HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 19, 2009

PAS : Tiada Unsur Rasuah

Alhamdulillah , syukur kepada Allah swt apabila Dato' Seri Presiden menegaskan bahawa tiada politik berunsur rasuah di dalam PAS .

Semua orang risau jika PAS sebagai sebuah Gerakan Islam dijangkiti penyakit merbahaya ini . Cukuplah UMNO dan BN yang telah terseksa dan menderita kerana mengidap penyakit rasuah yang kronik .

Malah dunia dapat melihat bagaimana UMNO dan BN hari ini hanya menunggu detik untuk ditalqin , dikafan dan dikebumikan ekoran menularnya penyakit rasuah yang telah memamah hati dan jantung UMNO dan BN .

Pencinta Islam biarpun di mana ia berada sangat gelisah apabila didakwa rasuah kini menjangkiti PAS . Tambahan pula membaca kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang tidak menolak kemungkinan berlakunya unsur politik rasuah ini [ klik di sini ] . Sebelumnya Al Fadhil Ustaz Mohd Daud al Iraqi [ Ketua Dewan Ulama' Pusat - DUPP ] telah menegaskan perkara serupa sewaktu merasmikan muktamar Dewan Ulama' PAS Negeri Kelantan .

Saya sangat yakin apabila Ketua DUPP menyebut perkara ini di dalam Muktamar Dewan Ulama' PAS Kelantan , maka ia bertujuan untuk muhasabah dan teguran [ inzaar ] kepada ahli parti . Lagi pun sifat muktamar ialah medan untuk bermuhasabah . Tentu sahaja beliau tidak bermaksud menuduh individu tertentu cuma kenyataan beliau disalah faham dan disilap ertikan oleh pihak tertentu . Masaalahnya ialah sikap media yang sering mencari jalan mencetuskan sengketa dalam PAS

Siapa jua yang mengenali Al Fadhil ustaz Mohd Daud Iraqi akan bersangka baik terhadap apa yang dilontarkan tempohari . Baru - baru ini beliau telah dipanggil oleh Dewan Harian PAS Pusat untuk mendengar keterangan dari beliau sendiri dan akhirnya perutusan Presiden parti telah menamatkan kekeliruan .

Tiada rasuah dalam politik Islam yang diperjuangkan oleh PAS . Itulah yang telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden setelah mendengar keterangan dari Al Fadhil Ustaz Mohd Daud Iraqi [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ] itu . Namun tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan ke atas beliau .

Saya berpendapat kerana beliau juga tidak bersalah dan tidak perlu dikenakan sebarang tindakan apalagi tindakan disiplin .

Pertama : kerana kenyataan ini adalah bersifat dalaman dan ianya dilontarkan dalam muktamar dan ia didakwa sebagai teguran dan nasihat oleh Ustaz Mohd Daud Iraqi sendiri . [ yang menafsirkannya sebagai tuduhan itu adalah pihak lain , sementara beliau sendiri bertegas bahawa itu sebagai teguran beliau kepada umum ahli parti agar semua ahli parti tidak terjebak dalam rasuah .- maka kenyataan beliau lebih berhak ke atas ucapan beliau sendiri ]

Kedua : Tiada tuduhan kepada individu dilakukan dan tiada pula bukti yang dikemukakan kepada umum .

Justeru itu , isu ini saya anggap selesai dengan beberapa kesimpulan :

Pertama : Tiada rasuah dalam Parti Islam ini [ PAS ] dan apa yang berlaku membuktikan usaha licik pihak musuh untuk mengimport masuk budaya rasuah dalam parti tidak berjaya . Walau mereka mencuba dengan pelbagai helah dan strategi , nyata mereka kehilangan arah . PAS terlalu kebal buat mereka . Mereka harap PAS akan jadi seperti UMNO dan BN , ya ! mereka boleh mengharap tetapi mereka akan hampa dan kecewa insyaallah .

Kedua : Sungguhpun begitu , janganlah kita semua berasa selesa dan bebas sepenuhnya kerana virus penyakit ini senantiasa mencari ruang untuk menjangkiti PAS . Mungkin symptom penyakit itu mula kelihatan di dalam parti . Maka ulama' seperti ustaz Mohd Daud Iraqi sudah semestinyalah bertindak cepat sebelum ia benar - benar menjangkiti PAS . Lalu marilah kita mengambil perhatian atau waspada .

Usah bimbang jika kita tidak melakukannya dan tidak pernah berniat untuk melakukannya . Namun kita mesti senantiasa memberi amaran kepada syaithan iblis yang sering mahu meloloskan diri dan memperalatkan tubuh yang lemah iman dan taqwanya . Amaran atau inzaar dari Ustaz Mohd Daud Iraqi harapnya mampu menggerunkan mereka sehingga mereka lari bertempiaran melarikan diri . Sekurang - kurangnya mereka tidak berani lagi mencuba untuk menembusi benteng kukuh Parti Islam se Malaysia PAS .

Memburuk dan mencela tindakan Ustaz Mohd Daud Iraqi tidak mendatangkan sebarang faedah dan manafaat kepada parti sebaliknya berilah perhatian kepada penyakit rasuah yang disebut oleh beliau kerana kita tidak selalunya kebal dari dijangkiti penyakit ini jika kita lalai dan leka .

Menegur beliau tidaklah mengapa , demikian juga menasihatinya kerana beliau sebagai ulama' , tidaklah maksum dari salah dan silap , tetapi nyata beliau lebih baik dari mereka yang mengutuk dan mencela beliau hanya kerana beliau mendedahkan isu rasuah ini .

Saya lihat , orang yang keterlaluan mengutuk dan mencela beliau seperti mahu mengalih perhatian agar ahli parti tidak fokus kepada isu rasuah yang ditimbulkan tetapi hanya fokus kepada peribadi beliau . Saya rela menjadi galang ganti ! biarlah saya yang dikutuk dan dicela tetapi jangan al Fadhil ustaz Mohd Daud Iraqi , beliau adalah guru saya dan guru sebahagian besar ahli - ahli PAS . Malah beliau juga adalah sahabat karib Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz .

Kalaupun kita tidak kenal rapat ustaz Mohd Daud Iraqi maka cukuplah kerana sayang dan kasih kita kepada Tuan Guru al Mursyidul Am Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat , membuatkan kita tidak tergamak mengutuk dan mencela sahabat karibnya pula .

Jika nak tegur dan nasihat dengan perkataan yang baik dan beradab , saya terima dan itulah selayaknya .

19 comments:

muslimat said...

salam,

Bertasbih dan bersyukurlah kepada Allah di atas perlindungan yang diturunkan untuk kita dan jemaah.

Saya bukan pula murid kepada Ustaz daud Iraqi...cuma beberapa kali berkesempatan menatap wajah dan mendengar ceramahnya di kelantan ketika remaja dulu.

Saya dan suami menghormati kerana keluasan ilmunya dan sifat warak yang ada padanya.

Bila ada yg mencemuhnya terasa seperti mereka mencemuh ayah saya....makanya saya rasa sakit sekali.

Semoga Allah merahmati, memberi ganti pahala utk setiap cemuhan dan kutukan padanya.

Unknown said...

muslimat bole jawab dgn ikhlas dan jujur tak? apa hubungan puan dgn ustaz din tantawi?

just curious, kalau tak mau jawab its ok no prob.

muslimat said...

aikk...soalan macam ni pun ada kaa..ngeiiih 3x

ustaz Din tak kenal pun saya.
saya kunjungi blog beliau adalah rekomen seorang sahabat.

namun kebanyak teman ustaz seperti suhaizan dan isteri, adli zahari dan isteri, khairi faizi dan isteri adalah sahabat baik kami suami isteri ketika dikampus. Adli dan suhaizan beberapa kali menziarahi kami di sini.Jadi dengan ustaz Din tantawi kami hanya kenali melalui tulisan beliau di sini.

Unknown said...

Alhamdulillah, tenang sikit saya membaca penerangan ustaz dan mendengar kenyataan Tok Guru Hj Hadi di TVpas yang tiada unsur rasuah dalam Pas.

Alhamdulillah, panjatkan syukur pada Allah.

Pada saudara magn, kalau dah nama pun blog yang boleh dikomen, perlukah ada hubungan? Kalau sekadar pembaca blog macam saya dan awak, tak boleh ke? Anda pula, perlukah orang bertanya apa hubungan anda dengan Ust Din?

Tidak perlu kan?

Gorgon Kuning said...

Alhamdulillah, akhirnya segala jelas walaupun mengambil masa yang agak panjang. Ibarat mencabut kemuncup dalam perjuangan. Sampai melekakan.

Lepas ni kita tunggu jika ada lagi mana-mana pimpinan PAS yang akan mengeluarkan kenyataan sehingga meresahkan ahli dan dipergunakan oleh musuh-musuh PAS.

1.Nik Abduh
2.Ustaz Daud Iraqi
3.?????

Harap-harap tiada lagi. Pimpinan kena pandai elak perangkap media.

Cukuplah menggugah perasaan ahli.

Nizam Mahmud said...

Orang luar pun jadi keluh kesah. Psal ramai yang undi PAS pasal tak tahan dengan UMNO yang rasuah.

Kalau ada unsur ini dalam PAS, jangan tunggu. Cari bukti kemudian dakwa! Jangan biarkan merebak.

Kalau belum cukup bukti, cari betul-betul. Jangan dengar-dengar saja terus keluar kenyataan.

Kalau bukti sudah cukup, bentangkan. Biar orang luar lihat bahawa PAS tak berkompromi dalam hal rasuah walaupun sesama ahli.

Unknown said...

alhamdulillah..... isu politik wang tidak berlaku dlm PAS.

Namun politik wang bukanlah satu-satunya sifat buruk yg wajar dijauhi dalam PAS meniru sifat buruk Umno.

Sifat buruk Umno yg lain yg harus juga dijauhi oleh PAs ialah sifat tumbuk rusuk, tikam belakang, berpuak-puak, label-melabel, bersangka buruk bila tiba musim pemilihan.

Samada 'ada label' professioal atau ulamak....semuanya tidak mempunyai hak utk merendahkan sesama jamaah.

Kita ahli pAs bukan maksum.

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Syukur kepada ALLAH.

Isu Ust. Daud Iraqi selesai , Alhamdulillah.

Berhati-hati DiJalan Raya

achoksabah said...

syukur alhamdulillah..

nampaknya tok guru presiden telah memberikan sedikit kelegaan..

cuma saya sebagai seorang ahli pas merasakan perlu dibersihkan segala unsur negatif dalam jemaah..seandainya benda-benda negative ini wujud dalam jemaah, tolong hapuskan senadainya ada golongan-golongan yang mempunyai bukti yg cukup agar jemaah kita ni dipelihara dari kerosakan..

TAPI kalau kita tidak mempunyai FAKTA ataupun bukti, baik kita diam2 jeer, jangan la disebar-sebarkan benda yg tidak pasti lebih-lebih lagi pimpinan kerana ahli kita pasti akan mempercayai kata2 pimpinan kerana mereka mempunyai siqoh yang tinggi pada pimpinan, jadi takut pula cerita2 yg tersebar dalam jemaah ISLAM ini adalah cerita2 yg palsu..

Panas Hati said...

tantawi sokong mat iraqi tak kena tindakan disiplin sbb mat iraqi tu dewan ulama.. kalau mat iraqi tu bukan dewan ulama mesti tantawi hentam habis-habisan punya...

Panas Hati said...

lain kali suruh mat iraqi belajar ilmu pengurusan. jangan jadi ulama kitab jer. kena jadi juga ulama pengurusan sama.

dia punya hal. satu malaysia bising. tahun lepas pun. dia punya hal juga.

hari tu abduh buat kerja bodoh. lepas tu mat iraqi. bila pula tantawi nak buat kerja bangang pula.

achoksabah said...

Dalam melaksanakan maksud ini, hasrat seseorang pemerintah yang dibantu oleh ilmu pengetahuan adalah penting. Jika dia ulama yang mahir dalam politik serta mempunyai ketangkasan siasah, tentulah itu yang terbaik. Jika dia seorang ahli politik yang mahir sekalipun tidak ulama, dia boleh dibantu oleh para ulama yang mendokong hasratnya. Apatah lagi kita kini dalam kerangka negara moden yang lebih teratur dan tersusun dibanding negara pada zaman buku-buku klasik politik Islami itu ditulis.

Apa yang menjadi masalah adalah jika seseorang jahil atau tidak mahir pentadbiran dan siyasah tetapi ingin memerintah. Sekalipun dia memakai gelaran ‘ulama’ ataupun professional. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah baginda yang soleh dan warak Abu Zar al-Ghifari :

“Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim).

Namun Khalid bin al-Walid r.a. sekalipun Nabi s.a.w. pernah menegur dan membantah beberapa tindakannya yang melanggar disiplin peperangan yang digariskan oleh baginda, tetap baginda pilih mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain, sekalipun mereka lebih berilmu dan dekat dengan Nabi s.a.w dibandingkan Khalid.

Al-Imam Ibn Taimiyyah dalam Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah menyebut: “Apabila dua orang, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, yang kuat dan berani -walaupun padanya ada kejahatan- diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.

Maka tanggungjawab umat Islam sekarang bukan membincangkan ‘ulama’ atau ‘professional’ yang layak memerintah, tetapi melihat tanggungjawab jawatan tersebut dalam kerangka politik hari ini dan siapakah yang paling sesuai atau paling berkesan dalam mencapai matlamat sebuah negara yang adil dan dirahmati Allah. Isunya bukan isu gelaran, atau jenis pakaian, tetapi isu amanah dan kemampuan dalam mentadbir dan menguruskan kehidupan rakyat.

muslimat said...

salam achoksabah,

saya bersetuju dgn pandangan drmaza yang di bawa oleh anda itu. Tiada keuntungannya membezakan ulama dan profesional kerana ternyata kedua golongan inilah yang memperkuatkan jemaah selama ini...saling lengkap melengkapi dan bahu membahu antara satu sama lain.

saya yakin perwakilan membuat pilihan bukan kerana kecenderungan terhadap golongan mana-mana tapi kerana yakin dgn kemampuan dan rekod kerja calon masing-masing.

Pun begitu, sebagai ahli saya suka kita mengambil pendekatan menghormati ulama', bersangka baik terhadap mereka, menegur dgn bijaksana tanpa menampakkan sikap merendah dan meremehkan status mereka sebagai ulama'.kalau menyosori perjalanan perjuangan pas, golongan ulama adalah sangat berjasa dan menghabiskan sebahagian usia untuk perjuangan agama...mereka 'tua atas jalan'.
Berbanding kita yang masih muda usia dan baru memulakan kerja, 'orang tua' kita perlukan sangat utk memimpin kita.

semoga kita tak lupa kata-kata baginda saw
" ulama adalah pewaris nabi"
dan kita tak lupa sebutan Allah di dalam firmannya dalam surah fathir " sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya adalah ulama' "

Jadi kita patut menunjukkan sikap hormat kpd golongan ulama dgn cara yang wajar.

achoksabah said...

muslimat

begini je lah, bagi aku,siapa yg buat silap dia patut di tegur dan dikritik, supaya setiap org akan berhati-hati membuat kesilapan..

saya bersetuju kita boleh mengkritik asalkan tidak melebih-lebih sehingga menghina dan menafikan kemuliaan seseorang tidak kira lah kemuliaanya sebagai ulama mahupun orang biasa..maklum lah, manusia biasa pun akan rasa terhina bila dihina,begitu juga ulama..

TAPI saya tak setujulah bila ada ulama dikritik ataupun dicela atas kesilapanya, MAKA TERUS melebel para pengkritik tersebut dengan mengatakan mereka lebih teruk daripada MUSYRIKKIN MEKKAH seperti yg awk buat....

inikan kritikan yg melebih-lebih dan juga berbaur menghina, mengapa anda rasa marah bila ulama dihina atas kesilapanya pada masa yg sama anda juga mengina org lain dengan label-lebel musyrik??...inikan double standard??

muslimat said...

achok tulis

saya bersetuju kita boleh mengkritik asalkan tidak melebih-lebih sehingga menghina dan menafikan kemuliaan seseorang tidak kira lah kemuliaanya sebagai ulama mahupun orang biasa..maklum lah, manusia biasa pun akan rasa terhina bila dihina,begitu juga ulama..

``````````````````````````
tulisan anda ini benar dan bermakna. maka saya harap tiada lagi tulisan seperti di bawah ini yg saya rasa kurang manis sindiran begini ditujukan kepada ulama'.

[rasanya best plak ada title ulama, boleh buat kenyataan suka hati ke??kalau blog tepi jalan sebarkan kelemahan parti, pasti mereka dihina,dicaci,dituduh takde adab,dituduh tidak wala,dituduh anti ulama dan dituduh erdogan dan macam-macam lagi..]

pada saya ulama tidak menggunakan titlenya utk membuat kenyataan sesuka hati apatah lagi membawa niat mendedah kelemahan parti.Semuanya dilakukan kerana rasa ingin menasihat dan mengingatkan. Walaupun pahit tapi kita terima yg Jemaah bukan sempurna sehingga langsung tidak boleh disebut kesalahan. Kita patut merasa malu terhadap tuhan bukan malu pada musuh.


achok tulis

TAPI saya tak setujulah bila ada ulama dikritik ataupun dicela atas kesilapanya, MAKA TERUS melebel para pengkritik tersebut dengan mengatakan mereka lebih teruk daripada MUSYRIKKIN MEKKAH seperti yg awk buat....

inikan kritikan yg melebih-lebih dan juga berbaur menghina, mengapa anda rasa marah bila ulama dihina atas kesilapanya pada masa yg sama anda juga mengina org lain dengan label-lebel musyrik??...inikan double standard??

````````````````````````````
anda silap faham, telitilah tulisan saya. saya tidak marah pada pengkritik kesalahan ustaz Din . saya marah pada pencela dan pengkritik yg mempertikaikan penggunaan nama Tantawi oleh ustaz.Adakah menggunakan nama Tantawi suatu kesalahan ulama'?
hak apa yang mereka guna untuk mempertikaikan nama ustaz ini?? malah ada yang menuduh ustaz riya'. alangkah jeleknya tuduhan ini kerana mereka mengambil hak Allah dlm menilai amalan seseorang.
Saya yakin yang mengkritik ustaz ini seorang muslim. Musyrikin mekah menghina nabi kerana mereka kufur dan tidak beriman kepada Allah.Tentulah perbuatan mereka itu tidak menghairankan. Tapi SIKAP muslim yang menghina saudaranya apatah lagi mencela pribadi, menuduh riya' apakah lebih baik dari muyrikin mekah ? makanya saya telah katakan SIKAP mereka lebih teruk dari musyrikin mekah.

Adakah bila saya katakan kepada seseorang muslim yang minum arak sebagai bersikap atau berperangai lebih teruk dari arab jahiliyyah maka ia membawa maksud saya menuduhnya Arab jahiliyyah ?
bukankah mencela sikap/perbuatan tidak sama mencela tubuh badan. Bukankah TGHH pernah berkata 'kita menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana perbuatan UMNO menolak Islam maka kita tentang

saya harap ini cukup jelas utk anda.

muslimat said...

DUNGUN – Isu politik sogokan atau membeli undi dengan ‘jamuan dan T-Shirt’ sebagaimana yang di gembar-gemburkan adalah laporan pihak media yang tidak benar.Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Muhammad Daud al-Iraqi menafikan beliau ada membuat membuat kenyataan tentang wujudnya perkara tersebut.
Katanya kenyataan beliau hanya berbentuk ‘nasihat’ serta peringatan agar tidak berlaku kejadian seumpama itu dalam PAS. “Saya tidak buat kenyataan. Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa ada sogokan wang, ‘tak dok’ (tiada), saya tidak buat kenyataan.

“Cuma, saya telah menasihatkan kawan-kawan dalam Ulama’ jangan jadi ada seperti bagi baju atau bagi apa-apa dalam masa pemilihan menjelang Muktamar Tahunan PAS akan datang,” jelasnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ disini.Menurutnya, aktiviti kurang sihat itu amat tidak wajar diamalkan terutama dalam kepimpinan Ulama’ PAS yang merupakan tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat yang dibawahnya.
“Kita (PAS) minta jika ada ‘hentikan’ dan jika tidak ada tinggalkanlah. Ulama’ ini merupakan sebagai tunggak, contoh dan tauladan kepada rakyat,” ujarnya.Dato’ Muhammad juga menjelaskan, pihaknya tidak menerima sebarang bentuk laporan atau aduan tentang wujudnya gejala tersebut.“Laporan atau aduan tidak ada cuma laporan surat khabar (media) tulis macam itu.
Saya hanya beri peringatan sahaja dan saya tidak buat kenyataan akhbar seperti orang lain,” jelasnya terhadap kekeliruan tentang isu tersebut.Beliau yang menarik diri serta enggan mempertahankan jawatan Ketua Ulama’ PAS Pusat menjelaskan bahawa kepimpinan Ulama’ diteruskan.
Katanya, Majlis Syura Ulama’ PAS telah membuat keputusan bahawa jawatan nombor satu dan dua dalam kepimpinan parti adalah ulama’ dan terserah kepada para perwakilan di muktamar, Jun ini.Turut hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Haji Yahya Ali dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang.

````````````````````````````
sedih dan saya sebak sekali. Kitalah cuai dalam permainan media sehingga buruk sangka kepada ulama' , apatah lagi beliau ketua dewan ulama.
Nasihatnya adalah kepada ulama' dalam satu majlis utk ulama...bukan percakapannya pada media. tapi telah diputar belit oleh media....maka kita ahli yang kurang cermat tanpa meneliti terlebih dahulu terdorong utk memandang rendah padanya.Ulamakah yang tidak berhati-hati atau kita yg terlebih gelojoh.

Terpulanglah pada apa kesan perasaan anda terhadap ulama', tapi bagi saya , saya menjunjung kasih di atas kesusahan mereka berjuang di dalam pas.

achoksabah said...

kpd muslimat

saya marah pada pencela dan pengkritik yg mempertikaikan penggunaan nama Tantawi oleh ustaz.Adakah menggunakan nama Tantawi suatu kesalahan ulama'?


..................................

rupanya asas kemarahan awk hanyalah kerana ada org mempertikaikan title tantawi ust din..sy meliaht benda tu tak la sampai menghina ust din dan saya rasa takde lah plak ust din akan marah kalau title tersebut dipertikaikan,kerana perjuangan yg besar jarang sekali akan memperbesar-besarkan hal yg remeh lebih-lebih lagi soal gelaran..cuba awk tanya ust din, adakah beliau terasa terhina bila title tantawi dipersoalkan????sy yakin ust din bukanlah kemaruk sangat dengan title tantawi tersebut..


lagipun, adakah layak kita mengatakan sikap seseorang itu lebih teruk dari musyrikkin mekkah hanya kerana mempertikaikan title seseorang ustaz???


saya teringat aruah ust fadhil yg berkali-kali menolak gelaran dato dari sultan kedah..inilah sikap seorang pimpinan yg sejati yg tak terpengaruh oleh gelaran..

muslimat said...

lerrr...kona kot tu pulak.Sudah saya jangkakan sepanjang membaca hujah anda di sini.

satunya achok sabah, saya rasa anda orang yang sukar mengaku kesalahan dan tidak suka orang nampak kelemahan.Jadi akan kona kut mana saja utk nampak macam benar aje...

Jadi saya hentikan di sini sahaja dan biarkan anda bahagia dengan sikap anda itu kerana itu masih hak anda. tapi bagi sikap seorang ahli harakah islamiyyah, ianya tidak menguntungkan perjuangan.

Jika anda masih ingin merasa kemenangan dan masih merasa anda memang bersama 'kebenaran', maka kemenangan itu telah diberikan kepada anda....secara percuma.

sebenarnya sayalah yang sangat bodoh kerana cuba berhujah dgn orang seperti anda.

saya hentikan kebodohan saya di sini saja.

salam juang.

sembang haroki said...

ustaz, isu utama bukankan rasuah dalam parti. isu utama ramai kalangan ahli gagal memahami bahawa pas selama ingin bergerak sebagai harokah islamiah, mestilah berdasarkan syarak dalam berfikir, proses membuat keputusan dan bertindak. terutama kalangan pimpinan mestilah menjadikan syarak sebagai neraca pertimbangan. disinilah asas mengapa fuqoha mesti memimpin parti bukan setakat memenjarakan ulama besar pas kedalam penjara majlis syura ulama (kalid samad guna menginstitusikan ulama) atau membataskan kegiatan ulama dalam sebuah bilik tertutup yang dinamakan dewan ulama. sudah semestinya presiden seorang ulama kerana tugas harian memerlukan tindakannya. begitu juga timbalan yang menjalankan tugas dalam ketiadaan presiden atas apa2 sebab atau mewakili presiden dalam apa2 tugas. semua ini memerlukan kefahaman mendalam tentang syarak.
contoh yang nyata ialah peristiwa projek katak lompat 916 dsai. apa hujah mereka menyokong dsai? sedangkan sekurang2nya jika mereka memahami pendekatan zaraaik, melihat kepada maaal, sudah cukup untuk mereka bertindak demikian bimbang ameno yang menguasai jentera kerajaan bertindak lebih ganas. takkanlah orang kafir berdiam diri jika kita mencela berhala mereka?

ya ustaz,
lebih malang terdapat ramai asatizah buat2 lembu kenyang atau secara terangan menyokong golongan bukan ulama.
soalnya: apakah pas bukan harokah islamiyyah??

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive