HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, July 28, 2009

Pemuda PAKATAN tubuh MAMPAT

1. Isnin 27 hb Julai 2009' mencatat sejarah tersendiri apabila mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat telah menubuhkan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat [ MAMPAT ]

2. MAMPAT akan bersidang secara rutin pada hitungan sekali sebulan kecuali pertemuan tergempar terpaksa diadakan bagi menangani isu - isu besar dan utama .

3. Mesyuarat kelmarin dihadhiri oleh sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan [ AMK ] , Yb. Anthony Loke selaku Ketua DAPsy dan semua anggota harian mewakili setiap parti .

4. Setiap parti akan dianggotai oleh 5 orang dengan ketua dan setiausaha masing - masing adalah anggota tetap MAMPAT . Seorang telah dilantik untuk menjadi ketua sekreteriat bagi menyelaras keputusan dan tindakan MAMPAT .

5. MAMPAT sesuai dengan nama penuhnya Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk meminimakan perbedaan yang menjurus ke arah pertelingkahan dan percanggahan dalam tindakan .

MAMPAT juga akan menyelaraskan semua tindakan bersama Pemuda Pakatan Rakyat dan sekaligus ia membentuk satu team yang kukuh dan padu untuk mendepani apa jua cabaran politik semasa .

Lebih penting peranan MAMPAT ia tampil untuk memimpin anak - anak muda negara bagi membina real politik baru dan masa depan negara yang lebih cemerlang .

6 comments:

faidhah Hassan said...

Assalamualaikum ustaz
siapa yg akan mengetuai mampat ni..?

CERAMAH D PENANG said...

harap dapat di selaraskan di semua negeri-negeri terutama di bawah pemerintahan pakatan rakyat - perlu lebih aktif kan mampat ini


sumbangan dana pemuda

http://jutawanklik.com?a_aid=eeedf225

pria malaya said...

Sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada pergerakan pemuda Pakatan Rakyat khususnya pemuda PAS serta pemuda dari rakan kompenan, PKR dan DAP atas tertubuhnya majlis muafakat pakatan Rakyat ini...

Tahniah juga kepada Ketua Pemuda PAS yg baru, Ust Nasrudin Hassan diatas usaha dan kesungguhan beliau dlm agenda memperkukuhkan Pakatan Rakyat serta dilihat cakna dlm isu2 yang berlaku baik dalam dan luar negara mutakhir ini..sekaligus melenyapkan prasangka buruk segelintir penyokong atau pendokong bawahan yg agak sangsi dgn keupayaan beliau membahu jawatan ketua pemuda PAS..

Cuma, penulis agak kurang bersetuju dgn nama singkatan pertubuhan 'MAMPAT' ini..rasanya singkatan nama MAMPAT ini dahulunya telah digunakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang agak masyhur di Terengganu, boleh dilihat disini...apa pun, tahniah sekali lagi barisan pemuda Pakatan rakyat atas tertubuhnya Majlis Muafakat ini..semoga ia membawa suatu manfaat yg berguna bagi PAS dan pakatan rakyat....wallahua'lam.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2009/07/pemuda-pakatan-rakyat-tubuhkan-mampat.html

Anonymous said...

semuga diberkati

Redhwan said...

Assalamualaikum,

Semoga dengan tertubuhnya MAMPAT ini dapatlah memperkasakan lagi Pemuda Pakatan Rakyat dalam mendepani terjahan dan tusukan pihak lawan.

Unknown said...

Assalamualaikum ustaz,
Saya ada satu dua saranan untuk memantapkan lagi MAMPAT dan mem'popular'kan lagi Pakatan Rakyat untuk rakyat.
1) Supaya diadakan 'road tour' disetiap kawasan di bawah Pakatan Rakyat (kalau kesempatan masa-di kawasan BN juga) selepasnya Perhimpunan Besar ISA untuk membawa momemtum ini hingga ke hari PR13, dimana mengadakan pendedahan/penerangan mengenai ISA dan penganaiyaannya (diselitkan cerita2 tahanan ISA dan sepertinya) serta kekejaman polis dan sebagainya. Di akhir itu, disertakan sisi soal-tanya dan mengutip pendapat awam sebanyak yang boleh supaya dapat memberi peluang awam untuk menyumbang pendapat dan 'feel belongings' dalam menegak keadilan serta menjadi sebahagian dari sejarah untuk menumbangkan BN. Bersama-sama itu disertakan juga kutipan tandatangan memorandum pemansuhan ISA dan penubuhan IPCMC (bersatu suara kita teguh).
2) Disamping itu juga, diadakan penerangan berkenaan status kewangan setiap negeri dibawah Pakatan Rakyat (bagaimana sumber-sumber kewangan disekatkan, bagaimana untuk mencari sumber lain untuk menyumbangkan kepada pembangunan, apa peranan setiap awam dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat dsb) seperti yang diatas (1) juga, dilakukan sessi soaljawap dan mengumpul pendapat dalam cara membantu kerajaan Pakatan Rakyat serta mengurangkan salah-pendapat yang telah dimanupulasikan oleh media-semasa kawalan BN. Serta diusahakan juga kutipan tandatangan bagi momerandum supaya mendapat keadilan yang sama dari segi peruntukan kewangan dari kerajaan pusat lebih2 lagi dalam kes Royalti Kelantan oleh Petronas.
3) Kesimpulannya, perlukan lebih banyak tenaga dan masa diperuntukan bagi menumbangkan BN. We need 10steps forward than BN, and we need the support from the public ASAP. Tidak dilupakan juga, pastikan ada risalah2 tentang kekejaman/penindasan yang telah dilakukan BN selama pemerintahan mereka dalam bentuk 'hardcopy' untuk diedarkan (banyakkan fakta dari pendapat).
Sekian terimakasih.
Harap luahan pendapat saya dapat dipertimbangkan. Yang kurang ditambah, yang silap diperbaiki.
Wassalam,
Badrul

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive