HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, May 22, 2009

Al Fatihah

Yb. Ismail bin Yaakub ADUN Manek Urai Kelantan telah kembali rahmatillah jam 5 .30 awal pagi tadi . Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas al marhum dan menyenaraikan al marhum di kalangan hambaNya yang soleh .

Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga al marhum . Semoga semua ahli keluarga Al marhum bersabar atas ujian ini .

8 comments:

Unknown said...

Al-fatihah.

Tuan Ustaz, ana mewakili Pemuda Gambak ingin memaklumkan kepada usta, blog kami telah bertukar ke www.pemudagombak.com.

Mohon Ustaz kemaskini URL blog kami yang baru di blog Ustaz.

Segala kerjasama Ustaz amat kami hargai.

Terima Kasih.

muslimat said...

Al-fatihah

semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada Allahyarham Ismail yaakob.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar

nak kata apa lagi...
bila Allah mengurniakan takdir sebegini,
tentu letih BN kali ini...
nak lari kut mana lagi...
kalo penanti boleh lepaskan diri...
di manik Urai pun nak tarik diri ??
takkan BN dah patah gigi hingga tersongel nampak gusi ??
...kita saksikan nanti....

SPR kata...fuuuh...tak sempat nak minum kopi...kena meeting lagi....

Allah, mudah-mudahan ini rahmat utk perjuangan agamaMu ini...

Unknown said...

Al-fatihah.

Sukar utk mencari pemimpin seperti beliau.

Sentiasa mendekati rakyat dan mengambil tahu masalah rakyat.

Turun padang sentiasa menjadi agenda penting. Beliau bikin apa yg beliau cakap.

Tidak seperti segelintir 'pemimpin' yg hanya tahu cakap tapi tak tahu bikin2.

Amat malang bagi umat yg memilih atau tersalah pilih pemimpin berdasarkan idea (retorik?) tanpa ada bukti praktikal. Setelah dipilih, hanya memanaskan kerusi.

Lidah@keyboard tidak bertulang. Justeru bercakap@memblog lebih senang dari melakukan.

Unknown said...

http://3.bp.blogspot.com/_vFG7Ax7wfXU/Shcy29Y-RoI/AAAAAAAAB04/fjVRTVaHqdc/s1600-h/18-05-09_1647.jpg

Salam ust ana bagi gambar masa kat airport. Maaf lambat hantar. tak tau email ust...

Unknown said...

al Fatihah buat arwah Poksu Wel.

muslimat...
muslimat seakan-akan gembira dengan kematian arwah Poksu. Siap bergurindam lagi. Jgn tunjukkan sifat sebegitu. Jgn kaitkan kematian Poksu Wel dengan senario politik Malaysia sekarang. Memang semenjak kebelakangan ini, kerap diadakan PRK.

muslimat said...

SALAM,

jauh sekali merasa gembira,
jangan silap tafsiran,

cuma saya terfikir
BN yang menolak menyertai p/raya penanti dgn pelbagai alasan,
apakah manik Urai juga akan berbuat demikian ??

Saya tak pasti...cuma merasakan Allah memperlihatkan kepada kita tentang kehebatan perancangan Allah.

Apatah lagi PRK kebelakangan ini sering berpihak kpd kerajaan Pakatan sehingga BN merasa malu dan kerugian....tabur banyak duit, tapi tak boleh menang.

tu jer...

Nasrudin said...

Ya benar ! sukar kita mencari ganti tokoh seperti pak su wel .

Sebagaimana sukarnya kita mencari pemimpin yg mampu melaksanakan apa yang ia ungkap .

Bercakap atau menulis memanglah mudah sebagaimana yg disebut oleh RAJA , namun berapa ramailah yg mampu melaksanakan apa yg ia ucapkan .

begitu juga lebih mudah untuk kita mengkritik orang lain berbanding kita sendiri melakukan apa yang kita kritik atau sekurang - kurangnya menyamai amalan org yang kita kritik .

semoga kita semua dilindungi oleh Alah swt dari kerendahan budi dan kelemahan yang membuka ruang musuh membinasakan kita

muslimat said...

salam ustaz,

lari topik skit.

zaman sekarang banyak melahirkan 'ustaz segera'...kalau sebut mee celup nanti mesti ramai yg menyinga.tapi gejala ustaz segera ni yg tumbuh menjadi hujjatul cyber semakin ketara saya rasa.

Dalam perjalanan di laman maya saya jumpa ramai sungguh orang yg banyak persoal dan pertikai macam-macam...termasuk urusan agama yang kelihatan dia bukan ahlinya.Tapi dek sedikit usaha menggoogle dan singgah di mana-mana blog, mereka tampil berani seolah2 ilmu penuh sarat di dada.

Adapun maklumat dan ilmu yang diperolehi dari layar internet takkan sampai kepada tahap menjadikan mereka pakar dalam bidang agama tanpa menjalani pendidikan khusus dlm bidang tersebut.Yang saya gerunnya mereka dgn tanpa hijab mempertikaikan ulama' itu dan ulama' ini ...termasuklah ulama'2 silam dgn sandaran bahawa islam bukanlah milik ekslusif ulama dan keyakinan bahwa ulama bukan maksum dan boleh melakukan kesalahan.

Ada benarnya perasaan mereka ini, cuma yang salahnya mereka juga patut cermin diri dan mengukur diri dalam hal kelemahan dan kejahilan , supaya di situ ada perbandingan yang wajar sebelum mereka mengambil sikap mempertikai dan menyalahkan orang yg lebih faqih dalam hal yang dipersoalkan.

bukanlah niat saya nak merendahkan sesiapa....cuma saya terkenang pada bani Israel yang juga sangat suka menyoal dan mempersoalkan macam-macam pada nabi Allah. Mereka menyoal bukan atas hasrat untuk melaksanakan tetapi suka menyoal utk mempertikai atau menguji kemampuan ilmu nabi. Bila didatangkan keterangan dan bukti kebenaran, mereka tidak juga beriman.

wallahuallam

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive