HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, May 14, 2009

The People Prime Minister ?

Seperti lazimnya , perdana menteri yang baru naik akan mencari beberapa slogan dan cogan kata yang akan menjadi bawaan kepimpinannya . Sebelum ini Tun Abdullah popular dengan "mari bekerja bersama saya bukan bekerja untuk saya" .

Adapun Tun Mahathir , selain dari Penerapan Nilai - Nilai Islam saya tidak sempat untuk mengingatinya . Entah apa slogan dan cogan kata kepimpinannya .

Hari ini Dato' Seri Najib di bawah konsep One Malaysianya membawa slogan " Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan "

Berusaha untuk menjelaskan cogan kata bawaan kepimpinannya , beliau telah menegaskan bahawa dirinya adalah The People Prime Minister . Beliau mahu menjadi perdana menteri yang hidup bersama rakyat dan sentiasa merasai denyut nadi rakyat .

Ya ! pastinya itu ungkapan yang cukup memukau , laksana terpukaunya rakyat dengan falsafah kepimpinan Tun Abdullah diawal mandat beliau selaku perdana menteri yang ke 5 dulu . Namun realitinya falsafah kepimpinan beliau hanya mampu bertahan seumur jagung semusim padi .

Kini giliran Dato' Seri Najib pula mengungkap cogan kata yang mencairkan perasaan ramai . Selepas ini akan ada pula yang berkata inilah perdana menteri yang kita tunggu - tunggu selama ini . Perdana menteri yang mampu hidup sepayung dengan rakyat marhain malah sensitivitinya turut merasai denyutan nadi rakyat .

Saya melihat fenomena bermain dengan falsafah kepimpinan ini masih dalam serkap retorika yang sukar ditembusi . Hanya sekadar bermain dengan perasaan rakyat yang mudah dibuai .

Kelihatan serius benar Najib mahu keluar dari bayangan ngeri yang melingkari hidupnya sejak sekian lama . Bermula dengan pelbagai dakwaan skandal yang melibatkan penyalahgunaan kuasa , komisen pembelian kapal selam , eurocopter dan apa yang paling menakutkannya ialah bayangan wanita mongolia .

Biar 1000 lagi cogan kata yang akan dihamburkan oleh Dato' Najib , saya yakin ia tidak mampu membebaskan dirinya dari bayangan hitam tersebut . Beliau tetap akan dikenang sebagai pemimpin yang memanjat tangga takhta tertinggi pemerintahan negara dengan dosa dan noda yang tidak terhakis .

Terbaru tanpa membayangkan falsafah kepimpinan dan cogan kata beliau itu suatu yang realistik , beliau adalah individu yang bertanggungjawab dengan tragedi rampasan kuasa di negeri Perak Darul Ridzuan baru - baru sehingga mengheretnya terjebak dalam krisis perlembagaan dan undang - undang yang berlarutan hingga kini .

Apakah saat Dato' Najib merampas kuasa kerajaan negeri Perak dari tangan PAKATAN Rakyat , beliau gagal untuk merasai denyutan nadi rakyat ketika itu ?!

Dato' Najib ni faham ke , apakah makna denyutan nadi rakyat ? pesan saya , agar Dato' najib berhati - hati dan bertindak wajar ! jangan sampai rakyat tidak memperdulikan denyutan nadi beliau pula selepas ini .

12 comments:

Guntar Gemuruh said...

Salam kupada suma,Salam kupada Ustaz

Datuk seri Najib dah mati akal,banyak sangat pembooodek di kiri kanan sampai hilang pedoman. .

Memnag terharu dan kagum mulanya melihat Beliau dinobat menjadi PM di kaca Tv. .

Namun akhirnya kagum bertukar kaget dan menyampah ,bila disorot kembali 'hasil tangkapan' beliau dalam tempoh tidak sampai dua bulan mejadi PM. .

Ish. .ish

Nizam Mahmud said...

Ustaz,

Orang dah heboh ustaz nak jadi Ketua Pemuda. Jadi ini kena la belek-belek kitab ekonomi pulak. Rajin-rajin baca tentang financial meltdown di Barat dan macamana akan terkesan ke Malaysia. Soal-soal nya banyak seperti adakah rancangan Obama akan berjaya takat mana dsb nya.

Sebab ini adalah isu terbesar penghujung tahun ini.

Kalau dah faham, cari solution. Solution boleh saja datang dari kitab-kitab, sebagai contoh penggunaan emas sebagai sandaran pada Ringgit dan sebagainya. Sumber-sumber dari Malaysia yang didagangkan dalam USD pulak macamana nak selesaikan dan sebagainya.

Cuma harus la diterangkan kaedah secara praktikal untuk mencapai solution, dan juga masalah yang mungkin dihadapi sepanjang perlaksanaan.

Itu Ustaz kena buat la kajian dari sekarang.

Saya nasihatkan ini sebab yang saya tahu orang macam Husam dan Khalid yang ustaz benci sangat-sangat boleh jawab benda macam ini.

Tapi oleh kerana ustaz nak sangat tendang mereka ini dari PAS, dan mungkin mereka akan tertendang juga, jadi Ustaz yang nak letak diri Ustaz ke depan harus menangani masalah ini.

Saya ikhlas cakap ini sebab saya tak mahu usaha Nik Aziz bertahun-tahun lama nya akan sia-sia saja. Saya cakap sekarang walaupun saya tak suka ustaz sebab ustaz sokong nak bersekongkol dengan UMNO tokei judi itu.

Saya tak mahu nanti orang kata buat apa saya nak suruh orang pergi undi PAS yang hanya layak berceramah di surau-surau saja manakala Pemuda UMNO pula rancak mencari penyelesaian kemelut ekonomi yang melanda.

Ustaz fikir-fikir kan lah

Nizam Mahmud said...

Ustad,

Nak tambah sikit 2 perkara;

1. Ustad dah nak ke depan jadi kena tau la dengan siapa ustad kena berdepan nanti.

Sekarang KJ jd Ketua Pemuda UMNO. Tapi tak tau berapa lama lagi dia boleh bertahan. Kalau KJ turun, Mukhriz yang akan ambil alih. Orang di sekeliling Mukhriz pun boleh tahan juga.

2. Ustad jangan lah bagi penyelesaian ekonomi adalah dengan menubuhkan kerajaan perpaduan. Saya dulu belajar ekonomi pun tak pernah dengar kerajaan perpaduan adalah cara untuk menyelesaikan kemelut ekonomi.

Ustad jangan main sedap bercakap tapi nanti orang mintak penjelasan, Ustad suruh cari sendiri.

Itu saja lah dari saya

Zacharias said...

En Nizam,

Saya bersetuju dengan pendapat saudara berkaitan dengan setiap insan harus faham sedikit sebanyak tentang perkara muamalah dan sebagainya.

Cuma saya kurang bersetuju bab tendang menendang, juga bab saudara kata seolah-olah PAS ni nak sangat bersekongkol dengan UMNO etc.

Saudara harus faham, adalah tugas kita untuk sentiasa review kedudukan PAS dalam pakatan rakyat. Hatta, adalah tanggungjawab setiap individu untuk review aqidah masing2. Sahabat2 pun ada bertanya 'kaifa asbahta?' 'asbahtu mu'minan' etc.

Saya juga tidak suka kan UMNO, tapi saya bersyukur dengan adanya cadangan-cadangan muqabalah, muzakarah, unity government dsb. Bermakna, orang PAS ni ada akal, fikir strategi.

Cadangan adalah hasil buah fikiran, bermaksud orang berfikir.

Takkan lah kita dok dalam pakatan rakyat sebab bencikan UMNO? Itu namanya emosional bodoh. Kita kekal dalam pakatan rakyat kerana sebab A, B, C dan tidak bersama BN kerana sebab A, B, C... nak dapatkan sebab-sebab ini memerlukan buah fikiran, untuk memberi justifikasi tentang satu-satu perkara.

Saya juga tak setuju dengan banyak perkara dalam UMNO, dan nauzubillah, harap-harap Allah kekalkan saya dengan perjuagan islam. TAPI ITU TAK SEPATUTNYA MENGHALANG DARI SAYA BERFIKIR SOAL STRATEGI.

Nizam Mahmud said...

saya nak jawab; Jawapan 1

"""Saya bersetuju dengan pendapat saudara berkaitan dengan setiap insan harus faham sedikit sebanyak tentang perkara muamalah dan sebagainya
----------

Bukan sekadar muamalah saudara, banyak soal lain. Sebagai contoh, hubungan Malaysia dengan lain-lain negara macam mana, apa dasar kita. Soal keselamatan dan ketenteraan contohnya.

Saya ingin bertanya, ikhlas kepada Ustaz ini, sudah ada kah jawapan di kepala?

Saya serius, sebab Ustaz akan berdepan dengan Mukhriz. Mukhriz bukan sahaja dikelilingi oleh ramai penasihat yang baik tapi juga mempunyai seorang mentor utama iaitu Mahathir, ayah nya sendiri.

Kita boleh benci Mahathir, kita boleh meluat dengar nama nya tapi kita tak boleh nafikan dia ada pengalaman memerintah negara lebih 20 tahun lama nya. Dia amat arif tentang persoalan-persoalan begini.

Dan sudah tentu lah kita boleh mengandaikan bahawa ilmu-ilmu ini akan diturunkan kepada anak nya. Lagi pun dia memang nak anak dia akhir nanti jadi pemimpin. Sudah tentu dia akan melatih Mukhriz sebaik mungkin.

Mampu kah Ustaz turun ke masyarakat dan berdepan dengan Mukhriz dalam membicarakan soal-soal ini?

Tak payah Ustaz jawab secara terbuka. Jawab ikhlas pada diri dalam hati dah cukup. Biar Allah dan Ustaz saja yang tahu.

Jawapan 2,
"""Bermakna, orang PAS ni ada akal, fikir strategi.
-------

Strategi apa berbincang dalam gelap. Sekali Pak Lah bukak lampu semua orang terkejut.

Hj Hadi mempunyai hak untuk memanggil mesyuarat PR. Dan bincangkan lah secara terbuka dalam mesyuarat PR untuk menubuhkan UG ker aper. Kalau ada tak puas hati, buat mesyuarat nyata kan secara terbuka.

Jawapan 3
"""Takkan lah kita dok dalam pakatan rakyat sebab bencikan UMNO? Itu namanya emosional bodoh.
--------

Kalau selama ini saudara anggap berada dalam PR sebab bencikan UMNO, saya cuma boleh geleng kepala.

Jika itu yang anda dakwa diri anda sebagai pemikir strategi, saya pun tak tau nak cakap apa.

Orang luar macam saya pun ramai memahami bahawa PR ditubuhkan sebagai satu cara efektif sebagai sebuah entiti untuk melawan BN sebagai sebuah entiti dalam pilihanraya.

Ini didasarkan bahawa sejarah parti pembangkang yang bergerak dalam pilihanraya secara individu tidak pernah berkesan menentang BN.

Dan saya ingin menyeru saudara untuk melihat kembali atas asas apa PR ditubuhkan. Saya pengundi cabuk lagi tahu bahawa asasnya adalah untuk menentang kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan mengembalikan hak kepada rakyat untuk menentukan.

Perinsip ini bukan saja ada dalam Islam tapi juga ada dalam fikiran orang bukan Islam yang masih waras.

Atas perinsip universal ini lah PR ditubuhkan walaupun digabungkan dengan parti-parti yang pelbagai ideologi.

Tak kan saya pula yang kena tulis artikel di sini.

Jadi sekarang ini apa pula strategi seterus nya? Keluar dari PR, dan kerjasama dengan UMNO yang sudah bertahun-tahun terbukti kezaliman nya?

Semua nya atas dasar konon nya nak menyatukan Melayu dan Islam.

Strategi apa kah ini?

Seperti yang saya kata kan tadi, apa yang saya nak jawab bila orang tanya kenapa saya suruh kawan2 pengundi atas pagar undi PAS bila tak nampak kesungguhan PAS memerangi kezaliman dan tak nampak kemampuan PAS untuk memimpin negara berbanding UMNO.

Zacharias said...

"Dan saya ingin menyeru saudara untuk melihat kembali atas asas apa PR ditubuhkan. Saya pengundi cabuk lagi tahu bahawa asasnya adalah untuk menentang kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan mengembalikan hak kepada rakyat untuk menentukan."

Setuju. Again, semuanya melibatkan proses berfikir dan membuat keputusan.

Parti di Sabah pun pasal dah tak setuju dengan BN, maka keluar BN. Tapi tak semestinya WAJIB masuk PR.

The point is, it is all about thinking for the right direction, and making a conscious decision.

Regardless. Saya tak pro mana-mana pun. Kalau nak unity government pun, tiada masalah, asalkan benda tu dah dikaji dan diperhalusi. Yang penting, PAS, PKR atau DAP, hatta UMNO sekalipun tak ambil tindakan terburu-buru sekadar mengikut kata hati.

Saya percaya, pimpinan PAS sekurang-kurangnya akan solat istikharah kalau nak buat keputusan macam tu

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas pandangan dan nasihat sdr Nizam .Saya terima dengan lapang dada dan menilainya dengan sebaik mungkin . Terima kasih .

Malah mungkin sdr Nizam boleh bantu saya dgn menghubungi saya di talian 019 916 8182 .

Pengetahuan dan pengalaman sdr Nizam cukup baik untuk dikongsi bersama . Saya memanglah jahil dalam banyak perkara dan ternyata saya perlu banyak belajar untuk menjadi seorang pejuang yang baik .

Cuma pasal perkataan bakal ketua pemuda .... tu , saya rasa masih terlalu awal . Saya sendiri tidak bercita - cita ke arah itu melainkan hanya saya diamanahkan oleh ahli .

Insyaallah , pada minggu depan DPP Pusat akan bermesyuarat dan akan memutuskan siapakah yang akan memimpin pemuda akan datang . Semoga bukan saya . Insyaallah krn sedar akan kelemahan diri .

sikap saya ialah saya tidak mencari jawatan ini krn ia amanah yg sangat berat . Bahkan saya tidak sebaik akhi Nizam pun yang tahu banyak perkara .

Cuma , jika saya diamanahkan , saya terpaksa mendokong amanah tersebut sedaya upaya dan sebaik mungkin krn saya bakal berdepan dengan hitungan Allah swt .

Tidak pernah terlintas saya akn khairy atau mukhrij krn apa yang saya fikir andai saya diamanahkan ialah bagaimana saya mesti tunaikan amanah ini supaya saya selamat dari hitungan Allah di akhirat .

Saya bukanlah yang terbaik . DPPP Punya ramai senarai tokoh yang berhak diberi amanah . justeru itu , sdr Nizam jgn bimbang . kemungkinan saya menjadi ketua dpp pusat itu agak tipis .

Nizam Mahmud said...
This comment has been removed by the author.
Nizam Mahmud said...

ustaz,

Saya cuma nak kata, saya bukan pun ahli PAS.

Tapi Allah tahu saya betul-betul nak PAS jadi parti yang kuat, kalau jadi terkuat ganti UMNO pun lagi bagus.

Atas sebab saya nak tengok PAS jadi kuat itu lah saya buat posting tadi. Sekadar pandangan saya sebagai orang luar.

Masih ingat lagi saya sewaktu tahun 90 an, waktu itu begitu ramai orang kutuk Nik Aziz, saya pilih untuk bela dia.

Sebab saya pilih untuk bela dia adalah kerana bila saya baca media perdana, bila saya fikir-fikir ada sesuatu yang tak kena, saya cari alternatif lain. Hasil nya saya dapati Nik Aziz cakap benar, yang lain cakap bohong.

Semenjak itu saya sentiasa ikuti perkembangan pentadbiran beliau.

Ustaz Nik Aziz saya lihat bukan sebarang orang. Dia boleh berpencak dengan musuh di keliling.

Bertahun-tahun lama nya beliau ambil masa untuk buktikan bahawa pentadbiran secara Islam itu adalah yang terbaik. Bukan saja dia boleh berceramah tetapi dapat menunjukkan sikap profesional yang tinggi.

Sebagai contohnya, dia lihat peniaga di Kelantan banyak barang kemas, jadi untuk mempertingkatkan keupayaan modal, maka idea pajak Ar-Rahn diperkenalkan oleh beliau.

Idea ini membuahkan dua hasil, iaitu suntikan modal yang lebih untuk merancakkan ekonomi dan dua sumber yang halal untuk mencari modal sebagai alternatif pinjaman bank yang ada riba.

Dua perkara boleh digabungkan, untuk dunia (ekonomi/modal) dan juga akhirat (transaksi yang halal dan diredhai).

Saya berani jamin pada Ustaz, kalau ada dua Nik Aziz dalam PAS, tak lama UMNO akan lingkup.

Sekarang padangan saya pada Ustaz ialah oleh kerana kemungkinan nya Ustaz akan jadi pemimpin, maka adalah amat wajar jika Ustaz meningkatkan lagi ilmu-ilmu yang lain sebab bagi saya ilmu agama Ustaz sudah tinggi.

Kalau dapat digabungkan seperti contoh yang saya bagi tadi, maka hasil nya, bukan saja dunia ditadbir dengan makin baik malah tidak melupa kan soal akhirat.

Itu antara sebab saya kesal sangat dengan kenyataan Nik Abduh mengenai pembantu ayah nya. Sebab saya lihat banyak pencapaian Nik Aziz sendiri adalah kerana beliau pandai mempergunakan semua kepandaian yang ada iaitu pembantu disekelilingnya yang di mana beliau akan buat keputusan yang terakhir.

Saya harap Ustaz dapat mempertimbangkan. Kalau Ustaz jadi Ketua, alhamdulilah cuma kalau boleh jangan la mereka yang bukan ulama Ustaz nak tendang terus. Bawak-bawak juga mereka keliling ustaz, moga dengan gabungan itu akan menghasilkan keputusan yang baik.

Akhir sekali, minta maaf jika terkasar bahasa.

Nizam Mahmud said...

Tidak pernah terlintas saya akn khairy atau mukhrij krn apa yang saya fikir andai saya diamanahkan ialah bagaimana saya mesti tunaikan amanah ini supaya saya selamat dari hitungan Allah di akhirat .
-----

Minta maaf Ustaz, saya mencelah sedikit.

Bagaimana kalau Ustaz fikir kan bagaimana nak berdepan dengan Pemuda UMNO di samping bagaimana untuk selamat dari hitungan Allah di akhirat.

Gabung sekali Ustaz. Di dunia menang, di akhirat pun menang juga. Tak kan dah habis akal untuk menang dua-dua?

Ikut Nik Aziz ustaz. Dia memang genius.

Nasrudin said...

W'salam

Jazakallah atas segala pandangan semoga saudara dirahmati Allah swt .

Mendepani khairi atau mukhrij adalah sebahagian daripada tugas saya mendepani pemuda UMNO . Mendepani pemuda UMNO pula sebahagian dari tugas saya mendepani cabaran dan ancaman UMNO dan BN itu sendiri .

Sementara mendepani UMNO dan BN adalah sebahagian dari amanah yang mesti saya tunai agar saya tidak dilaknat oleh Allah swt.

Berhadapan dengan musuh Allah swt ini , saya hanya perlu menggunakan beberapa giga byte sahaja dari aqal saya sementara bakinya yang masih banyak akan saya gunakan untuk membangunkan fikrah , syaksiah dan aqidah ummah sekaligus berusaha mendaulatkan syariat Allah swt .

Justeru itu usahlah bimbang , bahawa saya insyaallah , tidak akan kehabisan aqal untuk mendepani cabaran musuh dan menyerap tekanan dari pelbagai pihak .

Nizam Mahmud said...

alhamdulilah

Kalau itu jaminan Ustaz, saya boleh terima.

Sebagai permulaan apabila Ustaz ambil alih jadi Ketua Pemuda adalah mencari solusi kepada permasalah yang dijangkakan akan berkemuncak penghujung tahun ini.

Inflasi meningkat sementara pendapatan masih sama akan membuatkan kuasa pembeli menjadi semakin kurang.

Penyelesaian berbentuk mikro dan juga makro amat diperlukan. Sperti contoh yang saya berikan mengenai pajak Ar-Rahn, dapat membaiki urusan dunia dan pada masa yang sama selaras dgn keredhaan Allah.

Saya menunggu kemunculan Ustaz dalam memberikan banyak idea yang bernas, menarik, praktikal dan terperinci di samping halal dan diredhai.

Semoga Ustaz dapat menang dua-dua sebagaimana Nik Aziz.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive