Bila Kiambang Bertaut .. Kasih Bersemi
1. Alhamdulillah , inilah kalimah yang semua pimpinan dan ahli PAS boleh ungkapkan setelah melalui episod getir yang meresahkan semua pihak dengan pelbagai isu yang berjaya dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak media yang tidak bertanggungjawab.
2. Inilah keyakinan saya selama ini bahawa salah faham yang berlaku atau apa jua masaalah yang timbul , insyaallah akan dapat diselesaikan dengan baik kiranya Akhlak Islam dan semangat mahabbah [ berkasih sayang ] menjadi teras gerakkerja kita .
3. Tarikh 28 Jamadil Akhir 1430 [ 22 jun 2009 / Isnin ] menjadi detik bersejarah . Syaithan tentunya tidak bergembira dengan tarikh dan detik ini yang telah menyaksikan terlerainya satu kekusutan dan terungkainya satu kekeliruan dikalangan pimpinan dan anggota PAS sebagai sebuah gerakan Islam .
4. Saya yakin , insan yang beriman dan soleh amalannya akan bergembira malah menitiskan air mata menyaksikan tautan kasih yang tidak mungkin pudar dan ikatan ukhuwwah yang tidak mungkin bubar .
5. Mudah - mudahan , kedai - kedai kopi kita di seluruh ceruk kampung dan desa juga kembali tenang dan menghayati peristiwa bersejarah ini . Sejarah yang memaparkan kekuatan iman dan taqwa berjaya menundukkan kebejadan syaithan yang ingin menguasai manusia sekaligus menghancurkan solidariti ummah .
6. Begitulah jua harapnya cyber cafe , turut reda dari ketegangan yang tercetus ekoran prasangka dan virus fitnah yang menular setelah ianya disirami air penawar dari sebuah kerendahan diri dan ketinggian budi para ulamak yang memimpin gerakan Islam ini .
7. Hendaknya segala fitnah yang masih berlegar terus dimusnahkan . Kini tumpuan kita kepada gerakkerja memperkasakan Amal Islami di dalam parti selain kita meneruskan usaha menangani operasi untuk membawa kemenangan kepada PAS .
8. Rawat segera segala kesakitan di hati dan kecederaan di perasaan hasil wabak fitnah yang melanda . Bina kembali nilai ukhuwwah fillah yang mengalami kerosakan strukturnya yang serius .
9. Setelah tiada polemik dan krisis , maka tiadalah lagi alasan untuk kita saling curiga mencurigai antara satu sama lain . Sebaliknya aktifkan usaha merapatkan saff untuk terus kita bersama - sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di Persada tanahair .
10. Kepada UMNO dan BN menangislah dulu puas - puas , kemudian berilah peluang dan ambillah masa untuk diri sendiri merenung jauh bermuhaasabah dan muraaqabah , agar mereka juga insaf dan sedar dari lamunan lalu bebaskan diri dari perangkap jahiliyah modern yang sering mngheretkan mereka untuk melakukan kerja - kerja jahat melaga - laga dan memecah belahkan kesatuan gerakan Islam .
32 comments:
Allahuakbar....Allahuakbar....Allahuakbar....
1.UMNO tak akan menangis....
2.Tuan yg sepatutnya menangis....mana hudud, mana negara islam,mana segala janji utk menghapuskan maksiat....
3.Hal ISA, PPSMI, nampaknya lebih dominan berbanding Negara Islam bila berbicara dlm kontek PR.....
4.Adakah melayu dan ISLAM terpisah...
adibeta
Itulah hebatnya DSAI yang menerajui PR. Segala masalah yang timbul dengan segera dapat diselesaikan oleh nya. Sekarang sudah nampak jelas bahawa DSAI dan LKS boleh diharaf memerintah negara.
Pada mula nya PAS dibawah pimpinan Tn Guru Hj Hadi tertarik dengan kerajaan perpaduan. Tentangan hebat dari Tn Guru Hj Nik Aziz telah membawa krisis ini kemeja pengadilan.
Dari mula lagi nala sudah agak bahawa kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh BN tidak sesuai bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.
Sebenarnya tujuan ianya diujudkan cuma untuk menyatu padukan melayu/Islam yang sudah berpecah belah. Tetapi sebaliknya ianya akan mengancam keharmonian kaum lain.
Nala sangat gembira kerana PAS yang pada mulanya mahukan kerajaan perpaduan akhirnya bersetuju menolaknya. Mungkin PAS sudah sedar bahawa kerajaan Perpaduan tidak membela semua kaum seperti PR.
Sejak tertubuhnya PR, sudah nampak nyata kaum cina dan india sudah lebih menonjol kehadapan dalam politik Malaysia. Kalau dulu kaum ini terkongkong di bawah BN, sekarang sudah bebas dan ada lebih berkuasa dan bersuara.
Kami sangat berhutang budi kepada melayu dalam PAS dan PKR yang telah membantu memberi lebih kekuatan kepada kami.
Sekarang kaum india dan cina sudah ada lebih kuasa dalam politik di Malaysia kerana pertolongan kaum melayu dalam PAS dan PKR. Jika PR sudah dapat berkuasa penuh memerintah negara, Jasa2 melayu dalam PAS dan PKR ini akan terus dikenang.
salam,
dan menangislah pula orang orang yang mengaku pejuang Islam KONONNYA di akhirat kelak kerana tidak wujud sekelumit rahmah langsung di hati mereka terhadap sesama sedara islam. dunia kini sedang sibuk mentertawakan kejatuhan kesatuan ummat Islam dek kerana bersatunya orang2 kafir yg mahu melupuskan Islam . dan kalian yang malah cuba berberpakaian seperti sunnah Rasulullah tetapi sebenarnya sibuk membantu dunia dalam terus merealialisasikan cita2 musuh Allah untuk menghancurkan perpaduan kesatuan ummah Rasulullah SAW!
Rasulullah, ahlulbait serta sahabat baginda sentiasa bersikap lembut dan penuh rahmah sesama sedara Islam. pengikut asli Rasulullah serta ahlulbait dan sahabat baginda ialah orang2 yang sentiasa berusaha menjalankan dakwah dan menyatupadukan ummah Rasulullah tanpa perlu menyakitkan lagi luka yang kini kian merebak di dalam kesatuan ummah di dunia..Merekalah yang akan berusaha sedaya upaya untuk menyatukan ummah dengan berhikmah dan bukan dengan cara yang menggadaikan maruah islam dan prinsip perjuangan sendiri...
Salam ustaz..
mohon betulkan ejaan SYAITHAN..memang ejaan arab شيطان menggunakan huruf ط akan tetapi ط tidak sama dengan TH..gabungan huruf TH mengikut Dewan Bahasa bersamaan dengan ث jadi ejaan melayu asal SYAITAN sudah bersamaan dan tepat dengan ejaan jawi/arab شيطان
TOK-TOK GURU, USTAZ-USTAZ, CIKGU-CIKGU DLL SEMUANYA BERPESAN, KALAU DAPAT SESUATU KHABAR @ MAKLUMAT, CHECK DULU BETUL-BETUL.
JANGAN CEPAT RESPOND ( LEBIH-LEBIH LAGI DENGAN WARTAWAN )
SEMUA ORANG SAYANG DAN HORMATKAN TOK GURU NIK AZIZ.
SAYA YAKIN SEKIRANYA KENYATAAN MEDIA ITU ( SPT TGNA )TETAPI ORANG LAIN YANG UCAPKAN ATAUPUN KETUA PEMUDA PAS PUSAT YANG UCAPKAN , PASTINYA RIBUAN HENTAMAN, TEGURAN, TINDAKAN TIDAK ENAK DSBNYA DI AMBIL OLEH ORANG RAMAI.
INGAT KITA SEMUA BUKANNYA MAKSUM
TGNA dah minta maaf. Bila pulak ustaz muda ni nak minta maaf?
satu lagi tuan KP DPPP.
Tolong la check atau ambil tindakan yang sepatutnya terhadap kenyataan majalah Milenia Muslim ( mei 2009 ) yang menyiarkan kenyataan Dato Seri Harussani yang mengatakan Tok Guru Nik Aziz (baik kerana) sokong menubuhkan kerajaan campuran Pas dengan Umno di negeri Perak , tetapi ustaz Ahmad Awang (tak baik kerana)menolaknya .
Untuk perhatian KP DPPP lagi, kenyataan ini agak memberi keuntungan politik kepada Umno rasanya, kerana ianya telah di cetak diatas Banner dan digantungkan di jalan raya.
lepas nih kaum india ngn cina kenala pulak beri kebebesan kepada kaum melayu dalam kuasa ekonomi...
kena ada give and take la...
kepada yang mengkritik tuh sebenarnya kecewa kerajaan perpaduan tak jadi...
mula la sangkut paut dgn islam lah dan macam2 lagi lah... piiiraaah... macam lah UMNO tuh islam sgt... agama tolak tepi ada hati nak angkat islam kat mata dunia konon... canang sana sini islam hadari lah malaysia negara islam lah... tapi pemimpin sendiri buat parti ada tari menari... hidup rumah masing masyaAllah!!! macam istana... rakyat ada yang hidup merempat yg kerja kerajaan pon tak cukup makan... tapi pemimpin2 BN semua hidup mewah2 projek sana sini... bukan setakat diri sendiri aja dgn sanaka saudara pon kaya raya... pi lah mati!!!
aku cukup jaki dgn org-org UMNO...
dok terpekik terlolong pasal bangsa... hidup melayu lah maju melayu lah melayu boleh lah macam-macam... tapi cuba tgok sendiri la dah 50 thn melayu kat mana sekarang nih? pi mai pi mai tang tu jugak...
mungkin ada yang berubah la jadi kaya raya tapi ramainya kroni-kroni ngn suku sakat depa jer... announce bantuan ,suntikan juta juta tapi aku rasa rakyat marhain nih singgit pon tak rasa!!!
Tak kecewa langsung kerajaan perpaduan tidak menjadi.
Cuma kecewa sangat sesetengah pimpinan boleh menembak dan ugut dalam media, akhir cerita media jadi kambing hitam.
Kecewa Pas Kelantan boikot sahabat sendiri dalam jemaah dalam PRK Manek Urai. Tiba-tiba selepas buat statement berbaik baru ajak sahabat masuk negeri dia.
Nampak sangat...
biasa la tuh dalam family adik beradik pon ada gak bergaduh... bertumbuk pon ada tapi bila dah sembang-sembang... berbual... minum kopi... sarapan sama2... semuanya kembali jernih balik...
cuma yang sedihnya bila dah baik ada gak yang duk ngata blakang2... kita sama2 ahli pas... kalau nak bermusuh gak baik kita kuar PAS buat parti erdogan dan parti muzakarah... kita perang... jgn kacau PAS!
kita tgok sapa yang dok terlompat2 bila kita berperang...
To Ahmad:
Takpe la, bab transliteration ni memang payah. Mana2 pun boleh.
Ada kata ta, tsa, tha?
Ada jugak penulis2 UMNO kat sini ya. Cara mereka berfikir amat senang dilihat dan dihidu walu berbau busuk. Kata mereka, UMNO kuat = Melayu bersatu. Tak cerdik.. tak cerdik.
Biarkan mereka.
Alhamdulillah dengan perkembangan terkini, semoga berterusan menjangkaui Pilihan Raya Umum ke-13.
Post mortem perlu dilakukan segera untuk mengenalpasti punca kepada masalah yang berbangkit, demi keutuhan parti dan menghapuskan semua "tohmahan" soalan2 berikut perlu dijawab:
1. Inisiatif siapa?
2. Pihak terlibat?
3. Urutan kejadian?
4. Adakah melibatkan orang tengah?
5. Jika ada, siapa?
6. Kenapa tidak dibincang di peringkat parti?
7. Apakah terlibat 'pembelian' individu?
8. Kenapa tidak terlintas kemungkinan perangkap?
9. Siapa yang didorong dan oleh apa?
10. Sejauh mana Cik Gu Pa terlibat/apa peranan dia?
11. Sejauh mana Nasha terlibat/apa peranan dia?
12. Sejauhmana TGHH terlibat/apa peranan dia?
13. Haron din, apa peranan dia?
14. Harun taib, apa peranan dia?
Pakar2 bedah perlu cari apa yang patut dan parti mesti sediakan kertas putih bagi memulihkan kepercayaan dan sokongan ahli/penyokong terhadap parti.
Hanya dengan 'pembersihan' sahaja kredibiliti PAS dapat dipulihkan.
Ini bukan masalah rumah tangga, ayah dengan ibu bercerai, anak2 masih boleh bertemu dengan mereka.
Masalah yang PAS hadapi lebih kritikal, ia melibatkan 'survival' parti.
Untuk maju ke hadapan, punca masalah perlu di'kuarantinkan'.
Usaha untuk mengenalpasti pengkhianat mandat rakyat yang menghasut PAS Perak menubuhkan kerajaan dengan Umno mestilah berterusan. Pengkhianat itu mesti dihukum!
Berikut ialah pendedahan Ustaz Ahmad Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 di Shah Alam baru-baru ini:
"Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan Umno. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.
"Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan Umno. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama Umno dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan Umno?"
"Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan Umno). Ada! Tapi saya tak layan."
Pengkhianat mandat rakyat itu masih dicari identiti sebenarnya.
Ada orang tuduh Ustaz Dr Harun Din dan ada pula yang tuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa (eheemm..).
Sekadar tuduhan sahaja. Mereka perlu membuat penafian jika mereka tidak pernah kencing dan berak atas mandat dan kepercayaan rakyat. Nama baik perlu dibersihkan.
harap2 poster TGHH naik la di Kelate lepas ni. ke masih tak memaafi lagi?
kalau tak naik gak, baik la tiada poster sesiapa termasuk TGNA. naikkan poster kaabah saja. baru kita tak nampak berpuak2. lagipun nabi sangat la tidak menggalakkan idol (lukisan, ukiran, dll) kerana takut umat2nya sembah bende2 tu. harap2 kita semua tak la taksub kpd seseorang sampai gitu sekali.
nuruddin, apa pandangan anda?
Assalamu'alaikum
Saudara Tantawi,
Saya ingin mengambil iktibar dari ayat-ayat di bawah, dan begitu juga saya berharap saudara-saudara juga mengambil iktibar dengannya;
"Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya. Dan tiada [pembicaraan antara] lima orang, melainkan Dia-lah yang keenamnya. Dan tiada [pula] pembicaraan antara [jumlah] yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (7) Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahasia, kemudian mereka kembali [mengerjakan] larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahasia untuk berbuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: "Mengapa Allah tiada menyiksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?" Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (8) Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan rahasia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan. (9) Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal. (10) Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (11)" (Surah Al-Mujadilah)
Rabbi salimna wasallim muslimin !
TokPakir
"lepas nih kaum india ngn cina kenala pulak beri kebebesan kepada kaum melayu dalam kuasa ekonomi..."
apa ni nuruddin??? kata hanya perjuang Islam dan "tak pernah perjuang Melayu". boleh clarify? ke anta tengah fening ni... he!3x
hanizar,
penyebaran kisah2 lama ada baik dan buruknya. kalau yg buruk lebih berat dpd yg baik, elok la kita simpan saja.
sebab tu saya tak setuju dgn cara pendedahan Utz Ahmad Awang. mungkin niat beliau baik spt Utz Daud Iraqi, tapi separuh jalan. akan timbul syak-wasangka yg dasyat oleh ahli2 bawahan. tuduh-menuduh kan boleh bawa fitnah?
Assalamualaikum,
Saya amat setuju dengan pandangan saudara Hanizar yang mencadangkan post mortem, agar kita mengenal pasti apa puncanya. Tak adil kita asyik mengatakan ini gara gara akhbar. Dengan adanya post mortem ini kita akan terhindar dari terjerumus lagi di hari muka. Juga sesiapa yang ingin membuat angkara di masa depan tidak akn dapat berbuat begitu dengan sewenang wenang nya.
slm..tahniah pd semua pimpinan krn telah hilang kekusutan ...pada komentar yg jijik jgn ustaz layan..meke2 semua x faham strategi politik islam..Allahuakbar..
Bukan setakat pehak UMNO sahaja yang patut merenung jauh dan tidak akan memecahbelahkan gerakan Islam tetapi mereka yang di dalam gerakan Islam juga harus berfikir panjang sebelum memulakan sesuatu perkara baru. Ambil pandangan berbagai pehak, jangan disebabkan kita telah dipilih jadi pemimpin kita ingat kita dahaja yang hebat pemikiran nya . Jadikan peristiwa ini tauladan dan sempadan.
alhamdulillah... semuanya sudah jernih.kembali bersama kuburkan UMNO!
dr pengkritik tetap at-Tantawi
Pemuda PAS Perak
Hazrieyn,
- strategi itu bukannya menjaringkan gol sendiri macam Nasha bikin.
Mat,
- Nuruddin tu orang UMNO berlakon jadi PAS. Sekali sekala tersasul juga.
Encik Yes,
- betul. Post mortem perlu. Sama seperti main bola, kena analisa mana silap, mana kekuatan. Kalau ada kudis/bisul, buang, kalau dijangkiti kulat, lumurlah Fucidin.
Ustaz Nasrudin,
Ada baiknya Tuan letakkan matrix jadual program Tuan dalam blog ni. Ari ni gi mana program apa, Esok gi mana program apa. Masuk gym pukul berapa... Makan berapa kali sehari.. etc etc..
Jangan makan karbohidrat lepas pukul 7 petang. Buncit perut nanti.
Salam.
Tika melihat di kaca tv saat itu berlaku, saya menitiskan airmata. Betapa terpancar keikhlasan tok guru nik aziz apbila menarik balik teguran keras kpd timbalan presiden.
HAti juga tersentuh bilamana melihat ustaz nasa mat isa bersalaman dan mencium tangan tok guru nik aziz.
Inilah kemurnian jiwa pendokong dan pejuang Islam.
Yg lalu sudah berlaku...yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan sempadan.
Perasaan seperti ini rasanya turut dikongsi oleh sebahagian besar ahli dan rakyat Malaysia.
Dengan bukti begini yg telah ditunjukkan oleh pimpinan PAS, yakinlah bahawa Islam itu memang benar2 mampu memimpin perubahan.
Keputusan dan kata sepakat telah dicapai, kepada ahli dan jamaah sekalian....selamat berjuang demi Islam.
Salam
Alhamdulillah
Kepada ALLAH diserahkan segala apa yang telah dirangcangkan olehNya.
Semoga 'kekalutan' menjadi sejarah.
Perkataan Didalam Gambar Hiasan Diatas
Tetap WOTR tolak jika seseorang itu menimbulkan kekusutan.
Untuk apa dipertahankan jika majoriti macam 'tunggul'. Dan merosakan imej/identiti ulamak/pro agama.
Raja,
anta ni sikit-sikit nak menangis.
relax la beb.
ni mesti terlebih baca novel picisan.
hish korang nih tuduhan liar tuh kat aku... :(
akucuma reply msg nalapambu lah... korang nih.. cuba baca msg keseluruhan dulu baru nak kritik...
siot jer tuduh aku camtuh...
aku reply msg dia... dia kata sekarang nih org cina ngn inda dah ada ruang tuk politik... so aku reply lah lepas nih org india ngn cina kela la kasi ruang pulak kat org-org melayu atau bangsa bumiputra dalam peniagaan... aper daaa...
jgn tuduh sebarangan takut jadi fitnah nanti tak pasal2 dapat dosa free...
buat mat said...
aku pon harap macamtu la jugak...
bukan aper... kalau tak ada poster TGHadi nanti barua-barua UMNO tuh ambik kesempatan cakap macam2...
buat hanizar...
suka ati ko jer kata aku org UMNO..
yerla mmg dulu aku org UMNO tapi sejak tahun 1997 aku dah meluat dgn UMNO... tapi bukan kerana dsai tau! bagi aku dsai tuh mengkarung... dia boleh berubah bila-bila masa... cuma dalam keadaan sekarang nih org-org PAS terpaksa berkawan dgn dsai sebab pendapat aku PAS boleh tambah kuat dan boleh control dsai tuh... berbanding kalau dgn UMNO kompom kena pijak punyer...
lagi satu aku nak betulkan kenyataan aku aku cakap pasal ekonomi tuh untuk org-org islam kita lah... sebab sekarang nih india ngn cina yang control business... so aku mintak la ruang tuk org-org kita tuk kembangkan busines... bukan suh mengelat dalam busines... aku tak pernah keluarkan kenyataan tuh!!!
so di harap jgn tuduh aku sebarangan... sedih aku bila aku sokong org cakap aku menipu... :(
nurudin,
mengaku je la...
mengaku je la...
kalau dah amno tu, umno juga..
business ?
cuba check latest news: 4 vice-president kat SME Bank kena gantung kerja.
cuba check juga defect claim projek pak lah kat kepala batas sebanyak 50 million (cost asal 100 million)
Baguslah kalau nak buat kaji selidik dan bersihkan pemikiran Melayu Islam dan kuasa politik melayu dalam pemikiran para pemimpin PAS.Biar betul dikikis. Jangan berulang lagi ideologi karut tu walaupun sebagai bahan ilmiah je. Masa diIpoh kata tak nak dah tapi dalam muktamar 55 ulang lagi. Kalau nak ulang lagi dimasa hadapan buat sebelum muktamar 56 boleh lah ahli PAS buat keputusan Ya.
Ahli muktamar PAS pun nak kena basuh juga, pilihlah orang yang betul berkalibar. kalau setakat pakai jubah dan serban tak cukup. Jangkau dia punya pemikiran.Jangan pilih yang macam Beghehim.
hai nuruddin, tak de tuduhan. tanya je... jangan la kecik hati. hanizar pun gurau je tu kan...
pasal DSAI ni, kita kena hati2. dulu masa dlm UMNO, syok dia tibai PAS dan DAP. lepas kena tendang, boleh baik pulak macam bersaudara.
rumusannya ialah kita gunakan dia selagi boleh. lepas tu, kita tendang dia masuk tong sampah. kalau Husam dll nak ikut, silakan...!
suka ati ko la labu...
ko yang fitnah aku... bukan aku yang berdosa pon...
kalau betul kira ko dapat pahala... sebab berjaya dedahkan aku
tapi kalau salah ko jawab la sendiri... sok...
errr nak tanya la kalau PR memerintah kakitangan kerajaan dapat naik gaji tak? hehehehe mana la tau dapat durian runtuh...
Post a Comment