HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, April 4, 2009

Era Najib : Mahathir Jadi Lee Kuan Yew

Hari ini Tun Dr. Mahathir Mohamad telah kembali kepangkuan UMNO sehari lebih awal dari apa yang dijangkakan oleh beliau sebelum ini .

Barangkali kerana beliau tidak sabar - sabar lagi untuk segera menjadi Menteri Kanan di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Abd Razak sebagai Perdana Menteri ke 6 itu .

Tidak mustahil Tun Dr. Mahathir yang dianggap mentor kepada Najib akan diberi peranan besar dan kepimpinan negara . Sekalipun tidak diberi jawatan , saya percaya satu peranan yang berpengaruh bagi memerintah negara akan diserahkan kepada Tun Mahathir secara langsung atau tidak .

Jika dizaman Tun Abdullah Badawi , pemerintahannya dibayangi atau dipengaruhi oleh "budak" tingkat 4 sebagaimana yang sering diselar oleh Tun Dr. Mahathir . Kini saya melihat Tun Dr. Mahathir sendiri cuba untuk membayangi Datuk Seri Najib setelah ia kecewa di zaman Tun Abdullah .

Sebentar tadi Tun Dr. Mahathir kata : " dizaman dia dulu , dia pernah membebaskan 21 tahanan ISA , saya kira ia baik untuk Datuk Seri Najib dan beliau boleh berbuat demikian "

Melihat kepada ucapan tersebut , maknanya ada pengaruh juga style dan gaya kepimpinan Tun Mahathir ke atas Datuk Seri Najib .

3 comments:

Anonymous said...

Memang benarlah bahawa pada akhir zaman ini akan wujud golongan ulama yang menjual agama untuk kesenangan dunia. Hari ini Pas telah membuktikan bahawa mereka sedia melakukan apa sahaja asalkan berkuasa atau menjadi kuasa politik.

Tindakan Pas menyuruh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming membaca ayat suci al-Quran untuk kempen politik menunjukkan parti tersebut sudah hilang rasionaliti.

Memang kita akui tidak salah untuk bukan Islam membaca al-Quran. Yang salahnya ialah bukan Islam membaca ayat al-Quran untuk menarik sokongan dalam kempen politik. Ini mempermainkan Islam. janganlah bercakap soal bukan Islam percaya pada al-Qurang atau Pas berjaya mentarbiah DAP. Jika benar Nga Kor Ming percaya kepada ayat al-Quran maka beliau wajar memeluk Islam. Jika tidak jangan menipu pengundi dengan lafaz al-quran yang suci.


Kita tahu siapa DAP. Pemimpin parti tersebut yang begitu marah sekali apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Malaysia negara Islam. Pemimpin DAP juga yang menyatakan langkah mayatnya dulu sebelum meubuhkan negara Islam.

Inikah yang diuar-uarkan oleh penyokong Pas kononnya mereka berjaya mentarbiah DAP?

Hakikatnya sejak keputusan pilihan raya umum lalu diketahui, DAP lebih banyak mentarbiah dan mendakwah Pas.

Jika dulu Pas antara ke hadapan menentang penerbitan Bible dalam bahasa Melayu, hari ini Pas bersetuju. Malah lebih teruk Pas bersetuju God atau Tuhan dalam Bible diganti dengan perkataan Allah.

Kita lihat pandangan-pandangan politik Pas hari ini, seperti Pas For All, merupakan terjemahan ideologi DAP Malaysian Malaysia.

Sahlah sudah DAP berjaya mengislamkan Pas melihat dalam bentuk parti perkauman cina itu.

Anonymous said...

salam,
saya mencari-cari juga rasa penghinaan bila kor ming yang kafir itu bercakap menggunakan ayat al quran....tapi saya tak merasa terhina, bahkan saya kira tidak salah kalau dia berucap dan dikalangan pendengarnya adalah muslim maka dia mengambil contoh atau pengajaran dari al-quran.Yang salah jika dia ambil contoh dari kitab bible atau kita veda ker ...

sejak bila pulak non muslim tak boleh langsung baca Al quran ?bahkan saya sangat-sangat mengharapkan non muslim ni suka 'tengok' apa yang ada dalam al quran dgn harapan suatu hari mereka akan beriman.

salahkan ayat Al quran digunakan dalam kempen politik jika itu memberi pengajaran dan pengiktibaran ?...pelik sungguh muslim hari ni....sensitif tak kena tempat, melenting tak kena gaya.

Melayu muslim sendiri dah lama 'tak berpegang' dengan agama yang tu tak berapa nak heran, tapi bila ada non muslim bercakap guna agama kita rasa terhina pulak....sungguh cetek pemikiran.

Agama Islam ajar kita macam ni ke ?

Muttaqin_165 said...

Salam, bn mmg dah tak da isu hingga kor ming baca ayat quran sikitpun nk jd isu.Tak salah org kafir baca quran tapi ulama x menggalakkan krn dibimbangi memesongkan ayat itu.dlm soal ni, kor ming hanya baca dan beri tafsiran literal psl ayat tu, so tak prlula diperbesarkan.

psl najib ni saya rasa perlu dihentikan ttg memburukkannya kerana dia sudah dilantik menjadi ulil amri kita. lagipun sya x nampak sebarang kesilapan besar yg dilakukannya, semua tuduhan terhadapnya hanyalah spekulasi yg tiada bukti yg kukuh, kesian dia.

pun begitu saya berani mengatakan najib ini seorang yg fasik berdasarkan ayat al quran; Barangsipa yg menghukum dgn apa yg tidak diturunkan Allah mereka adalah golongn fasik.

pn begitu x wajar tuduh dia bukan2,kn itu fitnah.Allah cukup mengancamorg yg membuat spekulasi kerana ia perangai golongan munafik. A\dalam islam hukuman kpd penuduh org brzina tp x ckp saksi kena 80 sebatan, hmpir meyamai hukuman trhdp pengzina, dan penyksiannya x blh dterima selamaya.

so, spa ada bukti dan saksi yg kata najib subahat bunuh altanntuya dan bagi rasuah supaya adun lompat parti d perak. dlm islam, seseorang itu tidak berslah hingga disabitkan bersalah, jgn la menghukum ikut undang2 kuno, seseorg itu bersalah hingga dibuktikan x brsalah

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive