HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, April 24, 2009

Bacalah dengan jiwa yang tenang


Sebentar tadi , saya menerima signal dari sidebar blog saya bahawa terdapat satu artikel baru yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Nik Abduh setelah sekian lama beliau tidak menulis .

Saya kurang periksa akan sebab kenapalah beliau akhir - akhir ini terlalu jarang sekali menulis . Namun apa yang saya yakin , penulisan adalah satu dari kegemaran beliau dan setiap kali beliau menulis , kandungannya cukup berkesan dan berbekas .

Saya doakan agar sahabat saya ini senantiasa dikurniakan kelapangan untuk menulis dan menyebarkan fikrah Islami yang jelas dan baik kepada ummah . Kami diluar senantiasa merinduinya .

Terkini sahabat boleh baca tulisan Al Fadhil ustaz Nik Abdul melalui link yang telah saya paparkan disini . Baca dengan tenang dan hayati setiap patah kalimah . Alfun Mabruk kepada Ustaz Nik !

3 comments:

muslimat said...

salam,

Ini sebahagian dari proses tapisan Allah....pas sendiri melalui proses penapisan pejuang2nya' dalam mendokong cita-cita murni memartabatkan Islam yang suci.

Pas sekadar nama...ia dicipta manusia dan boleh jadi apa-apa saja nama yang dipilih dan dikehendaki oleh manusia. tapi isi perjuangan pas adalah dari Allah , kehendak Allah, tuntutan Allah yang disoroti pendokongnya dari hasrat agama yang suci. Sesiapa saja boleh menikam dan menjahanamkan nama pas, memecahbelahkan ahli pas dan melaga-lagakan kepimpinan pas.... tapi mustahil mereka boleh menjahanamkan apa yang diperjuangkan pas. Mustahil mereka boleh menguburkan kemurnian cita yang diperjuangkan pas . Mereka akan digagalkan oleh jaminan serta pembelaan Allah terhadap kesinambungan perjuangan membela agamaNya dan pembelaan terhadap sesiapa saja yang ikhlas berjuang di jalanNya.

Rasa -rasanya , sepahit-pahit perjuangan yang dirasai oleh pas bukanlah perjuangan menentang dan menghadapi musuh tradisinya UMNo dan Barisan nasional, tapi yg paling pahit adalah penentangan dalam bentuk macam-macam ahlinya yang menghadapi kecewa dan lemah jiwanya lantas berpaling utk memusuhi pas pula.....bukan sedikit yang sudah keluar dari pas untuk bersama kelompok lain bagi berperang dgn pas, menentang dan mengecam macam-macam. Atas nama 'muhasabah dan rasa persaudaraan' mereka sebenarnya bertindak menyaingi pas....bahkan mereka sebenarnya lebih dasyat dari UMNO dalam persaingan ini.

Dari cerita saya mendengar, ada kalangan yang pernah kecewa dan sudah bertalak dgn kita, kebelakangan ini datang semula bekerja untuk sama' memperbaiki' cacat kurangnya kita di mana-mana. tidak pasti apa agenda, tapi aliran pemikirannya bermacam-macam warna....mereka ini masih datang membawa rasa kecewa yang lama.

mungkin silap pandangan mata saya atau silap juga cetusan rasa dihati saya.....pada amatannya, orang yang banyak rasa kecewa sahaja yang bernafsu suka melaga-laga...

hmmm...banyak benar yang kecewa dalam dunia fana ini, kerana memang dunia tempat utk berasa kecewa....rasa lega cuma di syurga.

Anak buah kecewa dgn pemimpin, isteri kecewa dgn suami, guru kecewa dengan murid, anak kecewa pada bapanya, gadis kecewa dgn teruna....macam-macam kecewa yang ada....maka bukan penting lagi rasa kecewa kerana ia mmg lumrah rasa yang ada pada manusia.....tapi apa yang penting ialah bagaimana menghadapi rasa kecewa....jangan tersilap melunaskan rasa kecewa, kelak diri sendiri yang binasa berhadapan dengan murka Allah yg esa.

al-aman said...

Salam. Perjuangan Islam hanya akan menerima dokongan pejuang-pejuangnya yg ikhlas. Perjuangan Islam menolak dokongan atas dasar kepentingan dunia. Dokongan bersifat keduniaan tidak akan bertahan lama.

Ya Allah, peliharalah kami daripada fitnah yg melata ini. Peliharalah kesatuan kami. Kurniakanlah kami keikhlasan dalam setiap gerak geri kami.

Ya Allah, tempatkan kami bersama pejuang-pejuang agamaMu yg ikhlas... Amiiinnn...

Anonymous said...

Trojan Horse Umno in Pas.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive