Sang Murabbi
Hidup ini adalah satu kelana atau kembara mencari redha Allah swt. agar kehidupan di dunia dan akhirat selamat sejahtera dari ancaman azab seksa Allah swt.
Namun pencarian ini pasti akan menemui kegagalan malah ramai yang telah gagal lantaran tidak memiliki petunjuk .
Allah swt. , tuhan yang mencipta manusia tidak membiarkan mereka terkial - kial mencari arah dalam kembara yang jauh , sebaliknya mengirimkan Al Quran sebagai petunjuk jalan dan Rasul saw. sebagai pembimbing .
Malangnya berapa ramaikah dikalangan manusia, mereka yang mengambil Al Quran dan sunnah sebagai petunjuk dan pembimbing dalam kehidupan mereka di dunia ini ?
Ya ! Ramai dikalangan mereka yang menjadikan nafsu sebagai peta arah mereka melangkah . Tanpa memperduli akibat dan risiko , hanya kerana mahu memburu kepuasan sementara dan keseronokan seketika mereka redah segala batas hukum dan sempadan syariat .
Inilah realiti yang dapat saya saksikan sejauh perkelanaan di muka bumi Allah ini . Semoga Allah menyelamatkan diri kita semua dari terjebak dalam kancah penguasaan nafsu dan pengaruh syahwah yang merosakkan nilai syakhsiyah diri sebagai seorang muslim .
Kelmarin , dalam kesempatan saya bermusafir merentas benua bersama Al Fadhil ustaz Zulqarnain Hassan [ Setiausaha Dewan Ulama' PAS Negeri Perak ] , Al Fadhil ustaz Zul memberikan saya sekeping vcd yang berjudul Sang Murabbi untuk ditonton . Kebetulan Al Fadhil ustaz Zul juga adalah murabbi yang pernah mendidik dan membimbing saya sewaktu menuntut di Universiti Al Azhar tempoh lalu .
Sungguh menarik dan menginsafkan ! itulah yang mampu saya ungkapkan ketika menonton filem Sang Murabbi yang mengisahkan kembali perjalanan hidup dan juang al Marhum ustaz Rahmat yang juga dikenali sebagai Ustaz at Tarbiyyah di kalangan rakan - rakan PKS di Indonesia .
Detik sukar perjalanan hidupnya sebagai seorang pejuang yang mengembara dan berkelana ke segenap pelusuk bumi guna mencari redha Allah swt. , disamping mendengar bait - bait nasihat seperti emas mutiara yang sangat tinggi nilai etikanya cukup untuk menghidupkan hati yang lara dan alpa .
Benarlah beliau dinobatkan sebagai murabbi dan syeikh at tarbiyah yang cukup hebat menampilkan karisma dirinya dan izzah perjuangan yang didokong .
Masih terngiang - ngiang ditelinga saya setiap bilah perkataan yang bertatah hikmah dari sang murabbi ini seolah - olah saya mendengar langsung dari tutur lidah al marhum . Sementelah pula kelana saya kali ini bertemankan murabbi [ Ustaz Zul ] yang tidak jemu - jemu berbicara soal perjuangan , ilmu , pengalaman juang dan sesekali riang dengan tawa yang memecah keseriusan berbicara dek gurauan yang penuh sopan dan makna .
Biarpun musafir ini hanya mencecah 4 hari , namun ia sangat bernilai dan meninggalkan kesan spiritual yang amat mendalam . Manakan tidak , ekoran hambatan tugas dan jadual kerja yang padat kami sukar bertemu sebelum ini . Justeru pertemuan ini biar pun singkat dimanafaatkan sebaik mungkin malah sangat nostalgis apabila sering kami mengisahkan kembali pengalaman silam sewaktu kami sama - sama mengharungi dunia pengkaderan .
Jelasnya , hidup kita memerlukan murabbi demi memastikan pencarian kita [ redha Allah swt. ] berhasil . Murabbi yang ikhlas dan tekun membimbing kita merentasi sukar payah perjuangan suci ini berdepan segala cabaran dan menyerap pelbagai tekanan .
Murabbi yang tidak jemu mendidik dan memberi tunjuk ajar dalam setiap langkah yang diatur demi mengaktifkan amal islami sungguhpun penat lelah dan jerih letih , jelas terlakar diwajah .
Namun tidak mudah pula untuk menemui sang murabbi yang sedemikian rupa watak dan peribadinya .
4 comments:
Salam ustaz,
Kat mana nak dapatkan cd sang murabbi di malaysia. saya dah cari tak jumpa. pinjam ustaz punya boleh?hehe..
Tak pun ustaz jual melalui Akademi Arrasyidin dan bawa masa ustaz beri kuliah kat Surau Annur, Bangi. Boleh saya beli.
Bijak sungguh idea saya.hehe
Selamat Tahun Baru - Tamizh Puthaandu dan Vaisakhi!
Hari ini, masyarakat berketurunan Tamil pastinya gembira dengan ketibaan hari pertama tahun baru Tamil atau lazimnya disebut Puthaandu.
Jika di Sri Lanka, masyarakat Tamil di sana meraikannya sebagaimana sambutan Hari Raya di mana yang tua dan dewasa akan menghadiahkan ‘duit raya’ kepada mereka yang masih bujang utamanya untuk kanak-kanak sebagai tanda kemurahan rezeki.
Bagi penduduk desa, hari ini juga diraikan dengan acara ‘arpudu’ iaitu upacara menuai hasil ladang sebagai simbolik bermulanya kitaran baru aktiviti pertanian untuk tahun akan datang.
Saya dan Azizah pastinya berkongsi kegembiraan dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin senantiasa kekal dalam kebahagiaan.
Buat rakyat Malaysia berketurunan Tamil yang meraikannya, saya ucapkan Iniya Tamizh Puthaandu Nalvazhthukkal!
Tidak dilupakan juga buat masyarakat Sikh yang meraikan hari Vaisakhi. Gagasan hari Vaisakhi yang menyeru kepada persahabatan dan pemahaman bersama sewajarnya diterapkan terutamanya dalam konteks Malaysia yang majmuk.
Ini juga sejajar dengan saranan Guru Gobind Singh Ji yang mengungkapkan: “Kemanusiaan itu sepadu, kita semua merupakan umat dari Tuhan yang satu”.
ANWAR IBRAHIM
askum wr.. ust.. Kirim salam pada Ust Zulqarnain.. Ana selalu ikut pengajian Ust Zul di Slim River dlu klu balik bercuti.. sekarang dh pindah ke P.pinang, lame x jumpe ust Zul.. Ana dengar khabar Ust. Zul dah balik ke Kelantan?
assalamualaikum,ustaz..izinkan sy mempublish post ni buat tatapan teman2 sy...syukran
Post a Comment