HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, June 27, 2009

Pemuda PAS Sedia Muzakarah

1. Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan al Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz bahawa UMNO adalah seperti komunis dan merupakan sebuah parti yang sesat .

2. Saya lihat laporan polis itu tidak banyak menyelesaikan masaalah ini , namun itu hak Pemuda UMNO untuk mempertahankan diri mereka .

3. Menangani isu ini , Pemuda PAS sedia menganjurkan muzakarah terbuka dengan pemuda UMNO jika pemuda UMNO mendakwa atau mempertahankan bahawa perjuangan mereka tidak menyalahi syariat sepaerti apa yang didakwa oleh al Mursyidul Am PAS.

4. Pemuda PAS mencabar supaya pemuda UMNO tidak menolak muzakarah ini sebaik menerima surat rasmi dari kami kelak dalam masa terdekat insyaallah .

5. Pemuda UMNO boleh menggunakan kesempatan bagi menjelaskan betapa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam sebagaimana yang didakwa . Lantaran itu saya mengharapkan pemuda UMNO tidak mengelak dari muzakarah ini jika mereka benar .

9 comments:

MemaLI said...

"yang haram itu jelas, yang halal itu juga jelas....yang batil itu jelas, yang hak itu juga jelas"... alhamdulillah kesempatan dan ruang serta peluang yang Allah berikan ini, moga dapat memahamkan para pemuda UMNO tentang islam dan gerakannya , juga berjaya menampakkan kepada mereka tentang apa yang didokongi mereka itu salah lagi menyimpang...moga mereka kembali kepada islam dan bersama-sama berjuang di dalam PAS--TAKBIR

yuzakky said...

Sokong 100% ... قل هاتوا برهانكم إن كنتم صدقين ... Saya cadangkan UMNO/Pemuda UMNO menjemput Sohibussamahah Tan Sri Dato' Sri Dr. Harussani bin Zaharia, Mufti Kerajaan Kudeta Perak sebagai Panel Kehormat mereka..insyaAllah, Harussani akan kata semuanya HARUS...

mat din said...

xsabar nak tgk muzakarah ini... harap2 jadilah ia

Pemuda PAS Kijal said...

Kami dari pihak pemuda PAS Dun Kijal tidak sabar hendak melihat muzakarah tersebut. Moga dibukakan pintu hati pemuda2 dan petua2 umno supaya kembali kepangkal jalan.

Mohd Anis Bin Azinan said...

Hidup PAS !!!
http://java2everyone.blogspot.com

alhelmi said...

Alhamdulillah satu perkembangan yang baik... harap2 jadi la perkara ini...

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Tukaq ayat sikit Ustaz. Jangan guna Muzakarah, Guna Mujadalah.

Nasrudin said...

Salam . Terima kasih atas pandangan : Mujadalah [ debat ] sebahagian dari kaedah 2 pihak menyelesaikan masaalah dan mencari kebenaran . Pendekatan ini menggunakan hujjah . Hujjah yang benar dan tepat akan menang dan mesti diikut . kalau enggan mujadalah [ debat ] , Muzakarah pun tidak mengapa , justeru ia juga satu kaedah 2 pihak duduk menyelesaikan masaalah dan mencari kebenaran . Pendekatan ini juga menggunakan hujjah . Maka terimalah hujjah yg benar.

Katakanlah : Kebenaran itu dari Tuhanmu

Mat Nusantara said...

Harap2 TGNA tidak melenting kali ni.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive