HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, May 24, 2009

Apa Yang Harus Dilakukan Pemuda PAS Untuk Menghadapi Cabaran Moral Generasi Muda?

Kepincangan nilai dan keruntuhan moral di kalangan Generasi Muda hari ini amat membimbangkan, sehingga ia menjadi satu masaalah kronik bagi negara-negara umat Islam. Keruntuhan ini adalah natijah dari pakatan jahat Yahudi dan Barat yang mengorientasikan budaya kuning untuk meneruskan penjajahan mereka ke atas minda umat Islam.
Mereka meransang nafsu dan menaja seks bebas serta hiburan yang tidak terbatas untuk menyeret pemuda-pemudi menjadi liar dan buas semata-semata mencari kepuasan yang tidak kunjung puas. Media massa, cetak dan elektronik turut memainkan peranan untuk menuang minyak ke atas nyalaan api nafsu yang membara, mencetus noda dan dosa tanpa mengenal ketika dan masa pula tidak memperdulikan azab dan neraka.

Majalah-majalah dan video-video lucah laris di pasaran sementara ia mudah diperolehi tanpa segan silu, malah ianya suatu yang rutin bagi generasi muda hari ini. Masyarakat bandar dan desa tidak terlepas dari bahang runtuhan moral yang berlaku di celah-celah pembangunan yang mencakar langit.

Penyakit AIDS dan HIV marak menular angkara runtuhan moral yang kian parah bagai satu amaran keras dari Ilahi buat semua manusia agar sedar dan insaf. Barat menaja kebebasan untuk terus memancing umat Islam agar terus asyik dan alpa dengan runtuhan nafsu syahwah. Mereka mendakwa kebebasan adalah kebanggaan antarabangsa yang menjadi pengukur kemajuan masyarakat di Barat, iaitu;
  1. Bebas dari kongkongan tanggungjawab di rumah. Sehingga mereka lebih senang mengunjungi kelab-kelab malam dan pusat-pusat hiburan dari tingggal di rumah.
  2. Bebas berpakaian malah sampai keperingkat berpakaian tetapi telanjang.
  3. Bebas bertindak tanpa terbatas kepada disiplin, akhlak dan tatasusila. Adab kesopanan dianggap suatu kongkongan kehidupan.
  4. Bebas beraqidah dan memegang prinsip.
  5. Pembebasan wanita dengan menuntut hak yangg sama seperti lelaki dan tidak lagi sebagai suri rumah atau pembantu lelaki.
  6. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat sekalipun ianya menyentuh pihak yang lain. Ini membuka ruang untuk mereka menghina Islam.
  7. Kebebasan media massa sehingga ia diluar kawalan adab kemanusiaan. Sementara media ini menjadi salah satu saranan penting untuk mencetak minda masyarakat (dalam masa yang sama mereka mengekang media Islam).
Justeru Pemuda PAS mestilah;
  1. Tingkatkan kesedaran thaqafah dan tasawwur amal Islami (ilmu pengetahuan) menghadapi serangan pemikiran yang kian sengit dan mencabar.
  2. Memelihara aqidah imaniyah sehingga mampu menangkis segala syubhah dan helah aqidah yang dilontarkan oleh musuh dalam apa jua bentuk paparan dan isu.
  3. Bergabung dengan kepimpinan Islam dan gerak kerjanya. Kita akan selamat dari lingkaran propaganda yang penuh fitnah dan kekeliruan sehingga lahir golongan teras yang terpilih untuk membantu agama Allah.
  4. Membina semangat jihad dan daya prihatin yang tinggi untuk mempertahankan Islam dan ummat dari serangan pemikiran. propaganda isu dan keganasan senjata musuh, sehingga kita berjaya mengembalikan kecemerlangan Islam .
Firman Allah Taala;
فِي بِضْعِ سِنِينَ لِلَّهِ الأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ. بِنَصْرِ اللَّهِ يَنصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرحيم
“Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jua-lah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira --- dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (surah al-Ruum ayat 4-5)

1 comments:

yuzakky said...

Salam Akhi..
Sungguh baik tulisan ini tentang Pemuda..suka ana sumbangkan sedikit idea..Semua karya Akhi tentang Pemuda dan Perjuangan ini dibukukan seterusnya dijadikan sebagai sebuah teks usrah terutama yang baru mengenal jemaah. ini penting kerana mutakhir ini kita menerima kebanjiran ahli serta penyokong Gerakan ini dan sudah semestinya bersama-sama mereka itu pelbagai ragam serta cara berfikir, menganalisa, fikrah dan seterusnya mencorak strategi bertindak yang mungkin boleh jadi wujud ketidakseragaman dengan tuntutan jemaah ini yang sebenar. Oleh itu, besarlah harapan saya karya2 Akhi dibukukan untuk dijadikan sebuah teks usrah..memang perlu juga mereka mengenal,memahami dan mendalami sentuhan Fathi Yakan, Abdullah Nasih Ulwan, Umar At Tilmiz dan sebagainya tapi alangkan indahnya jika mereka mengenal dahulu hasil karya acuan dari para 'alim mujtahid ini?!..maaf, ana tidak berniat apa-apa cuma sekadar untuk berkongsi memberikan idea dan pandangan hasil dari pemerhatian serta kajian buat pertimbangan Akhi.
wassalam

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive