HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, May 4, 2009

Kepimpinan Adalah Taklif

Menghampiri tarikh Muktamar PAS Pusat ini , suhu atau bahang pemilihan kepimpinan baru semakin terasa malah menusuk ke isi dalam . Harapnya gerhana ini segera berlalu kerana saya percaya segala persilangan yang berlaku masih dalam sangkar Fastabiqul Khairaat . [ berlumba - lumba untuk berbuat kebaikan ]

Kerana semua sedia memahami melalui skima pentarbiyahan yang diambil dari usrah atau tamrin selama ini bahawa kepimpinan adalah [ taklif ] tanggungjawab .

Bukan calang - calang orang atau bukan kepalang ilmu yang dimiliki bagi mereka yang bersedia menawar diri untuk diberi amanah kepimpinan dalam parti . Sementelah pula semua mengetahui bagaimana jawatan dan kepimpinan dalam parti ini tidaklah bergaji bahkan ada yang sanggup meninggalkan tawaran gaji yang lumayan untuk berjuang sampai mati .

Walau tidak kita nafi kemungkinan ada mereka yang tidak ikhlas dalam perlumbaan ini dengan menjadikan kepentingan diri , pengaruh dan survival politik sebagai perkiraan utama tetapi tiada siapa yang boleh kita hukum melainkan kita serahkan mereka kepada Allah swt . Saya yakin dan percaya bahawa Allah swt akan memelihara jamaah ini dari segala unsur yang salah dan negatif .

Tahniah dan Takziah kepada semua Pimpinan bagi sessi 2009/11

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan jua takziah secara serentak kepada semua saff pimpinan baru atau yang kekal dari sessi lalu untuk memimpin parti di pelbagai peringkat . Bemula dari cawangan , kawasan , dewan - dewan dan pusat yang disempurnakan pemilihan kepimpinannya pada awal june nanti .

Siapa pun mereka yang telah diamanah untuk memimpin parti ini [ PAS ] , ulama' , profesional atau aktivis , mereka semua adalah gandingan mantap untuk membangunkan parti tanpa syak kepada peranan mereka .

Tahniah saya ucapkan kerana mereka diberikan kepercayaan oleh ahli dan mereka mempunyai ruang terbaik bagi berbakti kepada perjuangan Islam ini sekaligus berpeluang memeliharanya dari segala elemen yang meruntuhkan perjuangan dan melunturkan daya juang .

Takziah pula saya ucapkan kerana amanah ini satu beban yang akan dipertanggungjawabkan ke atas kita . Tentunya beban ini akan merampas sebahagian besar masa , wang ringgit dan tenaga kita . Apa yang paling membimbangkan ialah amanah ini akan dihitung dan dipersoalkan kelak diakhirat oleh Allah swt .

Selamat bertugas semoga Allah swt bersama kita dengan iringan taufiq dan hidayahNya , memacu parti mendepani cabaran baru yang tentunya semakin mencabar sekaligus mengkaji ruang - ruang baru yang bermanafaat untuk memecah kebuntuan pendekatan kita yang terikat dengan simpulan aktiviti tradisi .

Kepimpinan yang Layak

Kematangan para perwakilan tentu sahaja menjadi sandaran jamaah untuk memilih saff kepimpinan yang bakal menerajuinya kelak . Terpilih bukan bermakna kita yang paling hebat sementara tersingkir pula bukan kerana kita tidak berguna . Sebaliknya pemilihan adalah agihan tugas dan kerja untuk disandang oleh hanya beberapa orang dari hampir sejuta ahli jamaah . Realiti ini tentu sahaja memahamkan kita bahawa pasti ada mereka yang terpilih dan ada pula yang tersingkir . Kerana parti tidak menyediakan sejuta jawatan untuk sejuta ahlinya .

Nokhtah ini meletakkan kita tenang menghadapi pemilihan kepimpinan jamaah biarpun ada ruang kempen dan sebahagiaannya turun melobi bahkan sekali sekala kedengaran riuh rendah di bawah bagai orang sedang berbalah . Biasalah , orang kampung nak kenduri , hiruk pikuk dibuatnya sehingga sesekali dengar seperti mereka sedang bergaduh tetapi hanya riuh mulut dan cepat tangan membuatkan suasana demikian .

Habis kenduri tu nanti insyaallah , sepi dan tenanglah suasana seperti sedia kala . Cuma pengantin terpaksalah bekerja keras sikit untuk mencuci pinggan mangkuk serta periuk kuali yang ditinggalkan . Kalau malas dan penat sikit - sikit pun , kenalah tunjuk rajin depan bapa mertua . Begitulah adab - adab orang lama

Begitulah pemimpin yang dipilih kelak , selepas muktamar nanti ada tugas besar menanti mereka . Penting sekali untuk mereka ialah kembali merapatkan saff yang mungkin sedikit renggang dan menenangkan keadaan dengan kembali mengambil fokus perjuangan tanpa menolah ke kanan dan kiri untuk menilai kamu dulu dari kem mana ? dan kamu pula dari kumpulan mana ? dan kamu yang ini dari line mana ?

Kem kita satu iaitu PAS . Kumpulan kita satu iaitu kumpulan pejuang . Line kita satu iaitu jihad fi sabilillah .

Adapun kumpulan yang macam - macam istilah hari ini saya kira seperti kumpulan basuh pinggan , kumpulan menyedia dan menambah makanan , kumpulan penyambut tetamu dan kumpulan berbual untuk menceriakan suasana namun semuanya untuk menjayakan majlis kenduri tadi . Habis kenduri nanti kumpulan tu akan bubar dengan sendirinya . Setuju tak ?

22 comments:

Yunus said...

Salam

Inilah komen Ustaz yang paling baik sekali. Jauh dari unsur kebencian. Menyatukan ummah dan menyatukan parti. Membayangkan ketinggian kefahaman Islam seorang tokoh. Selamat berjuang.

Islam Pasti Menang

Anonymous said...

apa yang saya tahu , ustaz ni macam nak test ahli jer nih . Nak tengok gelodak dibawah . macam mana warna dan tahap keruhnya .

saya ikuti tulisan ustaz din sejak 3 tahun yg lalu . tak missed saya bukak blog ustad . saya tahu benar cara ustad din menulis . saya tahu kefahaman dia .

selamat berjuang ustad .

Bogelkan Jemaah said...

Kumpulan yang tak puas hati akan bogelkan jemaah macam nik abduh.

Tahniah

Sorento said...

Ya Ustazi...

2 artikel dlm 1 hari...omputeh kata..NO WORD CAN SAY...betapa kecekalan ust dlm menyebarkan ilmu, maklumat dan fakta..cuma, bait terakhir ust tu..."habis kenduri kumpulan tu terbubar dgn sendiri.." tang ni saya tak setuju sb sebenarnya bila abis 'kenduri',diorang ni akan dapat habuan masing2...ada yg akan dilantik menganggotai GLC tertentu milik kerajaan negeri atau ..ada pape yg boleh dikatakan ganjaran krn menjadi juak2 atau tukang salak.saya harap ust bukan tergolong dlm golong itu.jgn jadi (mtk maaf, bukan nak buka pekung org)..Nik Abduh agak terlambuat bilamana umpan dah terjerat..dulu nape dia terima jawatan Ahli Majlis MPKB-BRI yg sememangnya takde kerja..elaun mesyuarat je danmensyuarat lak ntah pape..maaf, saya tau krn sepupu saya pun dlm tu..penasihat undang2 PKINK adik beradik dia merangkap anak TGNA sendiri...bapa mertua Nik Abduh ..YB Fatah Harun..semua orang tahu (terutama PAS KElate) macamana feel dia..2-3 hari lepas pulak keluar kenyataan ttg definisi ULAMA..tak ubah macam Tun Dr. Mahathir memberi takrif siapa itu ulama..he..macam2..cuma saya tabik sebab Nik Abduk rela berdepan dgn segala kemungkinan (negatif/positif)dan dia tidak beriman dengan arus mendatang.Ya Ustazi..pesaku utk mu...berdirilah dengan ilmu dan berjalanlah dengan iman...nescaya kamu selamat...

Ibnu Abas said...

Risau.....

Anonymous said...

kepada Bogelkan Jemaah..

kamu tuh yg bogelkan jemaah.sebelum nik abduh bawak tajuk keja2 bodoh pas.puak2 kamu serang ust nasa,`bogel`kn us nasa.tak pulak kamu heran.ada otak jgn la letak kat pala lutut.letak la kat pala otak.nak kata bodoh pun tak guna.usrah tak penah pi ke?lain kali.nak masuk pas.usrah,tamrin join la.bkn mcm UMNO.leh bogelkan, aib org dalam blog je.ada otak.pikir la skit.

Anonymous said...

Anonymous Said

"kamu tuh yg bogelkan jemaah.sebelum nik abduh bawak tajuk keja2 bodoh pas.puak2 kamu serang ust nasa,`bogel`kn us nasa.tak pulak kamu heran.ada otak jgn la letak kat pala lutut.letak la kat pala otak.nak kata bodoh pun tak guna.usrah tak penah pi ke?lain kali.nak masuk pas.usrah,tamrin join la.bkn mcm UMNO.leh bogelkan, aib org dalam blog je.ada otak.pikir la skit."

Sapa dia yang kamu maksudkan. Cuba cakap terang sikit. Jangan nak main serkap jarang macam Nik Abduh.

Bogelkan Jemaah said...

To Anonymous 04 May 2009 19:48

sebab aku masuk usrah, join tamrin dan berorganisasi dalam jemaahla aku kata perbuatan nik abduh tidak berakhlak dan jauh dari adab berjemaah. Dah diputuskan di dalam mesyuarat, kenapa pula nak bising2 di luar. siap jadi peluru UMNO lagi.

aku lagi nak tergelak bila ada orang berhujah "habis kamu tu bogelkan pimpinan mcm ust nasa dll tak mengapa" Masalahnya yang buat tu siapa?tulang besi dalam malaysiawaves?

Siapa yang peduli dengan tulisan tulang besi sebelum ni. takdak sapa ambil tau. utusan xpernah qoute pun. tak jadi isu besar pun.

Bila nik abduh yang ada jawatan dalam parti dan anak TGNA menulis, terus jadi isu besar dan media UMNO jadikan peluru main kita.

memang tak beradab la nik abduh. dah la salah, ego plak lagi.

muhafaza73 said...

salam, alahai x yah cite la mcm hang sorng je yg ikut usrah, tamrin @ akhirnya mkn ayam..bunyi mcm ahli jamaah jom je..lawak la ko ni BOGELKAN JAMAAH...ntah sape la naqib ko..

Anonymous said...

Jangan kita merasa angkuh dengan banyaknya usrah yang kita pergi

Jangan kita merasa angkuh dengan banyaknya tamrin yang kita pergi

Jangan kita merasa angkuh dengan degree FPI yang kita ada

Lihatkan dengan hati yang terbuka, ke mana hala tuju PAS selepas ini. Pertandingan Tim Pres menentukan adakah PAS akan bergabung dengan BN atau kekal dalam pakatan rakyat.

Lihatlah siapa yang mampu menjadikan PAS sebagai parti Islam yang dinamik dan dihormati, bukannya parti yang retorik semata-mata yang tidak digeruni oleh musuh

muhafaza73 said...

yg ni pn satu ble lak yg PAS nk brgabung dgn BN..tulis kot sedap tgn ko je..ikut mcm Datuk Paduka Husam yg x nk ckp pape lg slps wat knyataan yg brsimpang siur yg nmpk sgt x layk jd naib presiden apatah lg sbg timbalan..cdg pemeriksa kira2 ok tak...

Bogelkan Jemaah said...

anonymous muhafaza73,

Antara yang pernah jadi naqib usrah aku adalah ustaz din tantawi dan nik abduh. kenapa? tak percaya?

aku lagi tak percaya bila tgk apa yang mereka buat tak sama dengan apa yang mereka ceramahkan..

Anonymous said...

Yunus kata :

Inilah komen Ustaz yang paling baik sekali. Jauh dari unsur kebencian. Menyatukan ummah dan menyatukan parti. Membayangkan ketinggian kefahaman Islam seorang tokoh. Selamat berjuang.

Aku kata : ustaz Din komen lah macam mana pun dia tetap akan dicerca selagimana dia tak sokong husam dan rakan - rakannya

Anonymous said...

eceh.ke ko tuh sb?ntahla.aku tak rasa yg ko tuh.paham.lain kali.tengok la ulasan TGHH camna.pasal unity government.muqabalah.muktamar lepas dah tutup cerita muqabalah.yg hang dok memekak lagi ape pasal.dah selesai dlm muktamar.ko ckp belakang lagi tak puas hati.ko mmg darah daging UMNO la.pimpinan dah terangkan.telinga ko letak kat mane?.boleh kasi nama penuh.aku nak tanya us nik abduh dengan us din.ko nih ahli usrah dia.meh kasi kat aku.ko tak pueh hati ngan nik abduh.ckp berdepan.nih ko tibai dia dlm blog us din.ape paedah?

pas er said...

tok guru hadi pernah kata..

masa kita kemas rumah..keluarlah bunyi bising bila kita sama-sama punggah almari, alih meja, sapu lantai,susun kerusi..

orang luar rumah ingat kita bising-bising sebab gaduh...
rupanya sedang kemas rumah daaaa..

Bogelkan Jemaah said...

kalo nik abduh mengata pembantu-pembantu TGNA dalam blog boleh pulak. Mengapa nik abduh tak kata secara berdepan?

Jgn sokong mengkhinzir buta bai. tak baik untuk kesihatan.

Lagu Cinta Fraksi UMNO Dlm PAS said...

Marilah Mari
Bergabung Dengan UMNO
Kita tubuhkan Unity Government
Untuk Melayu kita

Untung sabut jadi Menteri Kewangan
Untung batu jadi Menteri Pelajaran
Kalau tak untung kena tipu lagi
Fraksi UMNO dalam PAS

Marilah Mari
Bergabung Dengan UMNO
Kita tubuhkan Unity Government
Untuk Melayu kita

Jawatan yang ada
Kita faraidkan
Untung-untung boleh minta jadi YB
Pilihanraya ke-13

Marilah Mari
Bergabung Dengan UMNO
Kita tubuhkan Unity Government
Untuk Melayu kita

Anonymous said...

nak tergelak pun ada tengok komen komen sesetengah org, marah betul bila ada yg tegur nik abduh dan uist din, siap kata jgn kutuk dan cerca.yg pelik nya saya pasti org org ni bole berfikir secara waras sebab boleh on dan guna pc.siapa yg memulakan masalah ini sehingga habis satu malaya dan musuh musuh pas berseronok dapat bullet? tolongla guna akal sedikit

Anonymous said...

siapa yg mula ... awak tak tengok atau tak baca perkembangan ke ...

ustaz nik dan tantawi baru jawab sehari dua ni jer . tapi sebelum ni telah berbulan bulan org tembak tok guru hj hadi , melaga lagakan 2 tok guru besar ini , dedahkan rahsia parti dlm blog ; Awak org tak nampak ker ..

org kelantan semua tahu laa perkara ni . kalau tak pun awak org pergi jumpa ustaz Nik sendiri dan dengar dari mulut dia sendiri pas tu ko orang hukum ler dia . nak pancung ker , nak tembak ker nak c4 ker lantak ko org lah

Anonymous said...

Masalahnya

1. Bukan Fitnah TG Hj Hadi, memang betul TG Hadi mengaku nak bawak PAS masuk BN.
2. TG Hadi kata nak buat kerajaan perpaduan, then orang tanya, apa dia kerajaan perpaduan, TG hadi bagitahu, kerajaan tanpa pembangkang. TG Hadi konsisten dengan statement ni kat mana-mana
3. Kerajaan tanpa pembangkang adalah PAS masuk BN. Itu dia kerajaan perpaduan. Budak darjah dua pun tahu benda tu.
4. Memang lah orang PAS marah, bila ada usaha nak bawa PAS masuk BN. Gila la orang PAS tak marah. Kenapa salahkan orang PAS, kenapa tak salahkan TG Hadi.
5. Kerajaan tanpa pembangkang adalah slogan sama Tun Razak pada tahun 1970. Tapi DAP dan Parti Buruh tak masuk BN. PAS dan Gerakan aje masuk BN.
6. Sebab itu orang UMNO sokong gila kerajaan perpaduan. Apa lagi fitnah. Dah terang lagi bersuluh
7. Muktamar kali ni penentu, halatuju PAS, adakah pergi ke BN ataupun kekal di Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

anon 12.23

awak kata org tak baca, ingat dlm malaysia 26juta semua ahli pas ke macam kita.

isu yg dibawa oleh nik abduh yg kita bincangkan, siapa yg perlekeh tghh, tolong bagi link,siapa pimpinan pas yg kamu tuduh tembak tghh, sila kemuka bukti.

bila kita komen mesti di tuduh perlekeh ulama, kenapa sampai macam, ingat ahli pas semua akal macam kamu ke? mungkin kami lebih sayang kan pas pdr kamu kot? dgn pas islam akan lebih di sayangi juga.ish leceh betul dgn org org macam ini.dekat cawanagan ada sorang dua macam ini, pakai jubah,berjanggut gelaran ustaz terus anggap org lain kurang ilmu dan sebagai nya, nasib baik tak ramai macam ini.

how i wish ramai yg macam prof dr hamirdin? kenal tak?

WAN ABDUHU said...

HANYA YANG JUMUD DAN BERPIKIRAN TERTUTUP AKAN MENYOKONG YANG JUMUD DAN BERFIKIRAN TERTUTUP!

CONTOH ADA DEPAN MATA!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive