Pemuda UMNO Menyindir PM
Pemuda UMNO Menyindir Perdana Menteri
1. Keberanian yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaludin menyambut baik pelawaan untuk berwacana secara Ilmiah dengan pemuda PAS adalah secara tidak langsung sebagai sindiran tajam kepada Datuk Seri Najib Tun Razak .
2. Biar pun Dewan Pemuda PAS belum menerima sebarang jawapan justeru tempoh yang diberi masih belum berakhir , tetapi sikap yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaludin adalah satu tamparan buat Perdana Menteri.
3. Sebelumnya Datuk Seri Najib enggan menerima cabaran debat dari Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membuktikan UMNO dan BN tidak sesat seperti yang didakwa .
4. Wacana Ilmiah yang mahu diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Pergerakan Pemuda UMNO ialah bertajuk : Benarkah Perjuangan UMNO bertentangan dengan syariat .
5. Ianya adalah ruang yang kita buka untuk UMNO menjawab , benarkah perjuangan mereka tidak bertentangan dengan syariat Islam sebagaimana yang telah didakwa oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Kalau Khairy ketua pemuda UMNO berani menyambut peluang untuk berhujjah , kenapa Datuk Najib Razak awal - awal lagi menolak cabaran debat tersebut ? Malu Perdana Menteri lagu nih atau Khairy sengaja mahu memalukan Najib ? .
6. Saya masih ragu terhadap kenyataan Khairy yang kononnya bersedia untuk berwacana secara ilmiah dengan pemuda PAS . Kerana sebelum ini sudah 3 kali beliau menolak cabaran kita untuk debat dengan isu Islam , kemerdekaan negara dan penderhakaan terhada institusi raja - raja .
7. Malah Khairy Jamaludin juga pernah memberitahu media bahawa beliau bersedia dan menyambut baik untuk berbincang dan berdebat dengan Yb. Salahudin Ayub sewaktu Yb. Salahudin sebagai Ketua Pemuda PAS pada masa itu mencabar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO [ Hisyamudin Tun Hussein - namun beliau tidak hadhir dan menghantar Khairy sebagai naib Ketua Pemuda masa itu , untuk menerima surat cabaran dari Pemuda PAS ] untuk debat dalam isu PPMSI .
8. Walaupun kali ini Khairy sekali lagi mengatakan beliau bersedia untuk berwacana , saya harap beliau benar - benar turun menyahut wacana kita untuk berhujjah . Jika beliau tidak turun lagi kali ini setelah debat pun beliau tolak dan wacana juga beliau tolak , maka sahlah nanti Khairy seorang yang pengecut . Saya menanti sehingga tarikh seminggu yang kita beri berakhir !
9. Kerana saya masih percaya bahkan sangat yakin bahawa Islam tegak dengan Hujjah dan hujjah senantiasa bersama kebenaran sementara kebenaran itu suatu yang datang dari Allah swt .
10. Hujjahlah kekuatan dan senjata bagi perjuangan Islam bukan emosi yang tidak terkawal dan tindakan yang di luar batas seperti yang sering dilakukan oleh UMNO dan BN sebelum ini , apabila mereka gagal berhujah akhirnya mereka menggunakan ISA , OSA , Akta Cetak dan sebagainya .
34 comments:
sesungguhnya yg batil itu pasti akan lenyap..ana terus menanti keputusannya di sini...
barakallahu fikum..
Susulan tawaran Pemuda PAS untuk menganjurkan wacana ilmiah berhubung isu "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan dengan Islam," mengundang pelbagai tafsiran.
Umum melihat, Nasrudin Hassan sebagai salah seorang pendokong kuat idea UG, maka apabila beliau yang beriya-iya kedepan bertemu dan mengadakan sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen , kesangsian mula menyelinap lantaran umum sudah hilang kepercayaan keatas beliau. Dalam kata lain, krisis kepercayaan.
Kalau benarlah wacana ilmiah tersebut sekadar berkisar atas tajuk “Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam” maka apa perlunya bersusah payah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menetapkan masa, tarikh, tempat dan format ?
Bukankah kita sudah sedia ada gelanggang terbuka di Manek Urai? Lontarkanlah hujah-hujah Nasrudin di setiap gelanggang yang terbuka itu biar saja para pengundi dapat mendengarnya.Tidak perlu kita mendengar hujahan balas pemuda Umno kerana kita semua pun tahu mereka tidak ada dalil atau nas.
Tidakkah dengan cara itu, munafaatnya lebih meluas dan bersesuaian dengan keadaan yang sedang kita hadapi di Manek Urai?
Atau berforumlah di Manik Urai. Minta TV9 buat live.
oopss.. sorry, "secretariat", bukan committee.
maklumlah.. nak tetapkan tarikh pun kena ada high level secretariat.
gempak je bunyi nya no..
hebat sangat ka ustaz sampai boleh tahu apa maksud khairi sebenarnya.
sudah la tu Ustaz....kalau betul-betul ikhlas nak berwacana ke berdialog ke...tunggu je la mereka jawab...tak payah nak terjemah itu ini....nanti orang nampak pemuyda PAS yang tak ikhlas.
kita bukan nak tengok siapa perangkap siapa...atau siapa menang dan siapa yang kalah....kita nak tengok keikhlasan pemuda PAS dan pemuda UMNO utk menyelesaikan masalah negara.
ne la strategi, sahabat2 kita sedang meniti liku2 untuk ke PRU13 biar kita yang jadi kuasa penentu.... biar semua pihak sedar bahawa bertapa pentingnya PAS dalam politik Malaysia...
hanizar said
Susulan tawaran Pemuda PAS untuk menganjurkan wacana ilmiah berhubung isu "Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan dengan Islam," mengundang pelbagai tafsiran.
muslimat said
benar, saya menafsirnya sebagai langkah bijak yang mampu memenuhi aspirasi dakwah pas secara keseluruhan terutama kepada perjuangan assobiyah seperti UMNO.
hanizar said
Umum melihat, Nasrudin Hassan sebagai salah seorang pendokong kuat idea UG, maka apabila beliau yang beriya-iya kedepan bertemu dan mengadakan sidang media bersama Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen , kesangsian mula menyelinap lantaran umum sudah hilang kepercayaan keatas beliau. Dalam kata lain, krisis kepercayaan.
muslimat said
Umum ?? sapa umum ? you and UMNO ??
pernyataan ini harus datang dgn bukti, Setahu saya pemuda berdiri teguh di belakang ketuanya dan menyokong sebarang usaha yang bernilai baik utk parti. Kalau pun wujud berpezaan pandangan ia adalah lumrah selagi tidak menyentuh perkara dasar.saya inginkan bukti berlaku krisis kepercayaan terhadap ketua pemuda.Kemukakan bukti yang kukuh dgn melalui proses protokol yang sewajarnya....bukan cakap-cakap liar atau pandangan murah di blog2 pribadi dari org perseorangan yang tiada jawatan atau kepentingan dalam parti....itu tidak mungkin mewakili suara pemuda yg sebenarnya
hanizar said
Kalau benarlah wacana ilmiah tersebut sekadar berkisar atas tajuk Kalau benarlah wacana ilmiah tersebut sekadar berkisar atas tajuk “Benarkah Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam” maka apa perlunya bersusah payah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menetapkan masa, tarikh, tempat dan format ?
Bukankah kita sudah sedia ada gelanggang terbuka di Manek Urai? Lontarkanlah hujah-hujah Nasrudin di setiap gelanggang yang terbuka itu biar saja para pengundi dapat mendengarnya.Tidak perlu kita mendengar hujahan balas pemuda Umno kerana kita semua pun tahu mereka tidak ada dalil atau nas.
Tidakkah dengan cara itu, munafaatnya lebih meluas dan bersesuaian dengan keadaan yang sedang kita hadapi di Manek Urai? maka apa perlunya bersusah payah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menetapkan masa, tarikh, tempat dan format ?
Bukankah kita sudah sedia ada gelanggang terbuka di Manek Urai? Lontarkanlah hujah-hujah Nasrudin di setiap gelanggang yang terbuka itu biar saja para pengundi dapat mendengarnya.Tidak perlu kita mendengar hujahan balas pemuda Umno kerana kita semua pun tahu mereka tidak ada dalil atau nas.
Tidakkah dengan cara itu, munafaatnya lebih meluas dan bersesuaian dengan keadaan yang sedang kita hadapi di Manek Urai?
muslimat said
hanya UMNO dan org2 yang buta matahati saja yang merasakan isu "Perjuangan Umno Tidak Bertentangan Dengan Islam” adalah satu isu yang kecil sahaja.
Pada saya perkara ini perlu disebar luaskan dan dibawa kepada umum utk dibicara dan diberi penilaian.Perkara ini sangat penting diperbahaskan , dipertontonkan dan dibawa hujah betapa batilnya apa yang dibawa oleh UMNO selama ini.
isu ini bukan sekadar isu TGNA yang hanya layak menggunakan pentas manik urai.Ia bukan isu utk rakyat kelantan atau utk segelintir org yang datang berkempen saja. Ia adalah isu nasional dan layak dibawa ke pentas nasional. UMNO bukan sahaja jahat di kelantan atau manik urai, tapi umno jahat utk seluruh penduduk malaysia.Jadi gelanggangnya mesti lebih luas dari sekadar bergelut di manik urai sahaja.
Oleh itu saya kira ini peluang emas. Berdepan UMNO dgn hujah adalah medan terbaik kita, jesteru UMNO tidak pernah boleh benar di atas mana-mana hujah ilmiah maupun agama.Bukankah ini peluang terbaik utk melondehkan UMNO dan tunjukkan kepada umum alangkah sekularnya UMNO...
hanizar said
Atau berforumlah di Manik Urai. Minta TV9 buat live.
muslimat said
ini tulisan lucu bin kelakar..
dah manik urai itu sekarang 'kws pilihanraya'....bodoh sgt ke UMNO nak menyembelih diri sendiri dgn memimpin pas ke pentas kempen pilihanraya ??..lepas tu duduk atas sofa empuk dan disua pula mikrofon ?? tv3 suku dgn tv9 tu macam adik dan abang le...ingat diaorang nak bagi peluang ke ??
sendiri mau pikir aaaa....
Tahniah kepada saudara yang inginkan muzakarah sesama umat Islam. Saya melihat debat dengan muzakarah adalah dua perkara yang berbeza.
Debat adalah lebih kepada cara konfrontasi untuk menegakkan pandangan masing-masing sedangkan muzakarah adalah cara bermesyuarah bagi mencari jalan pertemuan dalam keadaan penuh harmoni dengan harapan untuk mengeratkan silatulrahim.
Sudah terlalu lama UMNO dan PAS mengamalkan sikap konfrantasi antara satu sama lain. Tiada faedahnya sikap ini kepada umat Islam. Sudah sampai masanya Islam itu di lihat sebagai milik semua umat Muhammad tidak mengira orang PAS atau UMNO. Sikap buruk sangka dan memperlekeh sesama Islam hanya akan melemahkan umat Islam, sedangkan orang-orang kafir melihat ini sebagai peluang untuk mereka lebih berkuasa.
Dalam masa yang sama usahlah kita melihat kepada orang kafir untuk memperkuatkan barisan kita, kerana amat jelas dalam alQuran dan Hadis bahawa mereka ini tidak pernah ikhlas untuk membantu umat Islam.
Tahniah kepada saudara atas inisiatif ini dan janganlah ada buruk sangka dan adu domba antara sesama Islam, kerana semua umat Islam itu bersaudara.
Sekian, terima kasih.
Najib mungkin berpendapat TGNA sudah jadi buluh. Tak boleh dilenturkan lagi. Hopefully, minda KP masih terbuka utk melihat beyond narrow interpretation of Islam.
Carilah titik persamaan demi perpaduan ummah. Jangan jadikan wacana itu sebagai wadah untuk membelasah lawan. Nak glamor atau ikhlas berbicara?
Lagi satu, tak perlulah menempelak atau memperlekehkan pihak lawan. Itu bukan cara Rasulullah.
ikhslas saya kata.setakat semalam semua ahli pas di tempat saya yg saya temui tidak setuju sama sekali dgn apa yg pemuda pas buat ni malah sesetengahnya begitu marah sehingga saya terpaksa meredakan keadaan.
yg jelas ahli yg temui bukan perwakilan.
Assalamualaikum,
Saya terkejut membaca tulisan ustaz, ia tidak melambangkan penulisan seorang alim. Tak cukup dengan title ustaz atau pakain sahaja, pembaca menilai kata kata yang keluar dari seseorang itu.
Sheikh, baca ni http://leecopperten.blogspot.com/2009/07/kepada-nasrudin-tantawi-jangan-hampiri.html
cik "muslimat said",
berapa ramai pemuda yang saudari temui ?
saya bekerja di kuala lumpur. saya bergaul dengan semua orang.
betul seperti kata magn.
100% pemuda ahlui PAS yang saya temui menganggap idea UG ini sesuatu yang mengarut.
wacana ini pula dikatakan sebagai melambangkan naivety pimpinan pemuda.
tak cerdik.
Saya siarkan sepenuhnya komen seorang aktivis sosial yang tajam pengamatan politiknya iaitu Saudara Azizi Abdullah.
Azizi Abdullah tidak perlu diperkenalkan lagi. Siapa yang tidak kenal Azizi memang orang itu tidak pernah baca Harakah atau Siasah.
Komen beliau masuk ke dalam kiriman saya bertajuk ‘Khari Pulas Tangan Nasruddin’. Saya tidak mengeditnya kecuali dari segi susun atur dan huruf kecil besarnya sahaja supaya lebih kemas dan selesa dibaca.
Bacalah komennya ini dengan hati terbuka. Untuk Nasrudin dan pemuda, perhatikan luahan hatinya ini. Mudah-mudahan ada manfaatnya.
* * * * * * * * * * *
Pelawaan Nik Abdul Aziz berdebat (apa saja istilah) dengan Najib saya fikir tak mampu dibaca sebaliknya oleh pemuda dan mereka yang syok nak berdebat dengan Umno.
Mereka ini selalu syok sendiri dan megah, kemudian menyangka kalau berdebat dengan Umno, Pas mesti menang dan mulut Umno pasti terkunci.
Orang seperti ini selalu anggap buah kita saja yang boleh kena, buah orang kita tak tahu. Saya nampak, ini adalah ekoran secara tersembunyi, kejayaan Umno dalam isu kerajaan perpaduan (UG).
Umno dah nampak Pas tutup pintu, tapi Pas tak sedar tutup pintu boleh ditebuk semula. Maka tanpa sedar, pemuda membuka ruang lagi kemudian disokong yang lain supaya berdebat.
Pada hal apa saja bentuk bertemu dengan Umno, debat, muzakarah dan lain-lainlah…lah…lah…lagi, yang pasti, dalam pertemuan itu, Umno pasti membangkitkan soal itu. Dan, Pas yang cuba mempertahan prinsip Pas kononnya, akan berhujah.
Di sinilah Pas akan terjebak kerana sedikit sebanyak Pas akan bercakap soal UG ini, sama ada setuju atau tidak. Ruang ini akan terbuka untuk direnung dan diperkata oleh Umno.
Nasruddin Tantawi tak baca soal ini. Anak muda yang baru julung berkeris, nampak gagah, tapi jangan lupa Khairi juga hebat.
Tengok debat dengan Husam dulu, macam mana dia tidak takut memanipulasi hal-hal sebenar. Jangan lupa, bukan Nasruddin Tantawi saja yang mengaji, Khairi juga mengaji. Tipu muslihat dalam baik, orang tak nampak. Hati-hati.
Yang masih galak nak muzakarah, debat buat apa?
Satu segi, sekarang Umno yang menang. Kita terhegeh-hegeh jumpa dan beri surat ajak mereka. Siapa yang hemoi*?
Ini adalah perancangan halus merebahkan Pas dalam taktik. Depa (mereka) tunjuk suka kemudian depa (mereka) kepak (kenakan) Pas.
Pas kena mengaji dunia sama walau pun akhirat itu penting.
Azizi Abdullah
siapa azizi abdullah ??..hakim ? majistret ? ahli muzik ??....oooo....aktivis sosial..
hmmm saya kenal yg namanya azizi abdullah...sama seperti kenalnya saya dgn Suria Janib yang mempunyai tulisan yg kreatif dan kritis terhadap isu-isu sosial maupun politik semasa.Mereka bukan penulis sehari dua tapi mereka penulis lama yang 'tua' dgn tulisan mereka.. tahniah.
Tidak pasti apakah ini benar-benar tulisan beliau jesteru saya jumpa di blog seseorg yang hanya mendakwa ini tulisan azizi....dlm net ni macam-macam boleh terjadi.Kalau saya menulis dan mengaku sebagai azizi pun bukan org tau...kecuali azizi sendiri mengaku...
jadi saya tak nak terburu-buru sehingga saya sohih ttg tulisannya itu...
pun begitu, jika benar sekalipun saya nampak ia tulisan atas persepsi pribadi. Bila namanya persepsi ia boleh positif dan boleh negetif...ia boleh betul dan ia boleh silap....boleh diterima dan boleh ditolak.
Azizi boleh bebas utk melihat isu ini dari sudut mana yang diingini, ia masih bukan mewakili pandangan parti kerana ia hanya pandangan AZIZI ... bersifat pribadi.
ia harus betol tapi tak mustahil salah...
Ustaz, saya sokong langkah yang dibuat oleh pemuda sesuatu yang baik. Namun begitu seperti biasa ia punya risikonya yang tersendiri. Kalau tak mahu tanggung risiko duduk diam-diam sudahlah. Tetapi pemuda perlu bergerak untuk mendaulatkan islam. Apapun keputusannya saya yakin ia tidak merugikan pas. Cuma ada segelintir saja yang menentang. Semua ahli bawahan mestilah menyokong ketua di atas, kalau tak setuju duduk diam-diam sudahlah. Bila hampa naik jadi ketua pula nanti,jalankanlah pula program yang hampa suka.
hanizar said
berapa ramai pemuda yang saudari temui ?
saya bekerja di kuala lumpur. saya bergaul dengan semua orang.
betul seperti kata magn.
100% pemuda ahlui PAS yang saya temui menganggap idea UG ini sesuatu yang mengarut.
wacana ini pula dikatakan sebagai melambangkan naivety pimpinan pemuda.
tak cerdik.
MUSLIMAT SAID,
dok kuala lumpur ke ??... hebatnya.....tapi kat KL je ke ada pemuda pas ?bila semua pemuda di KL anda temui adakah ia membawa nombor 100% pemuda pas Malaysia telah ditemui...alahai
sungguh cerdik...
hanizar, saya bukan budak kecik utk membaca 'minda' anda yang lucu...anda masih belum membawa 'bukti' berlaku krisis kepercayaan kepada KP....lagipun saya rasa anda lari topik...kita tengah cakap pasal UG ke ???....
maaf kalo nak highlight atau provok pasal UG saya tarik diri.....
muslimat and muryadi bila saya check balik posting2 din tantwi sebelum ini pun di tugaskan utk back up atau utk response mana2 komen yg tidak selari atau bertentangan.
jika mereka org yg sama atau tidak saya tak pasti.
to me these people inluding mizi are gone case.what say u hanizar?
wonder why din tantawi never response to even one comment? emm...
magn said...
muslimat and muryadi bila saya check balik posting2 din tantwi sebelum ini pun di tugaskan utk back up atau utk response mana2 komen yg tidak selari atau bertentangan.
jika mereka org yg sama atau tidak saya tak pasti.
to me these people inluding mizi are gone case.what say u hanizar?
wonder why din tantawi never response to even one comment? emm...
---------------------------------
ini adalah hujjah orang kehabisan modal atau kalah berhujah...yakni bila dia menggunakan andaian.
kita juga boleh buat andaian bahawa sdr magn atau hanizar pula ditugaskan atau dibayar oleh seseorang untuk "mengganggu/menyerang" sesetengah blog.
amacam?
Saudara mizi,
Kalau orang bawah tak bolih beri pandangan , cuma dudok diam diam, nampaknya sama dengan budaya UMNO lah. Datang mesyuarat, anggok anggok, tepok tangan, makan dan pulang. Baik saja masuk UMNO kerana UMNO ada kelebihan, bila pergi mesyuarat dapat wang. PAS kena keluar wang kerana biasa nya ada kotak derma, bagaimanapun ahli PAS datang kerana perjuangan jadi jangan haraplah orang PAS akan duduk diam diam dan biarkan sahaja yang berserban besar buat keputusan jika keputusan itu bukan keputusan yang bijak.
Saudara yes,
Berbeza pendapat sememangnya satu kebiasaan dalam mana-mana parti. Dalam mesyuarat kita suarakan. Tetapi sekiranya kritikan itu secara terbuka, nampak seperti kita tidak menghormati ketua. Tambahan lagi dikaitkan pula dengan isu lama, saya tidak setuju. Kalau semua bebas kritik, haru biru la macam tu. Respect la sikit, kawan baru nak bergerak, bagi laluan..
HUJAH Senjata dalam peperangan Domokrasi
Ramai yang bertanya kepada soal wacana ilmiah Dewan Pemuda PAS Pusat. Banyak juga pandangan yg saya baca dalam blog-blog dan ruangan komen blog.
Saya menyokong apa sahaja pentas untuk berhujah sama ada namanya debat, wacana, forum atau apa sahaja medium. Seharusnya ia dilihat dari sudut positif. Ini budaya politik baru.
Politik hujah merupakan amalan negara maju. PAS dan Pakatan Rakyat yg dilihat sebagai kerajaan menanti mesti menghidupkan budaya politik baru ini, tampil dengan hujah yang bergaya. Sementelah lagi kita daripada PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Islam tegak dengan hujah
Politik hujah ini merupakan pendekatan yang telah kita terima sebelum ini.
1. Kita menyertai rancangan debat anjuran RTM, walaupun dalam rancangan itu ada sesetengah pemimpin kita tidak tampil dengan hujah bergaya, namun ia menjadi medan untuk pemimpin itu perbaiki mutu perbahasan
2. Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat muncul sebagai pembahas hebat dalam parlimen. Namun rakyat keseluruhannya tak dapat melihat kehebatan itu kerana tiada siaran langsung.
3. Dato Seri Anwar Ibrahim bertempur dengan Shabery Chik dalam isu kenaikan harga minyak.
4. Kelantan menganjur wacana ilmiah. Siri pertama yg menampilkan YB Dato Paduka Husam Musa, Khairy Menantu Perdana menteri (ketika itu)dan Dr Aziz Bari. Siri kedua YB Saifuddin Nasution, Dr Abu Hasan dan YB Fuad Zakarshi (gagal hadir dengan alasan dangkal)
5. Pimpinan kita terus hadir jika ada jemputan dalam rancangan Hujah TV 9dan Awani Astro
6. Seingat saya inilah pendekatan YB Dato Mahfuz dan YB Salahuddin semasa beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS
7. Zaman kegemilangan gerakan pelajar di Universiti dulu, pemimpin kita keluar masuk universiti menyertai debat, forum dan pelbagai wacana lain. Akhirnya pihak Universiti tidak lagi membenarkan pemimpin PAS untuk meyertai sebagai program kerana kekuatan hujah kita memalukan UMNO
Menolak pendekatan berhujah ini bermakna kita juga terpaksa merobohkan budaya politik baru yang sebahagiannya kita dah terima sebelum ini.
Kita tak seharusnya sekadar menjadi hero di atas pentas politik yg kita cipta sendiri. Pemimpin kita mesti dieksport untuk tampil di atas mana-mana pentas hujah... Kena faham maksud saya BERHUJAH bukan "berunding dalam gelap".
Kita tutup sebarang pintu rundingan namun pintu dakwah jangan ditutup.
Peperangan kita kini bukan menggunakan senjata... Hujahlah yang menjadi senjata ampuh kita. Buang pendekatan hujah bermakna kita membuang senjata dalam peperangan ini.
Saya sangat bimbang... kita berbeza pandangan bukan atas dasar rasional, takut-takut kita didorang rasa kebencian kita ke atas orang yang memberi pandangan. Semoga kita tak termasuk dalam perangai kelompok yang dilarang oleh Allah. Renunglah surah Al Maidah ayat yg ke 8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak berlaku adil. Berlaku adil-lah kamu (kepada sesiapa jua) kerana adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan
Mizi,
thinking aloud, kritikan terbuka bukanlah maknanya tidak menghormati ketua sewenang-wenangnya. Tambahan pula kalau apa yang dilaukan oleh ketua itu sesuatu yang nampak sangat bo... i mean, naive-nya.
"muslimat" et alia,
Pengkomen yang memakai nama "muslimat" ini pula saya ragui keupayaan mentalnya. Saya komen sikit pasal dia.
Mula-mula dia kata "dok kuala lumpur ke??.. hebatnya", ini menunjukkan bahawa dia ada subliminal inferiority complex. Apa yang hebat sangat (kata dia la) dok KL ni ? Nasha pun dok Bukit Mahkota je. Nasha satu lagi dok Bukit Antarabangsa.
Saya katakan kepada dia, memang rumah saya di KL, tetapi ia tidak bermakna saya tidak travel ke seluruh negara. saya sudah sampai ke hujung Tawau, Sungai Rengit / Tg Leman, mahupun Padang besar. Saya rasa dia ni cikgu tadika/nursery (ini mungkin menyebabkan dia fikir, kalau dok KL, maka sampling pula hanya dari KL saja)
Kemudian soalan dia yang berturutan menunjukkan dia tak faham tentang makna 'statistics', 'grab-sampling', 'quadrant sampling' etc. Saya tidak tahu-lah tahap pendidikan dia.
Saya katakan dengan tegas bahawa majoriti ahli PAS memandang caramana approach nak berdebat oleh kepimpinan Pemuda ni dibuat dengan cara yang memalukan dan menunjukkan kecetekan daya-fikir strategi. Nak tahu ? Tanyalah ahli2 di peringkat bawahan.
magn,
ini "muslimat", "muryadi", "mizi" memang gone cases. mereka ini kalau sesuai jadi parrot. Samada mereka ditugaskan untuk back-up atau sukarela, saya percaya bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan mental yang cukup untuk memberikan luahan fakta yang tuntas. Bad choice. habis kuat, mereka akan resort to labelling, di mana segala kata-caci akan dihamburkan. Paling tidak pun kata "kehabisan modal".. "kalah hujjah" etc yang menunjukkan bahawa mereka yang sebenarnya kering.
bila takleh nak jawab, dia kata 'isu lama', 'tutup'.. ehh macam pernah dengar je.
Ni dengar ni, semalam akan jadi sejarah, hari ini akan jadi sejarah esoknya. Kalau nak kata lama... Altantuya kena C4 pun isu lama.
Najmi,
betul lah itu.. menerangkan kebenaran, (bukannya menafikan jumpa dalam gelap, siap nak saman, lepas Pak lah dedahkan, terus sengap/senyap, lepas tu timbul balik, lepas tu nafikan sekejap sebelum muktamar, lepas muktamar, mengaku ketagih pulak)
hanizar,
tak perlulah merendah-rendahkan orang lain, mental rendahlah, inferiority complexlah dan lain-lain istilah. Orang yang hebat, dia tak cerita kehebatan dia. Ini menunjukkan tulisan saudara sahaja yang nampak hebat tapi jiwa kurang sebenarnya. Islam suruh kita berdakwah,bermuzakarah, berdebat, bersatu, tak kiralah dalam gelap ke, terang ke, terpulang kepada kesesuaian mereka. Waktu pas nak tarik sokongan dulu, pemimpinnya sanggup ke forum-forum di universiti dan kemana sahaja untuk mengutarakan dasar-dasar pas. Bila berjaya sikit, kenapa satu ruang yang penting itu nak ditutup. Kenapa benda yang senang nak diputar-putar supaya jadi susah.
mizi,
Memang betul islam suruh kita berdakwah.
Kalangan pemimpin PAS termasuk pemuda juga suka attend forum (kecuali forum antara ketua pemuda Pakatan Rakyat yang Ustaz Tanta cabut lari lintang-pukang bulan lepas).
Tetapi Islam juga tidak suruh kita menipu ahli-ahli.
Islam juga suruh kita cerdik la sikit. Memang la things that happen after istimta' itu dapat pahala, tapi jangan la buat dalam kereta atas highway.
Islam tidak suruh kita tembak kaki sendiri (shoot own's foot).
Islam juga minta kita menjadi orang yang boleh dipegang kata-katanya. Bukan yang menjadi liabiliti pada parti. Sekali buka mulut, 5000 undi hilang.
Kalau lembu, boleh la dipegang pada tali. Kalau manusia... sekejap buka, sekejap tutup, lepas tu suruh orang shut-up. Lembu lagi baik.
salam,
berbanding hanizar...saya sekolah atap jer. Jadi hanizar boleh berbangga dgn tahap mentalnya.
kita kenal bahasa tulisan hanizar,
jadi kita faham level mana dia berada.Tak perlu dia mengangkat dirinya atau merendahkan orang lain, di dikenali menerusi bahasa tulisannya.
Berjalanlah di blog ustaz ini dan bacalah komen beliau.Apa yang di hembur kepada saya dan ustaz sebenarnya rupa pribadi beliau sendiri. Sikap merendah , menghina dan mengkritik , memprovokasi adalah 'makanan ruji' penulis yg namanya hanizar.Dia menepuk air di dulang tak sedar mukanya lencun kebasahan.
tak payah le belit-belitkan bahasa tulisan anda hanizar...atau cuba berbahasa inggeris sepatah dua, ia tak menjadikan anda nampak pandai, benar atau bijaksana.
siapa anda ?? siapa anda dlm pemuda pas ??
baca tulisan saya betol2....tuduhan anda KONON berlaku krisis kepercayaan pada KP tidak memberi sebarang makna...tak perlu utk sesiapa pun percaya....tidak bawa kesan sedikit pun kepada gerak kerja pemuda...malah lima sen pun tak lekat harga.... kerana...
siapa anda ??
anda cuma seorang komentator di blog ustaz, yang bersembunyi di balik nama hanizar tanpa rupa,yang tak berani bersemuka...
kalau benar dakwaan anda , patut jumpa ustaz sendiri, maklumkan dan bawa bukti...anda berani ??
maka saya kira keberanian anda 'tahap' tu je ler....paling tinggi pun perlekeh ustaz dan tak habis-habis komen penampilan ustaz yang jauh lebih bertanggungjawab terhadap tulisannya.Jadi anda ingat kami percaya bila anda kata 'majoriti pemuda tiada sokongan pada ustaz??..., cakap kedai kopi boleh la.
hanizar,
why did you have to make it so personal? reading your previous postings, i thought you had good ideas, which could have been brought up to the higher levels.
keep up and focus on producing these good ideas for sharing with the masses. why involve with petty insult tradings with sesama ahli?
adehh...
pengulas bernama "muslimat" ini agak beremosi nampaknya.
tahap dia menceceh juga amat memualkan.
yang dia timbulkan adalah tohmahan yang mengatakan si-polan2 selit ungkapan bahasa inggeris sepatah dua.
ada masalah ke ?
yang dia pertikaikan, apa jawatan saya dalam pemuda.
adakah yang ada jawatan saja boleh bersuara ?
setakat bersalam dua tiga kali dengan pemuda umno, sudah mula nampaknya tercalit perangai badan umno yang tidak boleh dikritik.
"muslimat",
sila beri nama, no ahli PAS, jawatan, serta nombor telefon awak.
sekurang2nya saya guna nama sebenar.
nooryus,
bila bercakap dengan beruk yang panjat kelapa, tiada guna kita bersastera, bermadah mahupun 'madah berhelah'.
cakap je bahasa yang beruk boleh faham. cukup ringkas.
cuba perhatikan gembala lembu bercakap dengan lembu. tahap bahasa diturunkan supaya lembu faham.
begitulah juga dengan pengulas bernama "muslimat"...
salam to all,
saya beranggapan idea sharing melalui blog ni adalah sesuatu yg bagus. apa kata kita buat secara berhemah?
bukankah PAS sebuah parti Islam? ahli2nya tentulah terdiri dpd Muslim dan Muslimah. takkan la apabila ditegur sikit terus melenting dan terus menyerang secara peribadi.
bagi saya, idea yg bagus walaupun datang dpd lembu sekalipun harus diterima. dlm Islam, kita kena dengar dan faham message bukan tengok dan ikut messenger membuta-tuli sahaja.
salam,
lamo doh kawe dok masuk sini... sorry la kawe cuti lamo sikit berehat...
tapi masuk masuk duk kelih pok pok PAS duk berbaloh sesamo sendiri... hehehe rupa2nya dok habis lagi pasal UG nih...
aduh... sekarang nih dah isu debat pulak... aper la korang nih debat pon nak berbalah... debat dgn muzakarah lain la bro... debat kita open bukan macam muzakarah cerita dalam kelambu main senyap2 macam Dr. Hassan Ali dgn Khir Toyo... hehehe
aku Hasan Ali nih takberkenan sikit... nama jer ADUN sri Gombak aku yang duduk sri gombak nih haram tak pernah nampak dia buat lawatan amal kat sini... setakat ceramah ada lah sekali dua... nie ADUN ker namanya???
back to the track balik hehehe...
pendapat aku debat tak salah lebih bagus diadakan sebab boleh nilai kebenaran dan pandangan pihak yang berdebat... tapi yang aku kurang setuju sikap 'yakin menang'... macam yang azizi cakap lah sikap yakin menang nih kena hati2 jgn ingat org lain tak mengaji macam kita... org lain pon pandai gak biarpon putar belit...
nuruddin,
nak wat guano.. dah demo tu suka sangat ber-istimta' (foreplay) dengan UMNO dale kelambu.
kalu Nasha, buke saja dale kelambu, malahe, dale kelambu, bawah comforter, bawah bedsheet
dia kamak ko oghe tak tau. siap nak same tuh. alih2, pak lah sendiri mengaku.
oghe tua mughih, dia gi tuka nama jadi wacana.
panggil debat jah apo susah ?
kena tegas, kena firm.. ni dok, gi buat style flip-flop
baso muko 'koghe...
- pdg pak amat
Post a Comment