HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, May 31, 2009

Nasionalis VS Komunis

NASIONALIS
VS
KOMUNIS


Entah dari mana ribut ini datang dan apa pula nama saintifiknya pun saya tidak tahu , tetapi apa yang pasti iklim politik negara seperti sedang cuba dialih .

Tiba - tiba sahaja perkataan atau nama komunis ini menghiasi dada akhbar dan menitir dibibir pemimpin politik pemerintah .

Bekas - bekas parajurit tanahair ditemuramah dan tentunya akan melahirkan rasa dendam yang tidak akan padam terhadap komunis yang pernah mengganas di dalam negara kita seketika dulu .

Nama pemimpinnya Chin Peng menggamit memori penuh emosi semua rakyat negara ini . Usahkan parajurit tanahair yang sebahagiannya mengalami kecederaan kekal kerana bertempur dengan komunis dalam mempertahankan negara , kita hari ini yang terdiri dari kalangan anak - anak muda pasca merdeka turut bencikan komunis .

Saya sendiri hanya menyaksikan keganasan komunis melewati filem yang diabadikan oleh pihak penerangan dan penyiaran arkib negara . Filem seperti Bukit Kepong dan Leftenan Adnan tentu mampu menyampaikan mesej keganasan komunis seketika dulu .

Saya yakin , tiada insan yang siuman dan waras aqalnya menaruh bersimpati dengan komunis jika mereka menyaksikan keganasan komunis yang membunuh , membakar kampung halaman , merogol dan memperhambakan anak gadis kampung malah 1001 lagi siri keganasan dan penyeksaan yang tidak mungkin dapat saya riwayatkan dengan baik di sini .

Hari ini negara telah merdeka . Pembangunan dan kemajuan telah dicapai malah sistem pertahanan semakin canggih dan angkatan tentera negara semakin mantap . Komunis telah berjaya dilumpuhkan sepenuhnya sejak lama dulu . Negara telah bebas komunis .

Hanya perkataan komunis kembali menjadi sebutan gara - gara Chin Peng ingin pulang ke Malaysia .

Saya melihat ia seperti menjadi turning point kepada UMNO dan BN untuk membangkitkan semula kebencian dan kemarahan rakyat kepada komunis yang sememangnya tiada siapa yang tidak marah dan benci kepada komunis .

Persoalannya untuk apa membangkitkan semula kemarahan dan kebencian rakyat kepada komunis sedang komunis telah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara . Kalau pun Chin Peng mahu pulang ke Malaysia , apakah negara yang kini telah maju dan membangun pula kuat sistem pertahanannya tiba - tiba menjadi takut dan kecut perut hanya kerana seorang bekas pengganas yang kini telah tua ganyut melebihi usia 80 tahun ?

Atau hanya UMNO dan BN mengambil kesempatan ini untuk mengalih isu dan mempermainkan sentimen rakyat agar tidak lagi menumpukan perhatian kepada kelemahan dan kemerosotan prestasi UMNO dan BN itu sendiri .

Saat rakyat telah hilang keyakinan dan rasa kebergantungan mereka kepada UMNO dan BN , tiba - tiba mereka yang menganut faham nasionalis berlagak hero membelasah komunis yang boleh saya kira sebagai objek yang tidak wujud .

UMNO seperti membelasah bayang - bayang . Kelihatan takut benar UMNO kepada bayang - bayang komunis seperti ketakutan Datuk Najib kepada bayang - bayang altantunya . Sedang itu hanya bayang - bayang ! Apalah yang boleh dilakukan oleh bayang - bayang ? Tapi kelihatan UMNO benar - benar membelasah bayang - bayang itu ! atau memang UMNO sudah gila bayang ?

Tidak syak betapa komunis adalah jahat , ganas , sadis , kejam dan zalim serta pernah mengancam keselamatan negara seketika dahulu . Tetapi hari ini komunis tidak lagi menjadi ancaman kepada negara .

Sebaliknya ancaman negara hari ini ialah gejala sosial yang semakin meningkat . Zina berleluasa lalu mencambahkan kelahiran anak luar nikah yang berpeleseran tanpa didikan sempurna . Jenayah bertambah rencam seperti tiada lagi jalan keluar . Ia berkembang selari dengan pertumbuhan material negara .

Bunuh , ragut , rogol , dera , ah long , culik , rompak dan 1001 jenis jenayah berat semakin menghantui keselamatan dan keamanan negara . Rakyat terancam dan tidak lagi mempunyai jaminan selamat . Rakyat seperti menanti giliran [ wali'yazubillah ] dengan rasa cemas untuk berdepan dengan segala musibah ini .

Menambah sukar kedudukan negara kita hari ini apabila tahap pencemaran akhlak dan nilai integriti kian parah . Rasuah , penyalah gunaan kuasa , penipuan , pecah amanah menjadi berita harian tanpa menunjuk kadar turunnya .

Kemelut ini terus berlarutan dan tiada siapa tahu bila ia akan berakhir . Ini semua bukan angkara komunis lagi . Komunis telah lama lenyap . Malah keganasan komunis hanya membunuh jiwa dan merosakkan harta benda .

Ancaman baru ini lahir dari sistem yang tempang sejak merdeka . Sistem yang dikemudi oleh nasionalis dengan penuh ego dan angkuh . Benar , sistem ini mampu membangunkan semula harta benda yang musnah angkara komunis , tetapi nasionalis gagal menyelamatkan tamadun dan peradaban yang kian runtuh angkara ancaman baru ini . Ancaman yang lahir dari sistem nasionalis yang menyimpang dari ajaran Islam .

Sejak merdeka sistem nasionalis ini mendominasi pemerintahan dan pentadbiran negara . Selama itu juga negara terus terancam dan semakin tenat . Saya percaya selama mana Islam tidak diberi peluang untuk memimpin dan mentadbir , negara ini akan terus menjunam menuju kehancuran dan kemusnahan seperti peradaban dan tamadun silam yang pernah dibinasakan oleh Allah swt.

Sungguh lucu apabila nasionalis lawan komunis sama seperti perompak lawan pencuri . Semua mereka ni tak betul .

5 comments:

محمد حكيمى بن عبد المطلب said...

betol tu ustaz...perompak lwn pencuri...hehehe..lwak2..last kali dua2 kena tngkap polis...sbb dok kalut bergaduh sma2 depa,polis mai pon x sedaq....pi mai,pi mai,tang tu jgak laa geng2 depa ni...hmmmm..sy suka penulisan ustaz..teruskn lgi ustaz...

Sebal said...

Salam, Gue no sekarang kerja d negara Komunis..sebelum gue banyak juga bekerja d negara majoriti islam seperti Bangladesh, indonesia, lebih-lebih lagi negaraku malaysia..

yang gue lihatlah..semua negara majoriti org islam ni..semua hampas belaka..sebab utk atasi gejala sosial..memang tak ada lansung..lihatlah,,,d msie d indonesia..disco, karaoke, night club n banyak lagi pusat maksiat yang serupa ..dari jam 7 mlm sehingga 4 pagi terutama mlm minggu and mlm ladies night..peraturanye sampai jam 1.00 pagi tapi realitinye 4 pagi itulad negara ku msie n negara jiran ku idonesia..ini semua menjadi punca gejala sosial yang parah ..sebab d tempat beginilah bermulanye dadah, sex bebas, pelacuran, genster dan lain-lain..OK kita lihat d negara komunis tempat geu bekerja sekarang..yang sekarang org msie terutama melayu benci sangat dgn komunis..emang tak d napikan d sini berlaku banyak rasuah..tapi..utk punca masalah gejala sosial d cni..kerajaannye buat peraturan..begitu simple..arahan and peratuan buka kedai makan,hotel,night club, disco, karaoke..buka sehingga jam 10.00 malam utk kedai makan and coffee huose, night club, karaoke, disco hingga jam 11.00 ke jam 11.30 mlm aje..pernah satu malam gue minum coffee d coffee shop hingga jam 10.00 malam..pelayan datang minta bill utk pembayaran and kwn gue mau tambah minuman..pelayan kata..cashier and bar tender dah tutup..jadi kami dgn segala hormat d minta kelaur sebab coffee shop mau tutup..

D lain minggu d mlm minggu gue mau test and p sebuah night club yang ada live Band jantan dari philipne yang nyanyi , bukan betine..gue sampai udah hampir jam 10.00..masuk night club biasalah ramai girl.kami terus p penjuru club and order coca cola..tak lama jantan philipine tu nyanyi..dlm clun ramai org..ada china, ada org putih and tentulah ramai girl..seorang girl udah dekat dgn gue...so, kwn gue punya cakap bahasa girl tu...yang gue tak suka girl..so, girl tu pun belah dari gue..lu tau apa jadi bila jam udah hampir jam 11.30..semua girl minta d bayar bil..sebab club mau tutup..ketika tu org ramai..tapi..tetap d tutup sebab kepatuhan pengusha club dgn peraturan..klo bayar rasuah dekat local otoriti pun tetap tutup jam 11.30..tak bolih lebih..ni negara komunis..sebab apa jadi begitu..sebab kerajaan dia komunis yang ada telur..tak macam kerjaan msie and local otoriti yang tak bertelur..d rasuah skit jam 4..buka pun tak apa..so, kita lihat kerajaan PR d selangor and pulau pinang, kedah dan kelantan,,ayoh pemuda PAS and ketua pemuda PAS yang baru..p check and buat perbandingan dgn negara komunis ni..gue harap pemuda PAS akan menjadi pengerak utk melancarkan perang kepada punca gejala sosial ni..

arulz_adnan said...

memang mereka ni nerperang dengan bayang-bayang...kita tak apa-apa2..mereka yang kalut..

"batil itu tetap akan lenyap"

doakn kami imtihan nihaie disini ust,moga najah..

ABE JO HIJA said...

Slm...beto tu...UMNO cuba alih isu tp pastikan rakyat di bagitau hal ini...comel ayat tu..nasionalis vs kominis....

ROY said...

udah2 ler 2 tntg krajaan......

krajaan... klo byk rasuah....negare x ler maju,,,,mcm skung......ok...internet sper yg bwk>>>??maHADER....pas ckp x elok ler....membazir.....skung gne highway?????dl ckp mmbazir ler....btl x????x smstinyer....owg alim pkai serban dan kopiah....cth ustaz aq kt skool dl......crmah ,khutbah bkn maen hebat....mcm2 hds kuaR....lps 2 ade drme kilat....die plg kedekut..1 sen hrm x kuar....brbeza.....ngn cikgu b.i.....aq......owg cne + india....tp dier mmg ikhlas...ajar....dier x ksh antar bdk naek kete gi seminar skor...utusan.....alaa surat kabo yg x leh cye 2.....wat gak seminar cm2 utk ank2 melayu,....haramkah....asyik nk srh owg berkelahi....dah ler ustat 2 sll pntg klas.....aq dh byk tgk....aq mmg sokong krajaan...sbb dr kecil aq lhr kt hospital kerajaan,,,blajar kt kemas..Maktab tentera Diraja...SMK Seri Perak...semue krajaan....aq x blajar kt pasti....adik aq pnh..tp 3 bln jer prgi...sbb ape yg diorang ajr,,,,zero...tp sbb diorang ajr utk mmbenci krajaan....kt adik aq....lps 2 msk tadika cina....syukur....byk gak die tahu..bi,,,skung....ilmu agame x tggl....mak aq ajr....dier ngaji...lg st klo ko citer psl komunis nie....kt wan aq....komform./..kne kjr ngn btg penyapu....sbb dier pnh idup zmn komunis....mcm mane dier ampir kne rogol ngn komunis,.....ko x cye...gi ler kampung tanjung..rembau ..n.sembilan...nanti aq bg alamat..mmg ler chin peng 2 dh tue...tp pengaruh dier 2 dan ideologi 2 akn mncl kmbali....sme gak ngn kes khmer rouge...kt kemboja....apsl pemimpin knn 2...skung kne bicare....pdhl..diorang x leh wat per dah....lg tue dr Chin peng....sbb kekejaman diorang 2....klo nk taw...tgk ler history channel kt astro....may be ustat...kipas ssh mati...pas 2...pas 2 aq lblkan x bgs....haa...yg plg bez mb giler nizar 2 x de ir....klo x caye gi check kt engineering board....tp cbe try nme bks menteri kerja raya..mp sepang x silap...2 ader///.....so ......alaa..klo pas 2 pas gak....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive