Bagaimana UMNO mahu berubah ?
Jika Menteri yang bertanggungjawab menjaga agama turut menganjurkan atau merestui cara dan gaya kempen sebegini [ rujuk gambar ] , bagaimanalah transformasi yang diinginkan oleh UMNO dan BN ?
Saya teringat dalam satu sessi soal jawab sewaktu debat antara Khairy Jamaludin dengan dato' Husam Musa mengenai Transformasi Politik , seorang pelajar [ mungkin guru ] dari Pondok Pasir Tumboh telah menegaskan bahawa tiada maknanya transformasi tanpa nilai dosa dan pahala .
Jika tukang jaga agama pun tidak peduli soal dosa pahala , apalagi yang boleh diharap dari UMNO dan BN untuk memelihara dan menjaga agama ?
Jika kempen UMNO dan BN sampai ke peringkat ini , menggunakan wanita seksi dan majlis tari menari dengan mengeksploitasi wanita , saya kira tidaklah mustahil UMNO dan BN juga masih gamak untuk melakukan dosa - dosa lain seperti rasuah dan penipuan .
Inilah namanya politik kotor . Politik yang bersalut dosa dan noda . Politik yang dimurkai oleh Allah swt . Politik seperti inilah selayaknya ditolak oleh rakyat yang mendambakan kesejahteraan dan keampunan Allah swt. sekaligus menjamin agar negeri senantiasa dirahmatiNya .
1 comments:
cewah...habeh tu yang party party DAP dan PKR tu mcmana la pula ustaz??golongan ustaz atau imam menari nari atas stage?
Post a Comment