Mahathir Adalah Liabiliti Kepada UMNO
Kembalinya Tun Dr. Mahathir ke pangkuan UMNO kini diperkatakan ramai . Tentu sahaja wujudnya pro dan kontra . Begitulah ahli UMNO sendiri , ada yang sangat gembira dan menganggapnya bagai sireh pulang keganggang. namun begitu , ramai juga yang resah mencuka dengan come back yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir ini .
Ada yang menganggap bahawa tindakan Tun Dr. Mahathir ini akan memperkukuhkan lagi UMNO dan BN . Persoalannya apakah benar melayu mudah lupa ?
Bukankah setelah 22 tahun Tun Dr. Mahathir berada di puncak takhta , rakyat telah bangkit memberontak agar Tun Dr. Mahathir berundur !
Tekanan yang hebat dari dalam UMNO sendiri akhirnya sang kuku besi itu terpaksa akur lalu berundur menyerahkan kuasanya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi . Akhirnya UMNO sendiri menyaksikan Tun Dr. Mahathir berundur dengan pelbagai nista yang dilemparkan kepadanya oleh ahli -ahli UMNO sendiri yang mula mengampu Pak Lah selaku Perdana Menteri .
Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah meneggelamkan legasi Tun Dr. Mahathir yang seketika dulu menyinar dengan projek Islamisasi dan wawasan 2020 . Pak Lah mengorak langkah mencipta kejayaan gemilang bagi UMNO dipermulaan tahun 2004 dengan Islam Hadhari dan modal Insannya sebelum ia kecundang menjelang 2009 .
Tun Dr. Mahathir terpaksa meredah arus dengan meniti usia emasnya untuk terus menempa nama agar legasinya tidak luput lalu ia bangkit menentang Pak Lah dengan melakukan kejutan kepada iklim politik apabila beliau nekad keluar daripada UMNO sebagai tekanan agar Pak Lah pula berundur dari takhta yang dianugerahkan olehnya .
Kucar kacir UMNO dibuatnya . Sudahlah rancangan licik beliau yang membawa kepada pengharaman UMNO dan penubuhan UMNO Baru belum lusuh dalam lipatan sejarah politik negara .
Tun kemudiannya membuat syarat agar Pak Lah berundur dan kuasa diserahkan kepada Najib untuk beliau kembali rujuk kepada UMNO setelah dipujuk oleh beberapa pihak dalam UMNO .
Kini Najib diambang kuasa yang dijangka akan diserahkan kepadanya pada 4 April ini . Tun Dr. Mahathir kembali kepada UMNO setelah syaratnya ditunaikan dan hasrat nya untuk melihat Pak Lah berundur telah termaqbul .
Pemerhati politik dan penganalisisnya terus tekun memerhatikan gerak geri dan tingkah aksi Tun Dr. Mahathir . Onar apa pula yang akan dicetuskan selepas ini dibawah kepimpinan Najib al Tantuya kelak . Kerana , bagi Tun Dr. Mahathir , siapa pun memerintah bukanlah menjadi perkara besar bagi dirinya tetapi apa yang penting ialah legasinya mestilah dipelihara .
Wawasan 2020 , Islamisasi , PPSMI , Jambatan Bengkok dan banyak lagi termasuklah tempat untuk survival politik anakandanya Mukhriz mestilah terjamin . Presiden UMNO atau Perdana Menteri yang baru terpaksa akur bagi mengelakkan onar yang bakal dicetuskan oleh sang tua berbisa ini .
Lihat sahaja Pak Lah , selaku Perdana Menteri cuba membawa perubahan dengan imej tersendiri , mengenepikan apa yang telah dibawa oleh Tun Dr. Mahathir . Pak Lah tampil dengan pelbagai imej baru termasuklah projek pembangunannya seperti ECER dan lainnya . Padahnya ialah Tun Dr. Mahathir mengamuk dan mengkritik keras Pak Lah .
Apakah kelak Najib juga akan terlepas dari bayangan Mahathir . Kalau Najib mengambil sikap menurut telunjuk Mahathir , Najib akan dilihat lemah dan tidak lebih hanya seorang boneka . Kalau Najib menongkah mood dan kemahuan Tun Dr. Mahathir , Najib pula akan berhadapan dengan suasana kucar kacir yang akan dicetus oleh mantan Presiden UMNO yang terlama itu .
Ertinya selagi Tun Dr. Mahathir masih hidup , siapa pun memimpin UMNO di waktu ini akan terbeban dengan adanya beliau .
Sudahlah persepsi rakyat terhadap UMNO dan Mahathir ini masih sukar dijernihkan semula . kelihatan UMNO dan pemimpinnya juga bermasaalah besar untuk menghadapi karenah orang tua yang banyak ragam dan tabiat ini .
1 comments:
Salam takzim,
setuju dengan pendapat ustaz, manakala disingkap kembali keputusan PRU 11, ianya jelas mempamerkan perasaan gembira dikalangan rakyat ekoran turunnya diktaktor 22 tahun itu.
Keputusan PRU 12 pula merupakan petanda kejelekkan rakyat terhadap pemerintah UMNO yang masih mempertahankan kebobrokan sistem pemerintahannya.
Rakyat tidak boleh ditipu lagi, generasi muda kini telahpun mengambil tempat selaku penentu siapa yang paling layak menerajui negara.Nampaknya kaum Muda menolak UMNO-BN dan memilih PAKATAN RAKYAT.
Post a Comment