HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, April 5, 2009

Ops Gelombang Semarak Hijau

DPPP dengan kerjasama DPPN Perak telah melancarkan gerak Pecutan Akhir untuk Pilihanraya Kecil Bukit Gantang yang diberi nama Operasi Gelombang Semarak Hijau .

Operasi GSH 1 telah dilancarkan pagi kelmarin dan turun bertemu masyarakat di Dun Trong .

Alhamdulillah GSH 1 mendapat sambutan yang baik dari petugas pemuda dan juga respon masyarakat tempatan terhadap PAKATAN Rakyat juga sangat positif .

Insyaallah GSH 2 dan 3 akan terus bergerak dan melaksanakan arahan bertugas seperti yang telah dirancang .

Semoga usaha anak - anak muda yang gigih dan tekun lantaran mendambakan perubahan berlaku dalam iklim politik tanahair ini diberkati dan mendapat ganjaran sewajar daripada Allah swt sebagai amal yang soleh .

EXCO DPPP yang turut hadhir ialah Sdr Sabki Yusuf , Suhaizan Kayyat , Adram Musa , Ustaz Kamal Saari , Ustaz Solehin Mukhyi , Yb. Taufek , Adly Zahari dan Ustaz Nor Azli Musa .

1 comments:

Anonymous said...

Memang benarlah bahawa pada akhir zaman ini akan wujud golongan ulama yang menjual agama untuk kesenangan dunia. Hari ini Pas telah membuktikan bahawa mereka sedia melakukan apa sahaja asalkan berkuasa atau menjadi kuasa politik.

Tindakan Pas menyuruh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membaca ayat suci al-Quran untuk kempen politik menunjukkan parti tersebut sudah hilang rasionaliti.

Memang kita akui tidak salah untuk bukan Islam membaca al-Quran. Yang salahnya ialah bukan Islam membaca ayat al-Quran untuk menarik sokongan dalam kempen politik. Ini mempermainkan Islam. janganlah bercakap soal bukan Islam percaya pada al-Qurang atau Pas berjaya mentarbiah DAP. Jika benar Nga Kor Ming percaya kepada ayat al-Quran maka beliau wajar memeluk Islam. Jika tidak jangan menipu pengundi dengan lafaz al-quran yang suci.


Kita tahu siapa DAP. Pemimpin parti tersebut yang begitu marah sekali apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Malaysia negara Islam. Pemimpin DAP juga yang menyatakan langkah mayatnya dulu sebelum meubuhkan negara Islam.

Inikah yang diuar-uarkan oleh penyokong Pas kononnya mereka berjaya mentarbiah DAP?

Hakikatnya sejak keputusan pilihan raya umum lalu diketahui, DAP lebih banyak mentarbiah dan mendakwah Pas.

Jika dulu Pas antara ke hadapan menentang penerbitan Bible dalam bahasa Melayu, hari ini Pas bersetuju. Malah lebih teruk Pas bersetuju God atau Tuhan dalam Bible diganti dengan perkataan Allah.

Kita lihat pandangan-pandangan politik Pas hari ini, seperti Pas For All, merupakan terjemahan ideologi DAP Malaysian Malaysia.

Sahlah sudah DAP berjaya mengislamkan Pas melihat dalam bentuk parti perkauman cina itu.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive