Jawatan : Antara Rebutan di dunia ...
Jawatan : Antara Rebutan di Dunia
dan Bebanan di Akhirat
Assalamu'alaikum wm wb,
Sahabat-sahabat pimpinan jama'ah yang dikasihi,
Kita hendaklah sentiasa memuhasabahkan diri agar kita sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai ALlah.
Sebentar tadi(jam 2.30pm) Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man menghubungi saya. Antaranya memohon agar saya memasukkan tulisannya ini dalam blog saya untuk renungan kita semua khususnya pimpinan di peringkat kawasan, negeri, pusat dan dewan-dewan.
Tulisan beliau adalah seperti di bawah;Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan
« Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya’.
Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti. Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur ‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.
Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya ‘ jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’. AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut.
Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam. Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.
Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.
Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada.
Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh. Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri ( enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar.
( Nauzubillah). Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.
Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’.
Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang. Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar alKhattab
“ Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.
Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.
Mau'izah untuk ana dan para sahabat;
Tuan Ibrahim Tuan Man,
2 comments:
Kalau adalah sebarang gelaran yang layak diberikan kepada Penasihat PKR, Anwar Ibrahim, maka ia pastinya 'Pemusnah Perpaduan Melayu dan Malaysia".
Selepas memecah belahkan UMNO, Anwar kini begitu ligan berusaha untuk menghancurkan Pas pula.
Hancur dalam erti kata lain, menjadikan Pas mengikut acuannya. Menghilangkan identiti Islam dalam parti itu.
Walaupun Lebah Kota penyokong setia UMNO dan Barisan Nasional (BN), namun sejak dahulu penulis sangat menghormati dan bangga dengan parti pembangkang bernama Pas ini.
Ini kerana, mereka sangat profesional. Sifat keislaman dalam parti itu menebal satu masa dahulu.
Bersifat penyabar dan memaafkan memang sebahagian daripada lambang dan identiti parti berkenaan.
Ketika Lebah Kota masih menjadi wartawan, ingat lagi bagaimana para petugas Pas melayan wartawan media arus perdana dengan begitu baik sekali di muktamar mereka walaupun penulisan kami jarang menyebelahi mereka.
Ini kerana Pas begitu mengutamakan ciri-ciri dan ajaran Islam dalam perlaksanaan banyak perkara.
Namun, semua sifat keislaman dalam Pas itu semakin hilang.
Dari sebuah parti yang menjadikan ketinggian syiar Islam sebagai hala perjuangannya, kini ia menjadikan kuasa pula sebagai hala tuju mutlak perjuangannya.
Semua ini bermula sejak Anwar mula mencampuri dan mencatur pergerakan parti itu secara perlahan-lahan.
Punya kuat pengaruh Anwar dalam Pas sampaikan organ rasmi parti itu, Harakah pun sedikit masa dahulu dilabel sebagai lidah rasmi Anwar. Asyik-asyik berita Anwar sahaja di muka hadapan.
Dan disebabkan Anwar inilah, hari ini Pas mendiamkan diri atas pelbagai perkara yang mungkin suatu masa dahulu merekalah di hadapan untuk menyanggahnya.
Ahli politik rendah moral yang membenarkan teman lelaki masuk ke rumah dan tidur bogel tidak salah di mata parti itu.
Seorang ahli politik Cina membaca al-Quran dengan salah dan dengan niat politik (bukan dengan niat untuk mendalami agama suci itu), dipuji oleh ahli-ahli Pas.
Semua ini bermula dengan penglibatan Anwar.
Anwar memang jahat. Dia tahu dia tidak akan mampu mencapai pengaruh ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, tetapi beliau berjaya mempengaruhi Datuk Husam Musa untuk menyertai pakatan jahatnya. Ini sebabnya wujud Deklarasi Dubai...Anwar bertemu Husam di sana untuk menjanjikan pelbagai jawatan apabila berjaya membentuk kerajaan kelak.
Husam memang diketahui mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas Nik Aziz. Satu rahsia yang terbuka bahawa di Kelantan, semua kerja-kerja Menteri Besar dilaksanakan oleh Husam.
Memang betul lah jangkaan banyak pihak bahawa penulisan anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh terhadap tindakan-tindakan bodoh dalam Pas oleh pembantu ayah itu merujuk kepada Husam.
Husam berjaya mempengaruhi Nik Aziz untuk menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO (kerana mengikut fahaman dan mungkin arahan Anwar).
Hari ini Pas berpecah belah pun kerana campur tangan Anwar. Yang menyedihkan, campurtangan munafik seekor ini membawa Pas ke arah Islam liberal.
Takut di bawah fahaman liberal ini kelak, Pas akan hancur terus dan tidak lagi menjadi menjadi parti Melayu yang memperjuangkan Islam. Ia akan hanya jadi parti Melayu yang memperjuangkan kuasa semata-mata.
Sekarang ini pun ramai yang kata bahawa anak didik Anwar dalam Pas iaitu Husam bakal menang jawatan Timbalan Presiden dalam muktamar parti Jun ini.
Bila kumpulan-kumpulan ini yang mula menang dan kumpulan ulamak dalam Pas tersisih, maka tidak hairanlah jika parti itu mula menuju ke arah kejahilan.
Seperti yang dikatakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi; Tidak boleh (bukan ulama memimpin). Kita kena ikut dasar agama, tengok sejarah zaman dulu Saidina Abu Bakar, Umar, Osman, Ali dan Muawiyah semuanya golongan ulama.
“Selepas itu, pemimpin jahil seperti Yazid Muawiyah mengambil alih kepimpinan, dia buat benda bertentangan dengan Islam sehingga menyebabkan negara menjadi kucar- kacir,”
Anwar sebenarnya sudah berjaya membentuk Melayu liberal yang menolak perkara-perkara seperti Islam itu adalah agam rasmi, bahasa Melayu bahasa rasmi dan beberapa kelebihan dan hak kecil yang masih dimiliki bumiputera.
Kedudukan bangsa sudah beliau musnahkan, agama pun sudah mula dimusnahkan, yang tinggal hanyalah kemusnahan negara ini pula.
Anwar menggangu keseimbangan sistem yang telah berpuluh tahun terbukti sebagai berkesan dalam sosio politik negara ini.
Bila munafik bergerak bebas dalam negara ini, maka kehancuranlah yang akan tiba tidak lama lagi.
Sumber: Malaysia-Instinct.com
ana ambil tulisan baik ini, untuk diletak di blog ana. mana tau, ada kawan-kawan bukan pelayar blog ustaz boleh dapat manfaat darinya.
mohon diredhakan
Post a Comment