HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, May 3, 2009

Memprofesionalkan Ulama' dan ....

Mem"profesional"kan Ulama' dan Meng"ulama"kan Profesional

Kepimpinan Ulama' sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini menimbulkan pelbagai pandangan dan ulasan .
Saya setuju pandangan sahabat pembaca agar ianya diserahkan kepada Majlis Syura Ulama' untuk memutuskan bagaimana mahu menterjemah Konsep Kepimpinan Ulama' dalam PAS . Bagaimana definisinya dan bagaimana pula perlaksanaannya .
Ianya sesuai dengan kuasa yang ada pada Majlis Syura Ulama' sebagaimana yang sedia termaktub di dalam perlembagaan parti Fasal ke 7 perkara 3 (a) iaitu : Menghurai , menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana - mana peruntukan di dalam perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya .
Saya sangat bersetuju dengan kaedah yang pernah dibawa oleh al marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Mohd Noor suatu ketika dahulu iaitu : memprofesionalkan ulama' dan mengulamakan profesional .
Saya kira kaedah ini boleh mengendurkan ketegangan dalam membahaskan isu Konsep kepimpinan Ulama' .

Sebahagian tidak yakin kepada ulama' kerana kononnya kelemahan mereka yang sangat ketara dalam pengurusan dan pentadbiran . Jika ulama' ini boleh diprofesionalkan , insyaallah selesailah masaalah .

Sebahagian pula melihat profesional tidak boleh memimpin di kerusi tertinggi parti kerana kononnya tahap penguasaan ilmu agama mereka lemah . Jika profesional ini boleh diulamakan , insyaallah selesailah masaalah .

Sebab kepimpinan bukan milik sesiapa tetapi milik mereka yang layak . Nabi saw kata , jika diserah urusan kepada mereka yang tidak berkelayakan , maka tunggulah kehancurannya . :

إذا وسد الأمر إلى غير أهله فانتظر الساعة

Apabila diserahkan urusan kepada mereka yang bukan ahlinya [ bidangnya ] maka tunggulah saat ketikanya [ kegagalannya ]

Persoalannya , siapakah mereka yang layak ? Allah swt. sebut di dalam al quran , sebaik - sebaik orang yang engkau mahu memberi upah [ atau elaun ] untuk menjalankan tugas ialah orang kuat dan amanah .

خير من استأجرت القوي الأمين

Sementara dalam hadis Nabi saw. Baginda pernah bersabda : Siapa yang dikehendaki oleh Allah swt akan kebaikan nescaya akan diberikan kefahaman mendalam tentang Islam .

من يريد الله به خيرا يفقهه في الدين

Menambah kuat faktor " kefahaman Islam yang mendalam ini " ialah penegasan yang pernah dibuat oleh Saidina Omar al Khattab Rha . : fahami olehmu [ akan agama ] terlebih dahulu sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin .

تفقهوا قبل أن تسودوا

Walau ada ulama' menafsirkan perkataan Saidina Omar Rha itu sebagai mendalami ilmu kepimpinan bukan ilmu agama tetapi kebanyakkan ulama' menjelaskan kalimah tafaqquh itu dengan maksud mendalami ilmu agama kerana merujuk kepada kalimah yang serupa digunakan oleh nabi saw dan juga di dalam Ayat al quran berikut :


وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ
وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang Yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Ringkasnya , kelayakan memimpin mestilah berilmu , bertaqwa , beriman , amanah , kuat atau mampu melaksanakan tugas dengan baik .

Bertolak dari ringkasan itu , jelas ini adalah kriteria ulama' . Sebenarnya , siapa pun boleh menjadi ulama' jika mereka bersungguh - sungguh menuntut ilmu dan mendalami agama . Sekalipun asalnya mereka adalah seorang engineer , arkitek , doktor perubatan atau lainnya [ profesional ] kemudian ia mempelajari ilmu Islam dengan tekun dan baik seperti menyertai program ILHAM dan memperolehi diploma syariah anjuran PAS atau lainnya , saya percaya kelak mereka juga layak menjadi ulama' .
Tapi tidak semesti berilmu itu mesti ada sijil . Jika dia alim atau berilmu maka layaklah ia memimpin walau tiada sijil .

Inilah profesional yang ulamak [ berilmu ] atau mereka telah menjadi ulamak yang profesional dan mereka layak menjadi pemimpin dimana pun posisinya .

Ada juga pendapat mengatakan ulamak juga profesional jika perkataan profesional itu merujuk kepada kemahiran atau penguasaan bidang dan ilmu . Seperti ada orang profesional dalam bidang tafsir dan hadis .

Akhir zaman ini sukar kita nak cari orang mahir dalam semua perkara , justeru itu ia memerlukan kepimpinan yang kolektif . Tinggal lagi untuk menerajui kolektif tersebut mestilah mereka yang menguasai ilmu al quran dan hadis lantaran perjuangan ini bersumberkan Al quran dan sunnah . Sementara yang lain menjadi pembantu dan pelengkap .

Namun saya sungguh tidak bersetuju pemimpin terdiri dari kalangan mereka yang tidak berilmu . Kerana faham itu mesti berilmu . Dari ilmu hadhirnya taqwa walaupun ada yang berilmu tetapi jahat . Kita mahu yang berilmu dan soleh . Macam mana setuju tak ?


16 comments:

Anonymous said...

Bagus, bagus Ustaz.

Husam Nasha dan Husam Musa,dua-dua bagus. Aqidah yang betul. Yang penting jangan Syiah. Mana boleh parti Islam, pemimpin dia syiah. Nak Syiah, pergi Iran la.

Anonymous said...

Assalamualaikm ustaz, nak tanya apa tips ustaz ada suara kuat dan 'menggetar jiwa' kata sahabat saya. harap ustaz boleh share. mengaji quran ke....ape2 jelah.

achok sabah said...

ustaz tantawi berkata :

Namun saya sungguh tidak bersetuju pemimpin terdiri dari kalangan mereka yang tidak berilmu . Kerana faham itu mesti berilmu . Dari ilmu hadhirnya taqwa walaupun ada yang berilmu tetapi jahat . Kita mahu yang berilmu dan soleh . Macam mana setuju tak ?

...................................
saya bersetuju dengan pandangan ustaz..pemimpin mesti berilmu dan soleh..

cuma ilmu yg macamana???adakah sekadar ilmu agama yg baik sudah cukup untuk memimpin???

bagi saya, pemimpin yg terbaik adalah mereka yg terbukti kepimpinanya di lapangan selain mereka juga perlulah mempunyai daya tahan yang kuat terhadap musuh..sebagai contoh tidak senang ditipu oleh tawaran jawatan dari musuh...dan mereka juga kenalah sedia menerima arahan dari majlis syura sebagai lambang kita sentiasa mematuhi syariat didalam memimpin..

Anonymous said...

selain itu pemimpin yang baik juga ialah orang yang pernah menjadi pengikut yang baik...

sebagai contoh TGHH pernah menjadi pengikut yang baik kepada kepimpinan PAS sebelum ini, menjadi timbalan yang baik kepada almarhum ust Fadhil Noor.

tidak berjuang secara "lone ranger"..sentiasa patuh pada arahan Jamaah.

kami tidak mahu pemimpin yang hanya hebat dan berilmu tapi sentiasa bertindak berseorangan dalam Jamaah. Bertindak ikut selera sendiri.

Menganggap kalu ikut Jamaah lambat..dan sifat ini jelas pada beberapa orang pimpinan PAS

Anonymous said...

Saudara Tantawi,
ASSALAMU'ALAIKUM

Komen saya ini bersifat umum. Tidak ada kaitan secara langsung dengan PAS, tetapi, untuk Agama Islam yang kita hidup dan mati dengannya, insyaAllah.

Saya tidak bersetuju dengan konflik yang sedang berlaku yang cuba untuk melaga-lagakan ulama' dan professional. Ada semacam silap faham di sini bahawa ulama' adalah seolah-olahnya bukan professional di pihak mereka yang menentang ulama'. Ini adalah pandangan yang salah. Professional adalah mereka yang mahir dan beriltizam (asal dari kata 'profess') dengan penuh keyakinan dan amalinya sehingga dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dengan yakin dan pertanggungjawaban. Jadi, adakah ulama' bukan professional ?. Tidakkah ulama' lah yang merupakan pemangkin dan pelupur kepada sesuatu keyakinan dalam amalan dan paling berani dipertanggungjawabkan?. Dengan itu, Ulama' adalah juga professional, dan ini tidak boleh dipertikaikan langsung.

Jika ada professional yang tidak memasukkan ulama' sebagai sebahagian dari professional maka itu bermakna mereka telah dijangkiti faham apologetik yang mendewa-dewakan sekularisma sebagaimana yang dianuti oleh mereka yang gagal melihat kesempurnaaan Agama.

Lihatlah kepada ulama'-ulama' terdahulu yang pastinya juga amat professional. Ya Allah berkatilah mereka-mereka ini rahimahuLLahu 'anhum ajmaiiiin!. Mereka ada bidang yang spesifik yang dikuasai oleh mereka. Bagi ulama' yang melibatkan diri dalam siyasah maka itulah kemahiran mereka. Jadi, mereka adalah ulama' yang professional dalam politik. Maka professional lah mereka itu. Mereka inilah yang selalunya memperjuangkan khilafah yakni penguasaan Agama atas kehidupan manusia.

Mereka yang cuba memisahkan ulama' dan professional telah mensekularkan pandangan mereka dan mereka ini sebenarnya memiliki agenda lain yang merupakan sebahagian dari agenda liberal sekular yang kufur terhadap Allah swt akibat dari kedengkian mereka terhadap kesejagatan ilmu Islam. Di masa yang sama iblis telah menguasai mereka agar memperkecil-kecilkan ilmu yang mereka tidak mampu menguasainya dengan baik sehingga mereka tidak dianggap ulama'. Mana mungkin kemudiannya mereka mahu menjadi ketua jika kefahaman mereka tentang ulama' dan professional adalah salah ?. Itu jelas membuktikan bahawa mereka tidak layak !.

Tujuan mereka melaga-lagakan ulama' mempunyai maksud yang tersirat. Mereka sebenarnya mahu mengarap sokongan dari kalangan bawahan massa bagi membuktikan kebenaran mereka yang kemudiannya akan bersama-sama dengan mereka menentang sesuatu objek yang dipanggil sebagai teokratik atau kezaliman institusi agama atau ketidakmampuan institusi Agama mentadbir. Inilah agenda mereka yang merupakan salah satu agenda liberalisasi.

Sekian untuk dikongsikan.

TokPakirKD

achok sabah said...

betul kita kena menjadi pengikut yg baik,saya setuju dengan anon..

tapi untuk menjadi pengikut yg baik bukan bererti kena mengikut membabi buta,,kalau pimpinan salah kena tegur..kalau pimpinan buat perjumpaan dgn umno bincang jawatan secar tertutup kenalah ditegur,kalau pimpinan nak bergabung dengan umno kenalah tegur,kalau pimpinan buat fitnah suka hati dalam blog,kena lah tegur..

pengikut yg baik adalah pengikut yg sentiasa menegur kesilapan pimpinan walaupun dia seorang lone ranger,..

Anonymous said...

kita mansuh ja jawatan timbalan presiden. tambahkan jawatan naib presiden

Anonymous said...

Siapa dia berjuang secara lone ranger. Jangan nak tunding jari kat orang aje. TG Haji Hadi la yang berjuang secara Lone Ranger. Ada JK Pas Pusat, bukan pernah nak meeting dulu sebelum keluar idea muzakaran dan kerajaan perpaduan. Bila dah teruk, baru terhegeh-hegeh nak tarik balik. Semua statement yang kontroversial, yang melibatkan polisi parti, TG Hadi keluarkan tanpa melalui mesy PAS Pusat. Itu baru Lone Ranger namanya. Tak ikut protokol pengurusan.

Anonymous said...

aku setuju dengan pandangan ustaz din , hj hadi nisuka buat kerja sendiri dan menimbulkan keraguan kpd ahli , betul juga kata achok , bincang dgn umno dlm gelap so kita kena tukar presiden

yang paling layak jadi presiden hari ni aku tgk Husam . husam pun ulamak besar apa ! sokong husam 100 %
tapi problemnya ada ker kawasan nak calunkan husam sbg presiden

Anonymous said...

Kepimpinan PAS perlukan gandingan ulamak dan profesional ulamak. Maka, TG Hadi perlu kekal sebagai Pres, manakala Husam Musa sebagai Timbalan Pres. Barulah dikatakan gandingan ulamak dan profesional agama. Husam Musa tidak berhasrat bertanding pres PAS kerana Husam Musa seorang yang tawadhuk dan merendah diri. Sentiasa inginkan bimbingan ulamak seperti Hj Hadi.

Undi Untuk Husam Musa bagi Timb Pres

baihaqi said...

salam, saya agak tidak bersetuju jika presiden dan timbalan bukan dari ULAMA'.

saya bukan ulama', apa yang saya faham, ulama' itu mestilah orang yang bertaqwa.. dan taqwa tu teramat payah utk diperoleh melainakan oleh orang yang faham quran dan sunnah, dan faham Islam macam yang Nabi Muhammad nak kita faham, macam yang salafus soleh faham..

bayangkan, hampir setiap masa, ulama' fikirkan hal umat, fikikan hal2 agama..
tapi, kalau profesional tu doktor, mesti sebhagian masa dilabrkan utk pesakit, kalau engineer utk bangunan. adakah sama pengurusan masa yang dilaburkan seperti ulama' utk agama dan umat?

ulama' ni menguasai ilmu2 islam. Islam tu syumul. tapi, profesional belajar pengkhususan.. tak secara umum dan menyeluruh macam yang ulama' belajar. anda nak nakhoda yang hanya pandai ilmu pelayaran sahaja atau nakhoda yang pandai ilmu pelayaran, ilmu cuaca, ilmu nak jaga ketenteraman atas bahtera dan sebagainya?

ulama' ni juga orang yang dekat dengan Allah. cukup ke hanya ilmu semata-mata untuk mentadbir urusan dunia yang 1001 macam karenah dan ragam? bukankah bantuan Allah, hidayah serta taufiknya sangat diperlukan dalam mengurus urusan dunia? bukankah indah dan bahagia hidup ini jika setiap urusan mendapat pertolongan Allah..

ULAMA' BUKAN ORANG BODOH SAMPAI TIDAK MAMPU NAK MEMBAWA BAHERA PAS YANG SUDAH DIPENUHI DENGAN MANUSIA INI!
MEREKA YANG MENAMBAHKAN PENGHUNI BAHTERA INI ATAS PERTOLONGAN ALLAH DAN KEMAHIRAN MEREKA!

fikir2kan...

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kelemahanku, Kau peliharalah Islam dan gerakannya. semoga Islam mencapai kemenangan pada masa akan datang.." -ameen-

Yunus said...

Baihaqi

Cuba jawab Soaan Saya ni

1. Apa takrifan keppimpinan Ulama'?? : Adakah kepimpinan berdegree FPI
2. Kalau Kepimpinan berdegree FPI, maka ketahuilah bahawa ia bid'ah yang sesat yang tidak ada dalam nas dan mana-mana kitab bahawa yang jadi pemimpin mesti ada degree FPI
3. Kalau tidak semestinya berdegree FPI, tetapiu mempunyai penguasaan ilmu dan kesolehan, maka saya rasa Husam Musa termasuk ke dalam golongan tersebut. Sebab? Husam Musa adalah anak kepada Tuan Guru Haji Musa Salor dan sintiasa di kelilingi oleh golongan ulamak seperti TG Nik Aziz, TG Hj Hashim. Bahkan tempat beliau mentadbir adalah kawasan ulamak iaitu Pasir TUmbuh dan Demit.
4. Husam Musa boleh berbahsa Arab dan memahami serba sedikit hukum Islam. Sama juga seorang Ustaz tidak memahami keseluruhan hukum Islam melainkan yang beliau pelajari sahaja.
5. Soal kesolehan dan ketakwaan, bersangka baiklah pada semua pimpinan. Tidak berada dalam saf pimpinan PAS jika seseorang itu tidak mempunyai ketakwaan dan kesolehan
6. Bezanya Ust Nasharuddin Mat Isa ada agenda untuk bawa PAS dalam BN melalui agenda kerajaan perpaduan manakala Husam tidak ada.

Jelas Kepimpinan Ulamak?

Anonymous said...

Adakah Fitnah ura-ura kemasukan PAS ke dalam BN adalah fitnah???


1. Bukan Fitnah TG Hj Hadi, memang betul TG Hadi mengaku nak bawak PAS masuk BN.
2. TG Hadi kata nak buat kerajaan perpaduan, then orang tanya, apa dia kerajaan perpaduan, TG hadi bagitahu, kerajaan tanpa pembangkang. TG Hadi konsisten dengan statement ni kat mana-mana
3. Kerajaan tanpa pembangkang adalah PAS masuk BN. Itu dia kerajaan perpaduan. Budak darjah dua pun tahu benda tu.
4. Memang lah orang PAS marah, bila ada usaha nak bawa PAS masuk BN. Gila la orang PAS tak marah. Kenapa salahkan orang PAS, kenapa tak salahkan TG Hadi.
5. Kerajaan tanpa pembangkang adalah slogan sama Tun Razak pada tahun 1970. Tapi DAP dan Parti Buruh tak masuk BN. PAS dan Gerakan aje masuk BN.
6. Sebab itu orang UMNO sokong gila kerajaan perpaduan. Apa lagi fitnah. Dah terang lagi bersuluh
7. Muktamar kali ni penentu, halatuju PAS, adakah pergi ke BN ataupun kekal di Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Syed said...

Anonymous said...

KAMI INGINKAN NEGARA YANG BETUL BETUL DEMOKRASI!!BUKAN SETAKAT POLITIK TAPI SEMUA ASPEK!!MUSIK,PAKAIAN,AGAMA,KEPERCAYAAN DLL!!!JADI MAKSUDNYA DISINI KAMI INGINKAN SEBUAH KERAJAAN YANG SEKULAR!!!BERTINDAK ADIL BUKAN BERPANDUKAN DARI SATU JENIS AGAMA SAHAJA!!!!!!!!!!!!!!!DEMOKRASI DEMOKRASI DEMOKRASI!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku Jawab: Inilah kerja geng Muzakarah. Asyik timbulkan provokasi sahaja.

fawwaz said...

Ustaz,

Ana kagum dgn stand ustaz yang jelas tentang kepimpinan ulama' sebagai no 1 dan 2 dalam PAS. Cumanya ana rasa ustaz sendiri perlu mengkaji balik stand ustaz tersebut.

Kepimpinan ulama' adalah dalam bentuk institusi dalam PAS dan bukannya individu. Ini jelas dimanifestasikan oleh Majlis Syura Ulama' sebagai supreme body dalam PAS. Justeru untuk mengatakan bahawa no 1 dan 2 adalah mesti ulama' adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan orang yang paling layak (terutamanya jika bukan berpendidikan formal dalam agama) tidak dapat berkhidmat dalam kapasiti tersebut lantas merugikan ummah.

Ana lebih cenderung untuk mengatakan bahawa syarat asas seseorang utk manjadi no 1 dan 2 dalam PAS selain daripada kompeten adalah bertaqwa. Belum tentu lagi seseorang ulama' itu adalah lebih dekat dengan Allah dan begitu juga seorang profesional. Ana faham ustaz telah pun menerangkan bahawa profesional juga boleh menjadi ulama' tetapi rasanya definisi yang diguna pakai dalam PAS dan diterima umum ialah syarat utk menjadi ahli Dewan Ulama' yakni mempunyai pendidikan formal dalam agama.

Ana tidak menyokong mana-mana individu untuk memegang jawatan tersebut, cumanya ana rasa kita mesti jelas dari segi prinsip. Risau sekiranya perkiraan kita berdasarkan individu-individu yang menawarkan diri utk jawatan tersebut menimbulkan implikasi negatif yang tidak perlu pada masa hadapan.

Ana adalah anak murid ustaz dan ana rasa ustaz sendiri akan layak untuk jawatan no 1 dan 2 apabila tiba masanya. Pimpinlah Dewan Pemuda buat masa ni dan inshaAllah ana sokong ustaz sekarang dan apabila ustaz bersedia untuk memegang kepimpinan tertinggi nanti.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive