HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, May 4, 2009

Polemik di DUN Penanti

Mengikuti perkembangan di DUN Penanti menjelang pilihanraya kecil yang akan diadakan di DUN tersebut adalah suatu yang sangat menarik .

PAS Penang kian tegas agar kerusi DUN Penanti diserahkan kepada PAS setelah menyaksikan gesaan akar umbi yang mahukan kerusi tersebut diserahkan kepada PAS .

Bermula dengan kontraversi perletakkan jawatan Fairus sebagai ADUN Penanti yang disifat sebagai satu insiden yang boleh dielakkan sehinggalah ke detik ini , polemik penentuan kerusi masih berlarutan .

Peringkat awal , kenyataan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Hafiz Nordin yang menyatakan hasrat Pemuda PAS Penang untuk meletakkan calun di Penanti menggemparkan politik tanahair .

Pelbagai pihak tampil mempersoalkan langkah Ustaz Hafiz yang dianggap tidak bijak dan membawa kepada pertelingkahan antara dua parti besar dalam PAKATAN Rakyat .

Beberapa hari kemudian , berlangsung Mesyuarat Agung PAS Kawasan Permatang Pauh yang turut menyaksikan capaian sebulat suara ahli PAS di Kawasan itu untuk menyokong bahawa kerusi DUN Penanti sewajarnya diserahkan kepada PAS .

Kemudiannya Muktamar Dewan Pemuda PAS Penang yang berlangsung kelmarin dan dirasmikan oleh Yb. Zaki Ibrahim [ Timbalan Speaker DUN Kelantan ] turut mempertegaskan hal yang serupa melalui keputusan sebulat suara agar kerusi DUN Penanti diserahkan kepada PAS .

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bayan Baru juga sebulat suara meluluskan usul agar kerusi DUN Penanti diserahkan kepada PAS .

Hari ini kita mendengar pula keputusan Badan Perhubungan PAS Penang melalui Dewan Hariannya membuat kenyataan akhbar yang turut membawa nada yang sama mendesak agar kerusi DUN Penanti diserahkan kepada PAS .

Jelas kelihatan sikap dan pilihan yang diambil oleh jentera PAS di akar umbi khasnya di dalam DUN Penanti . Justeru itu , satu rundingan segera saya cadangkan agar PAKATAN Rakyat dapat menyelesaikan polemik ini dengan memastikan siapa yang layak atau parti mana yang wajar untuk diberikan amanah bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti .

Walaupun telah jelas bahawa kerusi tersebut adalah kerusi yang dipertandingkan oleh PKR dalam pilihanraya umum yang lalu , tetapi wajar jua diambil kira faktor semasa dan alasan - alasan mendatang yang memungkinkan satu keputusan bijak diambil disamping memelihara keutuhan PAKATAN Rakyat atas semangat saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Saya percaya masing - masing mempunyai hujjah , oleh kerana itu marilah duduk bersama dan berbincang secara objektif dengan melihat pelbagai sudut yang mewajarkan parti itu berhak ke atas kerusi DUN Penanti .

Saya juga tertarik dengan kenyataan Dr Mujahid Yusuf Rawa mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Penang sebagai Timbalan Pesuruhjaya bahawa desakan ini bukan kerana menginginkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 tetapi kerana mahu menghilangkan persepsi buruk rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat .

Beliau turut mempertegaskan betapa perlunya pimpinan PAKATAN Rakyat mengambil kira kehendak akar umbi kerana mereka kelak yang akan menjadi jentera untuk menjana kemenangan di DUN Penanti .

Suka saya nyatakan di sini , apa pun tindakan , keputusan atau ulasan yang mahu dibuat oleh pihak pimpinan atau siapa jua sewajarnya terlebih dahulu mendapatkan keterangan lisan dari pimpinan PAS Penang mahupun Pemuda PAS Penang .

Salah sangka terhadap Ustaz Hafiz Nordin kononnya huru hara atau polemik ini angkara beliau akan dapat dihilangkan melalui langkah yang saya maksudkan tadi . Lihat perkembangan dari dekat dan dapatkan fakta kes dari yang berhak lalu timbang kenyataan dari pimpinan akar umbi .

38 comments:

Anonymous said...

Ust Hafiz Nordin tu memang terkenal dengan sikap keras keng dia tuh. Sepatutnya, dia dan Ust Nasa Tantawi kena educate ahli, bagitahu kat ahli PAS Permatang Pauh, kalau nak kerusi tu, deal balik masa prk 13. Bukan sekarang masanya. Masalahnya, Ust Hafiz Nordin dan Ust Nasa Tantawi yang pergi hasut semua perwakilan. Pastu, bila perwakilan buat usul nak PAS bertanding, korang kata bahwa itu kehendak akar umbi, sedangkan itu semua kehendak korang sebab korang anti dengan PKR dan saja nak sakitkan hati PKR. Selain itu, nak cari sebab untuk kelahi dengan PKR agar boleh keluar dari Pakatan Rakyat dan seterusnya masuk Barisan Nasional.

Anonymous said...

setahu saya.. Hafiz Nordin di bengkek sangat dengan Lim Guan Eng sebab dia x dilantik dalam GLC.... start situlah dia hentam lim Guan Eng gile-gile ... semua kait dengan Penang dia akan hentam.. kononnya nak bagi lim guan eng bengang...

takkan tak dapat GLC pun cow nak ngamuk????...

Anonymous said...

Tak salah nak ambik Dun Penanti tp tggu ler PRU13...ni bukan masa yg sesuai utk bertelingkah dan berkeras mahukan Dun Penanti tu walau dgn apa jua alasan..yela..kira alasan ler (tak konkrit langsung) bila Dr Mujahid kata gitu....
1 lagi...nampaknya orang2 kita skrg ni kurang WALA'....dlm bahasa kasarnya..GILA KUASA...

Anti UMNO said...

Sila rujuk pendedahan berkaitan Mohd Hafiz Mohd Nordin, Ketua Pemuda PAS Penang ini di:

http://www.malaysiawaves.com/2009/05/ketua-pemuda-pas-penang-berlagak-macam.html

Penyokong Al Marhum said...

Bukan Hafiz ni ke yang memalukan PEsuruhjaya PAS Pulau Pinan dalam isu I-Dance dahulu?

Bukan dia ni ke yang buat fitnah kononnya kerajaan PEnang telah menyama tarafkan semua agama di Penang?

Apa yang hebat sangat mamat ni. PErangai dia macam budak tadika.

Lupa ke, kerusi Penanti ni diserahkan kepada Keadilan oleh UStaz Fadzil Nor (Al Marhum) sendiri?

Membuat kenyataan begini sebenarnya seperti mengutuk UStaz Fadzil Nor sendiri?

Ahli PAS Penang said...

Ustaz Salleh Man ni bukan ulama ke?

Ustaz Saleh Man ni bukankah telah berkecimpun dalam PAS Penang sejak zaman Ustaz Zabidi Ali lagi?

Anti BN said...

Saya baik dengan Guan Eng. Nanti saya minta supaya ulamak su' macam Hafiz Nordin ni dilantik sebagai salah seorang pengarah GLC. Atau ahli majlis. Otomatik aje dia akan setuju PKR bertanding kat Penanti. MAsa tu, seratus ayat Quran keluar dari mulut dia dan mulut Tantawi untuk mencerca siapa yang mahukan PAS bertanding kat Penanti.

Alih-alih, soal pangkat dan jawatan jugak puak nih. Sembang macam bagus. Tak malu mengaku diri ulamak.

Yunus said...

Salam

PAS tidak sepatutnya susah hati. Kerana PAS bertanding banyak kerusi di Pulau Pinang masa PRU 12. Cuma nasib tidak baik, PAS hanya menag satu sahaja. Sebabnya, PAS juga yang minta untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Oleh itu, masa PRU 13 kelak, PAS kena kerja kuat lagi supaya menang di kerusi tradisi Melayu yang ditandingi dan seterusnya ada banyak kerusi dan boleh PAS jadi KM Pulau Pinang. Itu yang sepatutnya dilakukan. Bukannya, kacau kat tempat orang lain. Sampai Pakatan Rakyat menjadi retak.,

Anonymous said...

kebanyakan komen-komen di blog ustaz nik dan ustaz din kebelakangan ini 'rasa lain macam'....pengalaman kita, ahli pas sangat beradab dalam melontar pandangan....saya rasa kebanyakan yang nampak longgar akhlak menulis tu adalah pkr.....itu memnag cara depa...

anak penang said...

salam..
macamna klu pecat je hafiz ni ganti dengan ust yusni mat piah jd ketua pemuda...

anak penang said...

nak dengaq komen ust din ni...

Anonymous said...

tantawi ni mmg anti dgn pkr tp bernada lembut nak 'berkelambu' dgn umno sampai kena 'tangkap khalwat' walaupun mati2an dinafikan dulu bahawa ada berbincang dlm gelap dgn umno...

itu kalau kita tuduh penipu amacam???

ulama tak menipu!!!!

hahahaha...tak abih2 kena tipu dgn umno....

tok gutu nik aziz lebih bijak...ikut tok guru nik aziz..insyaallah selamat...

wali said...

kenapa usta din menulis lagi tentang perkara ini... wala' jelah pada keputusan pimpinan pusat... jgn didik ahli langgar arahan pimpinan.. lebih baik profesional islam yang Faqih dari ulama yang tidak faqih... Semoga Pas juga dibersihkan dari unsur2 sangka buruk kepada orang yang telah kita ikat perjanjian dengan mereka.. Dengan Umno bersangka baik tapi dengan Pkr bersangka buruk...

Anonymous said...

Anonymous Said:

"kebanyakan komen-komen di blog ustaz nik dan ustaz din kebelakangan ini 'rasa lain macam'....pengalaman kita, ahli pas sangat beradab dalam melontar pandangan....saya rasa kebanyakan yang nampak longgar akhlak menulis tu adalah pkr.....itu memnag cara depa..."

Orang yang paling beradab sekali dalam PAS adalah Nik Abduh. Habis semua dia fitnah nya. Kelam kabut PAS.

Nasrudin said...

Kalau anggap saya bermusuh dgn PKR tidak betul demikian juga kalau anggap saya langgar keputusan pimpinan PAS pusat juga salah .

Apa yang saya tulis , bacalah dengan tenang dan baik .

Saya cadangkan supaya satu runding dan perbincangan diadakan dikalangan pimpinan PAKATAN untuk selesaikan isu ini .

Sebab pada saya , ambil kiralah sama suara akar umbi . Bincang dan runding untuk selesaikan masaalah dan besar kemungkinan keputusan rundingan itu akan berpihak kepada PKR

semua pihak akan terima insyaallah . Saya akur kepada keputusan PAS pusat dan saya mendokongnya . saya tidak pernah abai atau melanggarnya . cuma saya cadang adakan satu rundingan .

kalau setuju , berunding lah . kalau tidak setuju runding tidak mengapalah . Saya akur .

Atau ada sdr temui perkataan saya membantah keputusan parti . Cuma dlm masa yg sama , saya minta pimpinan dengar lah dulu suara akar umbi lepas tu putuskanlah .Nak pecat hafiz Nordin pun saya setuju sangat , tapi dengar dan bincang dulu .

Jangan kita buat keputusan dari Kuala Lumpur tanpa turun dan panggil mereka untuk bincang . Sehingga hari ini , tiada siapa lagi panggil dan bincang dengan hafiz .

Bukan Hafiz sahaja yg wajar diambil tindakan . Saya kira lebih seribu ahli PAS di Penang yang tak dengar cakap pimpinan PAS pusat tu perlu diambil tindakan atau mungkin dipecat .

cuma satu permintaan saya , saya sebut secara jelas dlm tulisan saya , sebelum tindakan diambil dan sebelum ulasan dibuat , turun dan bincang dulu dengan mereka . itu sahaja .

PAS PJ Utara said...

Yang saya tahu, usul tersebut dibuat oleh pimpinan PAS KAwasan PErmatang Pauh.

Sebab tu lah takda sapa nak bidas dan lawan sebab segan dengan kepimpinan PAS Kawasan.

Hakikatnya ada beberapa kerat orang sahaja yang pembuat pasal dalam PAS Permatang Pauh ni.

Salah seorang adalah Mohd Hafiz ni.

Benci Maksiat = Benci UMNO said...

Ustaz,

Kalau ustaz nak sangat join dengan UMNO, lain kali ada kedai judi baru bukak, ustaz pegi la buat solat hajat, doa selamat dan baca yaasin.

UMNO dan judi macam kulit dgn isi. UMNO dengan arak mcm kulit dgn isi. UMNO dengan kelab malam mcm kulit dgn isi.

PAS dulu tinggalkan UMNO sebab perkara2 ni.

Ustaz dah lupa ke sejarah PAS dan kenapa Tuan Haji Ahmad Fuad nak keluar UMNO sangat2 masa tu?

Anti Fraksi UMNO said...

Geng Fraksi UMNO dalam PAS tak habis-habis nak berkokok.

Ketuanya tentulah Roslan SMS

TGNA Bersuara said...

http://www.malaysiakini.com/news/103542

PAS, jangan kacau PKR di Penanti

May 4, 09 12:17pm

Mursyidul am PAS berkata beliau tidak mahu anggota parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat dengan menuntut PAS meletakkan calon pada pilihanraya kecil DUN Penanti.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga menteri besar Kelantan, berkata PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan PKR berhubung pengagihan kerusi pilihanraya yang dibuat sebelum ini, lapor Bernama.

"Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna.

"Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," beliau dipetik berkata di kediaman beliau di Pulau Melaka hari ini.

Nik Abdul Aziz mengulas desakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon PAS bertanding di DUN Penanti.

Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas timbalan satu ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin, 16 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan hari pengundian 31 Mei.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi
pendirian parti itu untuk menyokong calon PKR Mansor Othman dan keputusan itu adalah muktamad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor, antaranya, PKR telah bertanding di kawasan berkenaan pada pilihanraya umum tahun lepas dan memenanginya.

BN akan memutuskan hari ini, sama ada akan bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil kali ini.

------------------------------------

Sejak bila golongan Ustaz Mee Goreng buang bab taat dan wala' ni. Bengong sungguh. Nak sangat bergabung dengan UMNO. Beginilah jadinya.

achok sabah said...

kalaupun suara akar umbi..tak kan kita sanggup mungkir janji..

ulama mana yg ajar kita supaya mungkir janji ni?

cuba kita bayangkan bile PKR buat hal macam ni time bukit gantang??tak ke sakit hati kita??

kalaupun nak sangat kerusi ni,knapa tak tunggu pru 13??masa tu lah baru bincang pembahagian kerusi,,tolonglah, jangan bagi leher kita utk disembelih media umno kawan..

Anonymous said...

Saya cadang ust din tak payah lah tulis apa2 analisis isu semasa. Analisis ust din mengelirukan serta boleh mengkusutkan pemikiran ahli jemaah. Ust perlu duduk diam...berguru dgn TGNA...analisis TGNA tepat, padat & dan ahli boleh fikir....
Analisis ust din pening, berbelit2 serta tidak akademik. Ust din perlu lebih "smart" jika nak pimpin pemuda....idea bernas, pemikiran kelas pertama.

Anonymous said...

salam, Sabarlah ustaz. Biasalah ada yang pro dan kontra. Justeru itu kita bukan saja perlu bertitle ulama', malah kena tinggi daya intelektual dan profesional. Bukan setakat tahu guna ICT, tapi tahu pakai otak secara optimum. Baru mampu layari politik negara, bukan setakat politik dalam tempurung PAS sahaja.

Anonymous said...

Ni tak menderhaka kat TG Presiden dan Tg Mursidul Am ke? Atau bila nama ustaz bebas le menderhaka. Nak selak kain tepi jalan pun tak apa. Bila nama pekerja kokap parti macam aku kena sami'na wa ata'na.

Anonymous said...

Ustaz,
Mudah sangat ke nak dapat title ustaz tu. Pergi Madinah setahun dua, balik jadi ustaz. Ataupun pergi le setahun dua di Al Azhar, atau Jordan atau Syria. Baru terus jadi ulama'. Ada yang belajar bahasa arab klasik, ada yang belajar perbandingan undang-undang, balik dah jadi ulama' kabir.

Suara Sg Besar said...

USt Tantawi

Masalahnya bukan sebab pimpinan Pusat tak turun dengar pandangan orang bawah, tapi sebab orang dah tahu perangai si Hafiz Nordin tu. Lepas ni, apa pulak yang dibuatnya. Perangai dia memang anti PR. Dan dia sengaja cari pasal untuk retakkan hubungan dengan PAS. Saya merayu dengan Ust Tantawi, janganlah terpengaruh dengan Hafiz Nordin tuh. Cubalah lepak sekali dengan USt Wan Jie, Ust Saiful Islam Hasrizal, Lawyer Abdullah Karim, Dr Hamzah Jaafar, baru syok sikit bincang. Lihat perkara ini semua daripada angle yang lain pulak. Takdelah dari angle yang sama sahaja setiap hari. Ok, selamat memimpin pemuda. Tapi Ustaz kena cari team yang baik ye, Jangan pilih Ust Nik Abduh dan Ust Hafiz Nordin dan Ust Solihin Muhyi sebagai Team Ustaz.

Nasrudin said...

Wallahualam bis sowab

Tetapi Dr. Mujahid Yusuf yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Penang membuat kenyataan akhbar bahawa PAS penang mohon agar PAS pusat kaji semula kedudukan kerusi di DUN Penanti .

Saya hanya mohon supaya kes ini dibincang dengan PAS Penang . Pas tu kalau keputusannya kerusi itu tetap diserahkan kepada PKR maka saya dengar dan taat . Saya tiada apa - apa kepentingan pun .

Tak kan saya minta bincang dengan PAS Penang maka saya dikatakan nak join UMNO . Jauh sangat telahan saudara semua .

Anonymous said...

Tantawi kata:
"cuma satu permintaan saya , saya sebut secara jelas dlm tulisan saya , sebelum tindakan diambil dan sebelum ulasan dibuat , turun dan bincang dulu dengan mereka . itu sahaja."

Aku nak tergelak sampai nak terkentut.... Kenapa ulama muda dalam pas hipokrit... Bila Nik Abduh menulis... kenapa tak kata dengan nada yang sama. TURUN DAN BINCANG DULU DENGAN MEREKA. tantawi sokong. Lebih ajaib bila tantawi kata dia boleh lihat keikhlasan Nik abduh. (kasyaf) Bila kroni buat salah.. Ya Allah... kenapa nak jadi munafiknya (talam dua muka)

Masa Mustafa Ali cabar ust Hassan Syukri dalam perebutan jawatan timbalan presiden pada tahun (tak ingat: empat lima tahun lalu) kenapa tak bising pertahan kepimpinan Ulama.

Hassan syukri ulama
Mustafa Ali bukan ulama.

kenapa... kenapa... kenapa.

sebab tu laa aku kata.. ulama muda macam tantawi ni jangan jadi munafiklaa. Ini bukan tuduh. Perkataan "jangan" itu maknanya minta tolong.

Tak Suka Mustafa Ali said...

Mustafa Ali orang paling munafik dalam dunia.

Dia antara orang yang cadangkan kepimpinan Ulamak dalam PAS pada tahun 1982 sebab terpengaruh dengan syiah sesat Iran.

Tapi pada tahun 2003, dia juga bertanding lawan Hasan Shukri, Mustapha Ali bukan ada degree FPI, Hasan Shukri lulusan Iraq, tapi Mustafa Ali lawan jugak Hasan Shukri, Mustafa Ali tak bising pun pasal nak Timb Pres Ulamak masa tu.

Alih-alih sekarang ni, sebab Ust Nasha Mat Isa tu kroni dia, untuk bawak masuk PAS dalam BN, terus aje dia buat statement Pres dan Tim Pres mesti orang ada degree FPI. Keling amenda dia ni. Munafik macam Abdullah bin Ubai.


Mustafa Ali mengaku dia sebagai pakar strategi PAS. Jadi Pengarah Pilihanraya. Tapi dia bertanding pun kalah. Dah lah bertanding di kawasan selamat dalam Parlimen Marang. Kalah jugak. Strategi amenda dia ni.

Pastu, negeri yang dia pimpin pun kalah. Macamana pengarah pilihanraya PAS, negeri lain menang, negeri sendiri kalah teruk. Sebelum PRU12 bukan main gong lain, bising kat orang nak tawan terengganu.

Orang macam ni PAS duk simpan lagi. Memang sampai kiamat PAS tak maju.

Anonymous said...

Salam ukhwah,

Ustaz, apabila GAMIS nampak ada kepala sendiri sebelum ini, dipanggil beberapa pimpinan dan dihizbah ala2 ayatoLlah di Pej.Agong PAS.

Apabila kepemimpinan Pemuda PAS sendiri tidak wala' pada TGHH dan TGNA berhubung Penanti untuk PKR, dibincang pula isu akar umbi.

Bila adik2 kampus (GAMIS) tak dengar cakap kita (PAS), kita pukul paradigm mereka dgn isu x wala'. Bila kita (KP Penang dan yang pro KP Penang) tak wala' kepada pimpinan tertinggi PAS, apa pula hujah kita (DP)?

Allah ada seribu satu cara nak menghina hamba2nya. WaLlahu a'lam.

Nasrudin said...

Salam ukhuwwah bersambut

Bila pula hisbah ala ayatollah ke atas Gamis itu diadakan ? apa yg berlaku perbincangan kita dengan mengemukan aduan kepada gamis dan dijawab dgn baik oleh Presiden gamis . Saya sendiri yang melepaskan Gamis sebagai tidak bermasaalah hari tu . Majlis itu bukan perbicaraan itu adalah perbincangan dan mohon penjelasan dari Gamis setelah kita dengar mcm mcm aduan .

Cara saya ialah panggil Gamis dengar sendiri dari mulut Presiden Gamis . Alhamdulillah Pres gamis jelaskan dengan baik dan semua pimpinan Pemuda Pusat yg hadhir puas hati mlm itu .

Kenapa saudara timbulkan isu ini dan pula membuat tanggapan yg salah .

Adapun isu penanti , juga saya cadang supaya PAS pusat panggil PAS Penang bincang .

Cadang panggil bincang tidak mencabar wala' bahkan TGHH sendiri tahu tahap taat dan wala' saya kepada beliau selaku presiden parti .

Saya cuma cadang untuk bincang dulu . kenapa melenting ?

Kalau tak nak bincang juga . Tetap nak buat keputusan , alhamdulillah kami taat . tiada masaalah .

Bukan saya suruh PAS penang teruskan hasrat menentang keputusan PAS Pusat .

Semalam Dr. Mujahid sendiri telah memohon PAS Pusat kaji semula perjanjian berkait kerusi penanti. Itu keputusan dewan harian PAS Penang yg saya tiada di dalamnya .

Dr. Mujahid dan pimpinan Dewan Harian Penang pun bukan tidak wala' , cuma mrk mohon kaji . kalau permohonan itu lulus kaji lah . Kalau tidak lulus saya percaya mereka terus akan taat pimpinan .

Sdr jgn bimbang .Tiada masaalah wala' disini . apa dibincang ialah cara penyelesaian . dan saya ulangi saya hanya cadang bincang atau runding dulu .

Sahabat saya khairil faizi dlm blognya juga minta agar bincang dengan baik perkara ini . mungkin mrk ada hujjah yg perlu ditimbang oleh pimpinan .

tetapi ... jika cadangan itu di tolak , tak ada masaalah . saya tak ralat sedikit pun krn pimpinan tentunya lebih memahami tindakan mereka .

Allah jua mempunyai sejuta cara untuk memuliakan hamba2Nya

wan_jtk said...

Ustaz, semoga sabar menerima makian dan hinaan orang yang memberi komen di sini.

Saya diantara orang yang faham dengan cadangan ustaz yang mencadangkan, bukannya menderhaka.

Diorang tuduh ustaz tak wala', sama macam UMNO tuduh nizar derhaka.

Cuma diorang tuduh ustaz dengan melampau padahal tak adapun satu ayat bantah atau tak setuju dari artikel ustaz. Nizar sebut sembah derhakapun kita tak defend dia.

Sayapun pelik campurt kelakar, ustaz mujahidpun ada bersuara, tapi mereka balun ustaz seorang.

Anonymous said...

Salam Ukhwah,

Pada pendapat Ana Ust Hafiz hanya menyatakan pendapatnya sahaja , dan beliau mewakili suara "grassroot" yang mahukan PAS bertanding di DUN Penanti. Bukan beliau sahaja, malah PAS Kaw Pmtg Pauh, PAS Kaw Bayan Baru yang YDP nya adalah Ust Mujahid & Dewan Pemuda PAS negeri sebulat suara telah mengemukakan usul yang sama . Ini bukan bermakna mereka ini tidak wala' kepada pimpinan dan Insyaalah jika keputusan pimpinan untuk memberi laluan kepada PKR ,maka sokongan tetap akan diberikan cuma dalam konsep demokrasi kita berhak untuk memberikan pendapat.

Anonymous said...

apsal ada isu GAMIS plak dalam diskusi ni. menyebuk je.. alah, kitorang tau korang baik dengan Nazri Gerak.. korang pon sama menyokong kerajaan perpaduan. nak bergabung dengan UMNO.. SUDAHLAH...

Anonymous said...

salam,

tgna telah pun keluar kenyataan kerasnya berkaitan isu prk dun penanti ni.

harap semuanya terima keptusan dan prjanjian yg telah dibuat dgn sahabat kita dr pkr.

rasa malu pula bila 'ustaz dan ulama' nak langgar janji????

rasanya utk jd pemimpin pemuda masa depan kena byk timba pengalaman dan tak cepat melatah!!!!

sekilas ikan di air...perwakilan tahu jantan betina.....

Anonymous said...

Ust Hafiz Nordin tu memang racist dan ada personal problem dengna KeADILan dan DAP. Tapi dia heret PAS. Lepas ni apa pulak idea dia nak pecahkan Pakatan Rakyat. Cara nak senyapkan mulut dia senang aje. Kerajaan Pulau Pinang bagi jawatan ahli Majlis kepada Hafiz Nordin. InsyaALLLAH senyap. Sebab material matlamat perjuangan beliau. Kalau tak percaya, cuba buat.

Anonymous said...

Banyak masalah dlm kerjasama dgn pkr dan dap di penang. kalau masalah pribadi tak de kita kecoh sangat, tapi kalau masalah berkaitan dengan agama ni...kita kena tengok juga. Pas tidak diberi peluang utk jawatan dlm kerajaan pakatan rakyat di Penang...hatta kita minta bahagian agama pun tak mahu kasi sebab takut dgn 'perjuangan agama ala pas'...
Dap rasa PKR 'lebih baik' mengendalikan hal-hal agama islam di Penang...

saya setuju dgn ustaz,
pimpinan bincang dgn Pas Permatang pauh...tapi p/raya ni biar on dulu dgn calon penanti dari PKR, demi perjanjioan yg sudah dibina. tapi saya rasa sudah masanya menilai balik keuntungan 'hubungan ' yg dibina dlm Pakatan Rakyat"....ramai ahli peringkat akar umbi sudah gelisah dan tidak selesa dgn kerjasama ini.....pimpinan patut dengar suara ahli bawahan.

Syed said...

Anonymous said...

Banyak masalah dlm kerjasama dgn pkr dan dap di penang. kalau masalah pribadi tak de kita kecoh sangat, tapi kalau masalah berkaitan dengan agama ni...kita kena tengok juga. Pas tidak diberi peluang utk jawatan dlm kerajaan pakatan rakyat di Penang...hatta kita minta bahagian agama pun tak mahu kasi sebab takut dgn 'perjuangan agama ala pas'...
Dap rasa PKR 'lebih baik' mengendalikan hal-hal agama islam di Penang...

Aku Jawab: Ooo rupanya patutla asyik kelahi dengan PKR. Nak jawatan exco rupanya. Perjuangan kerana jawatan. Beginilah, sebenarnya benda ni memang dah setuju peringkat atasan. Sebab kat Kedah, PAS pun tak bagi ruang kat DAP juga. DAP tak bising sebab sebagai balasan ialah di Penang pun dia kurang bagi ruang kat PAS. Kalau nak ubah benda ni, kena melalui pimpinan atasan, kat kedah bagi satu exco pada DAP dan kat Penang bagi satu exco kat PAS.

Anonymous said...

semua boleh baca artikel ustaz Din di sini terbaru pasal penanti

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/05/pas-tidak-tanding-di-penanti.html

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive