HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, July 1, 2009

Wacana Ilmiah Terbuka

1. Hari ini Dewan Pemuda Pemuda PAS Pusat telah menghantar surat rasmi kepada Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan Wacana Ilmiah secara Terbuka mengenai isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam .

2. Surat ini telah diterima oleh Yb. Dato' Razali Ibrahim selaku Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Lobi Parlimen sebentar tadi bagi menggantikan Yb. Khairi Jamaludin yang tidak dapat hadhir .

3. Dewan Pemuda PAS Pusat meletakkan tempoh selama 7 hari dari tarikh penyerahan surat tersebut untuk mendapatkan jawapan dari Pergerakan Pemuda UMNO .

3. Ianya mestilah diadakan secara terbuka dan Pemuda PAS mengharapkan agar ia turut dapat disiarkan secara langsung oleh Televisyen Malaysia .

4. Insyaallah , Dewan Pemuda PAS Pusat akan mewujudkan satu Sekteriat Khas sebagai jawatankuasa pelaksana ke arah menjayakan Wacana Ilmiah tersebut . Jawatankuasa Khas ini akan membincangkan mengenai format Wacana Ilmiah tersebut demikian juga mengenai tarikh , tempat dan masa .

5. Saya sertakan kandungan surat rasmi Dewan Pemuda PAS Pusat kepada Khairi Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di sini .

Kepada :

Yb. Sdra Khairi Jamaludin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tingkat 28 , Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur .

Saudara Yb.

WACANA ILMIAH TERBUKA :
BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM

Perkara diatas adalah dirujuk

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini mengajak Yb sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka mengenai isu yang tercetus mutakhir ini berkait dengan perjuangan UMNO , benarkah ia tidak bertentangan dengan Islam .

Saya mencadangkan kepada pihak Yb. untuk kita berbincang secara terbuka dengan mengemukakan 4 [ empat ] wakil daripada Pemuda UMNO dan 4 [ empat ] wakil daripada pemuda PAS .

Saya menyerahkan pemilihan tarikh , tempat dan masa yang sesuai kepada pihak Yb. dan mencadangkan supaya ianya diadakan langsung di mana - mana saluran televisyen .

Saya berharap Yb. dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini .

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

s.k ; Setiausaha Agung PAS

7 comments:

Panas Hati said...

jangan hang tarik diri lagi dah lah tantawi oiiii...

Nasrudin said...

Insyaallah . Lawan UMNO sekali - kali hamba tidak akan undur dan menarik diri

lipandes said...

Oh lawan UMNO,
ingatkan nak bermuzakarah ke apa rupanya nak lawan tengok siapa lagi hebat.

Susahlah,
nama sahaja wacana ilmu tapi keikhlasan hati di tempat lain.

Tapi seronok jugak saya rasa,
teringat masa Khairy dengan Husam dulu di Kota Bahru.

han said...

Ni aku nak ajar sikit:

1. Dalam komunikasi, keep it simple. Dont confuse people with labels.

2. Dalam war-science, dont open up too many battle front. It will drain your resources, and give chance to the enemy to find a loophole/weak-point and concentrate their attack.

Kualiti surat ini gagal dari segi politik.

Macam nak hantar surat saman kat orang jahat, tapi hantar bini, pakai gincu pakai bedak.

Faham ?

Nasrudin said...

Sinatra_Z

lawan dengan maksud lawan hujjah siapa yang benar bukan siapa yang hebat . Keikhlasan itu ialah kepada yang memburu kebenaran bukan kehebatan

Hanizar

Terima kasih dgn tunjuk ajar sains politik saudara . tapi izinkan saya berbeza dengan strategi saudara . yang penting saya mahu UMNO masuk medan lalu berhujjah .

Saya mohon saudara hanizar bantu agar salah faham tidak berlaku dari maksud saya yg sudah jelas .

selamat berjuang untuk tegakkan kebenaran dan basmi kebhatilan

rashid said...

A'skum,ana terdengar cadangan untuk mengadakan wacana dgn pemuda UMNO.Ana tak stuju langsung,baru saja idea kerajaan perpaduan dimanipulasikan,kini tuan pulak nak meletakan satu lagi cadangan ikhlas untuk dimanipulasikan oleh golongan yg menolak islam. sudahnya kita akan membazirkan banyak masa untuk nak explain segala putar belit dari golongan ini yg tak pernah ikhlas dan takkan sampai bila2 akan meletakan islam pada tempatnya.sudahlah...hentikan...ramaikan ahli lagi berfaedah

han said...

rashid..

apakan daya... dia ikut style nasharudin al-bukit mahkotai..

betul la sembahyang sunat tu dapat pahala sunat.

tapi sembahyang sunat 'in-the line of fire' itu kamikaze namanya.

suka sangat bagi bullet free kat musuh.

abis la camni... bakal kalah besar la PAS dlm PRU-13.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive