Bir Halal agenda One Malaysia ?
Kita dikejutkan dengan ura - ura bakal dibina Kilang Bir halal [ tanpa alkohol ] di negara kita . Mungkin sekilas pandang ianya seperti usaha kreatif dan menjadi alternatif yang baik bagi menangani kebanjiran minuman beralkohol mutaakhir ini .
Namun kita mesti sedar bahawa istilah bir halal ini sangat mengelirukan . Bir adalah popular sebagai minuman beralkohol dan memabukkan . kenapa tidak sahaja menggunakan istilah atau jenama lain tanpa menggunakan istilah yang sama dengan minuman yang memabukkan itu .
Mungkin juga ini adalah pendekatan pihak tertentu yang berniat tidak baik terhadap ummat Islam lantas sengaja menimbulkan keraguan kepada ummat Islam dengan istilah bir halal .
Saya percaya ummat Islam sangat tidak senang dengan istilah ini dan mereka seperti mahu menggambarkan ummat Islam sangat menggemari minuman bir ini sehingga dihasilkan bir yang halal .
Istilah sebegini samalah pedih jika mereka kata Malaysia akan hasilkan arak yang halal , riba yang halal , rasuah yang halal dan sedikit masa lagi tidak mustahil mereka akan hasilkan daging babi yang halal untuk Malaysia .
One Malaysia ni belum ada menu yang jelas ke untuk membezakan antara yang halal dan haram ? Dr Mashitah dan Kol. Jamil Khir sekarang apa khabar ?
p/s : Ustaz Halim Nasir kata : " Jangan kata bir halal , Menteri Besar haram pun mereka boleh buat jadi halal . apa nak jadi UBN nih ."
19 comments:
Ya Ustaz, saya ni cetek pengetahuan . Istilah bir memang sudah terkenal sebagai suatu jenama arak @ khamar. Setiap khamar itu adalah memabukkan dan setiap yang memabukkan itu adalah HARAM. kalau salah, saya minta ustaz jelaskan kembali. Bagaimana dengan Root Bir yang dijual oleh restoran makanan segera A & W ustaz?
Ya , itu juga jenama yang mengelirukan . Dulu kalau tidak silap saya DPP Pusat pernah membantah penggunaan Root Bir A & W
salam ustaz..
kerajaan 1malaysia skrgni menghalalkan apa yg haram. cakap je apa yg haram, mesti dikira halal pd kerajaan 1malaysia. [my blog]
Ustaz, bukan maksud saya untuk kondem bukan juga untuk menidakkan tulisan Ustaz. Tapi, istilah Babi yang HALAL; tidakkah keterlaluan Ustaz? Ustaz Hassan Din pernah memberikan ceramah dalam Al Kuliyyah (saya lupa tarikh bila, tapi hari Jumaat) bahawa arak itu HARAM kerana kandungan alkohol di dalamnya. Macam tapai pulut @ ubi, tuak contohnya. Jatuh hukum haram kerana kandungan alkohol yang memabukkan. alkohol itu dinamakan alkena. Jika tuak atau tapai yang baru, tidak haram ustaz.
kalau dibenarkan mereka terus bermain dengan kekeliruan ini saya kata tidak mustahil nanti mereka boleh reka daging babi jadi halal . bukan keterlaluan , bukankah dulu Dr Mashitah pernah kata pelacuran atau jual tubuh itu halal jika tak ada duit nak bagi makan anak .
Salam...
Saya bukanlah seorang chemist untuk melakukan tahkik bagi hukum alkena. Tetapi permasalahan alkohol ini memang suatu permasalahan yang belum ada jawapan konkrit. Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan malah cukup melucukan dan menunjukkan kejahilan mereka yang mengeluarkan fatwa. Majlis Fatwa secara dangkal mengklasifikasikan alkohol yang dbuat dari tumbuhan adalah halal dan yang dihasilkan dari haiwan adalah haram.
Sedangkan alkohol itu ada banyak jenis dari metanol, etanol, propanol, butanol dll dengan pelbagai jenisnya lagi. Alkohol yang terdapat dalam beer biasanya adalah etanol, kalau metanol dijadikan minuman matilah jawapannya. Malah etanol juga boleh berubah menjadi etanoat(cuka).
Untuk merungkai permasalahan ini, ia memerlukan seorang yang pakar dalam bidang ini dah faham tentang fiqh khamar. Dalam kehidupan sekular sekarang, jarang ditemui teknokrat yang faqih agama, atau golongan agama yang memahami asas sains. Malah sekadara balik azhar dan berjubah hebat pun ada yang dipanggil ulama'.
Saya kira meng'islam'kan yang kufur ini telah menjadi trend. Sebagai contoh ramai yang 'mengislamisasikan' demokrasi, 'mengislamisasikan' saham kapitalisme, 'mengislamisasikan' riba', dan sekarang tak payahlah kita pelik bila ada orang yang cuba 'mengislamisasikan' arak. bukankah ini trend ilmuan islam sekarang?
fikir-fikirkan...
Arak haram disebabkan mabuk, bukan disebabkan alkohol atau etanol dll.
Justeru: tapai pulut, walau pun dari sudut sainsnya ada kandungan alkohol, tetapi kalau tidak memabukkan, tidak haram.
Abu irfan,
InsyaAllah perkara tersebut kita jelas. Dalam durian pun ada kandungan etanol, tetapi durian tidak haram. Yang cuba saya bawakan adalah, aplikasi alkohol tersebut dalam perkara lain. Itu yang saya lihat masih belum ada jawapan konkrit.
Ya ustaz,nama yang cukup mengelirukan
arak haram adalah kerna sifat mabuknya...bukan kerna alkohol..dan arak juga najis ker haramnya...bukan kerna alkohol....ada dikalangan ulamak mengatakan ianya najis bersifat ain dan sesetengahnya mengatakan ianya bersifat maknawi...berkenaan dengan alkohol...jika sekiranya alkohol itu diekstak daripada sumber arak (anggur) maka ianya juga menjadi najis....tapi jika sekiranya alkohol itu diekstrak daripada sumber yang lain daripada arak seperti petroleum maka alkohol itu tidak dikira najis..
BANGGA SANGAT DGN ARAK SAMPAI DI CIPTA ARAK HALAL.AKAN DATANG BABI PULA DIPTERNAK DI TEMPAT BERSIH DAN DIBAGI MAKANAN BERKHASIAT DAN BERSIH LALU DI ISTIHARKAN BABI HALAL.YANG HARAM TETAP HARAM.WASPADA LAH DGN AGENDA MUSUH ISLAM NI.
wuzara, ni kita cerita pasal arak...bukan cerita pasal demokrasi. Tak kena kalau nak kait mengait....
salam,
ustaz, pasal bir halal ni mungkin rata2 telah terkeliru. ini kerana jenama yg bernama istak free 100% dari alcohol yg memabukkan. malah kaedah memprosesnya juga clean dan bersih dan tidak sama dengan proses yg dilakukan untuk minuman arak.
tapi dr yusef qardawi pulak ada cakap;
http://afp.google.com/article/ALeqM5j4rYTsf0M3YTGTJNLwY-JLzZGwUw
In his fatwa published on Tuesday in the Qatar's Al-Arab newspaper, the Egyptian-born Qaradawi said that consuming drinks containing small quantities of alcohol that is "constituted naturally through fermentation" did not violate Islamic teachings.
"The presence of alcohol in a proportion of five in a thousand (0.5 percent) is not banned because it is a minimal quantity, especially when it is produced by natural fermentation. Hence there's nothing wrong in consuming such a drink," Qaradawi said.
saya pun konfius jugak ni..
----------------------------------
MICSB nafi cuba promosi produk 'bir halal'
PUTRAJAYA 12 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif pengedaran minuman malt tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran menafikan syarikat itu cuba mempromosi produknya sebagai bir halal.
Pengarah Eksekutifnya, Azizi Ahmad berkata, pihaknya menyedari istilah bir mempunyai konotasi negatif di kalangan masyarakat Islam meskipun ia berasal daripada perkataan Jerman iaitu 'bavarian malt', merujuk kepada semua jenis minuman berasaskan bijirin barli.
''Minuman malt jenama Istak telah memperoleh sijil halal daripada kerajaan Iran sejak 10 tahun lalu dan seperti mana kita tahu republik Islam itu mempunyai syarat halal dan taibah yang ketat termasuk melibatkan produk untuk dieskport.
''Malah Pameran Halal Antarabangsa 2009 (MIHAS 2009) mempunyai peraturan ketat membabitkan soal halal, kalau meragukan sudah tentu syarikat kami tidak dibenarkan menyertai pameran itu minggu lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin semalam yang tidak bersetuju dengan penggunaan istilah 'bir halal' kerana dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat Islam.
Katanya, PPIM menerima aduan daripada pengguna Islam mengenai bir halal yang dijual di MIHAS 2009 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) di Kuala Lumpur minggu lalu dan mereka berasa kurang senang dengan istilah berkenaan.
