Bahasa Apa Untuk BN Faham ?
Berkali telah dikatakan , rakyat mahu DUN Perak dibubarkan . Tolong beritahu , part mana yang UMNO dan BN tidak faham ?
Hanya pembubaran DUN sahaja boleh menyelesaikan masaalah dan menamatkan konflik negeri Perak . Rakyat hanya perlu mendengar sepatah kalimah sahaja dari UMNO dan BN iaitu "Ya ! " untuk membubarkan DUN , insyaallah drama panjang yang membosankan semua pihak ini boleh selesai .
Apa yang UMNO dan BN risaukan ? UMNO dan BN berpeluang juga untuk mendapat mandat baru dari rakyat . Jika adakan pilihanraya kecil seluruh negeri Perak , UMNO dan BN masih berpeluang untuk mendapat mandat semula dari rakyat dan ini akan memuaskan hati semua pihak .
Jika mandat semula berpihak kepada UMNO dan BN , saya yakin dan percaya UMNO dan BN boleh memerintah dengan aman dan baik , PAKATAN Rakyat pun tidak berhak lagi untuk mengganggu . Kalau mereka ganggu juga , pasti sahaja rakyat akan marah dan mereka akan hilang populariti .
Kalau UMNO dan BN masih enggan untuk menyokong pembubaran DUN , maka selama itulah konflik ini tidak selesai kerana kedua - dua pihak rasa berhak ke atas kerajaan dan pentadbiran negeri Perak . Masaalahnya , rakyat dan pentadbiran negeri akan terjejas malah pembangunan dan pengurusan ekonomi negeri turut terjejas teruk andai situasi ini berlarutan dalam tempoh yang panjang .
Jalan tengah ialah kembali kepada rakyat untuk mereka memutuskan semula secara muktamad , siapakah yang berhak ke atas pemerintahan negeri Perak .
Sehingga kini , pihak PAKATAN Rakyat dan beberapa tokoh dalam UMNO sendiri seperti Tengku Razaleigh telah bersetuju dan sangat mengharapkan agar DUN dibubarkan dan rakyat kembali berperanan sebagai hakim besar dalam menentukan siapa yang sewajarnya menerajui pemerintahan negeri Perak .
Rakan UMNO dalam BN iaitu GERAKAN juga telah menyatakan pendirian mereka agar DUN dibubarkan .
Kini rakyat dan semua masyarakat malah pemerhati politik di peringkat antarabangsa telah memahami bahawa konflik ini perlu ditamatkan segera dan satu - satunya pelan terbaik ialah kembalikan kepada rakyat . Kenapa UMNO dan BN masih belum menerima isyarat ini ?
Saya masih tidak faham kenapa UMNO dan BN enggan malah kelihatan takut serta bimbang menghadapi pilihanraya kecil di Perak . Saya gagal memahaminya kerana selama ini UMNO dan BN mengwar - warkan kepada rakyat malah kepada dunia bahawa mereka adalah parti yang kuat dan hebat . Tidak mungkin mereka takut untuk menyertai pilihanraya ?
Atau mungkin UMNO dan BN mengidap penyakit inferiority complex yang parah selepas mengalami kekalahan berturut - turut dalam pilihanraya kecil sebelum ini [ Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Bukit Gantang dan Bukit Selambau ] .
Jika UMNO dan BN berterusan meletakkan parti mereka dalam keadaan begini , lama - kelamaan ia akan membentuk persepsi umum terhadap UMNO dan BN bahawa sebenarnya mereka adalah parti yang lemah , malah tidak mustahil mind set ahli - ahli UMNO dan BN sendiri akan turut meyakini bahawa sebenarnya parti mereka adalah lemah dan tidak lagi berupaya menentang PAKATAN Rakyat .
Bukti mudah , mereka terlalu banyak dalih untuk menyertai pilihanraya kecil sedang sebelum ini merekalah kelihatan begitu ghairah untuk menyertai pilihanraya dan ahli - ahli UMNO pun suka pilihanraya sebab mereka akan mendapat habuan yang banyak setiap kali berlakunya pilihanraya kecil . Tetapi kini saya semuanya monyok macam tikus lemas air . Apa sudah jadi ni ?
Apakah juga , hari ini UMNO dan BN baru kenal rabu , khamis dan jumaat , sabtu ?
Hai UMNO ! How are You ?
2 comments:
:) kesudahan ayat mmg menggelikan hati.
Hak ni mmg saya bersetuju 100%. Kenapa susah sgt nak bubarkan DUN. serahkan kembali hak untuk menentukan siapa yang berhak untuk memerintah. Jgn gunakan pendekatan "off the law" tapi gunakan pendekatan "off the people". Demokrasi berparlimen hak rakyat.
takkan lah takut. tak gitu Ustaz? hihihihi... geli ati ambo
Salam juang ust..
ana juga sgt2 setuju dgn pendapat ust..
kita redha jika kalah dalam pilihan raya jika dibubar dun..
tetapi kita tidak redha dirampas kuasa dalam keadaan diberi amanah oleh rakyat..
“Kita rela kalah kerana melaksanakan Islam dan kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah erti sebuah pemerintahan tanpa mendapat Redha Allah”
Post a Comment