HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, April 2, 2009

Artis Tersohor Mengunjungi Tok Guru

Biarpun pertemuan ini singkat namun menziarahi Tok Guru seorang ulama' besar tanahair tentu sahaja meninggalkan kesan yang besar dari jiwa artis tersebut .

Ziarah Tok Guru tidak sama dengan ziarah pemimpin politik biasa biarpun Tok Guru juga adalah seorang tokoh politik terkenal tanahair . Namun pengaruh spiritual pada dirinya meletakkan beliau sebagai ulama' sufi yang haraki .

Pengalaman saya bersama Tok Guru , setiap detik kita disampingnya terasa diri sedang berada dalam dewan kuliah yang dihujjahi oleh pensyarah . Mutiara ilmu dan hikmah bagai dihidang dihadapan kita . Memandang wajah Tok Guru sejuk rasanya hati . Kesannya terbawa - bawa dalam diri kita biarpun telah lama pertemuan itu berlangsung .

Timbul semangat ingin menambah koleksi ibadah dan lebih penting , melalui pengalaman pahit maung sebagai seorang pejuang yang dilalui oleh Tok Guru terlakar digaris kedut wajahnya dan menjadi inspirasi kita untuk terus istiqamah berjuang .

Saya harap Siti juga dapat merasakan perkara yang sama , sekurang - kurang timbul dalam hatinya untuk berubah meninggalkan dunianya yang penuh fitnah dan mazmumah . Paling tidak , hilanglah salah faham terhadap kepimpinan Tok Guru yang selama ini ditohmah sebagai ulama' yang jumud dan primitif .

Selepas ini , saya juga mengharapkan lebih ramai para artis mengunjungi para ulama' - ulama' yang berjuang untuk mendaulatkan Islam di negara ini agar dapat melihat dan mendengar sendiri misi dan visi perjuangan para ulama' .

3 comments:

muslimat said...

terasa macam saya pulak yang menulis....ada keserasian dari segi gaya bahasa.

saya harap tok guru sempat pesan kat siti.." lepah ni jange dok pakai slendang napok jambol lagi siti deh...tutup orat mace ni lagi comey , abe K mesti suko "....

Anonymous said...

hahaha!taaakkk...tak haram tu!sebab dia dah sentuh nik najis!so apalagi!

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menafikan khabar angin bahawa beliau dan isterinya penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai Pas.

Sambil menyifatkan bahawa ia hanyalah andaian orang ramai, Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K berkata khabar angin tersebut mungkin berpunca daripada kunjungannya ke pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.

"Merepek betul, ini semua khabar angin... Saya orang Umno dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Khalid berkata kunjungannya dan isteri ke Pejabat Menteri Besar bertujuan melawat Nik Aziz yang dikhabarkan tidak sihat.

"Pada malam sebelum kunjungan itu, Siti membuat persembahan di Istana Kelantan dan pada malam itu Nik Aziz tidak hadir. Jadi kami bertanyakan seorang pegawai istana mengapa beliau tidak hadir seperti dalam majlis sebelumnya.

"Kami mendapat tahu bahawa beliau tidak sihat jadi kami bercadang untuk melawatnya lebih-lebih kami diberitahu boleh melawat beliau di pejabat," katanya.

Khalid berkata kunjungan hormat mereka ke Pejabat Menteri Besar itu adalah kerana menghormati Nik Aziz yang dianggap sebagai tuan rumah. - Bernama

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive