Pemuda UMNO Usah Cabar Tok Guru
1. Ekoran dakwaan al Mursyidul Am PAS bahawa UMNO adalah sebuah parti yang sesat seperti Ayah Pin dan komunis , maka Pemuda UMNO Kelantan telah membuat report polis ke atas Tuan Guru Al Mursyidul Am .
2. Kemudiannya Tuan Guru mencabar Najib berdebat mengenai isu ini . Najib nyata tidak berani menyahut cabaran debat tersebut dan saya kira debat itu mungkin tidak jadi .
3. Pemuda UMNO Kelantan sekali lagi tampil mencabar Tuan Guru berdebat dengan mereka kononnya memadailah mereka untuk berdebat dengan Tuan Guru sebagai saringan sebelum mengadakan debat dengan perdana menteri .
4. Saya kira pemuda UMNO Kelantan tidak memahami adab . Jika mereka mahu berdebat sila hantar surat cabar debat kepada Pemuda PAS bukan Tuan Guru al Mursyidul Am . Kerana sememangnya level debat Tuan Guru Mursyidul Am ialah Perdana Menteri . Insyaallah Pemuda PAS bersedia pada bila - bila masa untuk menyahut cabaran debat pemuda UMNO Kelantan .
5. Terdahulu Dewan Pemuda PAS Pusat telah meminta satu Wacana Ilmiah atau Intellectual Discourse diadakan antara Pemuda PAS dengan pergerakan Pemuda UMNO . Kerana saya percaya terlalu banyak perkara yang mesti dibincang secara ilmiah mengikut disiplin ilmu yang benar sebagaimana yang diajar oleh Islam .
6. Pemuda PAS sedang menunggu keputusan dari Pergerakan Pemuda UMNO dan saya mencabar Pergerakan Pemuda UMNO supaya menerima Wacana Ilmiah ini tanpa sebarang sikap yang memutar belit kenyataan dan menimbulkan kekeliruan .
7. Wacana Ilmiah ini akan menjadi medan untuk berhujjah sama seperti di medan debat yang juga menggunakan hujjah dan tentunya hujjah yang benar mesti dipatuhi oleh semua kecualilah ada pihak yang degil dan enggan tunduk kepada kebenaran .
8. Oleh kerana tajuk yang dikemukakan bagi mengadakan wacana ini ialah " Benarkah Perjuangan UMNO bertentangan dengan syariat Islam " maka UMNO mesti menerimanya jika mereka mendakwa perjuangan mereka adalah benar . Benar atau tidak perjuangan mereka mestilah dinilai di atas hujjah ! Ayuh turun berhujjah dengan Pemuda PAS !
9. Saya harap Pemuda UMNO tidak menolak tajuk yang pemuda PAS kemukakan kerana Pemuda UMNO Kelantan terlebih dahulu lantang mencabar Tuan Guru berdebat kononnya bagi membuktikan bahawa perjuangan mereka tidak bercanggah dengan syariat Islam . Sekali lagi saya harap , terimalah tajuk yang pemuda PAS beri dan buktikan perjuangan UMNO tidak salah melalui hujjah dalam wacana yang pemuda PAS cadangkan secara ilmiah .
10. Isu berkait dasar perjuangan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan perkara - perkara lain . Andai perkara yang mendasari perjuangan sesebuah parti sudah terhindar dan menyeleweng dari petunjuk Allah swt , maka apalah yang boleh kita harapkan untuk menyelesaikan isu - isu nasional yang lain .
11. Tidak ada sebarang pertemuan atau wacana secara tertutup . Syarat Dewan Pemuda PAS Pusat adalah jelas iaitu Wacana Ilmiah Secara Terbuka .
7 comments:
Assalamualaikum Ustaz.
Salam tahniah diatas usaha Ustaz membuka ruang bicara dan menjemput sesama ummah untuk berbincang dan bertukar fikiran mengenai keadaan semasa didalam negara.
Berbincang tidak semestinya akur kepada perkara yang bukan hak didalam Ad Deenul Islam.
Saya berdoa agar Ustaz berjaya mengajak Pemuda UMNO menjulang tinggi seruan Allah dan merapatkan saf diantara kedua pergerakan menjadi satu angkatan perwira Islam yang tulin.
Insya Allah!
Apa yg saudara buat betul..dan saya yakin anda akan menang debat ini..tetapi dalam politik isu ini akan dimainkan oleh pihak musuh..SAMA YG BERLAKU DENGAN 'UG'.tak bolehkah anda sebagai pimpinan menyelesaikan dahulu pekara dan masalah didalam pakatan rakyat..seharusnya masalah dalaman mesti diselesaikan sebelum mahu menyelseaikan masalah luaran.
Assalamualaikum Ustaz
Harap wacana atau apa bentuk bualbicara dengan Pemuda UMNO secara terbuka dapat diadakan. Kalau pun Pemuda UMNO tak setuju Ustaz terukan juga dengan menjemput tokoh-tokoh ugama UMNO yang lain. Kalau itu pun gagal,pangggil mana-mana individu atau NGO yang menyokong UMNO.Panggillah individu yang masyhor tentang ilmu agama islam yang bukan penyokong PAS. Harap dapat ustaz usahakan secepat mungkin.
Saya kurang setuju dgn pandangan dari "fugaz"..
Nak tunggu sampa bila..? Musuh akan tetap mengeksplotasi dgn apa cara sekali pun..
Masalah dlm PR akan wujud sampai bila2..persetujuan 100% atau hampir kepadanya adalah tidak mungkin.
Cukuplah dasar2 asas telah dipersetujui bersama..dan pada waktu yg sama perlulah kita menjalankan kerja menurut pendekatan dan cara masing2..
Kalau nak senang dan mudah baiklah duk di rumah dan menonton tv bersama dgn keluarga saje...
Saya tak faham dengan tajuk wacana yang nampak sangat berat sebelah.
Bukankah lebih seronok kalau tajuknya adalah
Adakah Perjuangan UMNO dan PAS telah tersasar dari Islam?
Tak gitu?
Tajuk awal nampak bukan macam wacana tapi macam satu peluang hendak memalukan satu belah pihak.
Oleh Muramatsu
Heran juga, kenapalah PAS kini gian sangat nak berakademik atau berilmiah dengan UMNO. Bermula dari Presiden, Naib Presiden dan kini Pemudanya pula. Walapun PAS tegas tidak akan berkerjasama dengan UMNO, tetapi akibat kerana hendak berakademik dan berilmiah dengan UMNO, PAS sentiasa diperangkap oleh media buatan UMNO.
PAS sebenarnya tidak perlu susah-susahlah hendak berdebat, bermusyakarah atau apa-apa pertemuan dengan UMNO, sebab UMNO tidak pernah hormati kebijaksanaan ilmiah atau kebijaksanaan akademik.
Sejak 20 tahun lebih yang lalu, Malaysia berpendana menterikan UMNO, tetapi mereka tidak pernah hormat atau memahami ilmu ilmiah. Kalau UMNO ini tahu ilmiah, mereka tidak akan sanggup untuk menipu diri sendiri dengan mempercayai bahawa royalti minyak itu wang ehsan. Keseluruhan anggota UMNO mempercayai Tun Salleh Abas bersalah bukannya Mahathir Presiden UMNO yang jahat.
Apa yang boleh diharap kalau begitulah pemikiran UMNO, hendak berdebat secara ilmiah dengan UMNO?. Tak usahlah, contoh di atas itu jelas manusia jenis UMNO ini tidak pandai ilmiah. UMNO bukan jenis pandai wacana, lihatlah sendiri bagaimana UMNO ini putar maklumat melalui media, dalam keadaan baik-baik pun mereka akan tikam belakang, inikan pula hendak berwacana dan berilmiah dengan mereka.
UMNO ini sudah sampai satu tahap maksimum kedurjanaannya. Mereka tidak boleh dicuci dengan sabun lagi tetapi perlu dibakar jadi debu. Hendak berwacana macamana sedangkan UMNO sendiri tidak pernah mengenali diri mereka sendiri. Tiba-tiba PAS hendak berwacana dan berilmiah dengan orang jenis ini?.
Tak payahlah, kalau nak juga tanya satu soalan saja kepada UMNO, UMNO yang ada hari ini siapakah pengasasnya?.
Kalau mereka jawab selain dari Mahathir, itu bermaksud mereka jenis yang tidak kenal diri atau dalam ertikata lain gila. Ini hakikat sejarah yang seharusnya disedari oleh PAS. Kalau PAS mampu membetulkan fakta ini kepada UMNO dan UMNO menerima itulah hakikatnya, maka lepas itu mungkinlah sesuai sedikit untuk PAS berunding, berwacana atau berilmiah dengan UMNO.
Adalah lebih elok Pemuda PAS berwacana dengan masyarakat melayu lain yang masih mempercayai UMNO kini bukan UMNO Mahathir. Lebih baik Pemuda PAS anjurkan program wacana atau program ilmiah itu dengan golongan yang tidak ada kepentingan politik tetapi mereka sokong UMNO, kerana pada golongan ini UMNO yang ada hari inilah yang memerdekakan Malaysia. Walhal UMNO itu sudah dimatikan oleh Mahkamah correct! correct! correct ! Mahathir sendiri.
Pemuda PAS elok fikir jauh sedikit, kenapa ahli-ahli akademik yang perihatin kepada bahasa dan bangsa melayu tidak mahu berilmiah atau berakademik dengan UMNO ini misalnya dalam kes PPSMI?.
Kenapa Sasterawan Negara sanggup turun sendiri menuju ke istana raja dan menumpang atas pentas politik untuk mempertahankan semua itu tetapi tidak mahu pilih jalan akademik atau wadah ilmiah untuk berhujah dengan UMNO?.
Pemuda PAS harus ingat peristiwa debat Anwar Ibrahim - Shabeery Chik, UMNO bawa Nordin Kardi untuk menyoal Anwar Ibrahim. Nordin Kardi ialah Naib Canselor UUM di Sintok, orang kuat BIROTATANEGARA dan Institut Pemikiran Mahathir, adakah soalan dia yang bodoh itu berbentuk akademik atau ilmiah?.
Fikirkan perkara ini baik-baik sebelum PAS berakademik atau berwacana dengan UMNO.
Dan yang paling kritikal ialah, UMNO mempunyai jentera yang kerjanya untuk mengelirukan siapa saja. Apa yang Pemuda PAS ada untuk melawan jentera propaganda UMNO itu?.
Oleh yang demikian, eloklah berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan. Tak usahlah nak guna ayat yang hebat-hebat apabila berdepan dengan kamera atau apabila diberi mikrophone oleh wartawan.
Akhir sekali ialah PAS jangan merasa diri kuat dan jangan pula anggap UMNO sudah lemah. Kalau itulah anggapan PAS, tunggulah PAS akan jadi makanan UMNO tidak lama lagi.
Buanglah tanggapan ini dan tak usahlah berwacana atau berilmiah dengan UMNO. Biar UMNO tersungkur ke bumi dulu kemudian barulah panggil mereka untuk berilmiah atau berwacana. Itu saja cara mengajar UMNO.

Post a Comment