HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, August 2, 2009

Tahniah GMI ! UMNO Kian Buntu

1. Tahniah saya ucapkan [ mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat ] kepada Gerakan Mansuhkan ISA [ GMI ] , seluruh pimpinan Pakatan Rakyat , Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat prihatin yang turun menjayakan himpunan bersejarah ini .

2. Capai sasaran ! Capai Objektif ! 100 ribu rakyat turun nyatakan sikap mereka terhadap kerajaan UMNO dan BN bahawa mereka mahu ISA sebagai akta yang zalim lagi kejam segera dimansuhkan . Jika tidak , UMNO mesti berundur atau tunggu UMNO akan dimansuhkan oleh rakyat !

3. Najib telah mempamerkan bahawa beliau lebih berpotensi untu menjadi pemimpin yang lebih kejam dan zalim berbanding pemimpin atau Perdana Menteri yang lain sebelum daripada ini apabila berjaya memperalatkan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman secara ganas dan menangkap lebih 500 orang yang menyertai himpunan tersebut . Ini satu rekod dan ini satu sejarah malah ini satu kejayaan manis yang akan tersimpan di dalam album perjuangan rakyat . Mabruk !

4. FRU di zaman Najib nyata lebih ganas apabila bertindak nekad untuk menangkap dan mencederakan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi sewaktu kami terperangkap di hadapan komplek SOGO . Alhamdulillah , pihak keselamatan bijak mengawal keadaan dan apa yang lebih mengharukan saya apabila saya sendiri mencadangkan agar Tuan Guru di bawa ke tempat yang lebih lapang , lega dan selamat , Tuan Guru jawab : Tidak mengapa , saya bertahan di sini ! sedang suasana agak kritikal dan saya menjangkakan FRU sengaja mensasarkan Tuan Guru yang tentunya mudah diperhati kerana Tuan Guru berpakaian jubah dan serban putih dalam kumpulan semua berpakaian hitam .

5. Saya bimbangkan keadaan Tuan Guru sebab sedari awal lagi sekitar jam 10 pagi , telah terlakar wajah lesu dan tidak sihat di wajah Tuan Guru . Beliau menahan sakit belakang yang beliau alami sejak kemalangan jalanraya tempohari . Saya sendiri tanya beliau : Ayah Chik tidak sihat ke ? Tuan Guru jawab seraya mengangkat kedua - dua tangannya : Ya dan wajahnya berkerut . Lalu macam mana , boleh kah Ayah Chik turun petang ni ? Tuan Guru jawab , Insyaallah !

6. Tuan Guru bersama saya , Cif Komander Yb. Salahuddin Ayub dan ramai lagi pemimpin PAS dan rakan - rakan PKR dan DAP mula turun bergerak dari Pejabat PAS di Jalan Raja Laut menuju Komplek Sogo sekitar jam 1.50 pm . Tuan Guru berjalan gagah sedang beliau menahan sakit menjadikan kami anak - anak muda gagah dan bersemangat waja .

7. Sebaik terperangkap di hadapan Sogo , kami diasak hebat oleh anggoa FRU dan mereka hampir berjaya menjatuhkan Tuan Guru dan kami bergerak ke bahagian sisi Sogo dan berhimpun di situ serta mendengar pidato dari pimpinan dan alhamdulillah deklarasi GMI sempat dibaca oleh Pengerusinya Syed Ibrahim .

8. Sejurus 30 minit kemudian , bermulalah tragedi bersejarah apabila kami diserang oleh 3 buah water canon sebaik sahaja kumpulan kami bergerak ke arah belakang Sogo untuk bergabung dengan kumpulan dari Masjid Negara . Akibat semburan water canon , peserta himpunan terpaksa berselindung di bangunan - bangunan berhampiran . Saya berpimpinan dengan Naib Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man . Saya cuba menyelamatkan beliau setelah memahami Tuan Guru mempunyai pengawal keselamatan peribadi yang terlatih .

9. Malang , huru hara akibat semburan air asid water canon ini sangat dahsyat , akhirnya saya terlepas tangan Dato Tuan Ibrahim , sebaik saya berpusing ke belakang untuk mencapai kembali Dato' Tuan Ibrahim , tiba - tiba satu pancuran air asid dari water canon tepat ke muka saya dan akhirnya saya rebah terguling dan muntah sambil merangkak mencari arah berselindung dari air asid . Tidak disedari , jauh mana saya merangkak , bila saya sedar , saya berada di dalam bangunan kedai di sebelah pertama kompleks .

10. Hanya keluar dari mulut saya , Jahannam UMNO !. Inikah sahaja yang mampu UMNO lakukan untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat !

Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras - kerasnya tindakan tidak bertamaddun pihak polis dalam tragedi ini .

Kepada mangsa yang ditahan , syabas saya ucapkan kerana berjaya memperolehi satu latihan di medan perjuangan ini yang tentu sahaja mahal harganya . Kepada mereka yang masih ditahan reman , harap bersabar kerana pihak PAS dan Dewan Pemuda PAS Pusat ada menyediakan khidmat guaman dan kami juga melalui Majlis Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menyediakan wang jaminan . Saya doakan semoga semua selamat .

Sedihnya saya tidak dapat bersama untuk menunggu di luar balai polis kerana terpaksa bergegas ke Sungai Petani kerana menziarahi adik ipar saya [ Dr. Nazil sekeluarga ] yang mengalami kemalangan jalanraya dan cedera parah. Kini mereka sekeluarga ditempatkan di Hospital Sungai Petani untuk menjalani pembedahan .

Alhamdulillah saya juga sempat menziarahi 2 anggota Jabatan Amal Penang [ Abdul Razak dan Abdul Wahab ] yang kritikal di rawat di Hospital Sungai Buloh setelah bas yang mereka naiki menuju Kuala Lmpur mengalami kemalangan jalanraya . Pungutan derma sedang dijalankan untuk membantu mereka . Siapa yang ingin menyumbang boleh hubungi DPP Penang .

Hari ini seharian saya bersama Himpunan Dewan Pemuda PAS Perak dalam meneruskan kempen Bubar DUN Perak sementara esok pula saya akan seharian pula bersama Himpunan Dewan Pemuda PAS Perlis .

Selamat berjuang !

23 comments:

Nakmarahmarahlah said...

Banggala kamu apabila orang luar melihat malaysia ni kucar kacir,peniaga2 rugi,wartawan2 luar negara ,menulis tentang malaysia sebuah negara yang tidak selamat dilawati.hanya kerana kepentingan politik kamu,kamu sanggup menggadai keamanan dan nama baik negara..lama sangat ka menunggu pru 13 untuk berkuasa penuh?Rakyat tidak bodoh,kalau BN itu nak jatuh dia akan jatuh juga di pilihanraya ke 13 nanti.Tak perlulah kamu nak mengamok,memekik,melalak di jalanraya macam manusia tidak bertamadun.Bodohnya para para fanatik politik ni..nak cakap macam budak2 masalahnya budak2 lagi pandai.

Haikal Sulaiman said...

terharu mendengar cerita ust. nie...
umno pergi mampus lah...

LegendZ said...

UMNO semakin bacul..ini antara himpunan yang paling teruk..
paling yang saya sakit hati semasa himpunan semalam, PRU dengan selambanya menembak water-cannon dan tear-gas kepada beberapa orang yang sedang solat hajat di atas jalan raya smasa himpunan (dari Masjid Negara ke Sogo).Tidak silap mangsanya adalah Dr Mujahid..
Beberapa warga emas turut jadi mangsa, ada yang menggunakan 'jantung bateri', ada yang bertongkat,dan ada kanak2 kecil yang terpisah smasa ayahnya ditangkap..
Semoga Allah 'membalas budi' UMNO-BN..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Ana dari Masjid Negara. Zalim Ustaz, kami solat hajat atas jalanraya di imami Ustaz Mujahid, fru aka polis lagak tentera zionis yahudi menyerang kami dgn berpuluh2 tear gas dan water cannons. ada yg x sempat beri salam dah mufaraqah dari solat. pedih! pergi JAHANAM UMNO!

Amin Baek said...

salam akh,
nampknya,nta gembira dgn kejayaan GMI
ana tak join pn mende tu..

tp leh ana tau,
adakah itu motif phimpunan ??
menghancurkn UMNO???
menghapuskn UMNO??
bukn kah tujuannya anti kezaliman kononya??

sesungguhnya sesuatu amal bergantung pada niat..
ana yakin hadis ini,da sebati ngan diri nta tatkala menyampaikn tazkiran,pengisian
ilmu nta jauh lbih byk dcompare ngan ana..
fakir ilmu,

harap nta merespon pd my comment..
since comment tuk penjelasan isu nizar pn tidak dlyan..

afwan..ana try tuk husnuzon..mayb nta bz..

ana asif..wallahuallam

Pemuda PAS DUN Batu Caves said...

Syabas semua pejuang-pejuang...antum memang tidak pernah kenal erti berputus asa...berjuang terus berjuang....syabas buat antum semua... ana juga dilibas air water canon ketika barisan gabungan masjid jamek dan sogo hendak menuju ke arah kumpulan masjid negara...ana bersama unit amal Selangor bertugas keselamatan dibarisan hadapan...ketika arahan berpatah ke arah lain trak fru yang membawa meriam air datang dari belakang terus menerjah dan menembak kepada semua peserta demo,ana juga merasai pengalaman pertama ditembak water canon...tepat di tengkuk...pedih tak terkata...terus mencari tempat perlindungan...zalim sungguh fru...zalim sungguh umno...mmg umno semakin hampir menuju ajalnya dengan kezalimannya yang berterusan... semoga pejuang Islam dan rakyat terus istiqamah dalam menentang segala bentuk kezaliman dan kemungkaran...

rostam said...

tahniah untuk sahabat yang diizinkan Allah utk sama2 turun dan menunjukkan smgt kita utk menentang kezaliman. semoga Allah mbalas pengorbanan antum semua.

bkenaan adik ipar ustaz. boleh ana dptkan maklumat dia dimasukkan ke wad mana? ana shbt dia dr papisma

trgkini said...

salam ustaz,
Gambar ustaz ada di
http://trgkini.blogspot.com

WARIS PAHANG said...

Nampaknya itu sahajalah kerja Ketua Pemuda PAS.

Tindakan yang dilakukan semata-mata kerana politik.

Pemuda UMNO tidak perlu layan orang seperti ini.

muryadi said...

Syabas dan tahniah..

Semoga adik ipar sekeluarga dalam keadaan baik dan cepat2 sembuh.

Semoga juga kedua2 pemuda yg terlibat dalam kemalangan tersebut cepat2 sembuh dan pulih....

Mencari Damai Yang Hilang said...

Tahniah kepad semua yang terlibat dalam demonstrasi sabtu lepas. sesungguhnya Allah menjadi saksi kepad perjuangan kita semua. Mabruk!!!

Unknown said...

so skg cukup dgn wacana atau sebarang contact dgn umno.kita buat kerja kepada rakyat teramai bukan umno.CUKUP...

pria malaya said...

Allahuakbar!!

Unknown said...

Tahniah diucapkan kepada semua pendokong dan penyokong kerana berjaya melaksanakan GMI ini. Mudah-mudahan perjuangan kalian akan menjadi saksi dihadapan Allah. Tahniah juga diucapkan kepada semua pimpinan pakatan kerana berjaya mengadakan perhimpunan yang terhebat. Mudah-mudahan perhimpunan ini melakarkan sejarah dalam tanah air kita... Takbir!!!

sketsa sebuah perjuangan said...

Asslamualaikum ustaz,

Ya ALlah ustaz termuntah? kesian kat ustaz yer, rasa nak tegelak jugak bila ustaz bercerita yg ustaz merangkak sambil menghaburkan perkataan "Jahannam UMNO". Memang saya terbyang macammaner perasaan ustaz tika itu.

Sya n da geng hampir sama ngan ustz, berkejar kejaran macam kena kejar oleh 'lembu gila'. sekejap ke sana kejap ke sini, pening sungguh main ngan pihak polis nie, tapi kan ustz, ia adalah satu pengalaman yg menkjubkan, ye kan ustaz?

BTW, selamat berjuang kembali diucapkan buat ustz. Moga ustaz teguh dalam mengemudi jentera pemuda ke arah yg lebih gemilang demi perjuangan islam yg tercinta ini.

Terima Kasih di atas tarbiyyah ustaz selama ini, moga ALlah shjlah yg sudi membalas kebaikan ustaz.

AlhamduliLlah

wargadunia said...

sedih mengenangkan nasib saudara dan Tuan Guru Hadi. Apalah kiranya jika memorandum itu dihantar secara aman tanpa perlu berhimpun. Saudara berterusan menuduh UMNO tanpa bukti sewajarnya. Menghukum tanpa asas sepatutnya. Jangan biarkan persepsi saudara menguasai diri. Bukankah itu juga zalim seperti ISA? Perhimpunan ini dilakukan dengan menanam perasaan BENCI terlebih dahulu. Manakan boleh berlaku secara AMAN. Berjuanglah secara berhemah dan terhormat. Buktikan rakyat bersama ANDA pada pilihan raya.

"UMNO mesti berundur atau tunggu UMNO akan dimansuhkan oleh rakyat!"

Acap kali saya mendengar dan membaca ayat seperti ini. Soalnya Bagaimana UMNO perlu berundur jika sokongan rakyat masih memihak kepada mereka?
saudara sebagai barisan ulama muda yang saya fikir mampu memberi idea baru kepada PAS untuk lebih MANTAP, TEGAS dan BERISTIQAMAH dalam mencari keadilan. Juga menerima qada dan qadar Allah.

Mudah-mudahan perjuangan PAS tidak terlucut untuk mendaulatkan ISLAM walaupun bersahabat dengan KAFIR yang sentiasa mencari jalan merosakan persaudaraan ISLAM kita.

Zacharias said...

Diriwayatkan dari Jabr bin Abdillah ra dari Nabi saw sesungguhnya beliau bersabda kepada Ka'ab bin Ajrah, "Semoga Alah menjauhkan kamu dari pemimpin yang bodoh."

Ka'ab bertanya, "Siapakah pemimpin yang tolol/bodoh itu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Yaitu para pemimpin sesudahku yang tidak mau memberi petunjuk seperti petunjukku, tidak pula mau menerapkan syariat (peraturan, undang-undang) seperti ajaranku. Barangsiapa membenarkan perilaku pemimpin tersebut dengan segala kebohongannya dan membantu segala perilaku zhalimnya, maka mereka bukan termasuk ummatku dan aku terbebas dari mereka. Mereka tidak akan pernah mencicipi telagaku (di surga). Sebaliknya, barangsiapa tidak membenarkan segala kebohongan yang diperbuat pemimpin tersebut dan tidak pula membantu perilaku zhalimnya, maka mereka termasuk ummatku dan akupun meridhainya. Mereka akan minum air telagaku (di surga)".

Nakmarahmarahlah said...

Assalamualaikum ustaz,
Takkan ayat2 puji pujian aje yang kena approve?Ini ke contoh yang nak memperjuangkan demokrasi jika 'memerintah' nanti?

Zacharias said...

Diriwayatkan dari Jabr bin Abdillah ra dari Nabi saw sesungguhnya beliau bersabda kepada Ka'ab bin Ajrah, "Semoga Alah menjauhkan kamu dari pemimpin yang bodoh."

Ka'ab bertanya, "Siapakah pemimpin yang tolol/bodoh itu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Yaitu para pemimpin sesudahku yang tidak mau memberi petunjuk seperti petunjukku, tidak pula mau menerapkan syariat (peraturan, undang-undang) seperti ajaranku. Barangsiapa membenarkan perilaku pemimpin tersebut dengan segala kebohongannya dan membantu segala perilaku zhalimnya, maka mereka bukan termasuk ummatku dan aku terbebas dari mereka. Mereka tidak akan pernah mencicipi telagaku (di surga). Sebaliknya, barangsiapa tidak membenarkan segala kebohongan yang diperbuat pemimpin tersebut dan tidak pula membantu perilaku zhalimnya, maka mereka termasuk ummatku dan akupun meridhainya. Mereka akan minum air telagaku (di surga)".

Unknown said...

Baca juga Travelog Demonstrasi MANSUH ISA - http://www.pemudagombak.com/?p=935

Wish Come True said...

ni la bangsa Melayu yg dah takde keje sangat...bangsa2 lain cuma hasut dah duduk tepi ..yg kena tangkap org melayu la juga..nak berjuang tapi tak paham erti perjuangan...banyak lagi benda penting dari isu hapus ISA tu..ni sume melayu2 dah dipergunakan oleh segelintir golongan keparat politik yg memang patut di ISA kan kerana cuma menghasut supaya kacau bilau kat bumi melayu ni..sedar la melayu...tingkatkan ekonomi kuatkan amalan..jgn buat keje2 tak faedah ni...melayu..melayu...

suparjo@blogspot.com said...

Esok-esok Pemuda Pas buat demo kat Jalan Petaling. Di sana pun pusat bandar dan jadi tumpuan, pasti reporter banyak. Publisiti pun apa kurangnya. Bosanlah kalau di Jalan TAR je....

AnTi AljUbuRi said...

ISA - ada yang setuju, ada yang tak setuju ..

Yang tak setuju buat demonstrasi!!

Arak dan Judi ..ada yang setuju dan RAMAI yang tak setuju

Bilakah yang tak setuju itu nak buat demonstrasi??

Boleh saya cabar Ketua DPP untuk berdemo mengharamkan arak??

Saya hairan dengan orang yang pandai...tetapi taksub!!

Ilmu orang pandai - untuk mencari kesalahan orang lain dan mencari alasan untuk membenarkan tindakannya

Orang bodoh macam saya - sudah tentu mencari kesalahan diri, mengapa saya bodoh, dan mencari alasan untuk tidak terus bodoh!! kerana saya tahu saya bodoh, tentulah lain, dengan perasan orang yang tahu dia pandai!!!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive