HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, July 26, 2009

Marhalah Ketiga DPPP

1. [ Kelmarin ] Seharian Exco Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Pengarah - pengarah jabatan dan Ketua - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri memerah idea serta mencetus pandangan merangka satu plan tindakan strategik bagi semua lajnah dan jabatan Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ].

2. Hampir sebulan yang lalu , DPPP telah mengadakan retreat selama 2 hari 2 malam untuk merangka hala tujunya buat musim ini .

3. Alhamdulillah , selesai DPPP mendokumenkan hala tuju dan plan tindakan strategik .

4. Kini DPPP memasuki marhalah ke tiga [ pertama : pembentukan jawatankuasa dan kabinet 2009/11 . Kedua : dokumen hala tuju dan plan tindakan strategik ] . Saya kira inilah marhalah sebenar bagi seluruh pemegang amanah DPPP yang terdiri daripada Exco , Ketua - ketua Jabatan dan Ketua - ketua DPP Negeri untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalas .

5. Semoga Allah swt tidak membiarkan kami bersendirian memikul beban amanah ini melainkan kami sangat mengharapkan kekuatan dan petunjuk daripada Allah Tuhan rabbul Izzati .

6. Menunaikan amanah , melunaskan tanggungjawab , mendepani cabaran dan menyerap tekanan bukanlah suatu yang mudah dan ringan . Ia memerlukan seluruh pemegangnya bekerja kuat dan gigih serta ikhlas kepada Allah swt disamping tidak lekang dari munajat dan ibadah yang membawa kita aqrab kepada Allah swt .

7. Kekuatan spiritual , fikrah dan syakhsiyah menjadi asas keupayaan untuk kita semua menggalas beban amanah yang berat dan mencabar ini . Apa yang cukup menakutkan ialah bagaimana kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak . Sabda Rasulullah saw :

كلكم راع و كلكم مسؤول عن رعيته

Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan akan kepimpinan kamu .

8. KPI kita kelak bukan sahaja akan dinilai oleh sekreteriat DPPP tetapi ianya akan dinilai oleh Allah swt. Kita bertanggungjawab langsung kepada Allah swt dan Allah swt senantiasa melihat bagaimana performance kita . Apakah kita benar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab atau kita hanya bijak berkata - kata dan pandai bermain alasan ?

9. Ayuh ! segera kita melakukannya . Kita laksanakan segala plan tindakan yang telah kita gariskan bersama untuk mencapai hala tuju yang telah kita jua persetujui bersama . Kerah segala keupayaan untuk menjayakannya sebagaimana kita telah berjaya mengerahkan idea dan buah fikir kita untuk menetapkan hala tuju dan plan tindakan yang strategik .

10. Saya juga sangat mengharapkan in put yang bernas dan bernilai dari semua pihak dalam dan luar DPPP . Segala pandangan sangat kami alu - alukan dan kami dahulukan dengan Jazakumullah Khairan Jaza' . Jika benar tindakan kami , bantulah ! jika salah tindakan kami tegur lah ! Kami bersikap terbuka dan sedia melakukan apa yang terbaik .

3 comments:

apit said...

Assalamualaikum...
Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati dari pandangan penduduk kepada YB. Parlimen Baling kerana kurang dilihat melawat kawasan di sekitar parlimen yang diwakili beliau.Prestasi yang ditunjukkan oleh beliau amat mengecewakan berbanding ketika beliau memegang jawatan yang sama pada penggal 1999-2004.
Harap pihak ustaz selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dapat mengatasi masalah ini bagi mengekalkan kerajaan PAS Kedah yang makin diterima rakyat.Moga pandangan saya mendapat perhatian dari pihak tuan bagi mengekalkan kemenangan PAS di Kedah dan Malaysia khususnya.
Salam Perjuangan..

abuadil said...

Saya tak tahu plan tindakan strategi ustaz dan sya tak perlu tahu. cumanya diharap ustaz masukkan menguatkan dalaman pemuda dengan apa cara sekali pun samada tarbiyyah, hukuman keras sertamerta dsb.
kedua menguatkan kesatuan ummah. ziarahi ngo Islam, adkan pertemuan dan program berkala serta cuba wujudkan majlis gerakan2 islam. adakan konteks dengan ketua2 jabatan2 agama, mufti2, ikim, jakim, serta tokoh2 agama.begitu juga itu jangan lupa hubugan dengan orang2 Islam yang lain misalnya yang berada dalam umno,pkr, atas pagar dsb.
wihdatul ummah mesti menjadi perkiraan kita dalam sebarang tindakan.
jangan kerana terpesona dengan isyarat kunang2 yang disangka api, kita terjerumus dalam gaung perpecahan yang terlalu dalam hingga sukar untuk diselamatkan lagi!

PALESTINHOOD said...

Alhamdulillah... Dah sampai masanya pemuda PAS bekerja lebih masa dengan tindakan penuh strategi. Pemuda PAS Melaka bersedia memikul amanah yg cukup bermakna dalam menyebarluaskan mesej PAS yg sebenar.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive