UMNO Kalah Hujjah Guna Gari & Cota
Keunggulan Islam sebagai cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt ialah tegaknya diatas hujjah . Ia bukan satu agama atau cara hidup yang dipaksakan ke atas sesiapa [ لا إكراه في الدين ] , namun ia menawan hati , menguasai minda dan mempengaruhi aqal melalui kehebatan hujjah .
Al Quran banyak menyerlahkan ayat seperti
أفلا تتذكرون / أفلا تتفكرون / أفلا تعقلون / أفلا يتدبرون / أفلا تسمعون / أفلا تبصرون / أفلا ينظرون / أفلا يعلم
[ apakah kamu tidak mengingati , apakah kamu berfikir , apakah kamu tidak beraqal , apakah kamu tidak meneliti , apakah tidak mendengar , apakah kamu tidak melihat , apakah kamu tidak mengetahui..]
Perkataan atau ayat seperti ini menunjukkan bagaimana Al Quran mengajar manusia manafaatkan pancaindera hujjah seperti aqal , mata , telinga dan hati agar menerima sesuatu berasaskan penilaian .
Sistem nilai ini telah diasaskan oleh Al Quran dalam membentuk kedewasaan ummah akhir zaman . Membentuk tamadun dan peradaban berasaskan kekuatan dan kemantapan hujjah . Al Quran pula mengemukakan [ mi'yar ] neraca penilai dan garis panduan berasaskan ketetapan dan peraturan as samawi [ bukan ciptaan manusia ] .
Malah al Quran pernah berulangkali mencabar siapa jua di sepanjang pertumbuhan tamaddun manusia ini agar mengemukakan hujjah selain al Quran jika mereka tidak boleh menerima kebenaran al Quran atau enggan menerimanya .
هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين
Sila datangkan hujjah kamu jika kamu orang - orang yang benar
Al Baqarah : 111
و إن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا فأتوا بسورة من مثله و ادعوا شهداءكم من دون الله إن كنتم صادقين
dan jika kamu meragui apa [ kitab ] yang telah kami turunkan kepada hamba kami [ Muhammad saw ] maka sila datangkan satu surah seumpama al Quran dan ajak cerdik pandai kamu selain Allah swt jika kamu adalah orang - orang yang benar .
Al Baqarah : 23
Sehingga hari ini cabaran tersebut telah berusia lebih 1400 tahun namun tiada siapa yang berupaya menyahut cabaran tersebut justeru kehebatan dan ketinggian hujjah al Quran sebagai kitab as samawi .
Kitab inilah panduan ummah yang berjaya disepanjang zaman . Ia terbukti sebagai kitab yang benar tanpa tergugat hujjah dan fakta kebenarannya . Biarpun ada usaha untuk menyainginya tetapi gagal dan buntu . Inilah kitab mukjizat yang kaya dengan hujjah lalu ia mengajar ummat manusia khasnya penganut yang beriman kepadanya agar bertindak dan menilai berasaskan hujjah .
Malangnya UMNO dan BN hanya tahu mengaku sebagai muslim tetapi gagal berhujjah dengan rakyat dalam banyak perkara . Ketidakupayaan mereka berhujjah akhirnya mendorong mereka menggunakan kekuatan dan kekerasan bagi mendesak serta memaksa orang lain menerima kemahuan mereka . Selayaknya mereka menggunakan [ quwwatul mantiq ] kekuatan hujjah tetapi 1001 malang mereka gagal lantas mereka menggunakan [ mantiqul quwwah ] hujjah kekuatan .
Bukan mereka tidak memilik sarana atau saluran untuk berhujjah dan menyampaikan hujjahnya kepada masyarakat sepantas mungkin , tetapi sememangnya mereka lemah dalah berhujjah dan kelu dan bisu berdepan kebenaran sebagaimana Allah sebut dalam al Quran : فبهت الذي كفر
[ kaku kelu lah orang yang ingkar - bila berdepan kebenaran / kalah hujjah ]
Sebagaimana saya sebutkan tadi , sarana mereka [ UMNO dan BN ] cukup banyak samaada media cetak [ Berita Harian , Utusan Malaysia , News Strait Time , Mstar , Harian Metro dll ] , media elektronik [ television , radio dll ] dan media baru seperti web site , blog dan face book . Mereka boleh berhujjah pada bila - bila masa dan cepat kesannya dengan segala kemudahan yang mereka miliki untuk mengalahkan PAKATAN Rakyat .
Mereka [ UMNO dan BN ] gagal berbuat demikian . Ya ! mereka gagal dan mereka gagal beribu kali gagal . Apa lagi yang boleh saya sebutkan apabila mereka mempunyai kemudahan dan saluran sebegitu banyak namun mereka masih bertindak merampas akhbar Harakah milik PAS yang hanya terbit dua kali seminggu dengan helaian dan jumlah terbitan yang terhad kepada jumlah bilangan ahli serta pernah beberapa kali diganggu permit pengeluarannya . Mereka turut merampas Suara Keadilan dan menganggu permit pengeluaran atau penerbitannya .
Mereka [ UMNO dan BN ] turut menghalang majlis - majlis ceramah PAS dan menangkap pimpinan PAS yang hadhir untuk mengemukakan hujjah . Mereka suraikan himpunan dengan cara yang tidak beradab seperti melepaskan gas pemedih mata , air asid , gari dan cota .
Penangkapan ke atas Naib Presiden Tuan Hj Mohd Sabu dan Yb. Dato' Paduka Husam Musa , Yb. Tuan Hj Salahudin Ayub ketua Pemuda PAS Pusat , Yb Dr. Mujahid dan lain - lain adalah contoh mudah sikap agerasif UMNO dan BN yang kekalahan hujjah , tidak bertamadun serta mempamerkan sikap mereka sebagai barbarian .
Mereka [ UMNO dan BN ] juga menternak cybertrooper untuk menyerang web site atau blog yang menjadi milik para pimpinan dan ahli gerakan Islam PAS ini dengan melepaskan kata - kata kesat tanpa alas dan komentar yang tidak membina .
Saksikan sahaja setelah mereka gagal berdepan untuk memenangi hati dan mempengaruhi sokongan rakyat , tiba - tiba mereka kehilangan aqal dan budi lalu bertindak diluar kewarasan seperti merompak kerajaan PAKATAN Rakyat di Negeri Perak siang - siang hari . Mereka tidak sabar menunggu pilihanraya bahkan tidak berani berdepan dengan pilihanraya .
Selagi UMNO dan BN gagal menguasai seni berhujjah selama itu mereka akan kalah biarpun buat seketika mereka boleh bertahan atas tiket pilihanraya yang penuh dengan tipu muslihat . Selagi UMNO dan BN mendokong idelogi yang salah dan sikap mereka tidak tunduk kepada kebenaran al Quran maka selama itu pula hujjah mereka akan kalah .
Biar mereka memiliki sejuta universiti tetapi hanya akan melahirkan manusia cerdik yang jahil . Biar mereka mempunyai harta bertimbun tetapi hanya akan melahirkan hartawan yang angkuh . Biar mereka menggenggam kuasa tetapi hanya akan melahirkan penguasa yang diktator .
UMNO dan BN kian luput dan pudar dasar perjuangan dan arah tuju masa depan mereka apabila mereka sering gagal bergerak seiring dengan hujjah . Saat dunia ghairah menguasai maklumat dan menangani apa jua isu berasaskan hujjah , UMNO dan BN masih terperangkap dalam kedunguan mereka yang hanya tahu menggunakan cota dan gari .
Begitulah resmi pembesar dan penguasa yang korup hujjah , mereka menggunakan kekerasan untuk memaksa sebagaimana Namrud alaih laknatullah bertindak ke atas Nabi Allah Ibrahim as. Namun Namrud alaihi laknatullah sang penguasa dunia itu jatuh tersembam menjilat tanah kerana kekerasan dan kezalimannya . Selain rakyat bertambah benci dan marah , Allah swt juga senantiasa melaknat mereka yang zalim lagi angkuh .
One Malaysia sudah tahu UMNO dan BN macam tu lah keadaan dan sikap mereka .
14 comments:
ustaz, saya nak tanya, adakah polis tidak keluarkan arahan atau larangan sebelum bertindak ?
tolong bagi contoh polis bertindak tanpa memberi pengumuman melarang hadir melalui media massa atau cetak?
ada ?
adakah salah polis lagi ? atau sebenarnya ialah salah mereka yang tidak berfikir macam kawan kawan ustaz tu ?
ayat quran utk orang berfikir kebesaran Allah.
Bila dah faham maka kena taat perintah orang diberi kuasa memelihara keamanan negara.
bukankah Islam mengajar kita menghormati undang2 ??????
saya harap ustaz jgn memburukkan lagi nama Islam hingga membela mereka yang melanggar nas syarak agar mengikut undang2..
tolong ustaz !!!
CERCAAN, MAKI HAMUN, MEMFITNAH & MENGKAFIRKAN PEMERINTAH ISLAM
Antara tanda-tanda orang bid'ah ialah suka mencerca pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seorang muslim memaki-hamun, mencerca, memfitnah, menggunakan kalimah yang kesat, keji, mencarut dan kalimah yang lain terutama pemimpin sebuah negara yang beragama Islam.
Allah mengajar dan meminta kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun manusia yang sekeji Firaun yang terkenal sebagai Taghut, zalim dan kafir. Firman Allah :
"Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. BERBAHASALAH KAMU BERDUA KEPADANYA DENGAN BAHASA YANG LEMAH-LEMBUT mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut."
(SURAH TAHA, 20:44)
Kalau kepada Firaun disurah berbahasa dengan cara yang lemah-lembut, pastinya kepada seorang pemimpin Islam dituntut agar menggunakan kalimah yang sopan dan baik. Oleh yang demikian, DIHARAMKAN bagi mereka yang beriman MEMAKI HAMUN, MENCERCA, MENCARI-CARI KESALAHAN DAN MEMFITNAH PEMIMPIN ISLAM.
Menurut penafsiran dari Imam Al-Qurtubi Rahimahumullah tentang ayat diatas (TAHA, 44)
"Dengan yang demikian ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa," *
*Rujuk Al-Jami'k Lia' Hukm Al-Quran - Al-Qurtubi. Jilid 11, Halaman 199.
Allah memerintahkan agar orang Islam menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam :
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." *
*Rujuk : H/R Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68)
Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :
"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia"
(Al-Baqarah, 2:38)
Menurut tafsiran Ibn Kathir, yang dimaksudkan:
"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia" ialah : "Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran."*
*Rujuk: Tafsir Ibn Kathir Jld 1. Halaman 169.
Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:
"(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya"*
*Rujuk: H/R Bukhari. (1/54) Al-Fath dan Muslim (1/65).
Saudaraku, disini inginku berpesan supaya janganlah kita mencampuri urusan yang mana kita bukan ahlinya. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim adalah mentaati pemerintah bagi mencari keredhaan dari Allah S.W.T semata-mata.
Saudaraku yang ku kasihi,
Bergurulah dengan Ulama-ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya. Bergurulah dengan Ulama yang hanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang sahih.
Semoga Allah memberkati kita dalam mencari jawapan yang sebenar.
ISLAM MENGHARAMKAN HIZBI
Islam mewajibkan uamtnya bersatu dalam satu pemerintahan dan mengharamkan perpecahan, oleh sebab itu tidak dihalalkan menubuhkan parti pembangkang dalam sebuah neagra Islam yang masih diperintah oleh pemimpin Islam.
Menubuhkan Hizbi (parti) pembangkang di dalam sebuah negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dianggap syara' sebagai hizib Khawarij. Rasulullah S.A.W bersabda
"Sesiapa yang datang kepada kamu, sedangkan kamu bersatu di tangan seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin menggugurkan ketaatan kamu dan ingin memecah belahkan kamu, maka BUNUHLAH DIA"*
*Hadis riwayat Muslim. No.1856.
Seseorang yang BERIMAN, BERILMU DAN BERTAQWA, sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan hujjah-hujjah sesebuah parti walaupun parti tersebut dianggotai oleh Ulama. Hujjah-hujjah syara' jika digunakan untuk tujuan semata-mata mahu menjatuhkan para pemimpin Islam dan ketua negara Islam, maka perbuatan tersebut menyerupai firqah Khawarij, yang menyeru rakyat jelata menentang dan menjatuhkan pemerintah. Syara' telah mengharamkan setiap orang yang beriman menyerupai amalan dan akidah gologan Khawarij.
Rasulullah S.A.W dan para sahabt telah menjelaskan sifat-sifat Khawarij, bahawa mereka (Khawarij) ibadah dan solatnya kelihatan lebih hebat, lebih khusyuk dari ibadah solat para sahabat.
Namun mereka itulah golongan yang terkeluar dari Millah Islamiyah, kerana mudah menghukum kafir, menghukum fasik, dan suka memburuk-burukkan, mencela, menghina serta mengutuk para pemimpin dan pemerintah Islam yang tidak berhukum dengan hukum Allah.
Seterusnya, antara tanda-tanda yang termasuk dalam golongan Khawarij ialah mereka yang mudah memberikan fatwa atau menganggap sesat, kafir, dan tidak masuk syurga kaum muslimin yang tidak menyokong parti atau orang-orang yang tidak sefahaman dengan mereka.
Golongan Khawarij menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Mereka mudah bekerjasama dengan golongan muktazilah dan kelompok bid'ah yang lain. Golongan Khawarij ini sering menakut-nakutkan muslimin akan masuk Neraka jika menolak seruan mereka.
Khawarij dan para pengikutnya pandai dan berkarisma semasa berpidato, lancar membaca ayat-ayat Al-Quran, fasih membawa beberapa potong hadis di dalam ucapan mereka dan mudah memberikan fatwa dan menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna nas-nas Al-Quran dan hadis yang mereka selitkan dalam ucapan mereka.
Tujuan mereka berbuat demikian semata-mata untuk mempengaruhi orang-orang yang jahil, yang bertujuan untuk memenuhi kepentingan parti atau hawa nafsu mereka. Rasulullah S.A.W mengkhabarkan hal ini :
"Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melebihi kerongkong mereka (tidak sampai ke hati mereka"*
Hadis Riwayat Bukhari.(3611) Muslim (1066)
"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya).*
*Lihat: H/R Bukhari (3644). Muslim (1064). Sahih Al-Jamek 2227.
Rasulullah S.A.W telah menggambarkan dengan jelas keadaan sebenar siapa dia yang dianggap Khawarij. Menurut hadis, golongan Khawarij akan sentiasa muncul dan akan muncul dengan ramainya di akhir zaman.
"Akan muncul di akhir zaman satu kaum muda belia umurnya tetapi singkat akalnya. Mereka meniru ucapan sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad), namun Imannya tidak melewati kerongkongnya, dimana sahaja kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya membunuh mereka ada pahalanya di Hari Kiamat bagi orang yang membunuh mereka."*
*Hadis riwayat Bukhari (6930). Muslim (1066).
Menurut Syeikhul Ulama Islam Ibn Timiyah rahimahullah dalam menjelaskan tanda-tanda Khawarij :
"Tanda paling besar kesesatan Khawarij ialah keyakinan mereka berkenaan pemimpin yang mendapat petunjuk (pemimpin beragama Islam tetapi dihukum kafir oleh mereka kerana tidak berhukum dengan hukum Allah) dan keyakinan mereka terhadap kaum muslimin yang semuanya mereka hukum sesat (kerana tidak mengikut kelompok mereka). Mereka juga mengkategorikan apa yang mereka anggap kezaliman kedalam kategori KAFIR"*
*Lihat Majmuk Fatawa. Jld 28. Hlm. 497. Ibn Taimiyah.
Orang-orang yang beriman sewajarnya mampu mengenali kriteria ahli bid'ah "Khawarij Gaya Baru", kerana golongan ini suka menggelar diri mereka sebagai Ulama. Mereka pandai memerangkap (menipu) ummah melalui kegiatan-kegiatan ceramah politiknya yang mereka hiasi dengan nas-nas Al-Quran, As-sunnah, atau fatwa ulama Muktabar. Mereka bijak mempersonakan masyarakat Islam dengan karisma mereka dalam berpidato, menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna ayat-ayat Al-Quran atau As-Sunnah sehingga memesongkan pemikiran dan akidah mereka-mereka yang jahil.
Jadi dalam konteks ini adakah PARTI ISLAM SE-MALAYSIA berlandaskan syariah Islam? Saudara fikirlah sendiri. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah selain berguru dengan Ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya bagi mencari jawapan yang sebenar dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Semoga saudara di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH
Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.
Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.
TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.
Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.
Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.
Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :
"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"*
*H/R Muslim.
Imam Al-Barbahary berkata :
"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"*
*Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.
"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)" *
Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.
Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):
Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki." *
Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.
Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.
Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
Waallahua'lam.
HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM
Assalamualaikum. Lama penulis menyepi dari membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, tetapi penulis kini kembali dengan membawa hujah yang mengatakan bahawa ANWAR IBRAHIM merupakan seorang mubtadi (Pembuat Bid'ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid'ah mukaffirah (Bid'ah membawa kepada kekufuran) atau bid'ah mufasikkah (bid'ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.
Pembuat bid'ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.
Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid'ah, antaranya ialah :
1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam
Dalam konteks Anwar Ibrahim, adakah dia seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.
Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.
Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.
Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :
"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah" *
*Lihat Sunan Abi'Asim. NO 1101. Hadis Sahih.
Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.
"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" *
*H/R Muslim 1846.
Syara' tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :
"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua"**
*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan
**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.
Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.
Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.
"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*
*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.
HANYA MEREKA2 SAHAJA YG TAK PANDAI MEMPERGUNAKAN ANUGERAH ALLAH S.W.T DGN SEBAIK-BAIKNYA..
ADA MATA PANDANG
ADA TELINGA DENGAR
ADA MULUT..BERKATA LAH YG BAIK2 SAHAJA.
ADA OTAK FIKIR..
DLM KES SEUMPAMA INI..PIHAK POLIS KE, FRU KE, BUKAN SALAH MEREKA..ARAHAN TELAH DIKELUARKAN LEBIH AWAL..SUPAYA SEMUA ORG DPT PATUHI..TETAPI ADA SESETENGAH SPESIS YG SENGAJA BUAT2 TULI TELINGA..NK TUNJUK HERO/HEROIN KONON..
SENDIRI MAU INGAT!!! JGN SUKA NK TUNDING JARI KPD ORG LAIN..TENGOK DULU 4 JARI TU..TUNDING KT DIRI SIAPA?
Tuan Hj Mohd Sabu kena tangkap selepas keluar dari restoran , tanpa sebarang waran . Tak makan kedai mamak pun salah .
Beliau dituduh merancang perhimpunan haram , .... beliau hanya kerah org solat hajat di masjid Manjoi . Berhimpun solat hajat pun haram .... memang UMNO dan BN haram disokong .
Mahkamah membebaskan Mat sabu dan tidak mengeluarkan perintah agar di reman . Polis salah . UMNO dan BN lagi salah
Saya sendiri pernah kena tangkap tanpa sebarang pemberitahuan sewaktu berjalan menuju parlimen .
hadis rasulullah saw
" barang siapa membantu mengangkat pemimpin yg zalim, maka Allah akan mengenakan kezaliman kepadanya"
siapakah pemimpin yg zalim ???
pena minang kata :
Kalau kepada Firaun disurah berbahasa dengan cara yang lemah-lembut, pastinya kepada seorang pemimpin Islam dituntut agar menggunakan kalimah yang sopan dan baik. Oleh yang demikian, DIHARAMKAN bagi mereka yang beriman MEMAKI HAMUN, MENCERCA, MENCARI-CARI KESALAHAN DAN MEMFITNAH PEMIMPIN ISLAM.
saya setuju dgn anda ?
....siapa pemimpin Islam ?
Pemimpin Islam ialah pemimpin yang inginkan islam dipakai dalam pentadbiranya. Pemimpin yang memberi keadilan kepada rakyatnya, pemimpin yang mengajak rakyatnya menentang kemungkaran dan menyuburkan amalan kebaikan...
Adakah pemimpin negara yg ada sekarang pemimpin yang cintakan Islam ??
panglima cyber menulis..
Bila dah faham maka kena taat perintah orang diberi kuasa memelihara keamanan negara.
bukankah Islam mengajar kita menghormati undang2 ??????
Hanya undang-undang Islam yang adil yang wajib dijulang. Adapun undang-undang ciptaan manusia yg punya banyak kelemahan dan menindas adakah wajar kita patuh jua....
pada saya...
Peraturan boleh dipatuhi selagi tidak bercanggah dgn agama Allah.
Salam ziarah;
Buat Pena Minang;
1)Kalau parti pembangkang itu dikira sesuatu yg tidak syar3ie, maka yang syar3ie nya? adakah satu negara dengan pemerintahan kukubesi- diktatorisme- autokrasi- michiavellism- tiada 'check and balance'- sistem satu parti- fasisme- ultranationalist chauvisme- pemimpin angkuh tiada dengar nasihat orang?
kalau gitu, saya cadangkan saudara pegi tukar perlembagaan negara kita ini kepada negara antidemokrasi bertunjangkan nazisme, satu parti tiada pembangkang. okeh? sibuk2 kat sini buat ape, pegi runtuhkan parlimen2)Mula2 saudara kata "HARAM tentang pemerintah Orang Islam, HARAM jatuhkan pemerintahan Orang Islam, HARAM tak ikut arahan Pemerintah atau tidak taat mereka"
Tak lama lepas itu saudara kata "Tidak syari3e buat Hizb/Parti pembangkang untuk tentang pemerintah" atas alasan "Hadis dan Dalil2 yang menunjukkan kewajipan meMERANGI orang yang wujudkan khalifah kedua" seolah2 PAS sudah jadi khalifah kedua di Malaysia (Pemerintah Islam)
Kesimpulan saya, kalau PAS dah jadi Khalifah Kedua atau Pemerintah Islam, HARAM saudara menentangnya, menjatuhkannya atau tidak taat kepadanya :P [ikut logik yang saudara bawa leIsk, rasa cam menghalalkn yang haram mengharamkan yang halal, gi pakai ayat2 quran siap, satu jenayah besar. AstaghfirulLah..
kpd pena minang
1. anda mengambil hujah yg tak disesuaikan dengan waqi di malaysia..untuk pengetahuan saudara, malaysia mengamalkan sistem demokrasi beraja dimana raja sebagai ketua manakala parti2 piltik sebagai pemerintah eksekutif negara..kewujudan sistem demokrasi yg digubal UMNO bersama british ini MEMBENARKAN parti2 politik terlibat sebagai chek and balance ataupun sebagai penasihat kpd pemimpin negara..menasihati pemimpin negara didalam menguruskan negara yg tercinta ini sememangnya amalan Islam seperti yg dilakukan oleh pemerintah-pemerintah islam dahulu..
2. untuk pengetahuan sdra lagi, UMNO terengganu pernah menyebut sultan sbgai natang manakala umno kelantan pernah menjatuhkan sultan dari takhta dengan melantik sultan baru..Inilah yg dinamakan puak khawarij malaysia kerana menjatuhkan dan menghina pemimpin tertinggi Negara..
3. lain kali jangan guna dalil yg tdk kena dengan tempat ye sdra..baik sdra bertanya dahulu kpd ustaz nasarudin sebelum mengeluarkan fatwa yg semberono..
kpd pena UMNO
1. menjatuhkan UMNO tidak sama seperti menjatuhkan khalifah islam brother..anda ni belajar sejarah ke???atau sekadar copy pate dari ustaz yg buta sejarah???
2. sememangnya menjatuhkan khalifah menjadi perbahasan ulama silam kerana cara menjatuhkan khilafah semasa itu hanya lah melalui peperangan,,dulu takde istilah demokrasi diamalkan di negara islam..Hari ini menjatuhkan UMNO adalah WAJIB kerana mereka bukanlah parti yg membela islam, lagipun semasa pilihanraya malaysia dijalankan, KABINET SUDAH DIBUBARKAN DAN WAKIL RAKYAT SUDAH TIDAK ADA,..so semua parti politik tidak kira PKR,PAS,UMNO,DAP,MIC,MCA bukanlah pemimpin negara....
3. saudara,kalau setakat copy paste hujjah ustaz yg tak belajar sejarah dan sistem demokrasi malaysia, baik anda duduk diam je..takut2 nanti dosa tu di kongsi sekali..
Post a Comment