HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, May 17, 2009

PASTI : Pelan Perpaduan Negara

Ucapan perasmian yang disampaikan oleh Yb. Tuan Hj. Salahudin Ayub [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ] ketika merasmikan Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia di Tawau Sabah adalah ucapan yang cukup besar makna dan tinggi nilai .

Bermula dengan penegasan bahawa guru - guru PASTI adalah antara tenaga penting yang menjana kejayaan PAS membelah benteng penghalang antara parti [ PAS ] dengan masyarakat .

Sejak 25 tahun yang lalu , PASTI yang diasaskan pada zaman kepimpinan Al Fadhil Dato' Ustaz Abu Bakar Chik selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat , kini sedang merajah peta perluasannya dan mewajah capaian gemilang dalam khidmat pendidikan yang cukup meyakinkan masyarakat .

Yb. Tuan Hj Salahudin Ayub turut mensasarkan satu tahap keupayaan yang boleh direalisasikan dengan penuh komitmen dan istiqamah , iaitu capaian untuk jangka 25 tahun mendatang bahawa PASTI bukan sahaja gah dengan cawangannya di seluruh pelusuk negara tetapi juga mampu dan berjaya menubuhkan sebuah universiti guna melahirkan tenaga pendidik atau guru yang lebih berkemampuan dan memiliki kepakaran yang berkeupayaan tinggi untuk mengangkat martabat pendidikan Islam dalam negara .

Bahkan PASTI juga sangat diharapkan oleh beliau [ Yb Tuan Hj. Salahudin Ayub ] agar dapat mengumpulkan segala tenaga pakarnya untuk merangka satu Penyata PASTI dan pelan pendidikan negara yang berkesan bagi menggantikan Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak yang dilihat semakin usang dan tidak lagi efektif untuk menangani krisis pencapaian akademik dan konflik solidariti yang kian membarah dikalangan masyarakat kita .

Kita tidak mahu hanya sekadar berupaya melahirkan pelajar atau generasi berminda "A" sebaliknya apa yang kita mahu capai ialah penguasaan seimbang dalam melahirkan kecemerlangan intelektual , emosional dan spiritual insan .

Umum juga menyedari bahawa perpaduan antara kaum di dalam negara kita telah terancam dan semakin terhakis nilainya . Kontrak sosial mula berani dicabar , sensitiviti agama sukar dirunding dan perbezaan budaya menjarakkan mereka .

Membina perpaduan menyilang budaya , bangsa dan agama memerlukan satu tahap pendidikan yang benar - benar formulatis . Memahami setiap sendi permasaalahan dan menghayati setiap inci ruang yang mendorong malah melorong ke arah penyatuan dan perpaduan .

PASTI boleh mempeloporinya . Dewasa kini PASTI telah meletakkan dirinya sama aras dengan pusat pengajian integrasi peringkat pra persekolahan , malah secara pratisnya PASTI kini berjaya melaksanakan misi dan visinya merentas sempadan ideologi parti politik , bangsa dan agama .

5 comments:

Anonymous said...

Suatu hari, saya nak lihat satu yayasan pendidikan berautonomi dan terpisah daripada PAS. Sebab, bila orang lihat PASTI, orang akan ingat PAS berpolitik.

Yayasan Pendidikan ini memayungi PASTI, Sek Ren Islam, Sek Men Islam, KUDQI dan KIDU. Ia menjadi wasilah Islam dalam pendidikan seumpama gerakan Gulen di Turki.

saya harap berjaya. Di sabah, PASTI disambut baik tetapi PAS tidak diterima. Malangnya, selepas PASTI tiada kesinambungan dalam pendidikan Islam. Tibalah konsep SRIDU dan SMIDU(spt di Darul Ulum) diperkenalkan.

wan ziarahsufi

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Dalam Bab PASTI.

Kalau boleh perbanyakan kursus dalam bidang psikologi kanak-kanak.

Sebabnya.
Bila dok perhati terlihat kanak-kanak ini menjadi takut-takut,tak berminat nak hadir kelas dan sebagainya , kebanyakan berumur 4 tahun.

Mungkin ada faktor lain tapi cuba fikirkan kesesuainnya.

FYI

Selongsong said...

Beberapa persoalan berkenaan kontrak sosial.

1. Apa itu "Kontrak Sosial"?

2. Dimanakah dalam perlembagaan negara Malaysia yang menunjukkan kewujudan "Kontrak Sosial"?

3. Sekiranya "Kontrak Sosial" itu wujud secara bertulis, buktikan kewujudannya. Kalau hanya omongan kosong (atau "gentlemen talk"), ianya tidak lebih daripada satu khayalan.

4. Adakah Kontrak Sosial bertepatan dengan syariah?

5. Tunjukkan dalil Al-Qur'an dan Sunnah bahawa Kontrak Sosial itu bertepatan dengan syariah.

Dilla said...

Salam.

Tahniah kepada PAS kerana mempunyai inisiatif untuk menubuhkan PASTI.

Sebagai salah seorang ibu, saya ingin mencadangkan kepada PAS agar menilai semula syllabus untuk PASTI dan memberi penekanan ke atas aspek latihan kepada para pengajarnya. Kita boleh menggunapakai pendekatan yang digunakan oleh Smartreader dll asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam. PASTI patut menggunakan pendekatan secara psikologi kanak2 didalam mendidik mereka, ini hanya boleh dilakukan melalui tenaga pengajar yang terlatih. Saya harap jika ditakdirkan tuan dipilih untuk memimpin pemuda PAS nanti dapat melihat/menilai semula aspek ini.
Saya percaya PAS memiliki kepakaran ini kerana pengasas Sekolah swasta Al-Amin (yang saya akui kecemerlangannya) sendiri adalah seorang ADUN Pas (YB Shaari Sungip).
Komen ini adalah ikhlas dari saya kerana saya bercadang untuk mengeluarkan anak saya dari PASTI disebabkan perkara ini.

Fadzilah

muslimat said...

Ustaz,

Pendidikan di peringkat tunas tidaklah begitu kritikal kerana mereka masih rebung yang mudah dilenturkan. Jika kita dapat memberi pendidikan yang sangat baik ketika di alam pra persekolahan, itu bukan jaminan mereka boleh besar subur sebagai remaja muslim yang dihiasi sahsiah islam.

Saya lebih risaukan anak-anak di peringkat remaja dan pendidikan tinggi.Peringkat ini banyak mencetuskan masalah sosial yg kronik dan boleh meleburkan masa depan islam utk gemilang.
sudah masanya Pas memiliki sistem pendidikan menengah yang utuh dan establish seperti pasti...ini keperluan lebih mendesak saya rasakan , jesteru peringkat remaja dan alam menengah adalah peringkat paling ideal utk pembinaan pribadi dan fikrah. lagipun gejala sosial sangat teruk sekarang ini...pendidikan menengah sekolah kebangsaan menyediakan sistem pendidikan yg tak seimbang maka remaja yang ada hari ini juga adalah remaja yg tak seimbang. kalau tak mana mungkin ada kes pelajar yg cemerlang peperiksaan tetapi terlibat dgn seks rambang, pergaulan bebas dan berpakaian tidak sopan...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive