HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Telah Kembali Ke Rahmatillah

1. Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara.

2. Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak. Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik), Dr. Zurin turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

3. Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan. Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.

4. Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman. Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu.

5. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri. Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

إنا لله و إنا إليه راجعون

5 comments:

Nur Fatiha Fadila said...

Assalamualaikum,
'Suaminya, Tan ..." bukankah Yasmin seorang lelaki?

Waallahua'alam

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Saudara Tantawi,

Terus terang saya mengaku tidak mengenali beliau, mungkin kerana inilah di antara budaya hidup yang sangat saya benci dan tidak menyukainya.

Saya cuba membuat selidikan untuk mengenalinya dan saya menemui beberapa komen oleh penilai berAgama, sebagai contohnya, kepada filem Muallaf arahan beliau seperti berikut;

"Pluralisme and Liberal concept inside Mualaf Film. Khairisan & mynameisshay.. Podah!"

Dapatlah saya menangkap latarbelakang beliau kemudiannya.

Jadi, saya bersedih dan bersangka-baik bahawa kematian sebenarnya adalah lebih baik untuknya, keluarganya dan untuk ummat ini. Semuga kita dan dia diampuniNya.

InaliLlahi wa inna ilaihi rajiuun.

TokPakir

musafir said...

suami dia cina muslim ke? Jika dilihat hasil filem beliau mmg amat jauh dgn gambaran Islam sebenar dgn apa yg cuba ditonjolkan jadi kematiannya Allah Maha Mengetahui dan Maha Menghendaki

Samad said...

Ustaz, saya ingin berkongsi perasaan terharu apabila beliau menjawab soalan dari pengunjung blog beliau;
Soalannya ;
Kak Min, nak tanya. Jgn marah saya ye. Nak tanya aje. Masa Kak Min arahkan filem, berada di set - ada tak break utk solat? Kak Min solat tak? Dan galakkan anak-anak buah solat tak?

Saya wonder aje. Thanks Kak Min.

Kemudian, beliau menjawab;
anuar, the answer to that is Yes. we do break for solat. and the reason for our solat break is not because we think we're good or anything, but because we need to seek allah's guidance and thank him for his blessings. we don't force others to solat with us -- they can see what we're doing, and that i think is enough of a reminder.

blog beliau di yasminthefilmmaker.blogspot.com/

Anonymous said...

abdullah Tan Yew Leong lah nama laki dia...

diakan khunsa dia pilih nak jadi wanita dan itu hak dia la... dia bukannya pondan tapi khunsa...

siapa kita nak judge dia? Serah pada Allah lah segalanya... ada penari gelek pon masuk syurga tau...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive