HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, May 21, 2009

Negara Kian Terancam

Inilah implikasi mudah dari sebuah kedegilan pemerintah yang enggan mendaulatkan syariat Islam .

Belum selesai polemik negara dalam menangani karenah mat rempit dan gejala sosial yang semakin meningkat indek cemarnya ,

belum tamat krisis perlembagaan mendepani kemelut politik di Perak yang mencetus kebimbangan dan keresahan dikalangan rakyat ,

belum reda konflik ekonomi yang dihadapi sehingga menjerumuskan negara dalam satu situasi sukar berhadapan persaingan ekonomi global di pentas antarabangsa dan ancaman inflasi dalam negara .

Kini negara diancam jenayah yang terus mempamerkan graf menegak dan melangkaui tahap bahaya .

Sejak 2 tahun yang lalu saya sering memerhati akhbar dan warta berita dari tv , maka sejak itu juga saya dapati tiada satu hari pun akhbar dan tv berhenti atau tidak melaporkan kejadian jenayah yang berlaku dalam negara kita .

Ini membawa maksud jenayah berlaku pada setiap hari dalam negara kita malah kadar kekerapan terus meningkat sehingga peristiwa jenayah tidak lagi diukur dengan skala bulan , minggu , hari atau jam tetapi dikira dengan skala berapa minit untuk sekali janayah itu berlaku .

Pembenterasan dari pihak berwajib masih belum menunjukkan apa - apa kesan justeru kerajaan hanya mementingkan survival kuasa politik mereka berbanding keselamatan dan keamanan rakyat . Sedang isu keamanan ini adalah isu yang merentas sempadan ideologi politik , bangsa dan agama .

Sebaliknya sarang - sarang maksiat yang diyakini menjadi pusat berkembangnya bunga jenayah terus membiak pesat seiring dengan kemajuan yang dirancang oleh kerajaan yang memerintah . Bukan sahaja permit aktiviti dan lesen premis diluluskan bahkan operasi mereka dilindungi oleh undang - undang .

Saya tidak nampak kenapa kerajaan masih gagal untuk membenteras segala jenayah dan muqaddimahnya sedang mereka memiliki segala kekuatan dan kuasa untuk bertindak . Kalau tengok aksi Gerak Khas bukan main hebat lagi polis kita , atau apakah itu hanya propaganda ?

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu menyaksikan bagaimana kerajaan UMNO dan BN mampu mengerahkan 12 ribu anggota polis berkampung lebih 10 hari sehingga meletakkan Kuala Terengganu menjadi bandar yang paling aman dalam dunia pada waktu itu .

Kenapa tidak polis ini dikerah sama untuk memburu dan mencilok bagi benteras gejala rempit dalam negara kita ? Mengadakan sekatan jalanraya bahkan jalan tanah merah dalam kampung tradisional juga dikawal seperti yang berlaku di kawasan Kuala Terengganu semasa pilihanraya kecil tempohari .

Apakah polis ini hanya untuk pilihanraya ? ini Polis di Raja Malaysia [ PDRM } atau Polis di UMNO Malaysia ? [ PDUM ]

Jabatan Agama pun satu ! peranan yang diambil langsung tidak efektif . Menjaga agama hanya dari dalam bilik pejabat yang berhawa dingin , kemudian memantau penceramah kalau - kalau penceramah menghentam kerajaan .

Penceramah yang hanya mengajar tidak ubah seperti pertunjukkan lawak jenaka tidak dipantau , khatib yang kelesuan berpaut ditongkat mimbar , bercakap mengenai perlunya menjaga keindahan kawasan kediaman dan kejiranan serta menghidupkan perpustakaan awam bagi menambahkan ilmu , [ sedang peluru sedang melayang di atas kepala ummat Islam malah menembusi jantung mereka sehingga jutaan terbunuh langsung tidak menarik perhatiannya ] tidak dipantau .

Khatib tidak baca khutbah mengikut teks akan dicari dan diugut untuk disaman tetapi orang tidak solat jumaat tidak pula diburu dan diambil tindakan ? pelik kan ? perkara ni One Malaysia sudah tahu !

Masjid Quba' di Taman Wawasan Tawau Sabah mendapat tekanan dan halangan dari pihak Jabatan Agama sebelum penduduk tempatan tetap berkeras untuk menyiapkan Masjid tersebut . Sedang kelab malam tidak mendapat tentangan dari Jabatan Agama malah pihak kerajaan meluluskan lesen Kelab malam .

Kuantan sebagai contoh , bahkan saya cabar sesiapa sahaja yang boleh menafikan kenyataan saya bahawa disekeliling Masjid Negeri [ Masjid Sultan Ahmad Shah ] di sekitar bandar Kuantan terdapat lebih 20 Kelab Malam yang boleh beroperasi dengan muzik yang boleh kedengaran dari luar bangunan kelab tersebut sampai jam 1 atau 2 pagi .

Kalau kuliah agama di Masjid atau di surau , bukan main susah nak lepas . Ada yang disoal tauliah penceramahnya , disoal kitab yang dibaca oleh penceramah , malah ada sb yang dihantar untuk merakam kandungan ceramah .

Apakah mereka pantau aktiviti kelab malam sedemikian rupa ? inilah punca negara kita menuju kehancuran !

Kalau kita nak buat masjid , tak boleh sampai dua buah masjid dalam satu kariah . jabatan Agama tidak membenarkannya . Alasannya bercanggah dengan mazhab syafie dan kononnya boleh membawa perpecahan kerana solat di dua buah masjid . padahal kalau buat satu masjid pun , ramai yang tidak keluar solat . Mereka bimbang terhadap orang yang keluar solat , bimbang berpecah ! habis tu , yang tidak keluar solat bagaimana ? sedang jumlah mereka berlipat kali ganda .

Nak bina masjid ikut mazhab syafie maka tidak boleh bina dua buah masjid dalam satu kariah , habis tu buat kelab malam sampai 20 buah dalam satu kariah , pakai mazhab apa ? Mazhab Islam Hadhari atau kini telah tukar kepada Mazhab One Malaysia ?

Terkadang saya hampir setuju dengan sebahagian orang yang berkata : segala yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala yang buruk itu dari Kerajaan UMNO dan BN .

5 comments:

azizan anwar said...

salam. Saya sokong pendapt ustaz ini,kalo nak dikumpul kemarahan sejak 52 tahun mmg tk muat nk ditulis. baru-baru ini...satu lg jenayah kejam telah berlaku, seorang ibu yang mengandung bersama seorang anak kecil di bunuh bapa sendiri semata-mata inginkan wang.....mana perginya moral mereka. Yang paling ingin dipertikai ialah, bagaimana kerajaan telah mendidik moral mereka???

azizan anwar said...

salam. Saya sokong pendapt ustaz ini,kalo nak dikumpul kemarahan sejak 52 tahun mmg tk muat nk ditulis. baru-baru ini...satu lg jenayah kejam telah berlaku, seorang ibu yang mengandung bersama seorang anak kecil di bunuh bapa sendiri semata-mata inginkan wang.....mana perginya moral mereka. Yang paling ingin dipertikai ialah, bagaimana kerajaan telah mendidik moral mereka???

Aku said...

salam,


masalah sosial seharusnya tidak dipersalahkan 100% terhadap kerajaan.sepatutnya kita umat islam bersatu membanteras masalah sosial dengan sukarela. sikap yg hanya suka mengkritik tanpa memperlihatkan usaha yg berhikmah sert bijak sama saja seperti melontarkan batu sambil sembunyi tangan.Saayidina Ali juga pernah menjawab seorang pemuda yg mengkritik pentadbiran beliau serta menyalahkan beliau di atas kekacauan dan keadaan kucar kacir berbanding dengan zaman khalifah sebelumnya. Jawab Sayyidina Ali karamallahu wajhah : di zaman itu ramai pemuda seperti aku yg berusaha membantu kerajaan (bukan tahu mengkritik saja) mentadbir negara tetapi kini ramai pemuda seperti engkau yg hanya tahu mengkritik tanpa membantu.. lebih kurang macam tu lah..

apa yg penting kita umat islam semua mempunyai tanggungjawab melakukan tugas yg tidak dilaksanakan oleh saudara kita.tanggungjawab kita tidak seharusnya berhenti di kalangan rakan semeja tetapi harus sampai kepada yg lain2 juga.

di kelantan juga banyak kes jenayah berlaku.adakah ini bermakna kerajaan kelantan di bawah pentadbiran pas patut dipersalahkan kerana gagal mendidk moral rakyat jelata seperti berlakunya jenayah rogol, pelacuran, judi haram. sumbang mahram etc? di iran walaupun hudud dilaksanakan, ada juga rakyat iran yg saya temui keluar Islam dan menjadi kristian .malah mereka menyalahkan kerajaan mereka yg mengenakan hudud dan hukuman keras kata mereka.adakah ini relevan? sudah tentu tidak.ia hanya alasan bodoh dari mereka.

sesungguhnya setiap individu muslim bertanggungjawab ke atas satu sama lain.dan setiap individu bertanggungjawab ke atas doa dan tindakan masing-masing.

saya begitu mengharap sekali jika benar PAS mahu berjuang untuk islam, bantulah UMNO untuk mentarbiyah kembali anak2 muda kita dengan program2 dan agenda2 berhikmah tanpa melibatkan politik.


saya puji usaha tuan ustaz yg menyuarakan ketidak puasan terhadap jumlah2 kelab malam yg tidak sepatutnya dibina. biarlah kita menegur saudara kita dengan berhikmah dan bertindak dengan bijak.Inshallah semoga Allah membuka hati mereka supaya kembali kepada jalan Allah.

DrSudutLain said...

Salam. Saya tak setuju 100% pandangan ust. Jenayah adalah amalan individu. Ia boleh di lakukan di daerah pro islam atau sebaliknya. Sebagai contoh di Selangor sekarang, walaupun di perintah oleh PR (pro Islam - sebab ada PAS) , maksiat masih berleluasa. Ingat dalam PR ada wakil kita (PAS).. adakah kita terlepas di akhirat nanti.. Di Selangor sekarang kita pemerintah (kita bukan pembangkang lagi)... jadi gunakan lah kuasa yg dah ada ini semaksima mungkin untuk menegakkan Islam.Ini sebaliknya, di Selangor, tersiar di TV, judi ada, pelcuran ada, pondan ada dsb. Tapi apa yang berlaku puak kita jadi "yes man" menghalalkan maksiat yang di halalkan oleh ahli PR yang 2 lagi. Takbir..Wassalam

Unknown said...

salam semua...
aku juga bersetuju dengan pandangan dari AKU dgn gambar tangan tergenggam. kenaikan jenayah di Malaysia tidak boleh disalahkan 100% kpd kerajaan. Jenayah adalah amalan individu. Salah terletak kpd institusi kekeluargaan yang 'rapuh'. Ibu bapa sekarang hanya pandai membela anak, tapi tidak pandai mendidik anak. Anak - anak merupakan liabiliti kepada ibu bapa. bukan setakat di bandar - bandar besar spt KL, Jay Bee or Ipoh sahaja jenayah berleluasa. Jenayah juga semakin menular di Kelantan. Arak juga dijual secara terang terangan di Kota Bharu. Tak Percaya? Ustaz turun ke Kota Bharu. Pergi sahaja ke Jalan Kebun Sultan @ lebih senang aku panggil jalan tu sebagai Jalan Kebun Cina, dan akan ustaz nampak food court cina yang menjual arak secara terbuka. Pusat snooker juga ada. Nak tengok? Pergi ke bandar baru kubang kerian. Begitu punya besar signboard. kat KB MALL juga ada.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive