Dakwah Fardiyyah . vol 1
Dakwah Fardiyyah :
Marhalah yang Perlu dilalui
Oleh Para Pendakwah.
Marhalah yang Perlu dilalui
Oleh Para Pendakwah.
1. Hari ini saya berkesempatan membaca sebuah buku lama yang ditulis oleh Asy Syeikh Abdul Halim Al Kinani . Seorang pendakwah yang terkenal dengan keiltizamannya membawa Islam kepada ummah.
2. Syeikh Muhammad Abdullah al Khatib memuji karya Asy Syeikh Abdul Halim sebagai bingkisan yang kecil pada saiznya tetapi sangat besar pada nilai dan pengertiannya . Terutama apabila beliau menjelaskan marhalah dakwah .
3. Suka saya berkongsi bahan dan hasil baca ini demi sama - sama kita merealisasikan satu usaha murni dalam perjuangan kita untuk membawa Islam sampai kepada setiap insan dimana sampainya cahaya matahari . Tambahan pula jamaah kita ini adalah Jamaah Dakwah dan Tarbiyah disamping kita bersiasah .
4. Peringkat Pertama Dakwah Fardiyyah :
Mewujudkan Kasih sayang , kepercayaan dan saling mengenali .
5. Ianya merupakan peringkat [ marhalah ] pertama dan paling asas dalam dakwah . Ianya perlu dilaksanakan dengan baik justeru ia akan memainkan peranan yang besar untuk menjayakan malah menyempurnakan peringkat seterusnya . Terutama dalam usaha untuk meyakinkan dan mempengaruhi sasaran dakwah kita [ maduu ]
6. Peringkat pertama ini mempunyai beberapa nokhtah yang perlu diberi perhatian oleh kita khasnya pendakwah :
- Percaya kepada pendakwah dari sudut keikhlasan amalan , dakwah , komitmen agama dan kebaikan yang diserunya .
- Percaya kepada wibawa , pemahaman , pengalaman , kesesuaian pendakwah untuk diambil dan diterima segala nasihat dan pandangannya .
7. Kepercayaan ini tidak akan datang tanpa usaha atau secara spontan . Ia memerlukan pendakwah yang layak dipercayai . Sementara orang yang layak dipercayai ialah orang yang mempunyai akhlak dan adab - adab Islam serta komitmen yang tinggi terhadap hukum hakam Islam .
8. Mengenali sasaran dakwah [ madu'u ] secara mendalam dan jelas sehingga dia dapat mengenali personaliti dan kunci kepada peribadinya . Ini meletakkan pendakwah boleh menggunakan cara interaksi yang tepat dan berkesan dalam usaha mempengaruhi dan meyakinkannya .
9. Antara nokhtahpenting untuk mencapai objektif peringkat ini disebut oleh asy Syeikh Abdul Halim Al Kinani ialah :
- Pendakwah mesti mengikhlaskan niatnya dan berdoa untuk sasaran dakwahnya semasa ketiadaannya agar Allah swt membuka pintunya kepada hidayah , melapangkan dadanya kepada dakwah dan menyelamatkannya dari neraka .
- Memelihara adab - adab pergaulan dan berbicara dengannya .
- Bersungguh - sungguh untuk melihat dan bertemunya secara berterusan serta bertanya khabarnya apabiala dia tiada .
- Berwajah ceria ketika bertemu . Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :
تبسمك في وجه أخيك لك صدقة
Senyummu dihadapan saudaramu itu adalah sedeqah
Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud : " Kamu tidak mampu mengembirakan manusia dengan harta kamu tetapi kamu dapat lakukannya dengan muka berseri dan akhlak yang baik .
- Mulakan dengan salam dan berjabat tangan .
Sabda Rasulullah saw :
ألا أدلكم على شئ إن فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم
Adakah kamu suka aku tunjukkan kepada kamu satu amalan , jika kamu lakukan akan mengeratkan lagi kasih sayang antara kamu ? sampaikan salam antara kamu .
10. Asy Syeikh Abdul Halim al Kinani menyebut lagi bahawa pengukur kepada kejayaan pada peringkat ini ialah melihat kepada bagaimana jawapan kepada soalan - soalan berikut :
- Adakah sasaran dakwah menganggap pendakwah sebagai rakan yang lebih istemewa dari rakan - rakannya yang lain ?
- Adakah sasaran dakwah pernah bercakap dengan pendakwah menggunakan bahasa yang mesra dan biasa ataupun masih bersifat hipokrit atau waspada ?
- Adakah sasaran dakwah merasa atau memperlihatkan rasa jauh diri atau tidak selesa terhadap beberapa sifat , cara interaksi dan percakapan pendakwah ?
- Adakah sasaran dakwah merasa minat untuk menziarahi pendakwah ? Adakah dia pernah menjemput pendakwah untuk menziarahinya ?
- Adakah pendakwah dapat merasakan sasaran dakwah memberi respons yang baik terhadapnya pada setiap kali pertemuan , salam , pergaulan , percakapan dan lain - lain ?
- Adakah sasaran dakwah mula berbicara tentang perasaan , keperihatinan , keadaan dan segala apa yang bermain dimindanya ?
- Adakah dia menemui pendakwah untuk menyelesaikan segala masaalah dan situasi yang menimpanya ?
- Adakah dia merasakan bahawa pendakwah layak dan sesuai untuk ditanya dan diminta pandangan ?
- Adakah dia diam untuk mendengar percakapan pendakwah dan menyertainya atau dia akan membantah , membidas atau langsung tidak ambil peduli .
- Adakah wujud kesan yang jelas dari amalan bertukar - tukar hadiah antara pendakwah dan sasarannya ?
Dengan menjawab semua soalan - soalan ini pendakwah mampu mengukur sejauh mana kejayaannnya pada peringkat yang pertama ini dan sejauh mana ia mencapai matlamat yang diharapkan .
bersambung .....
2 comments:
Kepada Nasrudin Tantawi…. Jangan Hampiri Zina….
Kepada
Yang Mulia Syeikh Nasrudin Tantawi,
Ketua Pemuda PAS, Ibu Pejabat PAS,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Assalamualaikum Tuan Syeikh Tantawi,
Saya minta maaf kerana menulis surat terbuka kepada Tuan Syeikh dengan menggunakan bahasa melayu harian yang biasa saya gunakan.
Saya tak tau berbahasa arab yang membahasakan diri ‘ana’ dan ‘ente’. Nak gunakan bahasa orang putih pula saya meluat berbahasa itu dengan orang yang sebangsa dengan saya, lagipun apa yang saya dimaklumkan Tuan Syeikh pun nak sebut ‘intellectual discussion’ pun berbelit lidah.
Apa yang ingin saya sampaikan dalam surat ini adalah berkenaan dengan ‘intellectual discussion’ atau ‘wacana intelek’ antara pihak Tuan Syeikh dengan Pemuda Umno. Saya yang hanya menghafal surah al-Fatihah dan surah-surah lazim jauh sekali dari berstatus ustaz, amat tidak setuju dengan hal ini. Bagi saya biarpun dalam apa bentuk dan cara serta nama, ianya akan menjurus kepada Kerajaan Perpaduan yang Syeikh Besar anjurkan.
Saya tidak bersetuju kerana Umno itu adalah parti orang melayu bodoh dan jahat yang tiada hala tuju sebenar serta tiada pegangan dan prinsip. Parti itu adalah parti toghut yang salah guna kuasa, pendendam hebat, menganiaya penyokong sendiri dan lawan, rasuah besar, membiarkan orang melayu miskin dan perampas kuasa apabila hilang kuasa di samping menipu dalam berbagai bentuk dan cara. Saya tidak pandai berhujah dan amat sukar berhujah dengan golongan Tuan Syeikh yang pandai dan serba tahu, lebih-lebih lagi hukum hakam. Jadi saya hanya boleh berpesan.
Cuba Tuan Syeikh renungkan kias saya ini. UMNO ini boleh diibaratkan sebagai seorang perempuan muda . Perempuan ini tentunya cantik dipandang, gebu, seksi dan menawan siapa saja yang melihat hatta orang yang bergelar ustaz dan syeikh. Gaya dan lenggok langkahnya memang melelehkan air liur bila terpandang. Kalau dalam bilik gelap atas ranjang jangan ceritalah kehebatannya. Tapi buruknya dia berkerja menjadi pelacur mewah. Biarpun dia mengatakan dia kerja apapun, dia tetap perempuan jalang.
...sambungan...
Cuba Tuan Syeikh fikir apa hukumnya memandang perempuan jalang ini dengan pandangan panah asmara dan bersalam menyentuh kulit gebunya dengan berahi. Yang saya tahu Tuan Guru Nik Aziz yang saya amat hormati menyebut “haram hukumnya” seperti menyentuh api neraka. Tapi Tuan Syeikh dilihat amat galak sehari dua ini untuk bukan saja melihat dan bersalam tapi Tuan Syeikh hendak berkawan dengannya. Konon dengan berkawan, boleh berdakwah kepadanya. Hiii….. seram saya dengar ……. Ini mengundang fitnah besar Syeikh… Menghampiri zina…… Kan ada ayat Quran mengatakan “…..janganlah kamu menghampiri zina….”
Jangan…jangan…. Kalau dah berjumpa perempuan jalang ini, entah apa godaannya saya takut Tuan Syeikh akan terzina dengannya . Habis Syeikh…. Dulu orang yang lebih besar Syeikhnya dari Tuan Syeikh dah terkena, walaupun tak ditangkap basah semasa di dalam bilik gelap dengan perempuan jalang ini, tapi perempuan jalang ini amat megah bercerita kepada ramai orang yang dia boleh menggoda dan mengadakan hubungan dengan syeikh-syeikh besar dan telah tawar menawar harga untuk berzina. Mohon dijauhkan Allah dari semua fitnah itu……
Lebih baik syeikh bersama mengukuhkan hubungan dengan Pemuda PKR dan DAP. Buatlah intellectual discussion dengan mereka, ketatkan lagi ikatan dengan mereka. Walaupun perempuan jalang ini dan kawan-kawannya mengatakan PKR itu anjing dan DAP itu babi (Cis!!! perempuan jalang memang mulut jahat!!!). Tapi tak apa, tidak haram memandang dan menyentuh anjing dan babi. Tiada nas Al Quran yang Tuan Syeikh hafal dan faham menyatakan hukum memandang dan menyentuh dua makhluk Allah ini. Kalau tersentuhpun boleh disamak sahaja dan tidak berdosa. Samak tidak susah hanya perlu air tanah dan air bersih. Cuma orang Melayu saja yang berasa menyamak itu susah dan berat seperti mengandar dua ekor babi hutan. Walaupun perempuan jalang ini suka togok arak berjenama mahal dan mengangkang pada jantan-jantan sial tak kira bangsa, tapi perempuan jalang ini takutkan anjing dan jauhi babi kerana babi haram dan jijik.
Justeru, saya ingatkan kepada Tuan Syeikh, janganlah Tuan Syeikh berangan untuk bertemu dan bercanda dengan perempuan jalang ini walau apapun niat Tuan Syeikh. Lebih banyak mudarat dari manafaat. Nanti bau minyak wangi perempuan jalang ini melekat pada serban dan kot malah necktie Tuan Syeikh yang Tuan Syeikh tempah khas untuk bercandle light dinner dengannya. Kalau ditangkap basah masa bersama dengan perempuan jalang ini, bukan saja Tuan Syeikh tak dihormati lagi. Malah Syeikh Besar pun akan buruk namanya kerana dia telah merestui cadangan Tuan Syeikh untuk bertemu dengan perempuan jalang ini. Takkan tuan syeikh nak nikah dengan perempuan jalang ini biarpun dia cantik dan menawan. Malulah orang bercerita Tuan Syeikh kena tangkap basah dan kawin dengan perempuan jalang yang terkenal satu dunia dengan kejalangannya.
Akhir kata kepada Tuan Syeikh, jauhilah zina. Sampaikan salam saya kepada Syeikh Besar dan Syeikh Kedua Besar dan pesan saya pada mereka berdua supaya mengasah lidah dan sekiranya lidah mereka ada cabang, silalah memotongnya.
Sekian, Wassalam
Yang benar,
Lee Copper
Ahli PAS No 367xxx
Member Since April 1994
http://leecopperten.blogspot.com
Post a Comment