt :

Surah Hud : 106 - 108
106 . Adapun orang-orang yang celaka [ team Syaqaawah ] , maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih)
107. mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi , kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.
108. Adapun orang-orang yang berbahagia [ team Saadah ] , maka tempatnya di dalam syurga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya.

Team Saadah

Team ini juga dikenali sebagai team Al Maimanah sebagaimana yang Allah sebut di dalam surah Al Balad : ayat : 18 . Team ini mempunyai ciri - cirinya yang tersendiri , antaranya ialah :

Memiliki aqidah perjuangan yang tulen .
Sabar dalam tindakan dan sabar jua menerima tekanan .
Toleransi dalam komunikasi dan menjalin erat silaturrahim .

Memiliki tiga kriteria asas ini meletakkan team ini sangat disayangi oleh Allah swt sehingga Allah swt juga sebut mereka adalah golongan yang akan beroleh kebahagiaan [ saadah ] dan mereka jugalah golongan kanan [ maimanah ] . Sepertinya mereka ini adalah orang kanan Allah swt .

Manakan tidak , golongan ini adalah golongan yang sangat kental menjunjung dan mendokong keabsahan manhaj dan kesohihan sumber perjuangan . Apa pun ketika dan di mana jua berada , sikap mereka konsisten dalam mempertahankan prinsip - prinsip perjuangan yang bersifat fundamental . Jelas dalam mendokong visi perjuangan dan tabah sewaktu melaksanakan misinya .

Sekalipun berdepan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah ke atas diri mereka , sabar sungguh jiwa mereka . Tidak terburu - buru dalam tindakan mahupun kenyataan . Malah sering berpesan kepada anak buah dan sahabat taulan agar tidak melakukan sesuatu yang salah dan bertentangan dengan adab berjamaah dan akhlak berjuang .

Kenal siapa musuh dan arif siapa kawan . Kalaupun berunding dengan musuh , mereka berada dalam siap siaga dan waspada agar Islam dan perjuangannya tidak tergadai . Sesekali timbul khilaf sesama anggota parti , mereka sering tawadhu' dan segera duduk berbincang agar segera terungkai segala yang bersilang .

Memelihara rahsia parti dan senantiasa membina ukhuwwah fillah demi memastikan keutuhan jamaah yang memperjuangkan cita - cita Islam ini .

Team Asy Syaqaawah

Golongan ini pula secara mudahnya berlawanan sifat dan sikapnya dengan golongan yang pertama tadi iaitu golongan As Saadah . Mereka ini suka sangat menabur fitnah dan gembira melihat orang lain derita dengan fitnah yang ditabur . Tergamak mencetus suasana dan menimbulkan sengketa bagi melaga - lagakan pimpinan yang ikhlas dengan perjuangan . Lantas mereka senyum melihat pimpinan bertembung antara satu sama lain .

Pantang dapat maklumat , kalau tidak pun mereka akan memasang dengar untuk mengetahui maklumat yang tidak sepatutnya mereka tahu bahkan mereka bijak memperdaya individu tertentu untuk mengorek maklumat parti lalu mereka segera mendedahkan maklumat tersebut kepada umum . Suka sangat mereka apabila semua rakyat tahu maklumat tersebut .

Tambah - tambah zaman sekarang ni ramai blogger yang sedia untuk mensensasikan maklumat - maklumat yang dirisik oleh James Bond dalam parti .

Lebih malang sikap mereka terhadap pimpinan cukup tidak beradab . Tiada rasa hormat kerana rasa diri lebih hebat . Memperlekehkan ulama' jadi sendaan rutin mereka . Tidak memiliki adab dalam berjamaah , jika mereka hadhir mesyuarat kemudian mereka akan iringkan dengan mesyuarat kedua untuk menasakhkan mesyuarat yang pertama .

Thiqah dan wala' kepada pimpinan telah tidak lagi dijaga dan dihormati malah mereka memandang serong dan curiga kepada pimpinan mereka sendiri . Lebih menghairankan , mudah sahaja mereka merasa takjub kepada karektor dan figure tertentu sedang pimpinan mereka sendiri , wala' mereka berbelah bahagi dan hanya pandang sebelah mata .

Gaya kehidupan dan style kepimpinan tidak jelas menampakkan mereka memimpin gerakan Islam . Bahasa lidah pun bercampur campur bahasa sampai sukar untuk difahami . Nak kata melayu tak melayu , nak kata orang putih pun , kata orang ada bau tempe . Bantah PPSMI bagai nak rak tapi bahasa sendiri sudah jadi berselerak .

[ dengan mohon maaf - selingan - : saya sendiri memang rasa sangat bosan dengan orang berlagak cakap inggeris dan selang seli dengan bahasa melayu serentak . Sekarang sudah jadi bahasa rojak . Berbahasa ni ikut keperluanlah , kalau perlu guna bahasa inggeris maka silakan , kalau perlu bahasa melayu demikianlah juga halnya , atau kalau perlu sesekali mengungkap istilah bahasa inggeris dalam percakapan tidaklah mengapa .
Apa yang saya maksudkan ialah sengaja nak berbahasa inggeris konon , kemudian selepas beberapa kalimah , cakap melayu semula beberapa patah dan sambung pula dalam bahasa melayu .... akhirnya jadi bahasa rojak , dari asalnya saya faham sikit sikit bahasa inggeris jadi tak faham langsung . Rosak bahasa jadinya . Saya cadangkan , kalau nak cakap bahasa inggeris , cakap bahasa inggeris sampai ke akhirnya dan begitulah sebaliknya . campur - campur bahasa ni , jadi pening .]

Lebih malang , nak cakap Islam pun tidak gamak kalau - kalau ia nanti boleh menyinggung perasaan non muslim . Ulama' yang membuat draf negara Islam dan mengisytiharkannya kepada umum teruk kena belasah kononnya ini punca kekalahan dan punca kepada penolakan pengundi kepada perjuangan .

Inilah golongan syaqaawah . Siapa orangnya ? saya pun tidak tahu cuma saya menyebut ciri - ciri team syaqaawah dan saya harap team syaqaawah ini tiada dalam PAS .

Semoga Allah selamatkan jamaah kita dari unsur - unsur yang melemahkan nilai dan merosakkan jati diri sebagai sebuah gerakan Islam .

Berhati - hati saudara . selepas ini , kalau saudara terbaca blog yang melaga - lagakan pucuk pimpinan kita maka itu adalah blog Syaqaawah . Kalau saudara dengar orang mengutuk mencela ulama' dan mengkritik pimpinan keterlaluan tanpa adab dan akhlak maka kenallah bahawa itu ahli team Syaqaawah . Kalau ada pimpinan yang mebocorkan rahsia mesyuarat parti kepada orang luar yang tidak berhak tahu maka itu adalah pimpinan team Syaqaawah .

Selamat berjuang dan jaga diri agar tidak terjebak dalam golongan syaqaawah.

21 comments:

Anonymous said...

alhamdullilah
betul lah tu memang ada 2 team
bagus lah satu nak kan kerajaan perpaduaan,yang satu lagi kerjaan pakatan.
ustaz .... ni yang mana satu
team TGNA ke TGHH....
macam2 lah........

Anonymous said...

hebat sungguh ustaz nik abduh, tak berani ustaz din nak sentuh isu ini. bila ustaz nik abduh sentuh baru ustaz din sentuh.

saya tak kisah sama ada husam, hasan ali, ustaz nasha, ustaz azizan, abang mat sabu jadi timbalan presiden, cuma satu nasihat saya yang hina ini ialah jangan bermentor dan berwala'kan orang lain. contoh anwar ibrahim. Anwar makhluk dulu islam sekarang liberal. sama seperti gus dur dan cak nur. lihat buah pemikiran beliau..

sama profesional atau ulama. janji bertaqwa..

hidupkan kepimpinan bertaqwa..

wan
ziarahsufi81.blogspot

al-aman said...

Kalaulah kita menghayati setiap patah perkataan dlm Doa Rabithah... Dan kita amalkannya selari dengan munajat kita itu, insya Allah kita akan menjadi satu...

Marilah sama-sama kita hayati Doa Rabithah...

sejarah said...

Kami nantikan artikel Ustaz Din..jangan bimbang,kami hanya ingin mendengar dari mulut pimpinan..mereka adalah manusia yang amat pelik..yang mentafsir quran supaya kena dengan mereka dan bukanlah mereka yang mengikuti Quran..
Teruskan Ustaz Din

faham islam said...

syukran us nik abduh dan u din.buatlah yang terbaik demi jamaah kita.kami i.allah sentiasa di belakang,membantu perjuangan islam

muslimat said...

tersenyum pula saya membaca...saya rasa ustaz sedang marah..

maka marilah kita melahirkan perasaan marah kita dengan penuh hikmah dan masih tinggi rasa hina seorang hamba...

saya juga sedang rasa marah...sangat marah.......geramnya saya pada golongan yang pandai bermuka-muka....semoga Allah menjauhkan mereka dari kita.

Anonymous said...

sedih bilaa perkara ni berlaku dlm PAS..saya takut ia merupakan bibit2 perpecahan antara penyokong 2 puak ni..ustaz..doa2kan kami di mesir..

FathiMZ said...

saya sedih jugak la....kenapa benda macam nie boleh berlaku dalam pas......buat lah sesuatu ustaz...

Hairul Nizam Mat Husain said...

Salam. Us Din. Adakah ucapan Us Din ini adalah berpunca daripada golongan tertentu dalam PAS yang menjadikan PAS sebagai batu loncatan mereka? Atau adakah golongan Syaqawah ini adalah golongan Alami yang menyerap masuk ke dalam PAS. Adakah mereka adalah golongan JIM yang masuk ke dalam PAS tetapi tidak walak kepada para pimpinan PAS? Saya mendengar dari jauh tetapi saya tidak mengetahui sejauh mana kebenarannya.

Saya mendokan agar Allah menjaga PAS dan membersihkan jemaah Islam ini daripada manusia-manusia jahat yang tidak ikhlas dalam menyertai PAS. Amin

abufaateh said...

Seperti biasa... artikel, pendedahan, wasiat, dan sebagainya di dalam blog Ust ni amat baik...tidak melenting dengan ehwal semasa, tenang dan bergerak atas paksi ilmu hinggakan apa yg diwar-warkan ttg Team TGNA dan TGHH pun Ust wat donno je dan bila Al Fadhil Ust Nik Abduh sendiri yg dedahkan...baru ler Ust Din menyahut..tu pun dalam nada kepaksian ilmu..Tahniah..Ust tak condong atau menuding jari kepada seiapa..hanya membawa sebuah dalil sebagai BAYYINAT..alhamdulillah

Anonymous said...

"Ya Allah selamatkanlah Jamaah kami! HANCURKAN PEROSAK keutuhan Jamaah. Leburkan kekuatan mereka. Insafkan mereka. Kembalikan mereka ke jalan-Mu... Kurniakanlah kami keutuhan jamaah yang tak bisa digugat oleh siapa pun tanpa keizinan-Mu.

Kurniakanlah kami kepemimpinan yang kuat dan menguatkan. Yang baik dan membaikkan. Yang hebat dan menghebatkan. Yang wara' dan mengwara'kan. Yang teguh dan meneguhkan. Kurniakanlah petunjukMu kepada mereka sepanjang masa. Jauhkan mereka dari fitnah dunia.

Akhirnya kurniakanlah dan kekalkanlah kecintaan kami yang tidak berbelah bagi kepada Jamaah. Jika harta, masa, tenaga malahan nyawa kami ditakdirkan menjadi syarat galang ganti kepada kemenangan Jamaah, ambillah ia dari kami..... MENANGKANLAH ISLAM YA ALLAH! "


Doa dari seorang pendosa yang hina.

Unknown said...

this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in Facebook. Thank you.

"The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent "unnecessary" elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what's stated in Article 48(1) of the Federal Constitution."

http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way

anti org celaka yg berpura2 soleh said...

ust din,

ana cuma nak pesan...jangan lah kerana kalah berhujjah, sampai menggelar orang lain sebagai team celaka..yang celaka sebenarnya ialah "mereka" yang berusaha nak bawak masuk PAS kepada UMNO..buat senyap2 belakang tabir, berselindung disebalik presiden dan berpura2 soleh...itu lah celaka yang paling celaka sekali!!!!!

muslimat said...

Semoga kesedihan ini tidak lama dan Allah kembali memperteguhkan kita di atas jalan taqwa.

kata nabi, Ulama itu pewaris nabi ...maka pasti beruntung sesiapa yang memuliakan ulama utk menyahut seruan nabi dan mencari redha Ilahi


"orang yg beriman, apabila kamu berbisik sesama sendiri, janganlah berbisik untuk melakukan dosa dan permusuhan serta perbuatan derhaka kepada rasul, sebaliknya berbisiklah untuk mencari kebajikan dan taqwa. Sesungguhnya perbuatan berbisik (utk kejahatan) itu adalah dari (hasutan)syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita ( Al Mujaadalah: 9-10)

Semoga Allah memimpin kita semua dan menggantikan rasa kesayuan dgn rasa bahagia...InsyaAllah

tapi saya tengah sayu ni...baru satni Kelantan kalah piala FA dgn tendangan penalti ...sedeyyy...walaupun suami memujuk "tak per ler, sesapa menang pun negeri pakatan rakyat juga... :D

najmi of dublin said...

tak habis2 tuduh kata nak bawa PAS masuk UMNO..
untuk kesekelian kalinya, tidak ada usaha nak bawa PAS ke dalam UMNO.. janganlah bebal sangat..atau bahas kasar celaka sangat,. orang dah jelas berkali-kali bukan nak bawa masuk dalam UMNO.. pres dah kata, ia unity government.. bukan masuk dalam umno..bodoh betul..

hairan,orang yang kena ISA, kena belasah dengan pemuda lasak UMNO..tdaklah lantang sangat menentang unity givernment..
sebaliknya orang yang duduk bermewah-mewahn di Dubai,di UK, di SAudi.. pulak yang lebih2..
Dasar tong kosong.. bunyinya kuat macam ngan kilat..
menyampah..

sekali lagi,sapa2 yang ungkit kata ada usaha nak bawa PAS masuk UMNO, maka otomatik mereka ini dikira bodoh dan celaka.. sebabnya? dah banyak kali orang kata masih tak faham2..

Anonymous said...

Ust Din..

Ade jugak orang yang terlalu idealisme kata mereka bersetuju dengan kebencian ust terhadap bahasa rojak.

mereka kata mereka juga benci dengar org cakap setengah arab dan setengah melayu. spt: ana, syaqawah, sa'adah, futur, dan macam2 lagi.

ape pun.. persetankan mereka. dalam banyak point yang disebut, hanya itu yang mereka nampak.

Anonymous said...

risau ana kalau org spt ust dan ustaz nik abduh jdi ketua pemuda pusat.habis lari pemuda pemuda yg baru nek dekat pas.

Nasrudin said...

Assalamualaikum

kalau sdr baca tulisan saya ini dengan tekun , saya bukan anti bahasa inggeri dan saya tidak kata salah menggunakan istilah bahasa inggeris jika diperlukan . Sebab disana memang ada perkata kena sebut dengan bahawa asal atau istilah asal iaitu dlm bahasa inggeris . Maka sebutlah istilah .

Yang saya benci ialah mereka yang mengada - ngada nak tunjuk kononnya dia boleh berbahasa inggeris , bercakap setengah jalan kemudian tukar bahasa melayu semula dan kemudian ambil bhs inggeris kembali tanpa keperluan .

kalau perlu menyebut istilah - istilah inggeris kerana mmg asal istilahnya begitu atau sukar nak cari pembendaharaan dlm bhs melayu dgn erti yg serupa , maka saya katakan ...sila lah !

begitu juga bahasa arab , terlebih layak lagi sbb bahasa arab ini bahasa al quran . dan bahasa syurga .

kalau saudara peka , saudara akan nampak istilah arab saya gunakan itu , saya kod istilah asalnya dalam bahasa al quran - arab . maka itu istilah yg lebih tepat bukan saya mengada - ngada nak sebuat istilah itu . itu istilah yg dirujuk kpd pembendaharaan istilah yg asasl iaitu Al Quran .

Terima kasih krn timbulkan perkara ini .

Anonymous said...

Terima kasih ustaz atas penjelasan tentang "TEAM" ini.. Cadangan saya perlu didedahkan lagi kepada pejuang Islam tanah air lain..

Ya Allah, selamatkanlah jemaah kami..
jauhkan kami dari golongan cuba menjatuhkan jemaah kami sendiri..

apa yang boleh saya baca golongan macam ini, isu yang cuba dipermainkan mereka antaranya:
-mempertikai keputusan pimpinan..
-mempertikai apa2 isu berkaitan wala'..
-melaga2kan pimpinan..
-menafsir apa2 tindakan pimpinan dgn pandangan sendiri..
-cuba mencari pengaruh (jemaah dlm jemaah) "awas kalau golongan ini cuba menarik kita.."

AWAS! muhasabah diri kita,andai x sedar kita tergolong dalam TEAM (gerakan) ASY SYAQAAWAH..

Siapalah kita nak lawan keputusan pimpinan..
Nak lawan Islam, buat parti lain.. jangan duk dalam selimut kami..

Yang duduk dalam UMNO tak usah ceritala..

Dan mungkin saya nak tambah, ada "TEAM" lain ustaz.. iaitu "TEAM" yang tak faham kenapa kita berada dalam PAS..

bukan tujuan kita ditubuhkan nak lawan UNMO & BN..
bukan juga ditubuhkan kerana nak berpolitik semata..

Untuk kita lebih faham, libatkan diri dengan program2 tarbiyah, khusunya USRAH..
"USRAH tak penting, tapi SANGAT PENTING!"

panah said...

salam,
Untuk penjelasan,
Kpd yang belum membaca buku kecil 'Gerakan Islam satu sejarah dan pengalaman' kalau berminat, sila email pahnah58@gmail.com
isi buku & penghantaran percuma.

Anonymous said...

PAS ada masalah je, tuduh orang, ada silap je, tuduh orang..apa benda yang PAS tak tuduh..semua nak menuduh jer..

mat sabu tidak pula dibuang..diangkat..padahal dia syiah..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive