HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, May 26, 2009

Siri Fikrah Bina Pemuda . vol 3

PEMUDA PAS :
Rijal at - Taghyir

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية ءامنوا بربهم و زدناهم هدى و ربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السماوات و الأرض لن ندعوا من دونه إلها لقد قلنا إذا شططا

Kami ceritakan kisah mereka kepadamu ( Muhammad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda - pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereka berkata : Tuhan kami adalah Tuhan Langit dan Bumi , kami sekali - kali tidak menyeru Tuhan selain Dia . Sesungguhnya kami kalau sedemikian , telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran .

Surah al Kahfi : Ayat 13 - 14

Pemuda yang saya maksudkan sebagai Agen Perubah [ Rijalut Taghyir ] ini ialah pemuda yang beriman dengan satu keimanan yang meletakkan pemuda sebagai hamba Allah yang taat kepada segala titah perintah Allah dan senantiasa siap dan sedia untuk melaksanakan apa jua tuntutan syara' . Mereka laksana hawariyun yang siap sedia menjawab : "Kamilah tentera - tentera Allah" ( نحن أنصار الله ) ketika ditanya siapa dikalangan kamu yang mahu bersama berjuang menegakkan agama Allah swt.

Iman ( Aqidah ) yang Sohih.

Perjuangan yang kita dokong dan urus ini adalah perjuangan Islam . Justeru itu dasar , objektif dan matlamatnya juga Islam . Sebarang penyimpangan daripada Islam merupakan satu jenayah perjuangan yang kelak menyumbang kepada kerosakan kekal terhadap perjuangan suci ini malah diri pejuang itu sendiri turut menjadi mangsa .

Lantaran itu , pemuda mesti memiliki tahap pegangan agama yang utuh tanpa mampu digugat biarpun terpaksa berhadapan dengan apa jua situasi yang mencengkam samaada dari luar atau dalam . Tanggungjawab ini bukan sahaja digalaskan kepada pemimpin tetapi juga kepada seluruh ahli.

Pemuda yang mempunyai pegangan agama yang utuh dan iman yang mantap bukan sahaja meletakkan mereka layak untuk membawa perubahan tetapi wajib memimpin perubahan .

Mereka bukan pemuda yang menjadi "pak turut" dan jauh sekali "berangan" dalam perjuangan besar ini. Bahkan mereka juga tidak "kalut" mendepani realiti . Segalanya bermula dengan akar keyakinan yang jelas mengasas langkah perjuangan tanpa gentar dan panik menyerap tekanan serta meredah halangan .

Mereka adalah pemuda yang tahu apakah yang ia perjuangkan , untuk apa ia diperjuangkan dan bagaimana ia diperjuangkan .

Pemuda yang menggabungkan diri dengan Gerakan Islam berasaskan Aqidah ( intima' al aqidah ) , mendokong cita - cita perjuangan junjungan besar Nabi kita Muhammad saw untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi . Bukan pemuda yang sarat dengan cita - cita politik duniawi memburu jawatan dan pengaruh kuasa tanpa melihat kepada ruang dan peluang untuk Islam .

Tidak juga pemuda yang gopoh memburu kemenangan tanpa melihat kepada tahap masak matangnya perjuangan Islam yang didokong . Tentu sahaja kita semua membaca kisah Khabbab al Arat bersama Nabi saw :

و من أبي عبد الله خباب بن الأرت رضى الله عنه قال شكونا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة فقلنا : ألا تستنصرلنا ؟ ألا تدعولنا ؟ فقال : قد كان من قبلكم يؤخذ الرجال فيحفر له في الأرض فيجعل فيها ثم يؤتى بالمنشار فيوضع على رأسه فيجعل نصفين و يمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه و عظمه ما يصده ذلك عن دينه و الله ليتمن الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضر موت لا يخاف إلا الله و الذئب على غنمه و لكنكم تستعجلون

Maksudnya : Dari Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Rha. telah berkata : Kami telah mengadu kepada Rasulullah saw sedang Rasulullah saw pada waktu berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka kami bertanya : Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita ?

Maka berkata Rasulullah saw : Sesungguhnya orang - orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian itu tidak memalingkan ia dari agamanya.

Demi Allah . Nescaya Allah menyempurnakan urusan ini ( agama Islam ) sehinggalah musafir dari Sana'a ke Hadhra Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah , akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh .

Riwayat Imam Bukhari

Betapa pejuang seperti Khabbab yang telah merentasi tempoh perjuangan dan pengorbanan yang getir masih dianggap gopoh oleh baginda saw. kenapa kita begitu tergesa - gesa inginkan kemenangan pula melalui jalan short cut sedang perjuangan dan pengorbanan kita belum ditahap maksima .

Saya bimbang kita hanya membina Istana Pasir . Indah dan cantik rupanya , tetapi menunggu saat runtuh dan binasa yang lebih parah selepasnya. Waliyazubillah !

Pemuda Rijalut Taghyir

Gerakan pemuda sejak awal bersama Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) sangat konsisten membawa cita - cita perubahan dari sekular kepada Islam , dari kufur kepada Iman , dari bathil kepada haq , daripada zalim kepada adil . Perjuangan yang telah menyaksikan pimpinan dan aktivis pemuda keluar masuk penjara dan menjadi bahan belasahan musuh - musuh Islam.

Tentu sahaja perjuangan ini mengharapkan kejayaan dan kemenangan namun ia bukan matlamat perjuangan kita pemuda Islam . Kemenangan adalah anugerah Allah yang akan dikurniakan kepada yang berhak dan layak setelah mereka terbukti sanggup mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam ini setulusnya tanpa mengharapkan sesuatu selain redha Allah swt.

Ini bukan minda pembangkang dan bukan juga minda orang yang kalah tetapi ini adalah minda sunnah berasaskan manhaj perjuangan suci .

Kemenangan tidak diberi kepada Sang Gopoh , Mat Kalut bahkan tidak juga dikurniakan kepada Mat Jenin . Tetapi diberi kepada mereka yang telah berjaya memiliki pra syarat kemenangan seperti yang digariskan oleh para ulama' al mujahidin bertunjangkan manhaj an nabawi .

Bukan saya prejudis dengan kemenangan tetapi jangan dipetik buah sebelum masaknya. Sekalipun kita berjaya memetik , kita hanya akan memakan buah yang putik dan mungkin pahit atau masam rasanya. Alangkah jika kita bersabar menanti buah yang masak , lalu kita memetiknya sudah tentu kita akan merasai nikmat dan lazat yang tidak terhingga .

Saya yakin Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Bijak . Masakan Allah gagal atau terlupa untuk memberi kemenangan setelah kita dikenal pasti layak .

Ada yang mempersoalkan tempoh 50 tahun kita berjuang apakah ia belum menjadi tempoh matang ? 50 tahun rakyat pula derita dibawah UMNO dan BN yang zalim dan kejam , apakah kita masih boleh bersabar ?

Inilah sifat perjuangan Islam yang bila - bila pun tidak terikat dengan tarikh dan tempoh . Kita berjuang meredah masa dan merentas zaman . Kalau 50 tahun kita sudah rasa lama menanti , bagaimana pula dengan ummat terdahulu . Nabi Nuh as. mengambil masa 950 tahun malah penguasaan Firaun juga mengambil masa ratusan sebelum ia ditumbangkan oleh Allah swt.

Kalau sememangnya kita layak dan berhak , saya yakin Allah swt akan memberikan kemenangan itu kepada kita pada bila - bila masa , kerana telah sabit janji daripada Allah swt . kepada kita yang berjuang :

و لينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز

Nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada siapa yang berjuang untuk memenangkan agamanya . Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Kuat lagi Perkasa.

Surah al Hajj . Ayat 40

Sememangnya kemenangan bukan hak kita sebaliknya ia milik Allah swt tanpa kita boleh mengambilnya sekehendak kita . Kalau boleh ikut kehendak kita , bukan esok apatah lagi lusa tetapi hari ini kita mahukan kemenangan itu . Tetapi Allah sebut :

و ما النصر إلا من عند الله إن الله عزيز حكيم

dan tiada kemenangan melainkan hanya kurniaan dari sisi Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Surah al Anfal . Ayat 10

Jatuhkan UMNO dulu ( ABU : Asal Bukan UMNO )

Saya sebagai seorang pemuda yang dilatih dan dididik bersama perjuangan ini untuk menegakkan Islam , saya berpandangan soal siapa jatuh dan siapa yang akan dijatuhkan malah apa nama mereka itu adalah perkara kedua . Yang utama ialah Islam mesti diperjuang dan ditegakkan . Siapa yang menghalang Islam tegak , kita terpaksa berhadapan dengan mereka . Jika mereka lawan maka kita tiada pilihan lain melainkan terpaksa melawan mereka . Siapa mereka dan apa nama mereka , itu kita tidak peduli .

Saya masih ingat malah sangat segar dalam ingatan saya akan ucapan Ayahanda Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi di Banggol Pradong yang kemudian diangkat menjadi Amanat oleh orang ramai khasnya ahli parti :

Saudara - saudara sekelian , Percayalah
Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO
Kita menentang Barisan nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah
Mengekalkan undang - undang kafir , mengekalkan peraturan jahiliyyah
Oleh kerana itulah kita menentang mereka
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka
Percayalah saudara saudara sekelian
Perjuangan kita adalah Jihad
Ucapan kita adalah jihad
Derma kita adalah Jihad
Bergantunglah kita kepada Allah dengan [menghadapi] puak - puak ini
Kerana kalau kita mati melawan puak - puak ini
Mati kita adalah syahid , mati kita adalah mati Islam
Kita tidak perlu masuk Budha
Kita tidak perlu Hindu
Kita tidak perlu masuk Kristian
Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku , agama suku

Demikianlah ucapan Tok Guru ( kalau saya silap mungkin boleh diperbetulkan . Namun inilah yang saya hafal )

Jahiliyah tidak selamanya nama dia UMNO , mungkin nama lain boleh mewakili jahiliyah . Sebagaimana yang jahat dan zalim tidak selamanya nama dia Firaun , dia boleh bernama Abu Jahal di zaman Nabi saw. Nabi pernah sebut sambit mengisyaratkan kepada kepala Abu Jahal :
هذا فرعون هذه الأمة
Inilah Firaun Ummat Ini .

11 comments:

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Takziah kepada Ustaz sebab menerima amanah yang cukup berat menerajui Dewan Pemuda Pusat. Moga amanah dapat dijalankan dengan sebaiknya.

diaa said...

Semoga Allah membantu ustaz, untuk membimbing pemuda-pemuda menjadi pejuang yang siangnya berjuang seperti singa, malamnya menangis-merintih sujud pada Rabbnya

Haikal Sulaiman said...

tahniah ustaz..semoga pemuda Parti islam ini gemilang bawah mu...

muslimat said...

takziah pada ustaz dan selamat berjuang ....berat benar apa yang dipikul oleh ustaz ini.
Semoga beroleh kekuatan dan pertolongan dari Allah.

Unknown said...

Salam.

Takziah krn amanah dan tanggungjawab yg berat dan tahniah krn menang tanpa bertanding.

Nah...perahu dah berada di air, pendayung dah berada di tangan.

Teruskan bekerja dan harus turun padang memperkasa jamaah.

Masa utk beretorik telah tamat. Berkata dan menulislah dengan penuh hikmat bukannya kesumat.
Jangan ibarat telunjuk lurus kelingking berkait.

Berpanaslah bersama jamaah dan jangan memanaskan kerusi.

Jenguk2lah surau buruk walaupun hanya terhidang biskut kering dan teh kosong.

Kerana disitu menunggu satu tungku dari 3 tungku.

PAS FOR ALL.

buka_pintu88 said...

salam us, sebenarnya, saya perasaan saya agak bercampur bila tau us menang ketua.. saya tak tau sama ada hendak sedih atau gembira..

saya GEMBIRA kerana saya yakin ustaz adalah pilihan yang terbaik utk memimpin para pemuda, insyaAllah..

tapi..

saya juga SEDIH dan RISAU kerana saya tidak tau, dan kurang nampak siapa yang sesuai utk gantikan tempat us..ye la, jadi timbalan ketua mana2 dewan, secara automatiknya, adalah perancang dan penggerak LAJNAH TARBIAH utk dewan..tarbiah sangat penting terutama kepada kami, golongan pemuda..ikhlas saya katakan, semenjak kemunculan blog us, PAS sudah AGAK JELAS kelihatan sebagai JEMAAH ISLAM, bukan PARTI POLITIK semata2, seperti yang difahami oleh segolongan manusia..saya pun nampak semangat tarbiah yang mem'bakar' seluruh jiwa ustaz untuk membentuk acuan manusia rabbani...blog us banyak menjawab isu2 yang dimainkan oleh media..blog ustaz selalu update, selalu hidangkan kertas2 kerja yang bemakna. (sampai saya pun cukup pelik. masa ustaz ni, lebih 24 jam ke?)

tahniah, ustaz!

saya amat berharap, agar pengganti ustaz pun akan bertindak MACAM USTAZ, bahkan LEBIH HEBAT lagi!! peranan MEDIA, blog tidak blh dipandang remeh, terutamanya buat kami pelajar2 diluat negara..

besar harapan saya, supaya pengganti us, sebagai timbalan ketua pemuda yang juga merupakan ketua lajnah tarbiah agar dapat menggerakkan tarbiah sehebat2nya, supaya PAS tidak kelihatan seperti parti politik yang hanya bermain dengan isu semata2, tapi bergerak pantas dalam mentarbiah ahli memahami dan melaksankan Islam yang sebenar!

(saya berharap, dalam kekalutan kita hanyut dengan isu perak, aktiviti tarbiah2 juga mesti dilaksana dan digembar-gembukan. Semoga kita tidak hanyut dengan arus politik yang SEOLAH-OLAH sudah diCATURkan untuk menjadi seperti sekarang. Semoga PAS tidak 'terperangkap' dalam caturan yang dibuat oleh musuh2 Islam.)
-ameen-

selamat berjuang ustaz.
semoga Allah bagi kekuatan yang luar biasa kepada Ustaz.

salam perjuangan dari saya.
-baihaqi-

hambamu said...

salam

hambamu said...

saya x bersetuju dgn RAJA..
sy xnampak di mana retoriknya ustaz..
apa pun, hrp teguran RAJA itu ustaz dan kita sama2 ambil dan pandang dr sudut positif utk sama2 muhasabah..

selamat berjuang ustaz.

saya berdoa,andalah negarawan Tarbiyyah yg berjaya dilahirkan oleh jamaah

hambamu said...

salam,
ustaz..
minta ustaz siarkan artikel berkenaan Islam dan demokrasi,,
memandangkan kekecohan dan kecelaruan krisis politik yg berlaku di Perak, menguatkan hujah sesetengah jamaah Islam yg lain bahawa Demokrasi sebagai ciptaan penjajah, bukanlah platform yg menjanjikan kemenangan ke arah tertubuhnya khilafah.dan seolah2 PAS telah didilutekan oleh sistem demokrasi ini dan kelihatan mendewakannya.. ana pernah membaca buku Tuan Guru Haji Hadi, Islam dan Demokrasi, mungkin entry ustaz di blog yg menjadi perhatian ramai ini mampu menjadi pencerahan yg berguna bg 3 tungku PAS dan mereka yg mahukan kebenaran.. wallahualam

Abu Muhammad el-Merbawiy said...

Salam Takziah dan tahniah kepada yang dikasihi Ustaz Naasir al-Din Hassan at-Tantaawiy,

Semoga Allah swt merestui dan meredhai serta menghakikatkan nama anda INYSA ALLAH SWT.

Dalam Islam kita menginsafi jawatan adalah amanah besar ummah dari sisi Allah swt untuk diterjemahkan di dalam perjuangan Islam bagi membela umat Islam dan bukan Islam. Semoga Pemuda PAS mendapat bimbingan dan pembentukan jati diri pekaderan serta perorganisasian yang lebih mantap dengan Ilmu pengetahuan, pentarbiyahan dan tindakan perkasa serta bijaksana sesuai dengan cabaran mendatang yang lebih besar dan perdana. Selamat berjuang akhi al-habeeb. 'Afaakallah wa a'aanallahu lakum wa lanaa wa al-jamaa'ah.

Wassalaamu 'alaikum wrmt wbrt.

Jumpa lagi, saudaraku.

Akhuukum fi al-Islam.
Dungun, Terengganu
MALAYSIA

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

salam, ust perkasakan dewan pemuda kita dgn tarbiyyah bg memantapkan kefahaman jemaah Islam pas,pada setiap pihak anak muda ,remaja, dan jgn lupa ank-ank ahli jemaah ,supaya ayah ,ibu ,anak merasai kemanisan tarbiyyah..laksanakan program yg melibatkan mereka..adaptasi kefahaman tabiyyah ust pada pemuda pas setiap negeri,moga dilahirkan pemuda yg berkefahaman Islam seperti ust x kira pa latar belakang mereka,kita menolak dakwaan setengah pihak yg konon nya pas ini hanya sebagai parti politik sahaja,mengfokus hal politik sahaja,hal tarbiyyah kurang diutamakan ..mereka ni bukan buta malah mempunyai mata yg cantik tp sayang mereka x nampak apa yg telah jemaah islam pas telah cuba lakukan..salam istiqamah ust..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive