BN dan Imej Projek Mee Segera

Mereka mengakui bahawa rakyat tidak lagi bodoh dan boleh digula - gulakan dengan projek mee segera ini , kerana rakyat hari ini adalah rakyat pintar dan berpengetahuan .
Pengakuan ini membawa dua maksud . Pertama , secara sedar atau tidak mereka mula mengaku bahawa selama ini UMNO dan BN hanya memperbodohkan rakyat dan menggula - gula mereka untuk meraih undi melalui projek mee segera .
Kini mereka mula sedar bahawa rakyat tidak lagi bodoh sebaliknya mereka yang bodoh kerana wang habis dilaburkan tetapi rakyat tidak mengundi mereka .
Kedua , mereka mula mengakui bahawa kini rakyat sudah cerdik dan kecerdikan mereka adalah kerana mereka mula mendapat maklumat khasnya melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan ataupun Siasah dan Wasilah . Bahkan mereka juga boleh mendapatkan maklumat cepat melalui media baru seperti web site , blog dan facebook .
Tetapi malang , selagi namanya BN dan sebut kata UMNO , mereka tidak boleh mengelak diri dari tradisi mereka apabila berdepan dengan pilihanraya . Tradisi menggula - gulakan rakyat kerana mereka masih menaruh harapan agar ada segelintir rakyat yang akan termakan gula - gula mereka .
Sepanjang seminggu saya berada di Bukit Gantang , dari hari pertama jelas saya dapat melihat bagaimana lori - lori tanah dan tar masuk kampung menurap jalan . Sedang menurut orang kampung , sejak lama dulu tidak pernah mereka lintas dengan lori tanah atau tar ke kempung mereka . Inilah BN , bagi mereka pilihanraya adalah jalanraya . Pilihanraya ialah Balairaya . Pilihanraya ialah Duit raya .
Fenomena ini berlaku kerana UMNO dan BN tidak mampu berdepan dengan hujjah PAKATAN Rakyat . Tidak hairanlah Harakah dan Suara Keadilan terpaksa menjalani hukuman gantung yang dijatuhkan oleh KDN tanpa sedikit rasa simpati .
Telah menjadi resmi pembesar dan penguasa yang zalim , apabila mereka gagal berhujjah dengan pihak lawannya , maka mereka akan menggunakan kekerasan . Inilah yang dilakukan oleh Namrud ke atas Nabi Allah Ibrahim as. dan Firaun ke atas Nabi Allah Musa as . Begitulah apa yang dilakukan oleh BARISAN Nasional ke atas PAKATAN Rakyat dan UMNO ke atas PAS .
Mereka guna kekerasan sampai ke tahap maksima . Mereka sanggup bunuh sebagaimana pengalaman yang dialami oleh PAS menimpa Al Marhum Asy Syahid Ustaz Samad Gol dan Al Marhum Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya .
Tangkap , penjara , ISA , diskriminasi , ugut , pukul , seksa , pecat , tarik lesen , batal permit , gas pemedih mata , water canon , tukar kerja , buang daerah , tipu , fitnah , perangkap dan aneka kekerasan lagi tergamak digunakan oleh UMNO dan BN demi survival kuasa dan pengaruh politik mereka .
0 comments:
Post a Comment