HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, July 4, 2009

Dakwah Fardiyyah . vol 2

Dakwah Fardiyyah :
Peringkat Kedua :
Menyedarkan Iman yang Leka
Serta Membina Aqidah


1. Asy Syeikh Abdul Halim al Kinani menyebut bahawa faktor utama kepada segala masaalah yang melanda ummat Islam bukannya kerana aspek kekurangan kuantiti [ bilangan ] penganut , harta benda , kekuatan material atau lain - lain aspek dan kemudahan .

2. Sebaliknya segala masaalah [ konflik dan krisis ] yang berlaku adalah disebabkan kelemahan yang menimpa jiwa dan penyakit al wahnu [ cinta dunia dan takutkan mati ] yang menguasai hati , disamping kelalaian [ dengan kemewahan dunia ] yang akhirnya melumpuhkan semangat serta mematikan kesungguhan dan keazaman mereka .

3. Ummat pada hari ini seperti yang pernah disebut oleh Rasulullah saw dengan sabdanya :

بل أنتم يومئذ كثير و لكنكم غثاء كغثاء السيل

bahkan pada masa itu bilangan kamu sebenarnya amat ramai tetapi kamu hanyalah seperti bebuih banjir .

4. Kelemahan ummat hari ini sebahagiannya tidak mampu menghadapi godaan dan syahwat dunia . Hati juga tidak mampu menjadikan jiwa terlepas dari dosa dan kehinaan . Inilah penyakit yang paling dahsyat menimpa ummah dewasa ini .

5. Ummat Islam tidak akan mampu menyelesaikan dan memadamkan gejala , kehinaan dan kebejadan yang dihadapi ini kecuali dengan melakukan perubahan total dalam peribadi seseorang muslim .

6. Perubahan yang dilakukan hendaklah perubahan dasar dan mendalam , bukan hanya perubahan luaran dan kulit semata - mata . Titik mula kepada perubahan ini ialah membangkitkan iman dan aqidah di dalam hati . Apabila makrifatullah mula menyelinap di dalam hati seseorang manusia , pasti sahaja ia akan berubah menjadi insan yang bertaqwa dan soleh .

7. Asy - syeikh Abdul Halim al Kinani turut menggariskan langkah - langkah teknikal untuk mencapai matlamat dakwah diperingkat ini .

. Pendakwah hendaklah menjadi ikutan yang baik , benar - benar komited dan terkesan dengan pengertian iman sebelum memindahkannya kepada sasaran dakwah .

. Perbincangan secara langsung dan dua hala berlaku antara pendakwah dan sasaran dakwah [ maduu ] . Ia bertujuan untuk memindahkan pengertian - pengertian dan cetusan - cetusan [ input ] iman ketika ziarah , pertemuan dan perbualan .

8. Memimpin sasaran dakwah [ madu'u ] secara praktikal :

. Mendorong dan menggalakkan supaya bertaubat dan menjelaskan kepentingan untuk segera bertaubat .

. Meninggalkan segala dosa , maksiat dan mungkar serta tidak lagi mengekalinya . Serentak itu merangsangnya untuk melakukan taat dan ibadat kepada Allah swt .

. Mendorong agar mengikat diri dengan al Quran dan sunnah . Mendengar , membaca , memahami , melaksana dan menghayatinya .

9. Memberikan peringatan [ inzaar ] dan galakan kepada madu'u [ sasaran dakwah ] .

. Memberi galakan dan ancaman agar tertanam rasa ingin mengabdikan diri kepada Allah swt dengan melaksanakan segala hukum hakam Allah swt dan dalam masa yang sama takut akan azab Allah swt akibat kecuaian dan kedegilan melaksanakan syariat Allah swt .

. Memberi amaran dan ingatan supaya mengharapkan rahmat dan keampunan Allah swt sebelum mati sedang mati itu datang secara tiba - tiba dan azab Allah swt itu sangatlah pediah .

و من أعرض عن ذكري فإن له معيشة ضنكا و نحشره يوم القيامة أعمى

dan sesiapa yang berpaling [ ingkar ] dari ingatan dan petunjukku , maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta .

10. Islam adalah cara hidup yang mesti diterima oleh semua . Tiada siapa yang berhak menghalang Islam ini dikembangkan sebagaimana tiada siapa yang berhak menghalang dirinya sendiri dari menerima Islam , cara hidup yang diwahyukan Allah swt .

2 comments:

han said...

merujuk pada point No 2: dilalaikan oleh kemewahan dunia ni juga satu hal.

contoh, leka menelek bungalow di Bukit mahkota hingga tak attend sidang Parlimen atau melawat kawasan atau.. ape kerja dia ehh..?

Albakr Allatifi said...

Assallamualaikum Saudara,
Saya terpanggil buat sekelian kalinya buat menyampaikan pandangan dan rasa resah juga sedihnya keadaan politik bangsa melayu islam hari ini.
A)Perihal perlakuan DAP dan juga masyarakat cina dan india hari ini yang terus terusan mencabar hak orang islam di tanah air ini. Saya tahu hikmah dan kelunakan dalam menghadapi bukan islam ada hadnya. Tetapi hari ini PAS sendiri seolah-olah hilang punca dalam menangani sikap biadap dan kasar golongan ini.
B)Terus terang saya katakan adanya nafsu besar ingin berkuasa dikalangan pimpinan PAS sekarang ini dengar membiarkan perkara sensitif yang menyentuh agama islam begitu sahaja kerana rasa takut hilang sokongan masyarakat bukan islam.
C)Adanya tanda2 tidak sehaluan dikalangan pimpinan PAS.Apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang menampakan tiadanya persefahaman yang jitu diantara pimpinan.
D)Seharusnya PAS yang telah lama dipersada negara, mempunyai satu kekuatan sendiri yang benar2 menonjol dan menjadi paksi kuasa politik Islam.
E)Bagi orang melayu islam, UMNO bukan lagi wadah yang wajar,PKR adalah saki baki manusia kecewa yang gagal dalam umno. Cuma PAS menjadi sandaran dan harapan bangsa melayu dalam mempertahan Islam. Tetapi amatlah malang jika PAS bersikap mengikut dan terlalu lemah dalam kelompok PR.
F)PAS mestilah terus memantapkan organisasi,menjadi inovator juga driver perubahan untuk bangsa melayu. Jangan terperangkap dengan retorik,malah berwaspada dengan para pimpinan PKR yang 'power craze".
G)Malang bagi PAS jika nanti terus dijadikan ayam sambung dan kuda tunggangan parti lain dalam PR.Menwujudkan Daulah Islam memang impian malah niat suci setiap muslimin yang mukmin diMalaysia.
H)Bezanya Islam dengan yang lain terlalu kerana keungulannya. Maka sepatutnya PAS begitu juga.

sekian
wassallam

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive