HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, June 10, 2009

Polemik Kerajaan Perpaduan : Kenapa ?

Oleh : Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan.

Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat. Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya.

Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan.

Namun bagi mengurangkan sedikit polemik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini. Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

Asas pertama ialah At Taawun

Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat.

Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat.

Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa.

Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistem Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa.

Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti politik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah menolak al Ism

Kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat.

Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan.

Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat ialah menolak al U'dwan

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini.

Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara.

Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen gensterism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun.

Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kamudian.

24 comments:

khalif13 said...

Salam ustaz, Soalan ini kalau ustaz nak jawabpun, jawablah selepas pilihanraya manik urai.

Adakah benar bahawa hujah yang mengatakan pimpinan tertinggi yang patut kita wala' adalah Mursyidul Am?

Bagaimana dengan teguran Dr Haron Din yang refer wala itu pada rais ataupun amir? Bukankah itu presiden?

ruhmalaysia said...

Salam ustaz, saya setuju dengan kerajaan perpaduan. Masaalahnya kenapa hanya berbincang dengan UMNO. Apa ada rencana lain disebalik mengutarakan konsep Negara Perpaduan.Sepatutnya siapkan kerangkanya dulu kemudian panggil semua partai politik dan bentangkan usulnya. Paling tidak berbincang dengan Pakatan Rakyat dulu.

Semasa PRU 12 saya amat tertarik dengan tema Negara Kebajikan. Setakat ini apa yang PAS telah capai kearah negara Kebajikan ini sekuarangnya PAS telah melaksakanya di Negeri yang dikuasai oleh Pakatan. Ini perlu dilakukan atau buat perancangan untuk melaksanakannya apabila berkuasa nanti.Hentikan dulu idea Negara Perpaduan kerana ia mengundang fitnah.

joe penang said...

Yang aku nampak
- pimpinan x senada. Presiden n timbalan setuju. Mursyidul x setuju. Patutnya kenyataan hendaklah senada. Ada negeri keluar usul tolak terus kerjasama ngan umno. Celaru la
- pimpinan yg lain x keluar kenyataan. Tak tau atau tak nak makin ribut?

Dialog mmg perlu dibuat di cawangan, kwsn dan negeri. Jentera penerangan jalan ke. xpun depa pun x tau nak terang?

Munaqasyah perlu dilakukan secepat mungkin.

Imej PAS telah pun terjejas. Pada ahli dan penyokong(PR). Lakukan rawatan segera.

Jentera pemuda perlu turun ke akar umbi secepat mungkin menerangkan isu ini. Jika ahli bawahan celaru, camna penyokong lain?

PRU13 kalu x ditangani aku rasa kita kan kalah semula. Silap2 manik urai pun terlentang..

asyraf mujahid al-zarqawi said...

salam..ana perhatikan kerana isu ini tuan guru presiden dihina.Adakah berbaik sesama muslim itu salah?Adakah UMNO Bukan islam?

Ust,tantawi perbaikilah akhlak pengikut2 PAS dgn AQ dn Sunnah sebelum gelombang pemuda seperti ana akan meninggalkan PAS krn kecuaian pemimpin PAS membentuk pengikut2nya

AK ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SERVICES said...

kpd roh malaysia dan joe penang,

kenapa melatah ? saya rasa penerangan ust jelas dan boleh difahami..

kerajaan perpaduan tidak katapun nak bincang dengan UMNO shja.. dengan sesiapa sahaja asal membawa kepada kemaslahatan ummat

WUZARA said...

Salam...

Memang tidak pelik pun jika orang berpolemik dan bertelagah tentang isu kerajaan Perpaduan. Kerana sampai hari ini sudah 55 tahun, PAS tidak pernah mengeluarkan pendetailan bentuk negara Islam lengkap dengan sistemnya. Tuan Presiden menggagaskan Idea Kerajaan Perpaduan, tetapi sampai hari ini belum ada pun penjelasan bertulis yang disebarkan kepada ummat Islam. Maka, apabila ada yang membantah mereka dituduh membantah membuta tuli tanpa maklumat. walhal siapa yang salah?

Saya kira kegagalan PAS menyedia bentuk negara Islam walaupun sudah 55 tahun berjuang merupakan satu yangw ajar dipersoalkan bagi sebuah gerakan Islam yang memperjuangkan penegakan negara Islam. Apakah dah dapat kuasa baru nak rangka semua pendetailan? Sebab itulah, apabila ditimbulkan isu kerajaan perpaduan, ummat Islam di Malaysia jadi berkecamuk. Nak salahkan siapa, ummat atau yang memimpin mereka?

Saya ada sesikit penjelasan kewajipan perlaksanaan hukum hudud ke atas kafir dzimmi beserta pandangan keempat-empat mazhab. Tuan-tuan boleh kaji dan bandingkan dengan pandangan PAS bahawa kafir dzimmi tidak wajib dikenakan hudud. Sila layari http://jemaah-islam.blogspot.com

muslimat said...

wuzara,
bila masa pulak ni awak nak jadi tuhan ??mengukur tempoh lamanya perjuangan sebagai ukuran gagal atau berjayanya suatu perjuangan....kalau macam tu lebih baik awak pertikaikan kerja dakwah nabi nuh yang sembilan ratus lima pulu tahun berdakwah tetapi cuma 80 orang saja yang beriman.

Awak jangan nak ambil hak tuhan....natijah adalah hak tuhan sedangkan hak hamba adalah ikhtiar saja.Jangan mempersoalkan kerja dakwah pas kerana kabur tentang bentuk negara Islam yg hendak ditubuhkan. Anda dan HT yang lengkap modul pembentukan negara khilafahnya kenapa masih ditahap 'berkata-kata' saja sampai sekarang ??....apakah dah ada modul penubuhan negara khilafah yang lengkap pun masih gagal juga...aaahhh alangkan serupa saja anda dan kita....masih ditahap 'bekerja' juga....

jadi tulisan komen anda ni macam tak kena....

sembang haroki said...

tahaluf hukumnya harus, tetapi dakwah hukumnya wajib. takkan berdakwah kepada ameno menjadi haram kerana orang kelantan terlalu marah dengan ameno. hatta kalau pun ahli ameno sekalipun kafir, dakwah tetap mesti diteruskan.
kata syeikh arrosyid perlu pertimbangan wajar antara muzayadah 'aatifiyyah dengan mantiq almaslahah?

jangan sampai kita terlupa, masih ramai orang ameno yang sayang kepada islam, cuba mereka jahil dan tertipu.

soal kedua: apakah dsai dan lks berjanji secara bertulis membenarkan pas melaksanakan islam dikalangan orang islam jika PR memerintah?

ANAK BAPAK said...

saya setuju dengann tulisan ustaz tuan ibrahim tuan man kerana apa..kerana konsep ini adalah arahan allah dan apa yang diwahyukan allah maka wajib kita meyakininya..kenapa perlu ada sangsi dan suu'u zan terhadap lontaran idea presiden..? yang menghangatkan suasana adalah media terutama nya bloggers...siap sebenarnya dibelakang bloggers yang tiada habis-habis menghentam lontaran idea tuan guru presiden..mintak penjelasan dalam masa yang sama menghentam presiden...kita semua kena ingat sedalam mana kebenceian kita kepada UMNO kerana dasar sekularnya..ahli-ahli umno adalah sedarah sedaging dengan kita..maka mana tanggungjawab kita menyelamatkan mereka yang masih faham UMNO ke arah memperjuangkan Islam..

lupakah kita betapa allah beri arahan kepada kita yang mafhumnya " dan peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari azab neraka, yang mana bahan bakarnya adalah terdiri dari manusia dan batu(berhala)..."" lupakah kita...???

tidak mungkin pimpinan berusaha secara sulit atau tidak hendak bergabung dengan UMNO yg sekular itu, tapi kenapa polemikkan soal sikap terbuka kita kepada sesiapa pun untuk menuju ke arah kebaikan seperti yang termaktub dalam perlembagaan PAS Fasal 6 (4)&(6)..tidak bacakah kita perlembagaan sendiri..

jangan kita jual nama tuan guru nik abdul aziz atau berselindung di balik namanya semata-mata nak melepaskan geram kita terhadap pimpinan yang lain..

lupakah kita kepada peringatan dari allah dalam surah al-anfal ayat 60-63 yang mafhumnya :

60)"dan siapkanlah persediaan untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu)kamu menggetarkan musuh allah, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang allah mengetahuinya.apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya"

61)"Dan jika mereka condong kepada kabaikan maka condonglah kepadanya dan bertawakkal lah kepada allah, sesungguhnya dialah yang maha mendengar dan maha mengetahui"

62)"dan sekiranya mereka hendak menipu engkau, cukuplah allah sebagai pelindung engkau, dia memperkuatkan engkau dengan pertolongannya dan dengan pertolongan orang mukmin"

63)"Dia (ALLAH) menyatukan hati mereka (mukmin),kalau engkau belanjakan segala apa yang ada di bumi nescaya engkau tidak akan dapat menyatukan hati mereka, tetapi allah jualah yang dapat menyatukan mereka, sesungguhnya allah maha perkasa lagi maha bijaksana" (surah al-anfal 61-63)

maka apakah kita lupa betapa allah menyeru kepada kita untuk menyelamatkan aqidah saudara mara kita yang masih dalam UMNo dan masih ada sedikit iman itu atau hanya kerana benci kita kepada UMNO saudara mara kita tidak diselamatkan..??? apakah kini kita hanya bertawakkal kepada sokongan cina dan india non-muslim dan melupakan tawakkal kepada allah..??? lupakah kita bahawa siapakah mad'u kita...????

WUZARA said...

salam buat muslimat,

Saya rasa anda telah salah faham tulisan saya. Saya tak mempersoalkan tentang keberhasilan dakwah tersebut.

Yang saya utarakan adalah kenapa sampai sekarang PAS tidak menyediakan secara rasmi keterangan bentuk negara Islam yang nak ditubuhkan. Cuba tanya dengan ahli atau anda sendiri, bagaimana rincian negara Islam yang dijuangkan PAS selama ini. Tahu tak?

Look before you leap.

piratexlr said...

entahla..aku pelik dgn pas..sebelum ni aku x pernah pangkah pas..vote aku utk BN..PRU yg lepas aku pangkah pas coz aku tgk UMNO dh makin mengarut n menyeleweng..

tup-tup skrg ni pas nk wat kerajaan perpaduan ngn UMNO..apela pas!!!pengundi sokong kau bukan nk tgk ko deal ngn UMNO..org sokong ko sebab perjuangan pas tuh..sebab islam..entahla pas!!!korang ni pun sama jek ngn UMNO..rugi aku pangkah PAS PRU lepas..

Mr_17 said...

assalamualaikum ustaz...saya tidak mahu komen panjang kerana diri ini masih mentah untuk berbicara mengenai politik ini...sedikit kemusykilan ada pada diri saya, adakah dinyatakan kerajaan perpaduan itu melibatkan UMNO???bagi saya isu ini hanya dimainkan oleh media dan isu profesional dan Ulama yang turut melanda PAs juga menjadi mainanan media...Kepada semua, marilah kita bersatu demi anak bangsa dan melupakan ideologi politik ini tanpa meninggalkan agama kerana kaum lain sedang bertepuk tangan melihat kita semua sibuk dengan ideologi politik hingga lupa agenda utama...buat muslimin dan muslimat, fikir-fikirlah dengan pancaindera yang dikurniakan olehNYa....maaf andai salah tutur bicara..

muslimat said...

salam juga untuk wuzara...

itulah anda !

maaf saya tak mampu menyelam perkara yg tersirat jadi saya respon pada apa yg tersurat....

saya dan mungkin kami(ahli pas) tidaklah sehalus anda yg memerlukan sebuah rangka negara Islam yg lengkap baru boleh bekerja. Atau saya kurang setuju satu rangka negara islam yang di bina dgn semata mengambil kira atau percontohan sejarah pemerintahan Islam silam yang tentunya banyak keperbezaan dgn sekarang ,kerana zaman, masyarakat dan cabaran adalah berbeza.Kalau pun dibina sebuah kerangkanya tak bermakna ia tetap dan bersesuaian sampai bila-bila.Islam ini dinamik bukan statik...ia berjalan dgn masa sebab itu ia akan jadi sesuai sampai bila-bila.

Al-quran , sunnah, qias dan ijmak ulamak itulah rangkanya dan panduan dalam segala tindakan.
Tanpa ijmak dan qias hukum Islam menjadi jumud kerana terbatas kepada apa yang disebut secara zahir di dalam al-Quran tanpa menilik kepada makna disebaliknya sedangkan al-Quran merupakan panduan hidup sehingga hari kiamat. Setiap zaman akan ada hukum baru atau hukum kontemporari maka qias memainkan peranan penting dalam menentukan halal dan haramnya. Walaupun qias menggunakan akal tetapi ia disyaratkan selari dengan al-Quran dan al-Hadis kerana hukum asalnya terdapat di dalam al-Quran tetapi diqiaskan perkara-perkara yang baru kepada hukum yang sudah ada di dalam al-Quran dan al-hadis dan ijmak.

Saya ada keyakinan di pihak pas sendiri sering ada pengkajian dalam segala keputusan dan pelaksanaan gerak kerja mereka.Sebab yg menjadi tonggak mendokong perjuangan pas bukanlah orang2 yang ingin khinat terhadap agama.Tak semua antara kita mampu memahami kerana latar belakang serta pendidikan yg berbeza tapi saya meyakininya.

tanpa ditunjukkan rangka negara Islam yang yg dicitakan, saya tiada masalah untuk memberi sokongan kerana pas masih wadah yang terbaik dalam kerja maaruf nahi mungkar...itu sudah memadai bagi saya dan mungkin bagi kami semua yg masih setia. kalau saya lebih perlukan sebuah rangka...saya mungkin dah chow macam anda juga :D

kalaulah anda boleh membuka sedikit ruang utk menghargai 'sedikit' usaha kebaikan orang lain ,tidaklah anda berlebih-lebihan untuk 'muhasabah' orang sahaja.

Allah...selain Dia minta kita berpesan-pesan dgn kebenaran, Dia juga minta kita bertolong bantu dalam kerja2 kebaikan...

maaf, kalau saya tersilap paham lagi..

ANAK BAPAK said...

saudara wizura..

anda boleh baca buku yang dikeluarkan oleh PAS pusat;

konsep negara islam
yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat..diedarkan secara rasmi pada tahun 2003. ini onsep, perincian kenalahlah dilihat dari sudut kaedah-kaedah faeqah pulak, bukalah dalam mana-mana kitab siyasah syar'iyyah dan kitab-kitab fiqh seerah, seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan PAS, maka ijtihad para ulamak yang muktabar diambil kira termasuklah tulisan ulamak-ulamak diluar PAS.

kalau anda sendiri tidak mencari sumber-sumber yang telah diterbitkan oleh PAS yang disokon oleh ulamak-ulamak muktabar yang lain ( berbeza dnegan anda yang hanya tahu copy-paste dari blog proHT shj)..memanglah anda kata PAS tak keluarkan satu pun itu dan ini pasal anda tak baca satu pun apa yang diterbitkan oleh PAS...

WUZARA said...

salam,

anak bapak,

DNI yang menyatakan kafir dzimmi tidak wajib dikenakan hudud itu yang anda maksudkan? Saya ada hardcopy dan softcopynya sekali.
Saya kira ia hanya layak disebut draf sebagaimana namanya. Dah 6 tahun, mana pula pendetailannya?

Muslimah,
Bentuk negara Islam bukanlah diambil dari sejarah, kerana sejarah bukanlah sumber dalil. Ia diambil dari sumber2 dalil yang disepakati Al Quran, Sunnah, Ijma' Sahabah dan Qias. Perbetulkan pemikiran saudari tersebut.

Pemahaman bahawa hukum Islam berubah dengan zaman adalah satu bentuk pemikiran yang bathil. Islam telah lengkap dann tidak perlu diubah suai mengikut peredaran zaman. Bukan Islam disesuaikan dengan zaman.

Memanglah hukum negara Islam itu bersumber dari AlQuran dan Sunnah, tetapi untuk menyampaikannya kepada ummat kita perlu ijtihad para mujtahid yang diajarkan kepada kita melalui kitab2. Jika tidak, mungkin kita sekadar mengiyakan saja apa yang disampaikan ulama dengan alasan ianya telah diijtihadkan.

muslimat said...

salam,

samada saya yang tak jelas atau anda yg terbabas.

kita di sini bukan nak perincikan apa itu qias apa itu ijtihad....apa yang boleh dan tidak boleh diqiaskan atau apa yang boleh dan tidak boleh diijtihadkan atau siapa yang layak mengeluarkan ijtihad...itu tentulah masuk kepada satu medan yg lebih luas dan lebih panjang perbincangan sedang saya bukanlah ahlinya.

tapi saya harap anda jelas maksud saya bila saya katakan islam itu tidak jumud, dinamaik dan akan sesuai utk semua zaman.Ia langsung tidak membayangkan saya merasakan bahawa hukum Islam itu adalah sentiasa berkait dengan peredaran zaman sehingga setiap perkembangan baru akan menuntut kpd mengolah, mentakwil dan mengubah tanpa batas. Itu tentunya suatu pengkhianatan.

Cumanya saya tahu terdapat pandangan tokoh ilmuan islam yang memiliki pengetahuan yang mendalam tentang syari‘at Islam serta memiliki kefahaman yang luas tgg ciri-ciri yang membentuk keasliannya mengatakan bahawa hukum2 islam ada yang bersifat statik dan ada yang dinamik.Ia dinamik bukan bermakna mempermudahkan hukum atau mengikut kemajuan dunia semata, atau berpandangan syariaat Islam tidak sempurna tapi yang lebih penting ia untuk memahami syari‘at Islam secara seluruhnya, khasnya dari sudut tujuan dan objektif yang ingin dicapai olehnya.

soalnya wuzara,

dalam hal cara menubuhkan kerajaan khilafah pun sejarah membuktikan berlaku perbezaan metod antara satu zaman dgn satu zaman. kaedah pemilihan utk jawatan khalifah pun tidak sama. Bahkan terdapat banyak perbezaan dalam pentadbiran mereka.Tapi tiada sesiapa di kalangan ulama muktabar yang membuat tuduhan kononnya sistem politik zaman Umayyah, Abbasiyah dan lain-lain negara Islam selepas itu adalah kafir atau bathil kerana pentadbiran politik mereka tidak serupa dengan zaman Nabi.

Eksekutip said...

Ustaz Nasaruddin at-Tantawi adalah boneka UMNO mengikut kata TG Nik Aziz yang terbaru..

Nauzubillah..

http://www.malaysiakini.com/news/106277

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

ANAK BAPAK said...

wizura..

anda sendiri tidak memahami perjalanan pentadbiran PAS seperti yang terkandung di dalam peruntukan perlembagaan PAS. kalaupun soal konsep dasar negara islam pun kamu tidak berpuas hati...saya nak tanya mana dia sebuah model negara islam mengikut methology kamu..?? mana perincian kamu...??

bagi kami dalam pas, perinciannya adlah mudah, kitab-kitab muktabar berkenaan fiqh dauwlah adalah mencukupi, pendetailan bagi saya adalah bermaksud penelitian dari sudut praktikal pentadbiran negara itu, yang memang ditolak oleh penyokong HT atas dasar tidak pernah berlaku pada zaman rasulullah, kamu berkata bahawa negara islam bukan diambil dari sejarah, anad kena ingat disiplin siyasah syar'iyyah adalah ijtihad ulamak pada zaman dahulu hingga kini sebagai rujukan..kerana itulah dalam disiplin pensabitan sesuatu perlu rujuk disiplin usul ahkam dan kaedah fiqh pula..sebab itu ada perkara yang asalnya haru boleh menjadi haram dan boleh jadi wajib dan boleh jadi makruh dan sebagainya..HT sendiri seolah menolak kaedah2 fiqhiyyah tetapi menghukum jamaah lain haram sedangkan anda hanya melihat hukum di dalam rangka akal sahaja tanpa meloihat kaedah yang diijtihadkan para sahabah dan ulamak muktabar..rujuklah kitab al-ahkam as-sulthaniyyah sama da dari imam sayuti atau al-mawardi, terkini rujuklah kitab fiqhuddawlah karang prof dr yusof qardhawai, rujuklah kitab an-nizham as-siyasi al-islami karangan dr abdul aziz izzzat, rujuklah kitab fiqh siyasi kargn sheikh farid abdul khaliq, di sana anda akan dapat perincian tentang bagaimana menegak dan membentuk sebuah negara..anada boleh rujuk kitab2 ini, antaranya lagi kitab al-hukumah al-islamiyyah, abul a'la al-maududi, tarikh al-khulafa' imam as-suyuthi,an-nazhariyyat as-siyasah al-islamiyyah dr dhiauddin, nizham al-hukmi fi as-syari'ati wa tharikh sheikh zhafir al-qasimi,

isu hudud dan non-muslim anda boleh rujuk kitab at-tasyri' al-jina'i al-islamiy dr abdul qadir 'audah dan banyak lagi..

nooryus said...

Kerajaan perpaduan: Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti

Minda Dr.Maza

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang Muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama Muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat. Orang yang enggan melihat sesama Muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama Muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Sila baca selanjutnya di sini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

Baihaqi Sensei said...

Setalah membaca komen nooryus, hati saya terpanggil juga untuk menyatakan pandangan...

Secara umumnya, jika kita melihat, memang idea kerajaan perpaduan ini amat bagus. Itu sacara zahirnya.. saya sendiri bersetuju dengan artikel ini.

Tetapi, melihatkan kepada sikap Umno, adakah ini semua akan berlaku?

Baihaqi Sensei said...

Berkenaan komen muslimat dan wuzara, apa yang saya dapat simpulkan berdasarkan artikel ini dan perkembangan semasa, hujah-hujah anda berdua ada betulnya...

Cuma saya ingin menarik perhatian semua, apakah semua ini akan berlaku???

Tanpa kerangka yang terancang dan tiada perbincangan diperingkat pucuk pimpinan, bukankah itu menunjukkan satu kelemahan dalam ideologi ini sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang awam. Bukankah rasulallah menganjurkan kita untuk bermusywarah terlebih dahulu dan bukannya memutuskan hala tuju sesebuah organisasi berdasarkan pandangan peribadi?? Akhirnya, timbul banyak kekeliruan dan kenyataan yang tidak tepat... Dan akhirnya timbul fitnah... Perpecahan dalam parti sendiri..

Kita tidak bole salahkan orang awam yang keliru, masalahnya tiada perancangan yang rapi dari pucuk pimpinan..

Berkenaan bantahan mursyidul am Pas juga, kata beliau, "Nak berunding untuk tubuh kerajaan tak usah, tapi nak bincang dengan Umno untuk benda lain boleh".

Kenyataan ini banyak berkait rapat dengan sikap Umno itu sendri... Saya bersetuju bahawa semua parti perlu bersepakat. Akan tetapi adakah Umno akan bari kerjasama yang pnuh?? Tidak cukupkah dgn sekatan di Kelantan, menentang enakmen hudud di mahkamah, dan rampasan kuasa di Perak??

Bukan Pas tidak pernah bekerjasama dengan Umno, tp dh byk kali. Cuma sikap mereka yg suka mengambil kesempatan dan menikam dari belakang mcm isu nizar kt Perak..

Nik Aziz menentang kerana beliau tahu dan perit apa yang Umno lakukan kepada kerajaan Kelantan...

Renungkan adakah kerajaan perpaduan ini relevan atau tidak dgn keadaan di Malaysia...

Eksekutip said...

tapi ust. tanta ni suruh menghormati pandangan tuan presiden. InsyaAllah, rasanya, ust Tanta jadi timbalan presiden le tak lama lagi.

saya betul-betul marah, kecewa dengan apa yang berlaku terutama yang mengenepikan Mursyidul Am kita. terus terang saya menyokong PAS kerana kagum dengan TGNA. walaupun dasar Islam, wajib kita sokong tapi perlaksanaannya kadang-kadang sama jek dengan UMNO...

maklumlah tindakan "boneka UMNO" mengikut TGNA.

nooryus said...

TGNA juga adalah manusia yang biasa melakukan kesilapan. Mungkin pengalaman silam menyebabkan beliau bermati2an menolak saranan TGHH. Cuba fikirkan. Salah satu sifat orng2 mulia ialah memaafkan sesama saudara seagama. Adakah TGNA sudah mencapai tahap tersebut? Atau dendam kesumat beliau terhadap UMNO/BN menyebabkan beliau alpa?

Saya harap tidak. Ramai yg terlalu menghormati beliau sehinggakan ada yg menerima semua yg dikatakannya bulat2 tanpa menggunakan akal yg waras dan ilmu pengetahuan yg Islamic. Contohnya kita ditegah dpd berkawan dgn syaitan. Beliau uar2kan perkara yg sebaliknya. Ada yg berani membangkang atau memperbetulkan saranan beliau?

Syauqi said...

mungkin sape yg baca artikel ni boleh jg kot tengok video ini...

tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal kerajaan perpaduan.....
aku jumpa kt youtube..

tak payah lah nk komen pasal benda yang diri sendiri pon xtahu n x faham....
menyusahkan orang laian saje....

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive