Muktamar DPPN Pahang Kali ke 27

Muktamar ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Saudara Suhaizan bin Kayyat [ Ketua Penerangan DPPPusat ] sementara Al Fadhil Ustaz Nazri Chik sebagai pemerhati mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat .
Alhamdulillah saya sempat menghadhiri majlis perasmiannya sebagai tetamu yang diundang . Mengikut jadual asal saya diminta untuk merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak , namun malang di atas keuzuran saya buat masa ini [ tidak boleh ceramah kerana hilang suara ] , ianya terpaksa diganti .
Kesempatan isterehat panjang ini saya manafaatkan untuk menziarahi atau menghadhiri undangan ke majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang hari ini . Melepaskan kerinduan bersama sahabat - sahabat kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri yang terpaksa saya tinggalkan mereka dipertengahan musim seketika dulu .
Alhamdulillah , terubat jua akhirnya sebuah kerinduan yang bersarang sejak sekian lama terpendam . Terutama apabila saya mendengar ucaptama yang cukup bernas dan baik daripada Al Fadhil ustaz Suhaimi Md Saad selaku Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri .
Ucaptama yang bertemakan " Memacu Kebangkitan Menjana Kemenangan " membawa perwakilan pemuda memacu Politik Baru bagi membuka daerah perjuangan yang luas dan berkesan dengan memaknakan sokongan pengundi muda kepada PAKATAN Rakyat . Jua Memacu Kepimpinan Pelapis demi kesinambungan perjuangan yang tentu sahaja bakal menempuh jarak yang sangat jauh sebelum mencipta kejayaan dan kemenangan .
Pemacuan tarbiyyah turut diagendakan dalam perbahasan ucaptama Pemangku Ketua DPPNPahang sebagai pengisian asas menjana kemenangan di negeri Pahang .
Hari ini juga DPPNPahang turut menyaksikan persaraan beberapa anggota exco DPPNPahang yang telah pun melewati usia 40 tahun . Saudara Hasanudin Salim setiausaha DPPNPahang yang kini telah diamanahkan sebagai setiausaha PAS Kawasan Temerloh , Sdr Dr. Nilam exco DPPNPhg - kini diamanahkan sebagai Yang Di Pertua PAS Kawasan Raub dan sdr Mohd Ghauth exco DPPNPhg - kini menjawat amanah sebagai Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Indera Mahkota .
Sewaktu saya memimpin DPPNPahang sejak [ 2001 - 2007 ] , mereka bertiga merupakan tulang belakang kepada DPPNPahang selain sahabat - sahabat exco yang lain . Saya mengucapkan selamat bersara dari DPP dan selamat melangsungkan perjuangan di posisi baru yang mereka sandang kini .
Selamat bermuktamar saya ucapkan buat semua sahabat yang kini sedang tekun mengikuti sessi perbahasan semoga Allah memberkati kalian semua .
Ketua Pemuda DPPNPhg : Al Fadhil Ustaz Suhaimi Md Saad
Tim. Ketua Pemuda DPPNPhg : Al Fadhil Ustaz Shahril Azman al Hafiz
Naib Ketua Pemuda DPPNPhg : Yang berbahagia Sdr Abdullah Karim
0 comments:
Post a Comment