MICSB yang merupakan pengedar tunggal produk Istak bagi rantau Asia-Pasifik sebelum ini dilaporkan bercadang membuat pelaburan hampir RM50 juta bagi membina kilang mengeluarkan minuman malt tanpa alkohol di negara ini.
Menurut Azizi, pihaknya akan segera menghubungi PPIM bagi menjelaskan perkara tersebut supaya orang ramai tidak terkeliru.
Ini kerana katanya, MICSB tidak pernah mengeluarkan sebarang risalah dengan menggunakan istilah 'bir halal' sepanjang pameran MIHAS sebaliknya menyebut sebagai minuman malt.
Dalam hal ini, pihaknya mengakui terdapat keraguan di kalangan umat Islam terhadap minuman malt yang dikeluarkan oleh syarikat minuman keras memandangkan sebahagian besar produk mereka adalah arak.
''Sedangkan produk Istak tidak mengamalkan proses penapaian yang biasa dilakukan bagi menghasilkan arak tetapi menggunakan kaedah yang halal daripada awal hingga akhir.
''Sekiranya minuman malt Istak telah luput tarikhnya sekalipun, ia tidak akan berubah sifat menjadi arak dan memabukkan sebaliknya hanya berubah warna dan rasa," katanya.
Tambah beliau, penyertaan MICSB dalam MIHAS ternyata mendapat sambutan termasuk di kalangan bukan Islam yang mendapati minuman malt tanpa alkohol mampu menjadi alternatif bagi mereka yang menghadapi masalah ketagihan alkohol.
''Dari segi corak, warna botol dan tin minuman malt Istak yang dikatakan menyerupai bir, itu hanyalah satu persepsi kerana kami menggunakan bentuk botol dan tin yang standard bagi semua minuman malt dan cola.
''Produk kami mempunyai 10 warna yang mewakili perisa minuman malt yang berbeza, kalau kami gunakan warna putih sekali pun, syarikat bir pun ada menggunakan warna putih, jadi kami hendak guna warna apa?," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_32.htm
Ceramah UmumYB Mahfuz Omar (Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat)
YB Amiruddin Shaari (Adun Batu Caves)
YBhg Ustaz Salehuddin Nasir (YDP PAS Gombak)
Pada:
14 Mei 2009, Khamis
9.30 malamBertempat:
Dewan JKKK Kg Melayu(berhampiran padang bola sepak Batu Caves)
Semua Dijemput Hadir
Salam...
Untuk pengetahuan ustaz,arak halal ini sedang di usahakan oleh Carlsberg malaysia yang berpengkalan di Shah Alam. Rujuk loink di bawah untuk laporan lebih lanjut. http://halimzaki.wordpress.com/2009/05/13/calsberg-untuk-orang-islam/
wuzura,awk kat sini pun ada ek..rindu plak ngan awk. lama kita tak bincang kat ukhwah...salam ukhwah..
nak minta paandangan ustaz, dalam menentukan hukum fiqh tu kena tentukan berdasarkan nama atau substance dia??kalau berdasarkan nama, cmana plak ngan bunga tahi ayam,adakah bunga tersebut najis atau tidak???
yg dhoif..
achok
Salam ku pada suma,and salam ku pada Ustaz.
Maaf,saya bukan tunjuk pandai pada suma,lebih-lebih lagi al-fadhil Ustaz Nasaruddin Tantawi.Cuma nak bkongsi,dan sekira salah,Ustaz pasti akan tegur,insyaAllah.
Alkohol yang ada didalam minyak wangi,adalah tidak najis.Alkohol itu sekiranya diminum boleh menyebab kematian.
Alkohol didalam arak adalah najis.Alkohol ini sekira diminum tidak menyebabkan kematian.
Arak itu ialah barang yang memabukkan dan menghilangkan akal.
Arak yang sekiranya memabukkan bila diminum dengan banyak,maka ia HARAM walaupun diminum sedikit.
(Arak Sedikit atau banyak adalah HARAM.)
Wassalam
salam ustaz dan semua pembaca..
ni ada link penerangan tentang 'bir halal' ni.. selamat membaca..
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/05/penjelasan-bir-halal.html
Saintis sekarang dah makin pandai.
Di UK, ada jual kerepek kentang perisa BABI, sedangkan tak ada letak babi pun dalam tu. Cuma bahan kimia. Adakah kerepek kentang itu haram?
Bir ini, nama saje bir, tapi adakah dia haram?
Bagaimana dengan kuih tahi itik? Tahi kan najis, tapi kerana ada nama tahi pada kuih itu, adakah bermaksud haram?
Post a Comment