HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, May 21, 2009

Siri Fikrah Bina Pemuda . vol 1

Sensitiviti Pemuda
Terhadap Isu Negara :

CABARAN DAN MASA DEPAN . [ siri 1 ]

فأحسنَ الكلامِ كلامُ الله و أحسنَ الهدىِ هدىُ محمدٍ صلى الله عليه و سلم . ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شر الأمور محدثاتُها و كلَّ محدثاتٍ بدعةٌ كلَّ بدعةٍ ضلالةٌ و كلَّ ضلالةٍ في النار .

Muqaddimah

Pemuda adalah aset ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah . Kekuatan tenaga , kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan .

Sabda Rasulullah saw.

أُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خيرًا فإنَّهُمْ أرِقُّ أَفْئِدَةً لقد بعَثنِيَ اللهُ باْلحَنِيْفِيّة السَّمْحة فَحالَفَني الشبابُ و خالَفني الشُّيوخ .

Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya menanggapi pemuda dengan sebaik mungkin kerana sesungguhnya mereka memiliki jiwa yang mudah dibentuk (lembut dan unik). Sesunggguhnya Allah telah mengutusiku dengan ugama yang lurus lagi tolerensi lalu aku telah dibantu kukuh oleh para pemuda sedang orang - orang tua menyanggahiku .

Sabda Rasulullah saw.

إنَّ اللهَ لَيُعْجَبُ مِنَ الشَّبابِ الَّذي ليستْ لَه صَبْوَة .

Maksudnya : Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda - pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral. ( Riwayat Ahmad dan Abu Yu’la )

Pemuda sayugianya peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul justeru di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah . Pemuda adalah tiang dan harapan ummah . ( Fakta ini adalah jelas kerana : antara elemen pembentukan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa seringkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Pemuda tak selayaknya alpa dibuai mimpi dan impian palsu , sebaliknya insaf menangani realiti yang mencabar dengan daya sensitiviti tinggi terhadap isu yang berlaku.

Sabda Rasulullah saw.

و من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“… dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka .”

Saiyyidina Omar Al Khattab Rha. Berkata :

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية

sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah .”

Cabaran Utama Yang Mesti dihadapi .

Paling minima , cabaran utama yang akan ditempohi oleh pemuda dalam membentuk dan membina kewibawaan ummah serta keunggulannya ialah :

Ø Sukar untuk mencipta Isu
Ø Gagal untuk manafaatkan Isu yang timbul
Ø Isu membalikkan arca negatif ( back fired )
Ø Sifat Isu yang mudah luput
Ø Tidak menafsirkan isu dengan tepat

Lantaran itu, pemuda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini , suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman .

Tanpa persiapan sedemikian, pemuda akan terperangkap dalam manipulasi musuh yang amat licik . Realiti hari ini mempamerkan suatu hakikat yang amat meresahkan kita apabila ramai pemuda/i muslim tersungkur di hadapan musuh seterusnya menjadi agen musuh .

Baginda Rasul saw. telah mengisyaratkan supaya berwaspada dari tipu helah itu kerana menyedari “jiwa kepemudaan” pemuda mudah dipengaruhi.

ِغْتَنِمْ خَمْسًا قبْلَ خمسٍ حياتَك قبل موتِك و صِحَّتَك قبلَ سقمِكَ و فراغَكَ قبلَ شُغْلِكَ
و شبابَكَ قبلَ هَرَمِكَ و غِناكَ قبلَ فَقْرِكَ . رواه الحاكم

Maksudnya : Peliharalah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain : Hidupmu sebelum datang matimu , sihatmu sebelum datang sakitmu , kelapanganmu sebelum datang kesibukanmu , mudamu sebelum datang tuamu dan kayamu sebelum datang faqirmu .

Sabda Rasulullah saw :

لا تزولُ قدَماً عبدٍ يوم القيامةِ حتى يسألَ عن أربعٍ : عن عُمْرِهِ فيما أَفْناهُ و عن شبابِهِ فيما أَبْلاهُ و عن مالِهِ مِنْ أَيْنَ اْكْتَسَبَهُ و فيما أنفَقَهُ و عن عِلْمِهِ ما عملَ فيه .

Maksudnya : Tidak berganjak kaki seorang hamba pada hari qiamat sehingggalah ia disoal berkenaan dengan empat perkara :Ke manakah dihabiskan umurnya , bagaimana ia manafaatkan usia mudanya , dari mana diperolehi hartanya dan ke mana pula ia belanjakannya dan apa yang telah direalisasikan ilmu miliknya . ( Riwayat At- Tarmizi )

Antara isu yang menguji keperihatinan pemuda hari ini , sering kali timbul dalam wajah serangan pemikiran , keruntuhan moral , dan tentangan pemerintahan sekular .

ISU DALAM WAJAH : SERANGAN PEMIKIRAN

Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam , jua kepada semua pemuda/i secara khusus untuk menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah .

1. Barat

Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat. Sebagaimana diketahui umum , barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan dinding rumah-rumah ibadat.

Ø Dalam hal pentadbiran , Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan ugama dari urusan hidup sehari . فصل الدين عن الحياة

Ø Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan فصل الدين عن الحكومة و الدولة

Ø Sementara dari urusan ekonomi, Barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi . Urusan politik pula , Barat menaja prinsip demokrasi dengan menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.

Ø Urusan kemasyarakatan jua demikian , Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.

2. Timur Blok Komunis

Suatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip Ilhad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dari Manhaj Rabbani dan hak hukum hakam Islam.

Kenapa Barat dan Timur Menyerang Islam . ( Sifat Isu ini berpanjangan )

Justeru Islam mempengaruhi aqal dan pemikiran manusia dan ia tersebar ke seluruh dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun menganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan.

Firman Allah swt :

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ . وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا .
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Maksudnya : Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. ( An Nasr 1- 3 )

Rancangan Jahat Mereka

Setelah menyedari bahawa mereka tidak akan berupaya untuk menjatuhkan Islam dengan peperangan bersenjata, maka mereka melancarkan propaganda-propaganda sulit dalam pelbagai wajah isu untuk tujuan tersebut.

Ianya bermula dengan rancangan menghapuskan Sistem Khalifah yang menjadi tunggak kekuatan ummat Islam kerana sistem ini telah berupaya menyatukan dan membentuk ummat Islam serta kestabilan politiknya.

Gerakan penjajahan ke atas negara-negara ummat Islam telah memainkan peranan utama untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah. Mereka melebarkan empayar dengan falsafah politik keji mereka ( فرِّق و تَسُد ) atau "divide and rule" ( pecah dan perintah )

Kejatuhan sistem khilafah bermula apabila penjajah berjaya menjatuhkan Sultan Abdul Hamid dan menyerahkan Turki kepada Mustapha Ata-Turk dari Yahudi Daunama dengan syarat-syarat berikut :

• Hapuskan Sistem Khilafah sama sekali
• Isytihar Negara Sekular
• Mengekang gerakan Islam
• Mengganti perlembagaan Othmani Al-Islami kepada perlembagaan atau undang-undang sivil ciptaan manusia.

Pemuda yang dihormati sekelian,

Tindakan jahat mereka tidak terhenti setakat itu, malah mereka meneruskan semangat permusuhan mereka terhadap ummat Islam dengan memastikan aqidah dan fikrah ummat Islam turut diperangi.

Musuh-musuh Islam dengan pelbagai nama seperti Kristianisasi, Orientalis, Penjajah, Komunis, Yahudi dan sebagainya bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka yang satu iaitu mengeluarkan ummat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya dapat mencampakkan keraguan pada aqidah Islamiyyah dan merosakkan kejernihan akhlaq Islami.

Rancangan jahat terhadap Islam dengan tipu daya mereka yang licik terbentuk pada 4 gerakan iaitu :

a) Gerakan Komunis مخططات الشيوعية
b) Gerakan Solibiyah مخططات الصليبية
c) Gerakan Yahudi dan Freemason مخططات اليهودية و الماسونية
d) Gerakan Munafiqin مخططات العملاء في الداخل

i) Gerakan Komunis

Serangan Komunis terhadap Islam tidak sahaja melibatkan fikrah tetapi juga sampai ke peringkat pertumpahan darah dengan maksud menghapuskan Islam dan ummatnya.

Pada permulaan Revolusi Komunis iaitu pada tahun 1917, satu Mu’tamar Islami telah diadakan di Khukand demi menuntut hak pemerintahan sendiri di Turkistan. Namun malangnya, secara tiba-tiba tentera Rusia telah menyerang dan membunuh beribu-ribu ummat Islam dengan kejamnya. Rumah-rumah mereka diruntuhkan dan harta mereka telah dirampas.

Satu sumber rasmi Rusia sendiri telah melaporkan bahawa ummat Islam yang menjadi mangsa pemerintahan mereka dalam tempoh setahun (1917-19118) ialah seramai satu juta .

Pada tahun 1928, Rusia telah berjaya menghapuskan kerajaan Islam Khukand. Pada tahun 1930, kerajaan Islam Bukhara pula telah dijatuhkan dan mereka juga telah meragut banyak nyawa di bumi Afghanistan. Demikianlah Kominis telah berjaya membunuh 20 juta ummat Islam melalui serangannya yang bertubi-tubi tanpa henti sepanjang 50 tahun.

Semangat Penentangan Komunis Terhadap Islam

1. Pada tahun 1913, LENIN telah menegaskan : “Tidak benar bahawa Allah yang mentadbir alam, akan tetapi Allah adalah pemikiran khurafat yang dicipta oleh manusia untuk berlepas diri dari kelemahannya. Justeru itu, setiap individu yang bertegas dengan pemikiran tersebut adalah seorang yang jahat dan lemah.

2. MARK telah menjelaskan bahawa “Tidak ada tuhan dan kehidupan adalah berbeza”

3. Akhbar Supteshia Bravda dalam tahun 1954 menyatakan : Kepercayaan kepada Allah adalah peninggalan orang-orang dahulu yang bodoh.

4. Mu’tamar ke 22 ,jawatankuasa pusat Parti Komunis Soviet telah membuat ketetapan bahawa : Kita menyedari bahawa kekalnya kesan keugamaan dalam masyarakat Rusia. Hari ini, kita masih menghadapi ancaman dari kawasan-kawasan orang Islam. Lantaran itu,mu’tamar ini menegaskan keazaman untuk menentang kebangkitan Islam habis-habisan.

Kesan Pembawaan Komunis di Dunia Islam Berselindung di sebalik slogan sama rata dan keadilan masyarakat serta memeranggi Imperialis, mereka telah berjaya memperdaya ummat Islam sehingga Lahore sebahagian ummat.yang keliru tentang Wujudiah Rabbaniah..

Menimbulkan isu untuk menanggapi agama sebagai “Candu” masyarakat dan mendorong manusia membebaskan diri dari ikatan agama dan akhirnya syiar Islam tidak lagi berdiri megah . Sebaliknya, menjadi asing di tengah ummat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah saw :

بَدأَ اْلإسْلامُ غَرِيباً فَسَيَعُوْدُ غَرِيباً كما بدأ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاء

Maksudnya ; Islam telah bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali menjadi dagang maka berbahagia orang - orang yang dagang ( asing )

b) Gerakan Solibiyyah

Suatu gerakan Nasara dengan semangat permusuhan yang tinggi sreta dendam kesumat yang mendalam untuk membinasakan Islam daan ummatnya. Solibiyah menyusur untuk menjatuhkan Islam melalui beberapa gerakan licin termasuklah Orientalis , Missionerry dan penjajahan dengan membawa tekad dan hadaf yang satu.

Noktah Utama Dalam GERAKAN SOLIBIYYAH.

1. Bertindak keatas kerajaan Islam dan menghapuskan Sistem Khilafah
2. Bertindak keatas sumber utama syariat Islam al-Quran dan al-Hadis.
3. Merosakkan fikrah Islamiyyah di kalangan ummat Islam.
4. Memecahkan kesatuan ummat Islam.
5. Merosakkan wanita-wanita muslimah melalui gerakaan “Women Liberation “ dan sebagainya.
Wasilah-wasilah Mereka

1. Mendidik anak-anak orang Islam di madrasah -madrasah mereka .
2. Menyebarkan Risalah Tabsyiriah dan buku-buku mereka.
3. Khidmat kebajikan masyarakat.
4. Melalaikan masyarakat dengan hiburan ,arak,perrempuan dan sebagainya .
5. Menghantar lebih ramai pendakwah-pendakwah Kristian ke negara-negara ummat Islam.

c) Gerakan Yahudi dan Freemason

Firman Allah swt :

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

Maksudnya : Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. ( Al Maidah 82 )

Yahudi merupakan musuh tradisi ummat Islam dan ia merupakan penggerak utama semangat permusuhan terhadap ummat Islam.

Gerak Jahat Yahudi

1. Menubuhkan kerajaan Israel pada tahun 1948 di kawasan suci ummat Islam yang mana ia telah dijadikan sebagai pusat propaganda mereka terhadap Islam dan ummatnya. Mereka bekerja keras untuk menghalau ummat Islam daan membinasakan tamadun Islam.

2. Pengisytiharan kemerdekaan Israel padaa 15 Mei 1948 telaah dilakukaan oleh Ben Ghorion. Sehubungan dengan itu, semua negara Mustakbirin Amerika dan Rusia segera mengiktirafnya kerana dengan wujudnya negara Israel, maka tercapailah hasrat mereka untuk bersama-sama menjajah Islam.

3. Membentuk pertubuhan-pertubuhan Yahudi, iaitu:

Ø Kerjasama Israel Antarabangsa
Ø Mu’tamar Yahudi Antarabangsa
Ø Kesatuan Sahafi ( wartawan ) Yahudi Sedunia
Ø Majlis Penasihat Pertubuhan-pertubuhan Yahudi
Ø Pertubuhan Israel Sedunia
Ø Majlis Yahudi Rabbani Sedunia
Ø Pertubuhan Zionist Sedunia

Sementara agen-agen rahsia mereka ialah:

a) Freemason
b) Rotary Club
c) Lions Club

Freemason , Rotary dan Lions

Pertubuhan-pertubuhan rahsia ini memainkan peranan untuk menyalurkan mesej Yahudi untuk kembali menbina kerajaan Yahuza dan seterusnya menguasai alam. Mereka mempengaruhi manusia dengan program-program kebudayaan, sukan, hiburan-hiburan dan lain-lain lagi untuk “brain wash” pemuda/I , sekaligus memesongkan mereka dari tatasusila murni. Yahudi akan menggunakan apa saja cara yang boleh mencapai matlamat mereka Prinsip ini dikenali sebagai الوصولية.

Protokol Zionist ke-5 menjelaskan bahawa akan sampai kesatu taahap yang tinggi dalam penguasaan politik mereka melalui kaedah الغاية تبرر الوسيلة Melalui protokol ke-11 ,Yahudi mengisytiharkan bahawa ummat selainYahudi ialah kumpulan-kumpulan kambing yang lemah dan hina . Adapun mereka orang-orang Yahudi merupakan serigala-serigala yang mulia dan perkasa.

( Protokol pemimpin Zionist adalah ketetapan dan resolusi rahsia yang diputuskan dalam mu’tamar pemimpin-peminpin Zionist yang diadakan buat kali yang pertama di Bal ( بال ) Switzerland pada tahun 1897. Protokol ini akhirnya terdedah buat kali pertamanya . Ia didedahkan oleh Sergius Neilus yang merupakan seorang pengarang Nasrani . )

Objektif Politik Zionist

1. Penguasaan ekonomi
2. Kekuatan tentera
3. Penguasaan media massa
4. Pengaruh kebudayaan dan serangan pemikiran .

d) Gerakan munafiqin dan aktor mereka dari dalam .

Kebanyakan mereka adalah dari kalangan kaum bangsa kita , mereka bertutur bahasa yang kita gunakan dan berpakaian dengan pakaian orang-orang Islam .Tetapi mereka mempunyai hubungan yang erat dengan musuh-musuh Islam samada Komunis Mulhidah atau Solibiyyah Haqidah atau Yahudi Makirah atau Penjajah Mudhallalah.

الشيوعية الملحدة / الصليبية الحاقدة / اليهودية الماكرة / المذاهب الإستعمارية المضللة ))

Ancaman golongan ini merupakan suatu yang paling bahaya justeru ia menyusup masuk ke dalam saf-saf kita . Mereka menguasaai ummat Islam dengan penguasaan terhadap kementerian-kementerian , media massa , jabatan-jabatan pendidikan , muassasah-muassasah, yayasan-yayasan , badan-badan berkanun dan badan -badan swasta.

Lantaran itu, dengan tidak disedari , mereka telah meresapkan ideologi daan budaya mereka di tengah-tengah masyarakat ummat Islam dan memaksa ummat Islam menerima tanpa disedari . Sehingga ummat Islam larut dalam ideologi dan budaya mereka yang keji sebagaimana yang berlaku hari ini . Aduhai Generasi Muda , ingatlah penegasan Ilahi :

لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلادِ . مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

Maksudnya : Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

( Ali Imran 196 - 197 )

9 comments:

Unknown said...

salam.
saya kagum dengan ustaz. pergi rehlah ke sabah pun, masih boleh berfikir tentang umat, tentang pemuda, sempat update blog dan sebagainya.
saya setuju dengan ustaz, tapi secara praktikalnya bagaimana pas menangani kebejatan sosial yang melanda pemuda-pemuda di Malaysia ye? saya tak rasa mat-mat rempit, mat pit, bohsia bohjan dan sebagainya akan baca tulisan-tulisan sebegini. malah kalau nampak kelibat seorang ustaz menghampiri pun silap-silap diorang lari. jadi macam mana tu ustaz?

Nizam Mahmud said...

Soalan yang relevan dari akumarusan.

Ustaz Din sebagai bakal Ketua Pemuda harus memikirkan dari sekarang.

Saya nampak dari segi ilmu, Ustaz Din tiada masalah langsung. Persoalan ialah menterjemah ilmu itu dalam realiti.

Misalannya mat rempit, kalau Ustaz Din berpendapat satu-satu nya cara untuk membanteras mat rempit adalah dgn cara penguatkuasaan dan hukuman ataupun dengan cara menambah silibus agama di sekolah-sekolah, saya sarankan agar Ustaz Din buat brainstorming lagi.

Bukan nak kata pendapat itu tak betul. Tapi mungkin saja boleh Ustaz Din abadikan sehari dalam hidup Ustaz untuk bersama-sama melihat kehidupan mat rempit.

Lihatlah di mana mereka tinggal, latar belakang dan keadaan sosio ekonomi keluarga dan lain-lain.

Kalau melihat dari jauh, semua orang boleh lihat dari jauh. Kena la lihat dekat sedikit.

Itu saja pendapat saya.

Aku said...

salam,

satu saja yg saya harap dari umatIslam di malaysia ini kalau tak nak terus diperbodohkan oleh musuh2 islam tersebut. bersatulah di atas nama la elah ela Allah muhammad rasulullah. buang jauh2 sifat2 dendam antara satu sama lain.yg penting jika umat melayu islam di malaysia beratu, nescaya susah bagi anasir2 luar dan dalam yg jahat untuk merobek kesatuan ummah nabi muhammad di tanah melayu ini. Ulama2 dari yemen dan tanah arab lain datang susah payah meninggalkan kampung halaman serta keluarga mereka untuk mengislamkan orang2 nusantara dengan penuh hikmah dan tanpa paksaan yg melulu dan seterusnya dengan keredhoan Allah di tanah melayu islam begitu sinonim sekali dengan Melayu hinggakan jika ada Melayu kafir , perkara itu bukan suatu perkara yg normal..setelah di islamkan, datang kufar2 menjajah Tanah melayu beratus2 tahun. sekarang kita hanya baru merdeka 50 tahun. bandingkan beratus tahun dijajah dengan hanya baru merdeka selama 50 tahun. bukan senang untuk kita mengubah minda dan pemikiran manusia . sebab itu semuanya perlu dengan hikmah dan bukan dengan sikap terburu. kasih sayang serta cinta yg akan dapat tautkan kembali manuia ke jalan ALlah dan bukan dengan kebencian serta penghinaan lebih2 lagi terhadap sedara sesama islam. tegur mengur dengan kasih sayang dan bukan dengan kebencian.Itulah yg diperjuangkan Rasulullah, ahlulbait serta sahabat2 baginda. berkasih sayang sesama saudara la elah Allah mereka dan berkeras dengan orang yg mempersekutukan Allah dan menidakkan kerasulan nabinya Muhammad Rasuluallah.

Beratulah kita umat islam baik dari Umno atau PAs dan sama2 kita bergerak demi memperkasakan dan kuatkan kembali kesatuan ummat nabi kita. berjuang dengan tidak mencacatkan Ummah bukan berjuang dengan memecahbelahkan ummah kerana sejarah telah membuktikan berulang2 di mana apabila kesatuan ummat islam pecah, seringkali sesebuah kerajaan itu berjaya ditumbangkan oleh musuh islam dengan sewenang-wenangnya..

muslimat said...

Bersatu dengan UMNO ?...kalau UMNO terima Islam dan bersedia gantikan sistem kufur dgn sistem Islam, dalam semua aspek kehidupan....maka masa tu tak perlu diajak bersatu sebab memang wajib bersatu.

saya 50% setuju dgn Nizam...maknanya nak mendekati mat rempit ustaz pun kena cuba juga join depa...kena cuba merempit jugak kot! dah merasa pandu bot laju elok juga cuba 'lap' dengan motor pulak. Selain tu join depa lepak kat mana-mana dan cuba masuk dalam kehidupan mereka....mungkin ini lebih memahami dan menjiwai mereka.Rasa-rasanya sesuai ke ? Boleh ker ??

saya ada satu cadangan lain..

bukan nak cadang join UMNO, tapi cadang join orang UMNO untuk sembang ngan depa , ajak depa muzakarah, bincang masalah ummah, masalah agama, ajak join majlis/seminar kita....pujuk dan ajak depa kembali kepada kebenaran....amacam ??

kalau cadangan yang ni orang marah ke ?bukan apa saya simpati dgn mat rempit dan turut simpati dgn UMNO. dalam UMNO pun masih ramai 'anak beranak ' kita.....

alangkah baiknya kalau orang yang suruh ustaz bimbing mat rempit turut minta ustaz bimbing orang2 UMNO....sebab kedua-duanya 'sesat di jalanan'...

tanya jer...

Nizam Mahmud said...

cik muslimat,

Saya betul-betul la sangat nak mintak ni, malah merayu sangat-sangat la, kalau yer pun nak komen kenyataan saya, baca dulu sampai habis!

Faqih kan kenyataan saya dulu boleh tak?

Ok. Ini Cik Muslimat kata;

""""maknanya nak mendekati mat rempit ustaz pun kena cuba juga join depa...kena cuba merempit jugak kot! dah merasa pandu bot laju elok juga cuba 'lap' dengan motor pulak.""""

Ini pulak kenyataan saya;

"""Tapi mungkin saja boleh Ustaz Din abadikan sehari dalam hidup Ustaz untuk bersama-sama melihat kehidupan mat rempit.

Lihatlah di mana mereka tinggal, latar belakang dan keadaan sosio ekonomi keluarga dan lain-lain."""

Saya kata lihat dari dekat, bukan join! Bila pulak saya suruh Ustaz Din merempit sekali?

Masya Allah. Kalau Allah dah buta kan mata hati seseorang boleh jadi macam ni jadi nya.

Melihat dari dekat, mendalami tak semesti nya mesti join. Tengok kehidupan mereka bukan bermakna tengok mereka merempit.

Bukannya mereka merempit 24 jam. Kita tengok kehidupan mereka maksudnya nak tengok keadaan rumah mereka, keluarga mereka macam mana. Dari situ kita dapat punca kenapa mereka merempit.

Masya Allah. Patut la bila Daud Iraqi pergi tuduh, dia boleh kata nasihat pulak semata-mata nak pertahankan.

Ok. Sekarang masuk bab UMNO pulak.

Kalau Ustaz Din nak melihat kehidupan pemimpin UMNO macam mana, sila kan! Kalau nak mencari punca kenapa mereka boleh jadi begitu, sila kan! Tak ada siapa yang halang.

Cuma cadangan saya, ajak lah mereka tinggalkan UMNO beramai-ramai dan masuk PAS. Jangan join seperti yang dicadangkan oleh Muslimat (bukan saya) walaupun atas konon nya utk dasar perpaduan Melayu la, apa la.

Ustaz Din nak bimbing orang UMNO? Alhamdulilah! Moga berjaya dan semoga berduyun-duyun orang UMNO jadi pengikut Ustaz Din. Ini doa ikhlas dari saya.

Cuma yang dikhuatiri dan moga dijauhkan ialah orang UMNO pula yang bimbing Ustaz Din.

Yer la, dalam kerajaan perpaduan, kalau PM sebagai ketua kerajaan masih dari UMNO, siapa la yang bimbing siapa nanti?

muslimat said...

salam nizam,

maaf andai saya silap pemahaman.
bagus jugak memberi penerangan...supaya orang tak silap tafsiran. Komen anda terdahulu agak terbuka dan kurang jelas bagi saya...makanya sokongan saya 50% saja...andai anda detailkan sedikit mungkin saya lebih faham dan mungkin sokong 100%.

saya tak tolak semua dan tak sokong semua...mujur sokong 50%....tanda kurang FAHAM maka kurang SOKONGAN.

Adapun menyuruh ustaz merempit sama itu cadangan saya, saya tak maksudkan itu adalah kata-kata anda.Ia lebih kepada gurauan saya kepada ustaz kerana tempohari tengok ustaz pandu bot kemain sakan...jadinya sekali sekala cuba 'lap' motor pulak, dalam usaha nak memahami 'mat rempit'...
but I'm not that serious sebab tu saya kata "boleh ker ??"sesuai ker ??.....jadi untuk yang ni lepas ni kalau nak jawab biar ustaz yg jawab, sebab statement tu tiada kaitan dgn mana-mana kata2 anda...

maaf sekali lagi.

``````````````````````````````
nizam tulis

Masya Allah. Patut la bila Daud Iraqi pergi tuduh, dia boleh kata nasihat pulak semata-mata nak pertahankan.

```````````````````````````````
saya tak patut komen yg ini kerana ia sudah jelas dan sudah ada penyelesaian. Anda cari dan baca lah sendiri, ada di ruangan komen di blog ustaz ini.

````````````````````````````````
nizam tulis,

Masya Allah. Kalau Allah dah buta kan mata hati seseorang boleh jadi macam ni jadi nya.

``````````````````````````````````
Alhamdulillah, ada 'orang luar' seperti anda. Mudah-mudahan Allah celikkan saya seperti mana Allah celikkan anda dalam persepsi anda terhadap penglibatan Ustaz Din utk jawatan ketua pemuda.

saya ada membaca komen anda di sana.

tapi tang mana lah salahnya cadangan saya utk ust Din join orang UMNO ?....namun saya tegaskan BUKAN JOIN UMNO...

muslimat tulis.

"bukan nak cadang join UMNO, tapi cadang join orang UMNO untuk sembang ngan depa , ajak depa muzakarah, bincang masalah ummah, masalah agama, ajak join majlis/seminar kita....pujuk dan ajak depa kembali kepada kebenaran....amacam ??"

saya tak boleh komen tentang kerajaan perpaduan kerana ia sebutan Presiden dan saya belum jelas huraian ttgnya. jadi saya tak boleh komen berdasarkan tafsiran 'kerajaan perpaduan' dari anda...maaf.

cumanya saya tak risau ustaz Din dibimbing oleh UMNO, sebab tak nampak tanda2 ustaz Din akan masuk 'usrah' UMNO.yang ada mungkin join depa minum kopi kat warung jerr...

maka kerisauan saya tiadalah serisau anda

sembang haroki said...

4 bentuk serangan barat yang ustaz sebut ie pentadbiran, pemisahan agama dan pemerintahan, ekonomi dan kemasyarakatan.

ambe nak tambah satu lagi iaitu memisahkan syariah dari manhaj amal islami. ini berlaku tanpa disedari dan mereka yang mendokongnya kagum dengan ilmu pengurusan organisasi barat dan yakin bahawa mereka lah yang layak memimpin harokah islamiyyah. kononnya alhikmah dhollatul mukmin. mereka ikhlas, tetapi mereka gagal meyakini keseluruhan manhaj islami dalam membina semula hadhorah islamiah. lahirlah orang seperti erdogan, jujur, ikhlas tetapi membenarkan amerika menggunakan bumi turki untuk menghancurkan Iroq!!

achoksabah said...

sembang haroki kata

ini berlaku tanpa disedari dan mereka yang mendokongnya kagum dengan ilmu pengurusan organisasi barat dan yakin bahawa mereka lah yang layak memimpin harokah islamiyyah. kononnya alhikmah dhollatul mukmin. mereka ikhlas, tetapi mereka gagal meyakini keseluruhan manhaj islami dalam membina semula hadhorah islamiah. lahirlah orang seperti erdogan, jujur, ikhlas tetapi membenarkan amerika menggunakan bumi turki untuk menghancurkan Iroq!!

.................................

saya melihat kenyataan anda hanya nak meremehkan usaha golongan tertentu untuk memertabatkan islam..seolah-olah hanya method anda lah sahaja yg betul dan cuba memburukkan semua method yg diperkenalkan barat..

soal erdogan pula, amatlah jelek seseorang yg tidak mengetahui waqi perjuangan turki secara membabi buta menuduh golongan seperti erdogan tidak menyakini manhaj islami...

mungkin awk tidak tahu puak-puak abdulah gul dan erdogan ni dah berkali kali di cop haram dan juga sering disumbat ke penjara untuk membawa islam di turki bukan???awk tahu tak????

Dr Ahmad Baihaqi Bin Hassan said...

salam, saya tertarik dengan petikan ini,

"Lantaran itu, pemuda sewajarnya memiliki keupayaan dalam menghadapi cabaran ini , suatu cabaran yang tak mungkin mampu di atasi tanpa sensitiviti tinggi dan tahap pembacaan Isu yang tajam dan berpengalaman ."

boleh ustaz jelaskan macam mana nak mencapai tahap MEMBACA ISU DENGAN TAJAM? ada cara tak, selain dari pengalaman..

tq..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive