HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, May 20, 2009

Rehlah ke Pulau Mabul dan Sipadan

Gerai runcit milik penduduk Kampung Pulau Mabul yang terletak lebih kurang sejam perjalanan bot laju dari Semporna Sabah .

Kenangan bersama Tuan Hj. Jamaludin Imam merangkap Ketua Kampung Pulau Mabul . Beliau adalah orang pertama yang tiba dan menetap di Pulau Mabul pada tahun 1976 . Ketika itu , beliau hanya bersama 4 buah keluarga dan kini penduduk Pulau Mabul telah mencecah 2000 orang penduduk .

Sebelahnya [ baju berbelang ] adalah Tuan Hj. Yusuf , Pengerusi JKK merangkap Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Mabul . Anaknya kini salah seorang dari mahasiswa UIA .
Penduduk kampung Pulau Mabul yang majoritinya beragama Islam . mempunyai sebuah Masjid dan sebuah Sekolah Agama yang turut memberi didikan agama dalam pelbagai bidang termasuk bahasa Arab dan Nahunya . Ianya dibimbing oleh Ustaz Abd Ghafur .

Wajah sekolah agama mereka yang usang namun anak - anak gembira mempelajari feqah , tajwid , al quran dan nahu bahasa arab .

Bergambar kenangan bersama pelajar sekolah agama dan apa yang menarik ialah mereka pelajar yang baik dan mampu mengekalkan pakaian yang menutup aurat sekalipun diluar waktu persekolahan .

Kawasan isterehat yang cukup menarik di Pulau Mabul sebagai pulau persinggahan dan penginapan bagi mereka yang ingin ke Pulau Sipadan , kerana Pulau Sipadan kini diletakkan dalam kawalan di mana pelancung tidak dibenarkan berada di Pulau tersebut selepas jam 5 petang . [ Jarak Pulau Mabul dengan Pulau Sipadan lebih 45 minit hingga 1 jam perjalanan bot ]

Memandu ke Pulau Sipadan . Bagi saya yang tidak biasa dengan gelora dan gelombang laut memang agak cemas dan memang kami berdepan dengan ombak besar dan beberapa kali bot kecil kami melambung . Namun Alhamdulillah semuanya selamat .

Sementara perjalanan pulang pula kami sekali diuji apabila terpaksa mengharung lautan luas lagi dalam di bawah cuaca yang tidak baik . Hujan lebat dan kabus tebal sehingga membuatkan kami hilang arah di tengah - tengah lautan luas .

Agak lama kami mencari arah untuk kembali ke tanah besar Semporna , sehingga cuaca beransur pulih dan kami dapat mengambil petunjuk melalui kedudukan pulau yang banyak untuk mencari arah pulang . Hampir tiba , bot kami kehabisan minyak di tengah laut . Alhamdulillah baki minyak dalam tong simpanan masih mampu untuk membawa kami pulang . Syukur kami semua selamat dalam perjalanan yang mencemaskan .
Keindahan Pulau Sipadan sebagai antara Pulau yang tercantik di dunia .

Keindahan Pulau ini pernah terganggu dengan peristiwa penculikan pelancung
oleh kumpulan Abu Sayyaf . Sementara yang bergambar ni bukan kumpulan Abu Sayyaf .

Santai sambil menikmati keindahan ciptaan Allah swt .

Bersama beberapa orang angkatan tentera yang ditugaskan untuk berkawal di Pulau ini . Sebahagiannya tentera ini orang Kelate .

6 comments:

faham islam said...

semangat tgk anak-anak tu belajar,walaupun tmpt usang.walaupun tak pernah sampai ke tempat2 sebegini,tapi gmbr2 yg u din paparkan cukup bermakna kepada kami.i.allah doakan kami di mesir,pulang ke msia,thabat dgn PAS

achoksabah said...

terima kasih atas lawatan ke sabah ustaz..kami mengharapkan daie2 semenanjung akan dapat membantu gerakkerja islam disini agar setanding bumi semenanjung..

bantuan ilmu, kewangan dan kepakaran amatlah kami harapkan terutamnaya di kawasan2 pedalaman..

fahmi said...

salam, cantiknya laut... kesian budak2 itu belajar dlm sekolah sebegitu rupa.. semoga mereka berjaya di dunia & akhirat.

Nazmie Samarahan said...

Ana harap jamaah akan tumpukan tarbiah di sabah dan sarawak.. keduanya antara tempat yang subur dengan dakwah...

arulz_adnan said...

memang cantik pulau di sana..rezeki ustaz lah dapat sampai..
moga dakwah Islam juga dapat di sebarkan disana secara kerap lagi, kerana seringkali terdengar bahawa bahagian sana agak lemah dakwah Islamiyahnya. MOga Allah beri kekuatan buat kita

angkasanuri said...

Melihat gambar-gambar yang dipostingkan tak sabar rasanya nak lihat alam ciptaan Allah di sana. Saya akan ke Tawau,Kota Kinabalu Semporna mulai hari ini hingga 26 Mei.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive