HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, June 25, 2009

PASTI Semakin Gah

1. Hebat ! Alhamdulillah , satu pesta sukan bertaraf nasional . Berjaya dilangsungkan dengan gemilang dan mencapai objektif .

2. Bukan sahaja menerima kunjungan yang luar biasa di Mini Stadium UNISEL Kuala Selangor tetapi juga menerima penyertaan yang cukup memuaskan . Hanya satu negeri yang tidak berkesempatan menyertainya iaitu Sarawak.

3. Saya sempat menyaksikan pertandingan semi final dan final bola sepak PASTI peringkat kebangsaan ini yang akhirnya dimenangi oleh negeri Selangor .

4. Pertandingan diadili oleh pengadil yang berpengalaman dan diiktiraf oleh FIFA . Mereka terdiri dari pengadil negeri Selangor yang terlibat dalam liga super dan liga peringkat negeri Selangor .

5. Walau berorientasikan riadah bagi melahirkan pelajar PASTI yang memiliki jasad yang cerdas dan aqal yang pintar , riadah [ sukan ] mereka bukan sekadar bermain tetapi penuh skil dan gaya sebagai ahli sukan yang profesional . Kebetulan ada seorang dua saya lihat mempunyai gaya permainan mirip Christiano Ronaldo dan Lionel Messi . Kalau jurulatih bola sepak Kebangsaan menyaksikan perlawanan mereka , saya yakin beliau juga akan terpesona melihat bakat - bakat cilik ini .

6. Namun , apa yang penting ialah semangat ukhuwwah , semangat kesukanan , semangat setiakawan , kemesraan , keseronokan , kebahagiaan , keceriaan dan 1001 lagi perasaan yang segar dan mekar berbaur di tengah padang seharian bersama pesta PASTI . Sekaligus mengangkat nama Dewan Pemuda PAS kian harum bersama institusi PASTI yang mula menguasai dunia pendidikan Pra Persekolahan di peringkat nasional .

7. Selepas ini saya cadangkan agar PASTI boleh mengadakan perlawanan persahabatan dengan tadika KEMAS , TABINO , TASKI dan lain - lain pusat pengajian pra persekolahan bagi mengeratkan hubungan dan membawa PASTI lebih jauh ke persada dunia pendidikan negara . Mungkin enggagement melalui aktiviti sukan ini boleh menjadi bibit mula ke arah itu dan secara tidak langsung membawa Dewan Pemuda PAS mendekati semua pihak .

8. Harapnya selepas ini , pesta pidato dan kesenian Islam yang akan dianjurkan pada peringkat PASTI juga akan mencapai kejayaan gemilang dan berjaya melahirkan bakat - bakat baru yang bakal menguasai pula pentas pidato pada masa akan datang guna membawa risalah perjuangan ini kepada ummah .

9. Tahniah sekali saya ucapkan kepada semua warga PASTI yang berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi . Khasnya kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat , En. Azrin Abd Majid yang menunjukkan komitmen tinggi untuk membangunkan cita - cita besar perjuangan Islam ini melewati PASTI yang berada dibawah tanggungjawabnya .

10. Semoga PASTI lebih berjaya selepas ini dan meneroka ruang dan aktiviti yang lebih menarik dan berkesan . Pula berjaya menguasai bidang pengajian dengan lahirnya pelajar - pelajar pintar dan cerdas samaada di peringkat pra persekolahan ataupun di peringkat sekolah rendah . Selamat Maju Jaya dengan iringan keberkatan dari Allah swt . Takbir !



Ini dia pemain ala Christiano Ronaldo sedang disegarkan kaki oleh doktor pakar kojohanan .

Kawalan ketat saff pertahan yang sukar ditembusi lawan . Beginilah kelak mereka akan pertahankan Jamaah Islam ini dari musuh Insyaallah .


Satu gerak lincah yang berjaya memperdayakan goalkeeper sebelum bola ditendang deras ke penjuru kanan gawang gol .

Kalau bukan Profesional , jangan tiru aksi ini kelak kena hamstring .


Pemain Terbaik Kejohanan .

5 comments:

MemaLI said...

alhamdulillah...berkat kesabaran dan istiqomah yang sangat kental dari guru-guru pasti khasnya. Mereka mendidik dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang sehingga anak didik dari PASTI lebih berkualiti dari tadika yang lain... Moleklah kiranya DPPP menyimpan niat untuk menyediakan satu suntikan BONUS sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru PASTI- jazakallah

arulz_adnan said...

meriah tgk adik-adik nih..moga badab-badan yang sihat menjana akal yang cerdas dan cergas. boleh menjadi pembimbing dan pemikir kpd masyarakat kelak...

Unknown said...

Salam pemuda..

Tahniah pada DPPP kerana berjaya adakah sukan PASTI, tetapi yang pastinya ibu bapa pelajar tidak dilayan sebaik mungkin...jangan kita katakan semua ibu bapa pelajar yang hadir tersebut berkiblatkan PAS, ada juga yang condong pada umno...oleh itu, lain kali kalau nak adakan yg berkaitan dengan ibubapa pelajar..kenalah jaga mereka juga...

tengok dlm harakah edisi 1450 tu..kan ada orang bersungut hal tak ada pengiring,,tak ada pun orang tanya makan minum, tak ada pun orang tanya khabar ibu bapa...inikah dikatakan menyambut dan meraikan tetamu..

saya rasa hal ni dah sampai ke pengetahuan pesuruhjaya PAS Selangor...cuba tanya beliau..
tk

Unknown said...

salam, ustaz.
gambar yg terakhir tu bukan pemain terbaik, tetapi penjaring terbanyak. Pemain terbaik dari Selangor

Unknown said...

salam Ustaz, gambar terakhir tu bukan pemain terbaik tetapi penjaring terbanyak. Pemain terbaik datang dari Selangor

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive