HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, May 16, 2009

Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 09'

Puan Faridah Dawam

Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah PerakTerlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...

Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..

Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.

Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..

Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..

Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

12 comments:

KAZ said...

Kenapa Tuan Guru kata BN pengecut dan bubar DUN kalau berani?

Tuan Guru tak sedar ke kalau bubar DUN, yang menang sorak ialah PAS, tapi yang menang negeri ialah DAP.

Kenapa bangsaku sanggup menjual negeri demi jawatan BONEKA?

Saya tak faham dan minta penjelasan yang seikhlas-ikhlasnya kerana ALLAH.

MS said...

Tahniah kepada Pn. Faridah Dawam daripada kami di sini. Ingatan mendalam kami pada arwah suami beliau, Hashim Yahya yang juga sahabat seperjuangan yang menghidupkan saat Pemuda PAS Salak melalui saat getir. Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakan perjuanganmu sahabat.

Zacharias said...

Apa lah kaitan menang sorak PAS, menang negeri DAP.

InsyaAllah, kalau ada pilihanraya negeri Perak, jangan kata 28, 6 kerusi pun belum tentu BN boleh dapat.

Dan insyaAllah, meningkat la kerusi ADUN PAS.

Zacharias said...

Semoga Tokoh Guru PASTI terus istiqamah dalam perjuangan, dan semoga Allah menerima amal beliau. Saya selaku penggerak PASTI peringkat kawasan, sentiasa kagum dengan pengorbanan guru-guru PASTI dalam memastikan survival PASTI, dan juga tunjang di sebalik pergerakan Dewan Muslimat.

abang mat said...

apalah Kaz ni , berfikiran posistif lah sikit, kita bukan nak tengok sekarang tapi masa depan negeri perak dan negeri2 lain.
dan yang penting sekali kita nak hajar UBN sebar mereka2 ni dah kurang hajar sikit.harap kaz banyak-banyak lah membaca perkara berkaitan kalu nak tahu intisari sebenar perak patut adakan pemilihan dun sekali lagi

Zacharias said...

Rasa kelakar pula. Biasanya, kalau majlis yang besar, orang berebut-rebut nak tayang muka.

Sungguh ironi, bila tokoh guru kita, memilih untuk mengekalkan purdah beliau. Tiada siapa kenal, dan beliau mahu kekal dengan 'anonimosity' tersebut. Moga Allah menerima amal ikhlas beliau

Orang Tua said...

Tambahan Kepada Tulisan Di Atas

Ust Tantawi berkata

“kita diajar untuk thiqah dan wala' serta taat dalam keadaan kita suka atau tidak selama mana ia tidak bertentangan dengan syara' .”

Dan

“menjadikan kita semua dengar dan taat kepada pimpinan selama mana ia tidak bercanggah dengan syara' ,”

Pandangan saya, apabila ada orang yang tidak bersetuju dengan idea kerajaan perpaduan, maka kita tidak boleh terus melabelkan orang tersebut sebagai tidak wala’ ataupun patuh kepada pimpinan atau TGHH.

1. Idea kerajaan perpaduan masih lagi di peringkat Idea dan ia dilontarkan memang untuk diperbahaskan. Apabila diperbahaskan, sudah tentu akan ada yang tidak bersetuju ataupun bersetuju. Kalaulah, sesuatu idea dilontarkan, semua orang bersetuju, itu pelik namanya. Yang penting, orang yang bersetuju ataupun tidak bersetuju mestilah menyokong pendirian mereka dengan hujah. Tidak adil kita menuduh orang yang tidak bersetuju sebagai melawan Presiden.
2. Ia berbeza sekiranya idea tersebut, telah diluluskan, dan menjadi keputusan peringkat parti. Barulah boleh ditimbulkan persoalan ketaatan.
3. Kepimpinan PAS tidak sepakat di dalam isu kerajaan perpaduan. Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Tambahan pula, yang tidak bersetuju adalah Mursyidul Am PAS sendiri. Maka, ahli-ahli perlu diberi ruang untuk mengikut mana-mana penghujahan pimpinan yang mereka yakini.
4. Tidak adil juga menuduh TG Nik Aziz yang tidak bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan sebagai dihasut oleh pihak lain, kerana perkara tersebut adalah perkara ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa.
5. Semua ahli PAS telahpun sepakat, bahawa secara de jure, pemimpin PAS yang tertinggi adalah AL-Mursyidul Am PAS, bukannya Presiden PAS. Maka, wala’ dan patuh seharusnya ditujukan kepada Mursyidul Am PAS, bukannya Presiden PAS.
6. Presiden PAS juga seharusnya taat dan patuh kepada Al-Mursyidul Am PAS, bukannya sebaliknya.
7. Yang telebih baik, adalah, tidak menggunakan isu wala’, tsiqah, dan seumpamanya untuk menutup pintu-pintu perbahasan.

Panas Hati said...

http://percayaker.blogspot.com/

Selamba said...

Tahniah & Syabas buatmu - Pn. Faridah bt. Dawam.

Hasil kecekalanmu sememangnya kami adalah saksi, semangat yang ditonjolkan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah.

daripada kami PAS Kawasan Pasir Salak

http://paspasirsalak.blogspot.com

muryadi said...

Rasa sungguh kagum. Semoga guru tersebut dan juga guru2 PASTI lain terus memberi sumbangan yg sesungguhnya terlalu tinggi nilainya.

muslimat said...

Tahniah untuk Puan Faridah,

Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk terus mengorak langkah mendidik tunas islam menjadi mujahidin menegakkan agama Allah di bumi Malaysia ini...

jika puan ada membacanya...masih belum terlewat utk saya ucapkan..

Salam hari murabbi,

jika kerajaan canangkan guru sebagai pembina negara bangsa, tapi saya yakin pas inginkan murabbi sebagai pembina generasi rabbani..

pastipusat said...

mohon diguna untuk pastipusat.wordpress.com...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive