HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 12, 2009

Siapa Tuah dan Siapa Jebat ?

Babak drama panjang dalam episode hitam demokrasi negara kian menarik . Sejak kebelakangan ini nama Perak kembali masyhur di persada politik tanahair bahkan sejarah dunia , mengulangi kemasyhurannya dizaman Tun Perak .

Lensa dunia memerhati setiap detik perkembangan suasana dan suhu politik negeri Perak .

Bermula insiden rampasan kerajaan [ negeri Perak ] oleh lanun bertaraf antarabangsa , politik negeri Perak diletakkan dalam keadaan yang sangat keliru , rakyat resah dan demokrasi tercalar teruk .

Manakan tidak , sejarah belum tercipta sebelum ini dengan lahirnya sebuah negeri yang mempunyai 2 Menteri Besar , 2 speaker Dewan Undangan Negeri dan 2 kerajaan yang memerintah .

Saya percaya , berat mata memandang beban lagi bahu yang memikul . Itulah kalimah yang boleh saya ungkap mengenang detik - detik kelam yang menyelubungi iklim politik negeri Perak . Bukan rakyatnya sahaja gelisah dengan perkembangan politik yang tidak menentu itu tetapi juga seluruh pimpinan dan ADUN PAKATAN Rakyat tidak mampu menyembunyikan rasa resah berdepan onar dan sengketa yang dicetuskan oleh " lanun darat siang hari " ini .

Terutama hero mereka Dato' Seri Ir Nizar bin Jamaluddin selaku Menteri Besar yang sah lagi halal tidak sudah - sudah menerima fitnah dan tohmah . Beliau dituduh derhaka , tak tahu malu , tak sedar diri , pemberontak , pengacau dan 1001 kata caci nista yang dilemparkan kepada beliau .

Kecekalan dan ketabahan Nizar cukup teruji dan nyata beliau mampu mengatasinya dengan sabar dan tawakkal kepada Allah swt. Akhirnya mahkamah melalui hakim Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim telah mengesahkan kelmarin bahawa Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin adalah Menteri Besar yang sah .

Pengisytiharan ini sekaligus menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilempar kepadanya selama ini . Malah turut mengesahkan bahawa beliau bukan seorang Jebat yang derhaka tetapi Tuah yang membela .

DUN Perak Mesti dibubarkan

Pun begitu , drama yang berjudul " Petaka Demokrasi di Perak " ini masih belum tamat dan sirinya belum berakhir selama mana Kerajaan PAKATAN Rakyat negeri Perak tidak mengambil mandat semula dari rakyat setelah melalui detik sukar akibat pengkhianatan ADUN yang belot.

DUN mesti dibubarkan ! ini sahaja pilihan yang ada biarpun pelbagai pihak cuba untuk meneroka beberapa pendekatan lain bagi menangani krisis tersebut , namun kini ia tidak lagi popular .

Yb. Lim Kit Siang telah membuat kenyataan terbuka atas kesediaan beliau mengatas nama PAKATAN Rakyat untuk berunding [ muqabalah ] dengan Dato' Seri Najib bagi menangani krisis di Perak . Ianya turut disokong oleh Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim dan hari ini sokongan itu diperkuatkan lagi oleh Yb. Dato' Paduka Husam Musa .

Semalam Dato' Seri Najib memberi respon bahawa pihaknya sedia untuk berunding dengan PAKATAN Rakyat bagi mencari penyelesaian di negeri Perak dengan memupuk rasa saling hormat menghormati tanpa mewujudkan ketegangan antara satu sama lain . Namun kata beliau ianya tidak bermaksud untuk menubuhkan kerajaan campuran .

Apa yang menarik , apabila rundingan itu dicadangkan oleh Lim Kit Siang dan disokong oleh Dato' Seri Anwar , ramai yang menyokong dan keadaan sepi dan tenang setenang - tenangnya . Saya berkata : " Kalaulah idea rundingan ini datang dari Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang , pasti suasana politik dalaman PAKATAN Rakyat kembali bergolak dan berkecamuk ."

Pantas sahaja Tok Guru Hj. Hadi akan dianggap Jebat yang derhaka dan khianat kepada janji PAKATAN Rakyat . UMNO dan BN bukankah sudah nak mampos ! kenapa perlu lagi bagi ruang untuk mereka bernafas ? kenapa nak sambung tali hayat UMNO dan Be End ? bla ... bla ... bla 1001 persoalan diterjah .

Begitulah nakalnya politik akhir zaman dan demikianlah lucunya sang politikus mengatur strategi politik mereka .


Tok Guru Hj. Hadi telah dilipat tiga dan dicincang lumat sebelum ini dalam isu muzakarah dan Unity Government dengan alasan bahawa Tok Guru khianat pada PAKATAN , idea Tok Guru tidak matang , Tok Guru jahil berpolitik dan 1001 cela ke atas beliau .

Saya bukan tidak setuju dengan rundingan dan kerjasama untuk kepentingan rakyat khasnya di negeri Perak . Sebelum ini pun Tok Guru Hj Hadi mencadangkan Unity Government atas analisa formula penyelesaian di negeri Perak . Malangnya , belum sempat idea itu dibincang cermat , penyumbang ideanya telah dicincang lumat .

Idea itu ditolak mentah tanpa terlebih dahulu diberi peluang untuk perbahaskan , diseminarkan , dikaji dan dihalusi dalam muktamar . Bukan sahaja idea itu ditolak malah apa yang mengecewakan saya ialah prasangka buruk kepada Tok Guru Hj Hadi sangat berleluasa kononnya idea ini mengelirukan dan merugikan PAKATAN sebaliknya menguntungkan UMNO dan BN .

Nak runding apa lagi dengan UMNO ? UMNO zalim tak kenal ker ? UMNO tak boleh dipercayai ! Tak tengok apa yang UMNO buat kepada Kelantan satu ketika dulu ? Tak Ingat ker apa yang UMNO buat kepada PAKATAN di Perak ? UMNO fitnah Ir Nizar sampai separuh lemas ! Nak runding apa lagi ? Kenapa nak bagi tali hayat kepada UMNO ?..... inilah ungkapan popular yang dilontarkan kepada Tok Guru Hj Hadi seketika dulu . Pedih bukan ?? kalau kita duduk ditempat Tok Guru Hj. Hadi masa tu , tidak tahu lah macam mana kita mahu menghadapinya

Tetapi hari ini , apabila idea itu datang dari orang lain , yang juga mengarah ke arah rundingan dan bentuk kerjasama demi kepentingan rakyat dan negeri .Ianya kelihatan diterima tenang . Teringat saya kepada apa yang Tok Guru Hj. Hadi sebut : " Biarlah orang menolak idea Kerajaan Perpaduan hari ini [ bukan Kerajaan campuran ] kerana ramai yang tidak memahaminya , tetapi saya yakin suatu masa nanti , orang akan terima idea ini demi kepentingan agama , rakyat dan negara "

Prinsip saya

Saya yang mengambil sikap menyokong idea Tok Guru turut dihamun cerca . Malah ada rakan yang melahirkan rasa tidak bersetuju kerana saya dilihat sering menyokong Presiden .

Tantawi ! anta ni terlalu kepresidenan lah ! sebagai pemuda kita mesti check and balance ! ini satu kelemahan anta ! macam mana nak pimpin pemuda macam nih ?

Sikap saya dalam perkara ini jelas dan saya tidak ambil hati atas apa jua kritikan pedas panas itu . Saya tegaskan bahawa saya sokong setelah meneliti hujjah . Saya berpegang kepada kaedah betapa seorang mukmin , ia menjadi golongan insan yang mendengar apa yang diungkap dan dibentang kemudiannya ia hanya mengikut apa yang baik [ memiliki hujjah dan tidak bercanggah dengan nas syara' atau tidak bersalahan dengan prinsip siasah syariyyah ]

Apabila saya yakin ianya baik melalui proses hujjah [ pendalilan ] maka saya setuju dan saya sokong seperti saya menyokong usaha untuk mengadakan rundingan dengan siapa sahaja demi kebaikan agama , rakyat dan negara . Bukan sahaja kerana idea itu datang dari Tok Guru tetapi juga jika ia datang dari Dato' Seri Anwar . [ Malah idea rundingan ini sudah lama saya sokong sejak orang lain marah - marah untuk berunding pada masa itu ]

Sebagaimana saya pernah menyokong idea Tok Guru Nik Aziz yang mungkin setengah orang menganggapnya gharib [ pelik ] seperti " Tuhan Samseng " " Tuhan Mencarut " " isu boleh bekerjasama dengan Syaithan untuk menjatuhkan kebathilan " . Saya dan rakan - rakan turut sama bekerja keras memaparkan hujjah dan sememangnya ada hujjah maka sebab itulah saya menyokong .

Malah sewaktu saya belajar di pondok dulu , pernah saya menyokong kuat pandangan Tok Guru Nik Aziz dalam isu " sifat 20 " " makan tupai " dan lain - lain sehingga saya pernah diburu oleh pelajar senior untuk ditangkap dan dicukur kepala empat ddahat (+) [ sebagai hukuman kerana sokong Tok Guru Nik Aziz ] . Tapi ni cerita lama laaa , Yb. Ust Ahmad Baihaqi mesti tersenyum jika beliau terbaca tulisan ini . Saya cuma nak sebut contoh sikap saya dalam perkara ini iaitu menyokong berasaskan hujjah .

Saya sokong bukan semata - mata kerana ia presiden tetapi , pertama kerana hujjah dan idea itu tidak bercanggah dengan syariat dan kedua adalah kerana ia pimpinan dan kita diajar untuk thiqah dan wala' serta taat dalam keadaan kita suka atau tidak selama mana ia tidak bertentangan dengan syara' .

Sahabat - sahabat seangkatan saya sewaktu belajar di Mesir dulu tentu sangat arif bagaimana skima pentarbiyyahan telah kita ambil sewaktu menjalani proses pengkaderan dulu , [ demikian juga rakan - rakan lain yang telah mengambil skima pentarbiyah yang secukupnya ] menjadikan kita semua dengar dan taat kepada pimpinan selama mana ia tidak bercanggah dengan syara' , jauh sekali untuk mencerca mereka kerana kita juga diajar thiqah kepada mereka .

28 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Saudara Tantawi,

Saya semacam rasa semacam dengan tulisan saudara ini.

Petaka demokrasi dan korban-korban demokrasi.

Wassalam,
TokPakirKD

islam said...

salam


Tetapi hari ini , apabila idea itu datang dari orang lain , yang juga mengarah ke arah rundingan dan bentuk kerjasama demi kepentingan rakyat dan negeri .Ianya kelihatan diterima tenang . Teringat saya kepada apa yang Tok Guru Hj. Hadi sebut : " Biarlah orang menolak idea Kerajaan Perpaduan hari ini [ bukan Kerajaan campuran ] kerana ramai yang tidak memahaminya , tetapi saya yakin suatu masa nanti , orang akan terima idea ini demi kepentingan agama , rakyat dan negara "

-----------------------------------

saya sokong idea tuan haji hadi ni.. ia lebih kepada apa seseorang muslim yg cintakan ummat nabi baginda perlu buat.iaitu satukan ummat dengan cara berhikmah.. tapi malangnya mereka itu lebih berwala kan lim kit siang dan anwar ibrahim..

khalif13 said...

Ustaz menulis,

Yb. Lim Kit Siang telah membuat kenyataan terbuka atas kesediaan beliau mengatas nama PAKATAN Rakyat untuk berunding [ muqabalah ] dengan Dato' Seri Najib bagi menangani krisis di Perak . Ianya turut disokong oleh Yb. Dato' Seri Anwar Ibrahim dan hari ini sokongan itu diperkuatkan lagi oleh Yb. Dato' Paduka Husam Musa .

Saya pun telah fikir tiga hari yang lepas sebagaimana ustaz tulis tu.

Saya teringat ketika Husam Musa terbungkam sebab kantoi dengan KJ soal hukum hudud masa PRK-P036.
Seluruh pimpinan Pas dengan ikhlas mempertahankan Husam Musa dan hujahnya.

Kalaulah mereka faham.

muslimat said...

Tun Perak tiada kaitan dgn kegemilangan Perak, walaupun ada nama Perak pada namanya. Tun Perak adalah bendahara Melaka yang cemerlang, ahli sufi yg pernah meluaskan jajahan takluk melaka hingga ke Perak...rasanya itu saja perkaitan Perak dgn Tun Perak...wallahuallam.

Kebajikan dan kebaikan itu kuat sifatnya bukan melihat kepada siapa yang membawanya, tapi ia kuat kerana ia memang datang dari Allah yang esa. Jesteru itu kebajikan hanya akan berpahala dan diterima jika ia lulus pada nilaian Allah semata, mengambil kira niat dan cara bagaimana kebajikan dan kebaikan itu dilaksana....
Hanya Allah yang tahu 'hati' para pejuang kebaikan,kebajikan dan kebenaran dari Nya...
Sedang Allah memang hebat penilaiannya.

saidina Ali pernah berkata..
"Siapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya "

kita mengharapkan dapat menggapai kata-kata saidina Ali ini

Jernihkan hati dalam memacu perjuangan, Allah akan kirimkan orang2 yang jernih juga hatinya bersama kita utk menongkah cabaran....Allahuakhbar !

Unknown said...

slm dari ardhu kinanah utk ustaz...

bila membaca kisah ketika mane detik wafatnya RASULULLAH S.A.W, sekelompok golongan dari kaum Ansar( kaum yg di muliakn ALLAH) telah berkumpul sesama mereka utk berbincg berkaitn kepimpinn/politik kerajaan Madinah ketika itu.Lantas berita tersebut diketahuai oleh kaum Muhajirin ( kaum yg di muliakn ALLAH ) lalu mereka menghantar wakil iaitu Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah utk bertemu kaum Ansar yg sedang berkumpul tersebut. Setiba disitu, mereka saling hujah berhujah utk menentukan siapa pengganti RASULULLAH S.A.W. Sedikit ketegangan berlaku, namun setelah hujjah didgri akhirnya mereka dpt meruntuhkn keegoan masing2 dan akhirnya bersama membaih AbuBakar sebagai pengganti...

sedikit ringkasan sirah yg sy kire tdk cukup sekadar itu kita ketahui, jika kita mengetahuai lbh detail berkaitan jalan cerita ini, sy yakin pasti ada rase sedikit persamaan dgn suasana skrg.(sekadar pandangan sy yg lemah)

sy memohon utk ust.Nasarudin Tantawi jika berkelapangan dpt mengpostkn kisah ini dgn olahan Ust sbgai seorg Ulama yg sy pasti lbh mudah utk pembaca memahami dan mengambil ikhtibar daripadanya.

moga usaha yg sedikit ini dpt membantu perjuangan ISLAM yg suci ini.

Anonymous said...

Maaf. Orang PAS memang bengong.

Kita ditipu hidup2 peristiwa 16 september, kita tak kisah.

Anwar berbincang dengan Pak Lah bersama syeikh mahmud, kita tak kisah.

tapi apabila cadangan TG Haji Hadi, kita kisah. Kita hentam TG..

Anwar melebihi TG Haji hadi.

Antara anwar dengan TG Haji Hadi, aku pilih tg. bukan fanatik, tp orang ini cukup berjasa pada Pas

hmmmm....

WUZARA said...

Hang Tuah- taat tak bertempat
Hang Jebat - mengamuk tak bersyariat

Marilah kita jadikan contoh Panglima Khalid ibnu Walid yang keperwiraannya tidak menyebabkan ia silau menjadi amirul jihad.

Elbaritii said...

Ustaz, Husam pun setuju perundingan dengan Umno dalam isu Perak.

HASMAWI said...

APASALAH GENG PR NI DOK KALUT NAK BUBARKAN DUN.

FAHAM KAT SINI...PERLEMBAGAAN PERAK

KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..

1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU...
P/S... JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT "KATAKKAN" 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR...HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE...TAK DIRASUAH.

2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL... MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE...PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN PASTU...PASTU...PASTU...APA PULAK YE...LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU...KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH..

3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.

KESIMPULANNYA...

KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..

AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN....KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI "MUGAQ" / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.

BILA HANGPA BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA....TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH...HA TU BAGI LAGI...LAGI...

LUPA PULAK TAJUK UTAMA...HANG JEBAT & HANG TUAH DUA-DUA MELAYU TAPI DUA2 TAK BERAPA BETUI SEBAB SORANG LURUS BENDUL IKUT JE DAP TU (PAS LA TU ) & SORANG LAGI GELOJOH SGT NAK JADI MB. BUAT LA UNDI TAK CAYA DULU.

KALAU IKUT KISAH HANG TUAH & HANG JEBAT, LAST2 MELAKA HILANG DUA2 PAHLAWAN, SORANG KENA BUNUH, SORANG LAGI MENYEMBUNIKAN DIRI,DAH TAK DAK PAHLAWAN SENANG LAGI LE ORG LUAR TAWAN MELAKA TU....

NAK MEROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN / PENCAPAIAN LEBIH MUDAH / CEPAT DARI MEMBINANNYA.. FIKIR2 KANLAH.

baba_shaheed said...

salam.. hang ni hasmawi tulis tu pandang le kanan kiri dulu... MARUAH TAK DE KE ???

baba_shaheed said...

MAKSUD SAYA... DEPA LAWAN NI PERTAHAN MARUAH , TAK KAN NAK LIHAT SAJA...KAN.....

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Ingatkan Timbalan Ketua Pemuda cerdik, rupanya rupanya terlebih cerdik.

Keadaan Politik Di Malaysia Amnya, ada krisis perlembagaan ka ?
Ada kejadian 3 ahli BN sertai pakatan rakyat ka ? Pakatan Rakyat dah perintah Malaysia ka ?

Di Perak , UMNO menggunakan perundangan atau perlembagaan ka perintah Perak ?

Sebenaqnya Ahli PAS , PKR & DAP , bengap dalam bab nie, bila masuk perundangan , macam selalu dok jadi tapi tak ambil ikhtibar. [ Kes Profile Tinggi - Anwar ] Sistem perundangan Malaysia orang PAS , PKR , DAP kata jugak dah hancur tapi dok gagah nak p jugak.
Takpa mana nak tau, kot-kot menang. P, kena ler. La nie seri 1 - 1 . Ada jugak kata bukan tak menang, menang....cuma tak kalah lagi eaaa.

Moral :
1 - Kena tipu pon takpa janji cuba.
2 - Pakatan Rakyat lepas nie dijaja oleh BN , depa pon sama , macam kita , sudah jelas. Sama-sama 'gila kuasa' Inilah kemahuan Najib.
3 - Ketabahan Nizar memang layak pegang jawatan Presiden & berjaya menyatukan kaum di Malaysia.
Ha ha ha kempen sat, kempen sat.

Hal Keluarga.
Kerana adik kembar buat kenyataan dan buat tuduhan rambang tanpa keluarkan bukti siapa yang terlibat, adik besaq pon sokong, pertikai plak abang chik, pa nie hang nie sapa tak tau hala p mana ,
riuh rendah , dok habaq kat orang.
Apala bang chik aku nie,...tiba-tiba bang chik buat silap....rupanya adik besaq dok tunggu nak bantai balik. Fuh pueh pueh aihhhhh. Maklumlah adik besaq + adik kechik ada agama sama dgn ayahanda. Bang chik tak puas hati sikit eaaa, tapi adik besaq dalam kembar tu dok meleret-leret dok cerita.

Moral.
1 - Tuduh abang tanpa bukti takpa.
2 - Cerita hal keluarga kat orang bukan ahli bukan aib tapi gembira.
3 - Ayah sendiri tak bleh tegoq, hebattttttttt.
4 - Ayah tak panggil pon sebab tadan nak buat Lembaga Displin keluarga.
5 - Adik ada ilmu agama banyak eksyen pon lebih.

Persatuan
Bila orang yg diluar tarbiyah kelompok mereka bukan dikalangan mereka seperti JAM,ABAM dsb.
Terpesona dengan kelompok sendiri lebih dari yang lain.
Takut terkena "Assobiyah" , aku 'guru' tau la.

Amin Ahmad said...

saya rasa pandangan ustaz tidak diletakkan pada konteks yg betul.

Ibn MuSa said...

Saya tidak bersetuju dengan analogi Hang Tuah - Hang Jebat. Pada pandangan saya Hang Jebat lah hero, yang membela sahabatnya yang lurus bendul taat membabi buta pada sultan waktu tu. Hang Jebat yang bertegas dengan pendirian walaupun Sultan pada waktu itu salah. Tanpa Hang Jebat, Hang Tuah tu takde apa-apa pun. Kan Ir Nizar yang tegas dan sabar? Cuma bezanya beliau tidak meletup lah. Sekadar merancakkan perbincangan.

Unknown said...

ermmm...ada byk bab yg setuju pada tulisan kali ni.

cuma rasanya tak payah la ustaz nak ungkit2 lagi perkara yg tak memberi manafaat pd rakan2 seperjuangan kita.

sikap begini mencerminkan sikap kurang bijak dan seakan berdendam.

nak jadi pemimpin kena berjiwa besar dan berfikiran terbuka dan bijak dalam tindakan dan komunikasi.

untuk rekod...nik abduh 'ditepis' utk jawatan ketua pemuda kelantan bukan krn tidak suka pd ayahanda tok guru nik aziz tp dia ditepis krn tidak mahu dia merosakkan lagi imej ayahanda tok guru.

ustaz...saya cuma menyampaikan kegusaran ramai ahli pemuda yg tidak senang dgn sikap ustaz yg tidak memberi nilai tambah pd perjuangan sejak kebelakangan ini.

kalau dulu ada label melabel ulama mee celup dan ulama mee goreng...tapi skrg ada pula label 'ustaz sampul surat'.

Sampul surat masjid balok tentu lebih tebal kan ustaz???

rajin2 lah jenguk surau buruk juga... walau sampul nipis,...kdg2 teh o kosong atau biskut kering saja, namun menyebar ilmu jgn lah pilih sampul.

maaf jika ada yg tersinggung.

muslimat said...

salam ustaz,

saya bersetuju dgn tulisan ustaz . Sekurang-kurangnya memberi sedikit 'teguran' kepada kita yang tersasul tindakan ketika berhadapan dgn pimpinan jemaah.
Saya yakin ahli pemuda yang faham adab dan akhlak dalam berjemaah insaf akan cara menghadapai tuan presiden ketika berlainan pandangan dengan beliau.
Pemimpin akan naik dan turun,serta silih berganti....akan sampai masa TGHH akan mengundur diri juga nanti... sikap teliti terhadap akhlak kepada pimpinan akan memastikan kita ahli jemaah yg tinggi pekerti walau terhadap siapapun yg berada di kerusi pemimpin tertinggi nanti....tak semestinya kpd TGHH.Mungkin pada Husam Musa nanti ??

Saidina Ali r.a pernah berkata
"kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya,kemarahan orang yang jahil dapat dilihat pada perkataannya"

Sejak akhir-akhir ini ramai yang 'meraung' pedas dgn tulisan ustaz Din dgn ustaz nik...tapi tak pula mampu membalas hujah dgn ilmiah dan bernas berisi. Sebaliknya serangan lebih bersifat pribadi yang berbaur dgn rasa hasad dengki.
itulah yg dapat saya teliti di sini...

Deris said...

Saya setuju dgn pendapat ustaz..bila Tuan Guru bagi pandangan semua org hentam tanpa hujah..kadang2 org yg hentam Tuan Guru tu rokok pun ada kat mulut..

Tapi bila org lain bagi cadangan, semua org puji.. inilah pemimpin masa depan le, org yg pandai berpolitik le..

hambaALLAH said...

Assalamualaikum ustaz.

Saya terasa terharu bilamana ada ahli pas sendiri yang mencerca TGHH.padahal beliau adalah preseiden PAS.ketua eksekutif pada organisasi ini.tapi bilamana idea pelik yang disampaikan oleh beliau,akan ditentang sehebat2nya.belumpun sempat dibincang secara beradab dah dicerca.tiada orangpun memandang kepadanya.tapi ketahuilah,disana ada rahsia yang amat besar dan halus yang akan dilihat dan dibaca oleh orang yang celik hati dan panjang akalnya.sesungguhnya ALLAH akan memberi hidayat dan ilmu kepada hambanya yang bertakwa.

Tulang Besi said...

Apa yang saya tahu, kenyataan Najib itu adalah perangkap.

Kalau kita terus tolak, nampak sangat kita ni tak waras.

Dalam politik kita kadang2 kena pandai main dengan perkataan.

Dalam isu pelawaan Najib ni, jelas ianya main wayang dari Najib untuk mencerminkan Pakatan Rakyat ni tidak waras dan bengis serta cepat marah.

Tapi dgn membuat kenyataan sebegini, maka kita nampak waras.

Macam la kenyataan Tuan Guru dalam isu agama anak yang ibu-bapa masuk Islam baru2 ni.

Cuba jangan mudah sangat kita masuk perangkap UMNO, boleh tak?

JALADI MUDA said...

Salam Ustaz,
Tahniah kepada TGHH yang bersabar walaupun beliau mampu untuk bersuara membidas balik mereka yang kurang sabar.
Saya berpendapat kewibawaan TGHH mula cuba dicabar apabila TRG kalah kepada UMNO. Biasalah orang akan tengok prestasi luaran tapi kurang mengkaji sebab2 yang bersifat intrinsik. Tahniah buat ulamak muda yang celik hati mempertahankan TG Presiden. Bersabarlah TG, moga2 Allah akan membalas dengan balasan yang tidak disangka2. Ameen

muslimat said...

tulang besi, tahniah utk isu ini anda boleh begitu positif, kalaulah isu cadangan TGHH dulu juga anda boleh positif begini ???...alangkah baiknya.

semuanya berstrategi....itulah politik.
Anda ingat TGHH tidak berstategi ketika mengemukakan cadangan 'kerajaan perpaduan' ? tapi kerana antara kita ini ada emosi yang mendahului, cadangan itu semuanya nampak keji dan langsung tak layak dikaji.

Saya mendengar penjelasan dari seorang teman tentang cadangan Tuan Guru itu....benar ia memang penuh strategi,maka dgn itu ia jadi tak wajar dibentangkan secara terbuka di sini...tapi ia cukup jelas diperingkat pimpinan tertinggi.
sayangnya ramai ahli yg gagal meneliti maka mereka jadinya sungguh emosi.

abukhalis said...

salam,

Bila berada dalam saf jamaah, bersikap kritis amatlah penting. Tapi, tahu beradab dalam kritis teramat penting. Kalau budaya kritis tiada, kreativiti, inovasi dan analitik akan mandul dalam jamaah. Ini akan amat merugikan masa depan dan jangka hayat perjuangan. Tapi kalau kritis tidak diletakkan pada acuan adab Islami yang mantap, maka sendi akhlaq, tsiqah dan syura akan hancur. Ini akan membawa akibat yang buruk kepada keaslian perjuangan Islam. Justeru itu keseimbangan dalam hal ini amat perlu ditangani secara bijak. Orang dangkal akan berlindung di sebalik jubah taat. Orang celupar akan berlindung di sebalik jubah kritis. Semoga Allah merahmati kita.

achoksabah said...

ustaz, berbicang dengan UMNO secara terang org tak heran..yg kami heran bila berbincang dengan UMNO tanpa bgitahu ahli lebih lebih lagi ketika pilihanraya baru sahaja selesai..itu kan menimbulkan syak wasangka ahli..

lagipun, ada tak limkit sian,nuar,huse nak bergabung dengan UMNO?????adakah mereka nak tubuhkan kerajaan tanpa pembangkang???adakah mereka meminta jawatan menteri pendidikan dan kewangan???

kalau mereka ada minta benda-benda ni memang patut kita bagi selipar jee dgn dorang ketuk sorang2..tapi kalau mereka tak minta benda2 ni, janganlah kita nak timbulkan suasana seolah-olah mereka nak bergabung dengan UMNO..ini kan fitnah namanya...



ustaz..kita kena

achoksabah said...

1. saya sayang dan sokong haji hadi
2. tapi, kalau saya tak setuju dengan idea kerajaan tanpa pembangkang ataupun nama asalnya barisan nasional, apakah saya dikira sebagai tidak wala??apakah saya dikira sebagai jumud,derhaka??anti ulama???
3. salah kah saya kalau benci pas masuk UMNO???
4. salah kah saya kalau mengkritik pimpinan di blog2 sprti yg ustaz nik abduh lakukan???

Orang Tua said...

Assalamulalaikum

Sedikit Pandangan



Ana merasa sangat kerdil kerana terpaksa menulis berkenaan dengan Guru, Mursyid dan pemimpin kesayangan kita Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Dengan tidak meremehkan serta memperlekehkan ilmu beliau, kealiman beliau, kesolehan beliau, keikhlasan beliau, kebijaksanaan beliau, serta jasa-jasa beliau yang sangat banyak, maka saya menulis tulisan di bawah untuk membantu memberikan sedikit pencerahan tentang apakah isu yang kita riuh rendahkan selama ini.





1. Kenapa isu kerajaan perpaduan atau unity government menyebabkan ahli-ahli PAS menjadi resah dan tidak selesa denga dasar dan hala tuju PAS. Kerana kata kunci yang disebut dengan konsisten oleh TG Haji Hadi iaitu KERAJAAN TANPA PEMBANGKANG

2. Idea ini bukan idea asal TG Hadi, sebaliknya ialah idea asal Tengku Razaleigh Hamzah pada bulan Oktober 2008. Ahli-ahli PAS merasakan bahawa idea ini yang berasal daripada orang UMNO, tidaklah jauh daripada perlawaan Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membentuk Barisan Nasional pada tahun 1973 dahulu. Mafhum Mukhalafah nya, ahli-ahli PAS merasakan bahawa TG Haji Hadi hanya menyahut dan mempopularkan idea Tengku Razaleigh Hamzah daripada UMNO bukannya idea asal beliau sendiri.



3. Tetapi, yang lebih tepat adalah, kerajaan perpaduan bukanlah idea asal Tengku Razaleigh Hamzah, sebaliknya, orang yang pertama yang mengemukakan idea kerajaan perpaduan adalah Tun Abdul Razak sendiri pada tahun 1973.



4. Selepas kekalahan teruk Parti Perikatan (Barisan Nasional tidak ada lagi masa tu) pada pilihanraya 1969, Tun Abdul Razak telah menjemput semua parti pembangkang untuk berada di dalam satu Barisan baru, atas alasan perpaduan dan ekonomi, nama Perikatan akan dibubarkan, manakala nama baru yang mewakili idea dan aspirasi baru komponen baru ini akan dipilih. Tun Abdul Razak menjemput semua parti tanpa terkecuali. Dalam istilahnya, Tun Abdul Razak mahu membentuk sebuah KERAJAAN TANPA PEMBANGKANG.



5. PAS dan Gerakan menerima perlawaan UMNO, manakala DAP, Parti Buruh dan Parti Rakyat Malaysia menolak perlawaan UMNO tersebut.



6. Yang menariknya, untuk menjadikan bahawa Barisan yang akan dibentuk ini disukai oleh PAS, namanya juga dipilih oleh orang PAS sendiri iaitu Presiden PAS ketika itu iaitu Dato’ Asri Muda. Dato’ Asri menamakan Barisan baru ini sebagai Barisan Nasional.



7. Dan sebagaimana diketahui, PAS ditendang keluar pada tahun 1978.



8. Pada tahun 2009, Tengku Razaleigh mengutarakan kembali idea Tun Razak ini iaitu KERAJAAN TANPA PEMBANGKANG dengan alasan yang sama, perpaduan dan ekonomi.



9. Ahli-ahli PAS merasakan bahawa sumpahan ini akan berulang kembali jika pimpinan PAS menyanyikan lagu yang sama dengan lagu UMNO, atau Tengku Razaleigh Hamzah. Iaitu, skrip di atas akan berulang lagi, tetapi dengan pelakon yang berbeza.



10. Ramai orang bertanya, kenapakah semakin TG Haji Hadi menerangkan tentang isu kerajaan perpaduan, semakin ramai ahli PAS tidak berpuas hati. ia kerana, setiap kali di dalam penerangan TGHH, beliau menafsirkan Kerajaan Perpaduan sebagai KERAJAAN TANPA PEMBANGKANG. Bermakna, TGHH secara tidak sedar, mengakui bahawa Kerajaan Perpaduan yang beliau maksudkan adalah sama dengan idea Kerajaan Perpaduan Tun Abdul Razak walaupun menafikan ia merupakan kerajaan campuran.



10.1 Hujah yang menyatakan bahawa di Indonesia tidak ada pembangkang adalah tidak betul kerana di Indonesia mempunyai pembangkang. Ketika zaman Susilo Bambang sebagai Presiden, Parti Megawati, PDIP menjadi pembangkang kerajaan



10.2 Hujah bahawa idea kerajaan perpaduan dilaksanakan di zaman Pres BJ Habibie juga adalah tidak tepat kerana ketika itu adalah di zaman peralihan sistem. Membandingkan Kerajaan Perpaduan dengan Kerajaan BJ Habibie adalah seperti membandingkan epal dan oren. Sistem Indonesia berubah sebanyak beberapa kali selepas Pres Suharto meletakkan jawatan. Kalaulah sistem BJ Habibie itu telah sempurna dan baik, apa perlunya Indonesia mengubah sistem BJ Habibie tersebut menjadi sistem yang mereka amalkan kini?



10.3 Hujah kerajaan Perpaduan untuk berhadapan dengan krisis ekonomi adalah tidak tepat kerana tidak ada negara yang bergabung dengan pembangkang hanya untuk menghadapi krisis ekonomi walaupun Amerika Syarikat semasa The Great Depression 1932, dan sekarang ini.



11. Walhal, dalam sebuah negara demokrasi, walaupun PAS memerintah, kita memerlukan pembangkang untuk check and balance . Pembangkang adalah Auditor Luar (external Auditor) kepada Kerajaan yang dilantik oleh kerajaan manakala Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan adalah Auditor Dalam (Internal Auditor) bagi sesebuah kerajaan. Kerana itu, ramai pemikir sistem kerajaan merasa lucu dengan idea kerajaan tanpa pembangkang kerana ia bakal menuju kepada totalitarian dan diktator. Adalah bermaksud, kerajaan tanpa pembangkang adalah bersalahan dengan prinsip demokrasi itu sendiri yang mementingkan kestabilan di antara dua pihak yang berlawanan.



12. Kerajaan tanpa pembangkang juga bermaksud, Mahkamah tanpa ada peguambela. Yang ada hanya Hakim dan Pendakwaraya sahaja. Di manakah keadilan? Walaupun mahkamah syariah kalau tidak ada peguam bela, bagaimana hendak berlakunya keadilan?



13. Menjawab hujah, walaupun kita menjadi Menteri Kabinet, tetapi kita masih boleh menegur kerajaan, maka jawapan terhadap perkara tersebut, telahpun dijawab oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari di dalam menerangkan konsep Collective Responsibility yang terkandung di dalam Perkara 43(3), Perlembagaan Persekutuan.



14. Antara lain ia menyatakan bahawa setiap Menteri Kabinet mesti patuh kepada keputusan yang dibuat bersama (atau dalam ertikata lain Perdana Menteri, Najib Tun Razak), jika tidak, mereka mesti meletakkan jawatan (Mohon lawyers dapat terangkan lagi maksud perkara 43(3) ni). Dengan makna, kita tidak boleh membantah PM jika kita memegang Menteri Kabinet, kerana ia dilarang di dalam perlembagaan Malaysia. Sila Lihat http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task=view&id=17238&Itemid=50



15. Adapun perkara lain seperti ketelusan SPR, tidak ada kena mengena dengan kerajaan Perpaduan, ia boleh dicapai dengan PR menekan Kerajaan BN ataupun PR sendiri memerintah Kerajaan Persekutuan



16. Kenapa isu Muzakarah pula ahli-ahli Pas marah kepada pimpinan terutama Ust Nasharuddin Mat Isa?



17. Jawapannya, sebab ada pimpinan yang menipu ahli dengan menyatakan tidak ada pertemuan dengan UMNO, namun, setelah didedahkan oleh Pak lah Badawi, barulah didedahkan perkara sebenarnya.



18. Kesemua benda ini menimbulkan suspicious di kalangan ahli-ahli PAS tentang maksud dan tujuan pertemuan-pertemuan tersebut.



19. Mahfuz Omar sebagai Ketua Penerangan PAS yang merupakan ahli Dewan Harian sendiri tertipu dengan menyangkakan bahawa tidak ada pertemuan dengan UMNO sehingga beliau membuat kenyataan tidak ada pertemuan dengan UMNO, akhirnya beliau sendiri mengemukakan rasa kesalnya terhadap perkara tersebut. Sila lihat di sini, http://gemasuara. blogspot. com/2008/ 07/muzakarah- presiden- pas-perlu. html

dan ini http://gemasuara. blogspot. com/2008/ 07/surat- terbuka-mohon- maaf-daripada- ketua.html





19. Jika diamati, istilah Muzakarah yang disebut oleh Ust Nasharuddin Mat Isa adalah satu pertemuan di dalam gelap, sehingga perlu menipu AJK PAS Pusat dan ahli-ahli PAS dan yang menaikkan kemarahan ahli-ahli PAS. Ia adalah berbeza dengan istilah muzakarah dan muqabalah yang hendak dibuat oleh Lim Kit Siang untuk menyelesaikan kemelut Perak. Ia berlaku secara terbuka dan tidak ada keraguan tentang niat jahat di sebaliknya.



20. Berjumpa dengan orang UMNO adalah perkara biasa, tetapi menipu adalah perkara yang luar biasa terutama bagi gerakan Islam seperti PAS.



21. Maka, jelaslah kepada kita, pertandingan fastibiqul khairat Sdr Mohd Sabu dan Ust Nasharuddin Mat Isa dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS, tidak ada kena mengena dengan agenda untuk menyisihkan ulama’ atau kepimpinan ulama’dalam PAS, sebaliknya ,ia lebih kepada memulihkan keyakinan ahli kepada kepimpinan PAS agar PAS terus bersatu di dalam mendepani pelbagai cabaran. Tambahan pula, pimpinan Pas terus kekal di bawah kepimpinan ulamak soleh TG Nik Aziz sebagai Mursyidul Am dan TG Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS. PAS masih dikepalai oleh Ulamak!!!



22. Saya secara peribadi berpandangan, slogan “ada gerakan hendak menyisihkan ulama daripada PAS” tidak ubah daripada satu slogan kempen semata-mata yang tidak ada kena-mengena dengan prinsip PAS mahupun prinsip kepimpinan Ulamak sendiri kerana PAS masih kekal di bawah kepimpinan TG Haji Hadi Awang dengan dibantu oleh pimpinan-pimpinan lain yang sangat bijaksana. Ramai ahli PAS yang bersuara mengatakan bahawa slogan kempen “kepimpinan ulamak” dengan merujuk kepada Ust Nasharuddin Mat Isa sebagai Timb Pres adalah strategi kempen yang jahat dan kotor serta tidak adil.



23. Ust Nasaruddin Tantawi sebagai bakal Ketua Pemuda PAS Pusat harus menyisihkan unsur-unsur emosi di dalam dirinya, ucapannya dan tulisannya dan lebih objektif di dalam penilaian supaya beliau dapat meletakkan diri beliau sebaris dengan ketua-ketua Pemuda PAS yang lampau yang sangat hebat spt Sdr Mahfuz Omar dan Sdr Salahuddin Ayub. Beliau akan lebih disanjung dan dihormati oleh kawan, sekutu dan lawan jika beliau melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran tersebut dan seterusnya menjadikan Pemuda PAS terus dihormati di persada tanah air.



Sekali lagi, ana memohon maaf jika tulisan di atas ada memcacatkan peribadi orang-orang tertentu terutama orang yang terhormat, namun sedikit kekeliruan yang dicetuskan oleh Ust Nasaruddin Tantawi Al-Fadhil, perlu diberikan sedikit pencerahan.



Wallahu a’lam

Orang Tua said...

Tambahan Kepada Tulisan Di Atas

Ust Tantawi berkata

“kita diajar untuk thiqah dan wala' serta taat dalam keadaan kita suka atau tidak selama mana ia tidak bertentangan dengan syara' .”

Dan

“menjadikan kita semua dengar dan taat kepada pimpinan selama mana ia tidak bercanggah dengan syara' ,”

Pandangan saya, apabila ada orang yang tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan, maka kita tidak boleh terus melabelkan orang tersebut sebagai tidak wala’ ataupun patuh kepada pimpinan atau TGHH.

1. Idea kerajaan perpaduan masih lagi di peringkat Idea dan ia dilontarkan memang untuk diperbahaskan. Apabila diperbahaskan, sudah tentu akan ada yang tidak bersetuju ataupun bersetuju. Kalaulah, sesuatu idea dilontarkan, semua orang bersetuju, itu pelik namanya. Yang penting, orang yang bersetuju ataupun tidak bersetuju mestilah menyokong pendirian mereka dengan hujah. Tidak adil kita menuduh orang yang tidak bersetuju sebagai melawan Presiden.
2. Ia berbeza sekiranya idea tersebut, telah diluluskan, dan menjadi keputusan peringkat parti. Barulah boleh ditimbulkan persoalan ketaatan.
3. Kepimpinan PAS tidak sepakat di dalam isu kerajaan perpaduan. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tambahan pula, yang tidak bersetuju adalah Mursyidul Am PAS sendiri. Maka, ahli-ahli perlu diberi ruang untuk mengikut mana-mana penghujahan pimpinan yang mereka yakini.
4. Tidak adil juga menuduh TG Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan sebagai dihasut oleh pihak lain, kerana perkara tersebut adalah perkara ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa.
5. Semua ahli PAS telahpun sepakat, bahawa secara de jure, pemimpin PAS yang tertinggi adalah AL-Mursyidul Am PAS, bukannya Presiden PAS. Maka, wala’ dan patuh seharusnya ditujukan kepada Mursyidul Am PAS, bukannya Presiden PAS.
6. Presiden PAS juga seharusnya taat dan patuh kepada Al-Mursyidul Am PAS, bukannya sebaliknya.
7. Yang telebih baik, adalah, tidak menggunakan isu wala’, tsiqah, dan seumpamanya untuk menutup pintu-pintu perbahasan.

Unknown said...

Salam.

Syabas kpd 'orang tua' krn memberi satu intipati pandangan yg boleh merungkai sedikit ribut dan kegusaran yg melanda PAs kebelakangan ini.

Tertarik dgn ayat orang tua :-

23. Ust Nasaruddin Tantawi sebagai bakal Ketua Pemuda PAS Pusat harus menyisihkan unsur-unsur emosi di dalam dirinya, ucapannya dan tulisannya dan lebih objektif di dalam penilaian supaya beliau dapat meletakkan diri beliau sebaris dengan ketua-ketua Pemuda PAS yang lampau yang sangat hebat spt Sdr Mahfuz Omar dan Sdr Salahuddin Ayub. Beliau akan lebih disanjung dan dihormati oleh kawan, sekutu dan lawan jika beliau melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran tersebut dan seterusnya menjadikan Pemuda PAS terus dihormati di persada tanah air.

***********************************

Saya sendiri menyedari sejak awal april lagi tulisan ustaz din di blog beliau seakan medan lepas geram. begitu juga dlm beberapa siri kuliah beliau seakan berkempen pun ada.

yang amat menyedihkan bila ianya turut menggunakan label-label yg cukup perit utk kami dlm jemaah dengar.

kadangkala terfikir juga, beginikah sikap org yg menggelarkan dirinya pejuang dan ustaz (ulama?) 'bersilat' bila tiba musim pemilihan dalam muktamar?

Saya berstuju, siapa saja yg melakukan kesalahan rasuah politik harus disingkir dr Pas jika ada cukup bukti yg sahih.

Tidak terkecuali yg bertitle ustaz atau ulama.

achoksabah said...

kpd muslimat..

org tua entah dari mana telah menasihati ust din dengan point by point, anda plak tuduh lagi org yg berhujang ngan ust tantawi takde point dan isi,dan awk kata lagi org yg menentang idea tok guru sbgai mengikut emosi semata mata..


saya cabar awk hujahkan balik point by point yg dikeluarkan org tua kita tu kalau anda rasa dipihak yg benar..

p/s..saya teringat awak menuduh pengkritik ust din sebagai lebih teruk dari munafik...itu emosi ke hujah tu???

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive