Sempadan Kemerdekaan
Sedikit Renungan
Buat Anak Muda Negara .
1. Negara kita telah Merdeka . Merdeka sejak lama dulu . Kita selaku anak - anak muda negara belum lagi dilahirkan detik laungan merdeka bergema . Bebas dari belenggu pemerintahan penjajah .
2. Kita hanya mampu membaca sejarah . Menelusuri kronologi berdarah para pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan jasad dan nyawa demi masa depan negara .
3. Ramai dikalangan kita mengetahui erti kemerdekaan melalui pembacaan namun tidak mungkin kita mampu mencapai tahap menghayati kemerdekaan melalui pengalaman juang yang direntas oleh para pejuang - pejuang negara . Oleh kerana kita ditakdir hidup di zaman selepas merdeka , maka saya melihat kita mesti mencipta sejarah kemerdekaan yang tersendiri .
4. Kemerdekaan negara dari belenggu pemerintahan dan penjarahan penjajah telah berjaya dicapai oleh orang terdahulu dan kita tiada pada waktu itu maka tiada apa yang boleh kita lakukan . Namun berjuang untuk kemerdekaan tidak terhad memerdekakan negara dari belenggu pemerintahan penjajah Inggeris semata - mata . Perlu diingat , hasrat pejuang - pejuang kemerdekaan yang sanggup mengorbankan darah dan nyawa mereka bukan terhenti setakat menghalau Inggeris pulang ke kampung mereka tetapi turut melihat bagaimana negara ini pula dibangunkan oleh generasi muda hari ini .
5. Apalah ertinya merdeka setelah Inggeris pulang bergaya , kini anak bangsa sendiri seperti masih terkial - kial mencari identiti diri . Tamaddun yang dibina hanya bersendikan material dengan asas pembangunan dan kemajuan , tetapi malangnya tamaddun ini kering gersang dari pertumbuhan spiritual dan moral berbanding kepesatan material .
6. Mudahnya saya sebut , apalah ertinya negara memiliki bangunan - bangunan mencakar langit tetapi di celah - celahnya penuh dengan penagih dadah , pelacuran , arak , casino , kelab malam , rasuah , penyalahgunaan kuasa , pengangguran , ah Long , peras ugut , penipuan , pecah amanah , pengkhianatan , dan 1001 mungkar yang boleh meruntuhkan tamaddun yang dibina .
7. Membina tamaddun berasaskan material [ atau tamaddun batu ] adalah mudah , tetapi membina tamaddun manusia [ tamaddun jiwa ] sekaligus bebas dari minda penjajah adalah tamaddun sebenar ummat yang merdeka .
8. Merdeka kepada anak muda hari ini bukan lagi merdeka dari pemerintahan penjajah tetapi merdeka dari minda yang mundur dan sempit kepada sebuah keyakinan terhadap kehidupan yang maha luas di dunia dan sampai ke akhirat . Merdeka dari perhambaan sesama hamba kepada perhambaan kepada Tuhan yang mencipta hamba dan seluruh alam cakrawala ini . Merdeka dari kezaliman dan kesongsangan ideologi ciptaan manusia kepada keadilan Islam dan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt .
9. Anak muda yang merdeka ialah mereka yang tidak mengizinkan dirinya hanyut tidak menentu arah dengan pelbagai kelalaian dan keasyikan semata - mata memuaskan keinginan duniawi [ dunia ] tanpa melaksanakan tanggungjawab membangunkan jiwa , minda , masyarakat dan negara selari pula dengan tuntutan ukhrawi [ akhirat ] .
10. Anak muda yang masih tersepit dalam arus budaya asing dan hidup bersiangan tanpa arah tuju hidup yang jelas didorong dan digesa agar segera keluar dari arus yang membinasakan masa depan diri sendiri dan jua masa depan negara . Marilah kita merdekakan diri kita bukan sekadar berbangga dengan kemerdekaan yang dicapai oleh generasi terdahulu .
2 comments:
Assalamualaikum wbt ust,
Saya setuju 100%. Pemuda perlu mencari erti kemerdekaan hakiki iaitu kemerdekaan secara menyeluruh. Artikel ustaz ini sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan artikel saya Bingkisan Jiwa Merdeka di afiqizzudin.wordpress.com.
Semoga setiap pemuda-pemudi bebas daripada perhambaan dunia kepada perhambaan yang Haq.
Salam perjuangan.
Wslm
Malaysia belum Merdeka lagi!!!
Benarkah Negara kita sudah merdeka? ia dari sudut perlembagaan ciptaan manusia yang jahil, Malaysia sudah merdeka...Akan tetapi dari segi hakikat kaca mata Islam, Malaysia masih belum merdeka bahkan Malaysia sedang dijajah dengan amat teruk..
Kita Merdeka tetapi terikat dengan perlembagaan yang disusun oleh Suruhanjaya Reid.. Apa guna kemerdekaan macam ini...ah rasa sakit hati...... mana Perlembagaan Islam yang manhajnya Quran dan Sunnah yang tertinggi????
Selagi mana kita mengguna pakai perlembagaan yang tidak meletakkan Quran dan Sunnah sebagai manhaj tertinggi, selagi itu Malaysia belum merdeka..
Selagi itu juga Malaysia tidak aman, tidak maju, berlaku keruntuhan moral dikalangan muda-mudi serta agama Islam akan diperlekehkan.
Buktinya, boleh lihat sendiri dengan mata anda. Dari pimimpin nombor satu dalam Malaysia hinggga rakyat biasa, tiada maruah agama. Amalan rasuah, zalim, tipu-menipu, dadah, judi, riba, menyamun, merompak, lupa daratan, pecah-amanah berlaku dalam Negara kita secara berlalusa dan tanpa tidak terkawal.
Serangan pemikiran dari barat terhadap masyarakat dan pimpinan negara kita merusuk masuk dalam benak hati mereka. Malah amat malang, pemikiran karut-marut barat itu dijadikan manhaj atau cara hidup masyarakat kita. Apa yang barat buat mereka tiru, barat telanjang-bogel mereka tiru, barat memisahkan agama dengan pentadbiran mereka tiru.. Aduh sakitnya pimimpin Malaysia.
Kenapa saya katakan begitu? Jika pemimpin ikut cara Islam, inyaAllah rakyat akan aman, jika sebaliknya rakyat tidak akan aman..
Hari ini 29 Ogos 2009, bersamaan 8 Ramadan 1430 Hijarah, persembahan Hi-5 di Genting : {http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2009&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm}..
Jenis-jenis hiburan seperti inilah boleh menghancurkan masyarakat kita. Kerajaan Malaysia membenarkan persembahan ini berlangsung. Seolah-olah menghina Islam pada bulan Ramadan yang Mubarak ini. Banyak lagi program-program yang berfaedah untuk dihidangkan kepada masyarakat. Kerajaan boleh fikir yang mana program baik dan buruk sebenarnya, tetapi sengaja pimpinan Negara kita hidangkan dengan program atau hiburan-hiburan syaitan supaya masyarakat alpa, apabila masyarakat jauh dari agama, mereka akan sokong BN kerana nafsunya sama dengan nafsu BN.
Banyak lagi bukti-bukti yang Malaysia belum merdeka secara hakiki yang saya tidak sebut disini..
Maka wajib keatas kita, memerdekakan Negara kita secara hakiki dengan apa cara sekalipun selagimana tindakkan atau strategi kita tidak bertentangan dengan syariat Islam. Supaya kita dapat merasai "Negeri yang baik [aman dan makmur]" terjemahan surah Saba' ayat 15.
wassalam
www.abuyusuff.blogspot.com
Post a Comment