HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, April 4, 2009

Era Najib : Mahathir Jadi Lee Kuan Yew

Hari ini Tun Dr. Mahathir Mohamad telah kembali kepangkuan UMNO sehari lebih awal dari apa yang dijangkakan oleh beliau sebelum ini .

Barangkali kerana beliau tidak sabar - sabar lagi untuk segera menjadi Menteri Kanan di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Abd Razak sebagai Perdana Menteri ke 6 itu .

Tidak mustahil Tun Dr. Mahathir yang dianggap mentor kepada Najib akan diberi peranan besar dan kepimpinan negara . Sekalipun tidak diberi jawatan , saya percaya satu peranan yang berpengaruh bagi memerintah negara akan diserahkan kepada Tun Mahathir secara langsung atau tidak .

Jika dizaman Tun Abdullah Badawi , pemerintahannya dibayangi atau dipengaruhi oleh "budak" tingkat 4 sebagaimana yang sering diselar oleh Tun Dr. Mahathir . Kini saya melihat Tun Dr. Mahathir sendiri cuba untuk membayangi Datuk Seri Najib setelah ia kecewa di zaman Tun Abdullah .

Sebentar tadi Tun Dr. Mahathir kata : " dizaman dia dulu , dia pernah membebaskan 21 tahanan ISA , saya kira ia baik untuk Datuk Seri Najib dan beliau boleh berbuat demikian "

Melihat kepada ucapan tersebut , maknanya ada pengaruh juga style dan gaya kepimpinan Tun Mahathir ke atas Datuk Seri Najib .

Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive